Back to home page

Lagu I'tiraf

12 Oktober 2006 • 22 Komen Cetak Chenta!
Saya sukakan puisi al-I'tiraf. Ia puisi yang melembutkan hati saya dan membawa saya berfikir sejenak dan kadang-kala berjenak-jenak ke alam akhirat - satu alam yang akan kita hidup selama-lamanya di situ. Ia boleh jadi syurga atau neraka. Semoga Allah menempatkan saya, kalian, dan orang-orang beriman di Syurga selama-lamanya. Amin.



Oleh itu, saya ingin minta tolong kalau ada sesiapa yang tahu sejarah di sebalik puisi al-I'tiraf ini. Ada orang kata, ia ditulis oleh Rabiatul Adawiyyah. Tapi dari apa yang saya baca dalam Tafsir al-Azhar karangan Buya Hamka, ia ditulis oleh Imam Shafi'i. Dan saya lebih meyakini ia ditulis oleh Imam Shafi'i. Namun demikian, kalau saya tak silap, puisi al-I'tiraf yang terdapat dalam tafsir al-Azhar itu tidaklah sepanjang lagu I'tirof yang dinyanyikan oleh Haddad Alwi. Maka kalau ada yang boleh bantu saya, silalah beritahu:

1 - Siapa penulis sebenar puisi ini,
2 - Dan panjang mana sebenarnya bait puisi tersebut. Adakah panjangnya sekadar di bawah ini?

doa taubat selawat

Yang atas ini sekadar transkripsi dari lagu I'tirof oleh Haddad Alwi. Kawan saya punya ustaz yang tolong tuliskan kira-kira 3 tahun lepas, dan yang terdapat di blog ini pula adalah versi yang saya sudah edit/hias/solek. [lihat versi asli]. Tapi ustaz tu tak dapat tangkap ayat penuh pada bait yang bertanda *. Oleh itu, beliau pun sekadar membuat educated guess.

Cari punya cari, akhirnya saya jumpa versi transliterasi lagu tersebut. Ini dia:
Ilaahi lastu lilfirdausi ahla
walaa aqwaa 'alannaaril jahimi
fahabli taubatan waghfir dzunuubi
fa innaka ghoofiruddzambil 'adziimi

Dzunuubi mitslu a'daadir rimaali
fahablii taubatan yaa dzaljalaali
wa'umrii naaqishun fiikulliyaumi
wa dzambii zaa-idum kaifahtimali

Ilaahi 'abdukal 'aashi ataaka
muqirron biddzunuubi waqod da'aaka
fa in taghfir fa anta lidzaaka ahlun
wa in tadrud faman narjuu siwaaka

Jadi, bagi sesiapa yang terer bahasa Arab, boleh tak tolong terjemahkan ayat yang saya bold itu, dan juga bagi tadrud itu, ia tadrud atau tatruk? Jazakallah bagi yang dapat menolong. Dan selamat menikmati baki Ramadan yang ada.

Jalan-Jalan

Mari bantu rakyat Palestin dengan Everyclick.com. Everyclick.com adalah enjin carian yang mendermakan 50% keuntungannya kepada badan-badan kebajikan. Sebelum memulakan carian, sila mendaftar dahulu di http://www.everyclick.com dan pilih Durham Palestianan Educational Trust sebagai pilihan badan kebajikan.

22 Komen Tambah Komen↴

ooohhh menurut org2 tua di kampung aku ... ceritanya bermula apabila seorang sahabat rasulullah telah secara tidak sengaja ternampak betis paha seorang muslimah yg terselak kainnya akibat ditiup angin...

maka dia telah merasa berdosa lalu dia pun mengucapkan bait-bait puisi itu.

aku pun tak pasti kesahihannya... tapi seorang ustaz yg dijemput ke sekolah aku mase form 4 pernah jadikan puisi ni sebagai tambahan zikir taubat dengan menutup lampu dan terdengarlah rintih-rintihan dan sedu sedan pelajar2 seraya ustaz tu mengalunkan dgn penuh perasaan puisi tu...

aku rasa puisi tu bukan zikir yg diajar rasulullah... tapi nilai kerendahan hati dalam puisi tu pasti menyentuh hati siapa saja yg sedar dirinya dah lakukan byk dosa tapi langsung tak peduli soal syurga atau neraka.. astaghfirullah...

silap...bukan betis paha... betis saja.. sekilas pandang kata org2 tua kampung aku... wallahua'lam.

Terjemah maknanya ke Melayu jadi kurang sedap dan macam kurang bersopan sedikit tetapi here is my amateur attempt:

fa in taghfir fa anta li dhaka ahlun:

jika Engkau ampun, maka untuk itu (i.e. untuk mengampuni) Engkau amat berkebolehan

saya berpendapat, kalau nak sedap kerana paraphrase sedikit lah.

2. tatrud/tatruk

Tatruk. (sila compare kepada terjemah yang sudah diberi oleh ustaz kawan anda itu). Saya juga nak suggest bagi perkataan siwaka tu tukar terjemah dia menjadi 'selain daripadaMu'

Wallahu 'alam.

Mr Nymous dari Anonymusland

http://www.youtube.com/watch?v=7fl4eby2aNM&mode=related&search=


surah at-tiin
'Is not Allah the wisest of judges'?

Tanpa Nama

SEGMEN JALAN-JALAN KAKI:
Akhi Thowil (abang tinggi) kini menggunakan "saya" sebagai kata ganti diri pertama.

