So let us straight to the main point. This post is about blogging and life in this cyber world. Saya sudah pun berblogging selama 2 tahun lebih. Kadang-kadang macam tak percaya saya dah tulis macam-macam. I can't really recall what triggered my desire to enter the realm of blogosphere. Tapi bila saya pandang semula ke belakang, mungkin disebabkan pengaruh kawan-kawan. Orang ada blog, kita pun nak ada blog. Orang menulis, kita pun nak menulis. The same set of rules apply to the real world; orang beli kereta, kita pun nak beli kereta, jiran tukar langsir baru, sofa baru, kita pun nak juga. Saya tak nafikan bahawa memang minat saya yang suka menulis yang menjadikan blog ini survive sekian lama, tapi saya rasa pengaruh kawan adalah jauh lebih besar. In this case, I'd partly blame the Bad Apple Syndrome.
Dalam Bad Apple Syndrome, kalau kamu ada sebiji epal busuk (bad apples), dan kamu letakkan di dalam bakul yang mengandungi, let's say 20 good apples, tak lama selepas itu kita akan tengok yang 20 good apples tu pun akan turut busuk dalam kadar yang lebih cepat. Unfortunately, if you do it vice versa, 1 good apple cannot reverse 20 bad apples back into 20 good apples. This is what we say "One bad apple ruins it for the rest of us". Sebab itu kalau kita sebagai ibu bapa, salah satu perkara yang kita perlu tahu dalam memastikan anak-anak kita baik, adalah dengan memahami konsep Bad Apple Syndrome ini. Make sure they don't play and mix too much with the bad children out there. Dan telah berkata Imam al-Haddad di dalam kitabnya The Lifes of Man,
The most corrupting influence on children is other children.
Okay, let me make it crystal clear. I'm not saying the people who gave me some sort of aura in this blogging stuffs are bad. In fact they are a bunch of good people. Saya hanya cakap betapa mudahnya untuk kita terpengaruh kepada banyak benda di sekeliling kita. Influence of others on us is a classical phenomenal. Some influence is just so-so, but some are powerful enough to change the way we behave physically, psychologically, and spiritually, and the way we perceive this fleeting world. This powerful influences are two types; the influence of satan and the influence of awliya'. The latter is the most powerful. Jadi, banyakkan bergaul dengan orang-orang soleh supaya rentak hidup kita pun boleh terikut-ikut seperti mereka.
Apa pun, thanks to them, I learn a lot of stuffs from blogging. Plus, in this way, I have met many new and nice peoples across the globe who share the same interests as I do. Cuma apa yang sedihnya, ramai di antara mereka yang telah pun quit dari dunia blogging. Their blogs are dead, but the owners are still walking on this earth.
Jangan tanya saya mengapa. As one of the unspoken ethics in the blogosphere universe tells us, it is considered rude if you ask any blogger out there about why they quit or why they don't post too often. Mereka lebih tahu apa yang mereka perlu tumpukan dalam hidup. Some people is blogging for money (but no splogging please). Jenis yang ini kita akan tengok kekerapan update blog mereka. Ada juga yang blogging sebab sengaja mahu share tips dan ilmu dengan orang lain. In this case, kadang-kadang berlaku konflik sama ada blog kita itu bersifat personal atau pun profesional. I define my blog as largely personal, but some readers define it differently. However I still don't really understand what makes a personal blog, personal.
Maafkan saya juga kerana disable chatter box. Bukan saya tak gemar berbalas-balas mesej dengan para pelawat. Cuma saya rasa, chatter box akan mengurangkan produktiviti. The same goes to your IM, Friendster, MySpace. Leave them now because they are highly counter-productive to your precious life. As you grow older (and insyaAllah wiser), you don't really have time for that arguably notorious popularity-booster agents. Therefore, before you take a couple of years to fully enlighten how fruitless that things are, why don't you realise it today?
I had written a 100-meter-long article regarding Friendster, but one thing that I did not mention there is I feel sick when I observed how young people are easily deluded by Friendster. Dude, trust me. If you really want to seek popularity there, make sure you do it comprehensively until Google really recognise you because you are not Marge Simpsons:
You are nobody unless your name Googles well. Kepada yang terlepas pandang, beberapa ayat dalam perenggan ini mempunyai nada sinis dan sarkastik.
Apa pun, insyaAllah saya akan terus menulis. I do not want to quit. I know I don't update regularly. I am a slow walker, but I never walk back. And I better focusing on a specific niche that interests me the most, in biweekly (or maybe triweekly) update. A biweekly update ensures consistency (istiqamah) and ISO 9001-quality in my poor style of writings. Besides I do not like to bombard my readers with a knowledge-overloaded syndrome. Niche guarantees success in your blog. The same goes with your life because man is always on a journey to find his niche in life. Therefore hit the road and get a life by finding your correct niche.
Dan saya juga berharap agar rakan-rakan bloggers saya istiqamah menulis di samping meningkatkan lagi kualiti penulisan sedia ada. Apa yang anda tulis tak semestinya perlu memberikan impak yang besar kepada dunia blog, terutama sekali dalam dunia blog di Malaysia. Saya rasa, seorang blogger sudah melakukan sesuatu yang terbaik jika dia saling mengingatkan satu dua rakan bloggernya.
