Beberapa entri terpilih yang ditulis sepanjang tahun 2006.
[Jan] - Autosurf Menyerang
Konsep ini sama seperti Skim Cepat Kaya atau dalam bahasa orang putihnya dipanggil Ponzi Scheme. Hanya peserta awal yang kaut untung (peratusannya amat kecil) tetapi peserta yang terkemudian akan rugi besar!!
[Feb] - Gambar Kartun Nabi (Lagi?)
Saya mengakui lukisan itu offensive, tapi pada masa yang sama saya ingin pula mellihatnya!! Ini satu sifat yang bertentangan. Sebagai contoh, orang yang menganggap gambar-gambar lucah dan pornografi sebagai sesuatu yang offensive, akan berusaha sama sekali untuk tidak melihatnya, apatah lagi mencarinya.
[Mac] - Boikot Produk Israel dan Amerika?
Ali: Eh, Abu. Kenapa kau minum air tu? Kau ni nak tolong Zionis kat Israel ke? Kau tau ke tak ijtihad Dr Yusuf Qardawi? Kan dia kata sedinar yang kita keluarkan untuk membeli barangan US dan Israel itu ibarat digunakan untuk membeli sebutir peluru bagi menembak saudara seIslam kita di Palestin?
[Apr] - Ke Arah Mana Halanya..
Tulisan saya sekadar setitis air di lautan - ia tidak mampu membasuh segala fitnah yang bertebaran. Tetapi gabungan titis-titis air yang kecil itulah terhasilnya lautan. Moga-moga lebih banyak titis-titis air yang akan muncul di masa hadapan.
[Mei] - Rojak Pulau Pinang
Apa yang wanita itu lakukan kemudiannya, sudah cukup membuatkan darah saya menyirap, malah turut mengoren. Rasa nak pitam pun ada. Dengan memakai kasut tumit tinggi, wanita itu memijak-mijak kucing itu di bahagian kepalanya berulang-kali! Ada juga gambar yang mana wanita itu mencucuk mata kanan kucing itu dengan bahagian hujung kasut tumit tingginya.
[Jun] - Dakwah Si Protaz & Uspro 3
Dalam hukum-hakam yang terdapat khilaf, Protaz (mahu pun ustaz) tak sepatutnya menyibukkan dirinya untuk menulis dan menimbulkan perdebatan, kerana sampai kiamat pun ia tak boleh selesai.
[Jul] - Dakwah Si Protaz & Uspro 4
Kami semakin kehilangan jatidiri sebagai umat Islam. Bantulah kami mencarinya semula. Bantu kami memperkuatkan iman - kerana iman yang lemah tidak akan dapat membawa anjakan ketamadunan kepada umat yang sedang dipijak-pijak ini. Kami tidak begitu memerlukan encik-encik protaz dan ustaz untuk terus-menerus mengasak otak kami dengan ilmu itu dan ini sehingga buat kami pening dan keliru. Tapi ajar kami ilmu yang benar-benar bermanfaat kepada diri kami dan umat ini.
[Ogos] - Meminta Dalil - Ia Bukti Kejahilan Anda!
Apakah anda fikir bahawa cara mengetahui dalil-dalil bagi setiap hukum itu adalah sekadar diberitahu sepotong ayat Al-Quran atau pun hadith? Tugas kamu sebagai orang awam atau pun seorang budak mentah yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang keilmuan Islam bukannya untuk mengetahui segala dalil bagi setiap hukum-hakam. Tetapi tugas kamu cukup sekadar mengetahui hukum bagi sekian-sekian perkara, berdasarkan salah satu daripada empat mazhab yang diterima oleh ahlus sunnah wal jamaah pada hari ini, dan pada masa yang sama harus sedar bahawa semua hukum-hakam itu dibuat berdasarkan ilmu dan kajian yang mendalam dari pelbagai jenis sumber.
[Sep] - Mengenali Tokoh Kemerdekaan
Dr Burhanuddin ini adalah seorang tokoh agama yang disegani di zaman pra dan pasca-kemerdekaan. Kalau zaman tersebut sudah ada istilah Protaz, maka layaklah beliau menyandang gelaran tersebut memandangkan beliau juga adalah seorang doktor homeopati. Tetapi kita patut bersyukur kerana beliau tidak memperjuangkan benda yang remeh-temeh seperti kebanyakkan protaz hari ini.
[Okt] - I'tiraf
Ada orang kata, ia ditulis oleh Rabiatul Adawiyyah. Tapi dari apa yang saya baca dalam Tafsir al-Azhar karangan Buya Hamka, ia ditulis oleh Imam Shafi'i. Dan saya lebih meyakini ia ditulis oleh Imam Shafi'i.
[Nov] - Bila Saddam Digantung Leher
Secara zahir, Amerika menjadi johan permainan Command & Conquer di Iraq. Harus diingat bahawa tiada naib juara di sini - hanya ada satu pemenang sahaja. Tetapi sejarah akan sentiasa menjadi saksi dan bukti kedangkalan spesis Homo Sapiens yang memiliki 98% kesamaan DNA dengan chimpanzee ini. Allah telah pun memuliakan manusia dengan petunjuk Al-Quran dan Sunnah. Jika kehidupan manusia didirikan dengan panduan yang mulia itu, maka layaklah kita digelar manusia. Jika tidak, jangan kita menyalahkan monyet di hutan jika satu hari nanti bumi menjadi seperti mana yang berlaku dalam cerita sains fiksyen Planet of the Apes.
[Dis] - Ikut Dalil Yang Sahih!
Ijmak sesuatu hukum dibuat apabila tiada dalil-dalil yang jelas dan nyata dari Al-Quran dan hadith. Bila hukum sudah pun dipersetujui oleh para ulama secara ijmak, maka apakah perlu bagi kita (terutamanya orang awam), untuk memperbahaskan isu itu semula? Apa relevannya? Dan apa pula faedahnya? Dan perkara ini adalah antara sebab mengapa fahaman Wahhabi berbahaya kepada umat Islam, lebih-lebih lagi dalam perkara akidah.
---
Terima kasih kepada sesiapa yang telah mengikuti perkembangan blog ini sejak dulu sehingga hari ini. Syukran. Dan mungkin ada juga yang tahu betapa teruknya saya dalam menyiapkan sequel beberapa buah artikel seperti Mengapa Ihya Ulumuddin Tetap Bertahan?, Alchemist of Happiness, dan Makan-Makan Tambah Lemak. InsyaAllah ia akan disambung juga satu hari nanti. Sama ada cepat atau lambat.
Setahun Dahulu Di Sini
Label:
pemberitahuan
Untuk mendapatkan entri-entri terkini pada masa akan datang secara automatik, langgan blog ini secara e-mel atau pun RSS. Atau boleh juga melanggan melalui fungsi Blogspot itu sendiri.
Langgan:
Feed entri ini
2 Komen • Tambah Komen↴
bukan senang untuk menulis blog yang memerlukan rujukan yang mendalam. Ditambah lagi dengan menulis sequel. Tahniah kerana masih sanggup utk menulis blog yer :)
--terasa makin janggal pula apabila menulis dalam bahasa Melayu :P. Mungkin kesan daripada kerajinan menulis dalam bahasa Inggeris :) --
Janggal la pulak encik Hafiz ni..hehe :)
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.