Back to home page

Gambar Kartun Nabi (Lagi?)

08 Februari 2006 • 18 Komen Cetak Chenta!

Dalam kartun ini, saya telah padamkan gambar muka dan tangan. Pada kartun ini, Nabi Muhammad digambarkan sedang tersenyum dan dalam keadaan ceria. Kartun ini memerlukan anda berfikir untuk memahami maksud tersirat. Gambar dilukis oleh non-Muslim. Gambar ini bukan dari Jylland-Postens.


Saya ingat, cukuplah saya menulis tentang isu penyiaran gambar kartun Nabi pada pos Gambar Kartun Rasulullah. Waktu itu saya kira, isu ini akan reda dalam satu dua malam sahaja lagi - tetapi saya hanya berangan-angan kosong. Umat Islam hari ini masih ramai lagi yang jahil tentang adab dan akhlak sebagai seorang Muslim.

Semenjak saya menulis tentang isu itu juga, saya perhatikan tiba-tiba ramai yang masuk ke dalam blog ini melalui kata kunci seperti Gambar kartun Nabi, Muhammad cartoons, boikot barangan Denmark, gambar hina Nabi Muhammad, dan sebagainya. Ini bermakna, ramai yang ingin tahu bagaimanakah rupa bentuk kartun tersebut yang disiarkan oleh Jyllands-Posten.

Saya tidak tahu pula berapa ramai orang Islam yang turut sama berminat melihat gambar kartun Nabi tersebut. Saya anggap, ada jutaan umat Islam seluruh dunia yang melaram ingin melihatnya - hatta saya sendiri! Oleh itu, sebenarnya saya patut malu pada diri saya. Mengapa tidak? Saya mengakui lukisan itu offensive, tapi pada masa yang sama saya ingin pula mellihatnya!! Ini satu sifat yang bertentangan. Sebagai contoh, orang yang menganggap gambar-gambar lucah dan pornografi sebagai sesuatu yang offensive, akan berusaha sama sekali untuk tidak melihatnya, apatah lagi mencarinya.


Gambar ini salah satu dari 12 gambar yang disiarkan oleh Jylland-Postens. Sebenarnya, tidak semua 12 gambar tersebut memaparkan Nabi dalam kelakuan yang menghinakan. Walau bagaimana pun, gambar ini memaparkan Nabi dalam wajah yang bengis (saya telah padam wajahnya) yang menyimpan bom di dalam serban Baginda.




Juga dari Jylland-Postens. Wajah dan tangan telah saya padamkan.


Juga dari Jylland-Postens. Wajah dan tangan telah saya padamkan. Gambar kartun ini menghina para syuhada yang mati di jalan Allah.


Jadi, di sini wujud satu isu penting yang lain - Apakah tindakan umat Islam memprotes itu betul-betul disebabkan gambar Nabi itu offensive, atau umat Islam ini sudah tidak ada modal lain bagi memperjuangkan agama suci kita ini, iaitu agama Islam?

Saya jadi terkilan apabila membaca berita yang melaporkan bahawa kedutaan Denmark dan Norway di Damascus, Syria, telah dibakar oleh para perusuh yang 'memperjuangkan' kesucian Nabi saw. Bagi saya, mereka ini adalah golongan pelampau. Yang menyiarkan kartun itu adalah syarikat akhbar, bukannya kerajaan Denmark dan Norway.

Mereka sekadar memperjuangan Nabi secara kulit, bukan dari segi isi. Apakah mereka ini tidak tahu sunnah, akhlak dan adab sebagai seorang Muslim. Apa yang mereka dapat dengan membakar kedutaan tersebut? Apakah masalah ini sudah selesai? Tindakan mereka membakar kedutaan tersebut adalah haram sama sekali. Itu harta awam!! Malah, bangunan yang menempatkan kedutaan Denmark itu turut berkongsi dengan kedutaan Chile dan Sweden. Apa kena mengena negara Chile dan Sweden dalam konflik ini?

Di UK pula, para penunjuk perasaan membawa sepanduk yang boleh mendatangkan fitnah besar kepada orang Islam dan bukan Islam. 9/11 is coming to Europe, Learn the 7/7 lessons, Slay those who insult Islam, dan sebagainya, juga tidak membawa kepada penyelesaian. Ini akan makin meyakinkan golongan non-Muslim di Eropah dan seluruh dunia bahawa Islam disebarkan melalui mata pedang.


Bukan dari Jylland-Postens. Kalau saya tak silap, gambar ini dilukis sebagai serang balas kepada tindakan melampau umat Islam. Saya tidak padam gambar kartun orang lidi yang didakwa sebagai Nabi Muhammad saw itu.