Dan jangan putus asa, atau lemah semangat bila blog kita tak ada ramai pengunjung. Certain niche of the blog memang ramai pelawat, setengahnya pula memang ciput sangat bilangan pelawat. Jangan bandingkan kuantiti trafik sebuah blog yang memuatkan kisah-kisah Akademi Fantasia musim 1, 2, 3, 4, 5 dan benda-benda lagha, dengan sebuah blog yang memuatkan tazkirah dan nasihat agama. Tanya diri sendiri, Allah akan lebih suka sebuah blog yang bagaimana? Tentu sekali sebuah blog yang bermanfaat di dunia dan di akhirat.
Dan maksud bermanfaat di sini tak bermakna mesti sebuah blog agama yang cakap pasal fiqh, perjuangan Islam dan isu Palestin. Ini kena faham betul-betul. Blog bisnes, blog komputer, blog motivasi, blog sastera, dan sebagainya, yang tidak berlawanan dengan syariat Allah maka ini juga blog yang bermanfaat. Anda akan dapat tengok perbezaan ketara sebuah blog bisnes yang dikendalikan oleh orang yang faham agama dengan yang tidak faham agama.
Saya pernah ambil keputusan untuk quit blogging setelah dilanda al-Fatrah yang agak dahsyat satu ketika dahulu. Bukan senang nak menulis dalam keadaan al-Fatrah. Nak buat sesuatu kerja pun rasa payah semacam. Even though that al-Fatrah has nothing to do with blogging, but I think I'm gonna become a big loser if I can't bounce back. If I become a big loser, then I won't have any motivational and adventurous real-life stories of mine to be told to my future kids. Thanks to Allah, my motivation and focus is growing steadily. May He, The Almighty, let me climbing the Everest again.
Life is like riding a bicycle. To keep your balance you must keep moving." (Albert Einstein)
Saya rasa, setiap orang akan datang zaman al-Fatrahnya, no matter how happy they may look kerana al-Fatrah adalah sesuatu yang dimanifestasikan di hati. Al-Fatrah datang kerana Allah menarik rezeki kegembiraan yang diberikan kepada kita. Bila datang waktu sedih, waktu duka, selalunya manusia yang optimistik akan buat dua perkara.
Pertama dengan dia melihat orang lain yang lebih menderita dan lebih susah dari dirinya. Dengan itu dia akan jadi manusia yang lebih bersyukur kepada Pencipta.
Kedua pula adalah dengan dia melihat betapa besar dan luasnya alam semesta ini, seperti pergi duduk dan lepak-lepak layan jiwang di tepi pantai sambil membandingkan dirinya dengan laut yang luas itu. Saya rasa saya dari jenis kedua. Cuma saya tidaklah layan jiwang di tepi pantai (but I love to!).
Saya lebih suka memikirkan tentang alam angkasa. Betapa luasnya angkasa membuatkan saya menyedari betapa kerdilnya diri saya ini, dan akhirnya saya memahami bahawa semua orang ada masalah masing-masing, dan masalah hidup saya ini tidaklah begitu signifikan jika dibandingkan dengan keluasan alam ini.
Jikalau ada orang tanya mana saya mahu pergi sekarang, saya jawab saya mahu pergi ke Alaska untuk melihat aurora. The stories and mysteries of heaven never cease to amaze me.
From my blog stats, I know I got some kind of loyal readers. Some are vocal and some are lurkers (istilah yang bermaksud orang yang baca blog dan forum, tapi tak participate dalam commenting. Mereka hanya suka membaca, tapi tak suka beri komen sebab dia rasa dah tiada apa-apa yang patut ditambah, atau apa yang nak dicakap sudah pun dicakapkan). I appreciate both species.
In a nutshell, you all should be breathing a wind of change here sooner or later. Insya-Allah. And expect no more bahasa rojak stuffs because it has no fun at all. Anyway, let us find our own way to gain Allah's pleasure regardless how old or young we are. Perjuangan kita untuk mencari keredhaan Allah adalah perjuangan sepanjang hayat. Jangan bimbang terasa tua untuk berjuang. As Mark Twain put it satirically,
Age is an issue of mind over matter. If you don't mind, it doesn't matter.
I stop my ranting here. Silence is golden. Kalau ada masa, sila undi poll di bawah ini.
12 Komen • Tambah Komen↴
boleh sahaja kalau diselang-selikan penulisan dalam dua bahasa. Dan ia mungkin boleh meningkatkan bilangan pengunjung. Pasti ramai Muslim yang bukan bangsa Melayu yang ingin mengetahui apa yang disampaikan oleh blog ini.
Jalan paling mudah ialah menggunakan Google Language Tools. Namun demikian, Google Language Tools masih tiada lagi khidmat menterjemahkan laman web bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.
Rasanyer ok je sama ada campur2 bahasa/ tak. Terpulang pada 'blogger'.