Kaki bangku: Kaki sememangnya digunakan untuk berjalan ;)

Terima kasih nymous. Yang wa dzambii zaa-idum kaifahtimali tak mau terjemah sekali ke? :)

"Yang wa dzambii zaa-idum kaifahtimali tak mau terjemah sekali ke? :)"

sorry tawel, aku mungkin overlooked artikel kau ni, tapi apa pasal lain dari yang ustaz tu tulis ?:

wa dhanb? z?'idun f? kulli s?`atin

versi kau tu dari haddad alwi ke?

sms

Assalamualaikum,

Bait2 tersebut mengikut qaul yg masyhurnya dari Imam Syafie sendiri.

Bait2 tambahan tu,

Wa dzambii zaaidun kaifahtimali (dan dosaku sentiasa bertambah sepertimana sangkaanku)

dan "tathrudh" mungkin juga sesuai utk baris terakhir bermaksud jika
"engkau tolakkan ia"

Wallahu A'lam

Semoga Allah mengurniakan rahsia2-Nya kepada kita berkat hari2 akhir ramadhan ini. Amiin

Jazakallah ustaz Al-joofree. SMS: Kedua2 versi tu dari Haddad Alwi, dan ustaz tu sekadar tulis lirik dari lagu Haddad Alwi tu. Dan ada beberapa tempat yg dia tak dapat tangkap. Pasal tu lain.

Salam.. setelah saya search, saya jumpa page ni >>

http://music.elvini.net/itiraf.cgi

katanya berasal dr Abu Nawas..

klik la ntuk lebih lanjut :)

Wah..mekacih Tokapi. Handal sungguh kau mencari. Siap lengkap dengan teks Arab lagi. Hmm..Abu Nawas pula. Tapi tak diberitahu pula dari mana sumber rujukannya di situ.

saya juga suka qasidah yang bermula dgn Bismika Allahumma na'da'u....

Your poor brother

aku juga lagi meneliti syair i'tiraf ini dengan pendekatan historis tapi sayangnya baru abstraksi dah ditolak, karena sang penulis syair ini masih belum pasti. malah ada yang mengatakan penulisnya adalh syekh al-sya'roni ada juga yang bilang nawawi al-bantani duh jadi bingung awaakkk nih. aku dah telusuri semua literatur sejarah yang mengupas habis abu nawas, tapi tak ada sedikitpun yang menyinggung syair i'tiraf ini..... dalam antologi/diwan abu nawas pun tak ada... tapi ada 4 bait yang serupa dengan syair i'tiraf ini...

dede

Cuba lihat di sini
http://music.elvini.net/itiraf.cgi

Pada pendapat aku, tidak kisah siapa sahaja penyairnya... tapi ayatnya sungguh indah. Mungkin Iktiraf bukan doa Rasulullah SAW, tapi bukankah kita boleh berdoa apa sahaja yg baik-baik kepada ALLAH? Lebih2 lagi dalam ayatnya menunjukkan seorg HAMBA yg benar2 mengharapkan pengampunan ALLAH. Aku dengar lagu ini baik dari Hadad Alwi dan juga RAIHAN... tersentuh hatiku... bukan disebabkan alunan MUZIKnya... tetapi ayat2nya.

Subhanallah... Bagaimana dgn kita, sedang melihat betis perempuan, maka terbeliak tersembul dua biji mata... Nauzubillah Minzalik. Maka jagalah selama mana kita dapat menjaganya agar kita dijauhkan dari melakukan maksiat. Wallahualam

Salamsaf

Assalamualaikum kepada pembuka bicara,
Apa khabar?Ini ada soalan untuk pembuka bicara.
Bagaimanakah pembuka bicara tahu akan semua ini????
Adakah pembuka bicara Imam?

salam wbt

ada minus one lagu ni tak??

syukran..
wassalam

subhanallah..keren bgt artikelnya....

Tanpa Nama

Salam

http://1.bp.blogspot.com/_GuF8ZjBfZW8/Rer0Hfv_avI/AAAAAAAAAEA/Ser93oQ9jIE/s320/al-i%27tiraf.gif

Mungkin ini membantu. Allahua'lam.

rahibah

Lagu nie menginsafkan saya...walaupun kita sedar diri nie x seberapa...tapi apa yang kita harapkan sebagai umat islam...kita harapkan Allah menempatkan kita dalam golongan orang-orang yang beriman...dan kuatkan diri kita untuk melakukan segala perintahnya dan meninggalkan larangannya....insaf tanpa melakukan apa2...terasa rugikan???Kita hanya hamba nya yang tersangat lemah...

Tatrud...

Berpaling, maksudnya dalam bahasa arab.
Jika Engkau berpaling (daripada kami),....

Tanpa Nama

yang saya tau , itu bukan puisi ...
tpi itu adalah perkatam imam as syafi'i rahimulloh ..

Tanpa Nama

Salam~ maaf jika saya mencelah~ byk riwayat yg kita dgr ttg bait2 I'tiraf ini,akan tetapi yg paling masyhur pada umumnya dsepakati para ulama ttg ungkapan siapa bait2 ini adlh dr Abu Nuwas ataupun yg kita kenali sbg Abu Nawas,seorg ulama,cendikiawan dan penyair pd zaman pemerintahan 'Abbasiyyah~
wallahua'lam~

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.