Walaupun ini sesuatu yang benar, tetapi it is not always the case. Umat bukan Islam di Tanah Melayu dan Indonesia satu ketika dahulu sebagai contoh, diIslamkan melalui jalan perdagangan. Para pedagang Arab dari Yaman datang berniaga di Nusantara, pada masa yang sama ingin menyebarkan ajaran Islam. Apabila para pembeli tidak dapat membayar hutang, para pedagang Arab ini akan menghalalkan sahaja hutang itu - kerana mereka ingin mencari keredhaan Allah. Mereka tidak pernah menipu ketika berniaga dan tidak mahu mengambil untung yang berlebihan. Mereka mengikut cara Rasulullah saw berniaga.

Dengan cara inilah, penduduk Tanah Melayu dan Indonesia yang masih belum Islam ketika itu, tertarik pada ajaran murni yang dibawa oleh Islam. Inilah yang patut kita contohi. Kerana usaha para pedagang Arab itu lah, hari ini kita melihat separuh penduduk Malaysia beragama Islam, dan jumlah penganut Islam terbesar di dunia adalah di Indonesia.

Mengapa kita perlu jadi begitu melampau hanya semata-mata lukisan Nabi Muhammad itu? Tindakan para wartawan itu memang tidak wajar. Tetapi kita mesti sedar bahawa musuh-musuh Islam itu wujud pada setiap zaman - dan mereka adalah sebahagian daripadanya. Dan mereka ini pula adalah musuh yang tidak begitu signifikan. Jadi mengapa kita perlu mengeluarkan tenaga yang sehabis-habisnya untuk melawan musuh sebesar kutu ini, sedangkan musuh sebesar gajah kita lupakan? Akibat tindakan ini, imej Islam makin tercemar, terutamanya di Barat.

Jangan terlalu melatah dalam hal ini. Isu lukisan Nabi ini cuma isu tetek-bengek daripada sejumlah longgokan masalah umat Islam yang ada. Lukisan yang memaparkan Nabi bukan sekadar 12 lukisan yang disiarkan oleh Jylland-Postens. Ia wujud sejak zaman dahulu lagi, sehinggalah hari ini dan sampai kiamat. (kalau tak silap, lukisan Nabi yang terawal dijumpai adalah pada zaman Turki Uthmaniyyah. Sila betulkan saya andai silap). Apakah kita ingin melakukan protes ganas dan biadab ini sehingga hari kiamat, dan seterusnya lupa isu-isu penting yang lain?

Kalau nak juga, maka apa yang akan jadi:
  1. Umat Islam akan dilabel sebagai teroris sampai kiamat
  2. Non-muslim akan makin skeptikal pada ajaran Islam yang mendakwa sebagai 'religion of peace'
  3. Umat Islam di Sudan, Somalia, Chad dan sebagainya, akan makin banyak mati kebuluran sebab tak ada saudara mereka yang memperjuangkan nasib mereka (mana taknya, asyik nak perjuang isu gambar Nabi aje)
  4. dan seterusnya. Fikirlah sendiri...tak mampu saya nak tulis semua.

Sekian.

Saya ingin kalian baca komen sahabat saya, Anak Alam, pada pos Gambar Kartun Rasulullah.


Gambar ini dikatakan berasal dari Parsi atau Asia Tengah. Dikatakan berusia beratus-ratus tahun. Sebenarnya, banyak lagi gambar-gambar yang memaparkan Nabi Rasulullah saw yang dilukis sejak zaman dahulu lagi. Saya telah pun padam gambar tangan dan muka. Dalam gambar ini, Rasulullah digambarkan sebagai sedang memberikan khutbah kepada para pengikutnya.

18 Komen Tambah Komen↴

Salam..
Dalam hal ini seruan Yusuf Qardhawi perlu di beri perhatian sbg jalan tengah dalm isu ini..

Wallahua'alam..

deanz : Yusof al-Qadawi telah pun memberi seruan terhadap umat Islam.

Apakah kita ingin melakukan protes ganas dan biadab ini sehingga hari kiamat, dan seterusnya lupa isu-isu penting yang lain?

Exactly.. cant agree more. Aku ikut dari jauh je isu ni. Rasa helpless pun ada gak.. disappointed dgn sikap mereka yg mengaku saudara seagama, juga dgn mereka yg sengaja ingin menguji kita, org bkn seagama dgn mereka.

Alasan kebebasan bersuara.. waima org Kristian & Yahudi pun tidak begini lagaknya dipersenda agama mereka.. alasan yg sgt tidak munasabah walau pd aku yg jahil ni. Manakan sama Muslim itu dgn yg bkn Muslim..

Tak semua Kristian & Yahudi (atau agama lain pun) senang duduk jadi bahan jenaka.. dan tak semua seisi dunia Islam pun setuju tindak-tanduk ekstrem sesetengah pihak dijaja atas nama agama.

Wallahua'lam.. moga kita terus di bawah lindungan-Nya.

"Apakah kita ingin melakukan protes ganas dan biadab ini sehingga hari kiamat, dan seterusnya lupa isu-isu penting yang lain?"

setuju dengan pernyataan ini. Umat Islam kadangkala terlalu cepat melatah dan bertindak di luar batas-batas agama Islam itu sendiri.

Selaku penganut agama yg mulia, seharusnya adab perilaku kita menjadi contoh teladan buat umat manusia. Adakah dengan membakar dan menyerang manusia mampu menjadikan Islam itu lebih mulia? Berfikirlah sebelum bertindak.

Terima kasih kepada semua kerana memberikan pandangan. Nak berkongsi cerita...

Semalam housemate saya pulang. Di tangannya ada sehelai kertas - gambar Nabi memakai serban yang membaluti sebutir bom (rujuk gambar pada pos ini). Katanya dia jumpa pada awal pagi. Gambar itu dilekatkan di sebuah tiang berhampiran sebuah bus stop. Lalu housemate saya ni pun mencabutnya =)

This issue won't stop unless we Muslim, express our feelings in a more appropriate way. The bad kuffar will produce again and again, ceaselessly, those kind of cartoons. We can stop the publlication in a newspaper, but we can't spread this disease once it contaminated the web.

So, pay no attention to them. Focus on another major issues. Acts as a true Muslim and Believer. Show the beauty of our religion.

No unnecessary vandalism and violations please.

By the way, I hope Iran will not fight this issue with fire. What do you think about Iran current actions? Would that be necessary?

Please read: Iran invites cartoons on Holocaust

Memang geram + sedih di atas isu ni.

Saya telah menghadiri ceramah Sh Abdullah b Bayyah + Sh Hamza Yusuf kelmarin tentang 'Differences of Opinion'. Kalau tak silap hujung minggu ni mereka ada di Bradford dan Manchester. Mungkin saudara Tawel berminat? Mereka ada menyentuh isu kartun ini.

Maklumat lanjut di:
http://www.q-news.com/BetweenExtremismIgnorance.htm

Sh Abdullah berkata bahawa kita memang berhak untuk marah, kerana kalau tak marah 'umpama keldai', bak kata Imam Syafii. Tapi kita wajib beradab dan mematuhi undang-undang tatkala mengekemukakan bantahan kita.

Alhamdulillah....

Kita semua sependapat...semoga Islam itu cantik, damai, dan sentiasa dipandang mulia...bagi mereka2 yg telah silap menilai dan silap mempraktikkan Islam,kemungkinan ini adalah salah satu ujian bagi mereka semua yg terlalu ekstrem, sesungguhnya Islam itu sentiasa dapat melalui semua kepayahan dan duri di dunia ini...sejak zaman jahiliah lagi...insyaAllah kita sentiasa di pihak yg benar...dan biarlah kita semua yang sedikit ini menunjukkan perkara yang harus dibuat dari terus menyemarakkan api kemarahan dan salah tindakan...

fetihanum

saya bukan lah nak comment saya ni di paparkan , tapi ada sesuatu yang saya tidak puas hati .
saya petik petikan dari ucapan anda

___________________________________

" Umat Islam hari ini masih ramai lagi yang jahil tentang adab dan akhlak sebagai seorang Muslim.

Semenjak saya menulis tentang isu itu juga, saya perhatikan tiba-tiba ramai yang masuk ke dalam blog ini melalui kata kunci seperti Gambar kartun Nabi, Muhammad cartoons, boikot barangan Denmark, gambar hina Nabi Muhammad, dan sebagainya. Ini bermakna, ramai yang ingin tahu bagaimanakah rupa bentuk kartun tersebut yang disiarkan oleh Jyllands-Posten.

Saya tidak tahu pula berapa ramai orang Islam yang turut sama berminat melihat gambar kartun Nabi tersebut. Saya anggap, ada jutaan umat Islam seluruh dunia yang melaram ingin melihatnya - hatta saya sendiri! Oleh itu, sebenarnya saya patut malu pada diri saya. Mengapa tidak? Saya mengakui lukisan itu offensive, tapi pada masa yang sama saya ingin pula mellihatnya!! Ini satu sifat yang bertentangan. "

___________________________________

tetapi mengapa blog ini di wujud kan ? sepatutnya , kalau dah tak nak orang tengok gambar gambar ni semua ni , tak payah la buat blog ni !

sumpah_tigebelastahun

Kepada sumpah_tigabelas tahun, saya biasanya tidak akan melayan troll melainkan saya tahu identiti troll itu. Dan jika tak mahu komen dipaparkan, boleh hantar sebarang rasa tidak puas hati itu melalui emel.

saya turut marah pada yg membuat gambar2 tsb yg d buat oleh org denmark yg mayoritas umat kristiani. tapi saya sedikit tenang setelah melihat beberapa karikatur yesus yg sgt tidak enak dilihat. alias gambarnya porno. Saya melihatnya di sebuah situs, menurut saya bahasa yg di gunakan dalam situs tsb adalah bahasa Prancis. jadi menurut saya gambar itu ya dari Prancis... saya lupa alamatnya, karena udh 3 tahun yg lalu saya melihatnya.....

Tanpa Nama

denmark bajingan teroris sebenarnya
semoga Allah mengutuk para orang2 yahudi yg telah menghina baginda Rosullah SAW. amin........... Allahu akbar. mari berjihad di jalan ALLAH.

menurut saya.,,,,,,,,,,mari kita doakan saja mereka yang telah menghina baginda Rasulullah kita,. semoga biadab itu matinya tidak di terima oleh bumi arwahnya disiksa di alam ghaib, jasadnya atau mayatnya di rubah menjadi seekor BABI atau MONYET OK setuju tidak saudaraku yang seiman ALLAHU AKBAR

orang-orang itu bermimpi bertemu nabi namun ajaranya saja tidak mereka temukan

memang dah jelas, semakin hari pemikiran umat islam semakin tertutup dan bertindak tanpa batasan menikut rasa amarah sahaja. Walhal kita diajar bersabar menghadapi pihak lawan dan sentiasa menggunakan cara yang berhemah.

Islam sering dianggap sebagai agama yang menggunakan keganasan terutama di bahagian sebelah Barat. Perilaku orang islam yang membuat keganasan untuk menyatakan ketidak puasan hati mereka hanya menjadi ejekan orang bukan islam. Orang Islam suka memusnahkan, orang Islam pengganas, dan macam-macam lagi perkataan yang tidak enak digunakan.

Marilah semua umat islam membuka minda masing-masing supaya berfikiran terbuka. Bukan saya kata kita membiarkan sahaja musuh memperlekehkan umat islam, tetapi tentanglah semula dengan cara yang bijak, bukan membuta tuli. Tentangan yang menepati cara seperti berunding . Nabi sendiri telah mengingatkan kepada kita, supaya sentiasa berunding. Hormatila orang sebelum kita akan dihormati. Lebih baik kita memperbaiki imej umat islam daripada menyerang sana sini. Sekian,terima kasih

cekgu ct

SAYA SBETULNYA MASIH CETEK ILMU AGAMA, TP INGIN SY KONGSI PENDAPAT MENGENAI ISU INI YANG MEMANG MENIMBULKAN KEMARAHAN KITA CUMA TINDAKBALAS KITA UMAT ISLAM DALAM MENANGANI ISU INI BIARLAH RASIONAL DAN MENGIKUT NILAI2 MURNI ISLAM.. BAK KAT PUISI MELAYU LAMA, JANGAN KERNA MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU KITA BAKAR..
WASSALAM

Tanpa Nama

persoalannya, tidak pernah terlintas langsungkah di benak fikiran mereka yang dikatakan paling bijak itu tentang kebenaran dan sebaliknya dan telah jelas kepada mereka bahawa peristiwa pada zaman nabi-nabi terdahulu telah di khabarkan dengan sejelasnya kepada mereka tentang nasib umat terdahulu yang ingkar perintah nabi yakni perintah Ilahi..."mereka" telah mengatur strategi sejak dari zaman para anbiya lagi dan sekarang mereka hanya duduk memerhatikan kita masing-masing hanyut dalam apa yang mereka telah aturkan, namun hanya kesedaran dan ilmu yang dianugerah Ilahi sahaja yang dapat memanipulasikan kelemahan yang mereka wujudkan kepada kita menjadi kelebihan/kekuatan buat kita...apa yang perlu dilakukan ialah kita laksanakan tanggungjawab yang wajib ke atas diri masing-masing,keluarga,seterusnya masyarakat kerena urusan Ilahi kita harus bertawakal dan memohon kepada-Nya agar dapat diselesaikan dengan seadilnya kerena kepada-Nya jualah akhirnya kita

Tanpa Nama

Setuju dengan artikel nie.

Kita jangan mudah melatah dengan apa yg mereka cuba buat...mereka cuba nak menghanjeng kite dengan menguji kesabaran kite...Insyaallah Allah bersama-sama dengan golongan yang sabar.

Daripada kite merusuh dan mengganas hingga akhirnya pihak yg tak berdosa jadi mangsa ade eloknya kite mendoakan semoga Allah memberi petunjuk kepada golongan2 yg menghina Islam nie.

Aku yakin, Allah sentiase bersama umat Islam yg jujur mengikuti sunnah Rasullulah SAW dan ajaran Islam sebenar.

setuju dengan khairul..

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.