Ada satu blog islamik tertentu yang saya tahu menggunakan 'laras bahasa popular' (mengikut pengakuan tuan blog tersebut). Tak pasti pulak apa maksud 'laras bahasa popular' tu. Mungkin maksudnya tuan blog tu menggunakan bahasa popular bertujuan untuk lebih mudah pengunjung blog memahami isi kandungan blog kerana bahasa yang digunakan lebih 'dekat' dengan tahap pengunjung sasaran.
Bagi saya, sebagai pengunjung blog tak kisah je tuan blog gunakan bahasa yang macam mana pun. 'That's his own style'. Pengunjung seperti saya lebih tertarik dengan isi kandungan apa yang hendak tuan blog sampaikan, berbanding laras bahasa.
(p/s: Waktu tulis komen ni saya telah menahan diri saya untuk tak menaip bahasa rojak....susah tu!..huhu)
i dont mind bahasa rojak (ouh.. i just did one).. aku lebih tidak gemar blog yang guna bahasa terlampau pasar bersama ejaan lintang pukang. i appreciate good sentence structure and proper spelling.. be it malay, english, or rojak. ini blog, bukan sms, so u have the time to construct ur writing and posting virtually cost u nothing.
anyhow, keep writing, my friend. it's not about what u do, sometimes it's what u dont do kan?
Mungkin anda boleh tambah dekat poll tu satu lagi pilihan.
-bahasa rojak, tapi anda faham dan tidak lintang pukang
'its not how u write but what u write'
english saya tidak begitu baik,jadi bila saya menulis kadang2 ada kawan yang membetulkan kesalahan saya.Itu alasan saya apabila menulis secara rojak.
lagipun rojak campur sedap juga dimakan :)
teruskan menulis.banyak juga ilmu yg saya perolehi dari blog anda.
baru pertama kali membaca artikel bahasa rojak tawel, pening juga dibuatnya, saya lebih mudah membaca artikel berbahasa melayu sepenuhnya dan mudah bahasanya.
jika diberi pilihan pada saya antara artikel rojak melayu-inggeris dengan artikel bahasa melayu sepenuhnya tetapi susah difahami kerana bahasanya yang tinggi dan berfalsafah seperti blog S.M Zakir, saya lebih rela membaca artikel yang kedua.
This is the coolest Blogspot layout I've ever seen!
saya baru je tahu akan kewujuan blog nih. layout plg sempoi yg pernah saya jmpa..tahniah..hehe..
pasal bahasa rojak, saya tidak kisah asalkan mudah difahami..
tahniah kepada penulis..teruskan menulis..byk ilmu yg saya perolehi drpd blog anda..saya sgt berminat utk menambahkan ilmu krn sesungguhnya, saya sgt la cetek ilmu pengetahuan..(terutamanya hal2 berkaitan dgn islam..) saya ingin belajar dan mendalami lagi ilmu2 islam..insyaALLAH.. doakan saya..
tahniah sekali lagi buat penulis..
masa artikel ni ditulis, saya terlampau sibuk, sempat baca title je, tapi masyaAllah topik yg hampir sama berlaku di Glasgow juga- dalam kelas Shaykh Abdul Aziz, sedang membicarakan maksud 'Qalb'...jadi ada sorang M'sian jawab (ekstrak dari ejaan jawi-qaf,lam, ba)- Qaf- qarib, lam- light, ba- ka'bah (ambil sempena huruf ba dalam ejaan ka'bah). Shaykh Abdul Aziz pun kata: M'sian ni..memang majmuk, bagi maksud pun majmuk semua bahasa arab, bahasa inggeris n etc..Allahu Allah, amat betul kata Shaykh...niche of Msia n its Msians, n its languages. Mungkin M'sian juga yg hanya tulis BM dalam jawi dan tulis BM dalam sistem sekarang ni..(sistem apa ye? alphabets?)
orang india, ada tulisan sendiri, cina pun ada..Melayu asli ada? kurang pasti pula jika ada orang india yang tulih bahasa mereka dalam jawi. tapi org Msia semua boleh...masyaAllah.
wallahua'lam.
saya rasa, bahasa Malaysia/Melayu tiada yg tak rojak.sebab semua nya campuran pelbagai bahasa. e.g. roti-urdu', cadar-urdu', signifikan-english.jiran-arab, epal?...n etc.
bahasa Melayu Asli- kita pun tak faham.BM kita pun adaptasi dari pelbagai bahasa. (adaptasi tu pun diadaptasikan dari english)
maafi bahasa rojak saya,
syukrillah walhamdulillah.wassolatu wassalaamu 'ala Rasulillah.
"Saya memang jenis yang tidak suka, malah anti kepada manusia yang sekejap guna bahasa orang putih, sekejap guna bahasa Melayu dalam bentuk yang cacamarba"-Tawel
ok-ok, lepas ni saya tak guna bahasa rojak lagi..
Berpaut dari sini setelah direkomen oleh Kak Su (suaradiminda).
Apa kata selepas ini, kita tak sebut perkataan "rojak" kerana ianya manis pedas dan sedap. Kita sebut bahasa campur itu sebagai "Bahasa Sampah". Apa macam? Hehe.
Blog hembusan ini aku lihat seperti profesional tulisannya kerana isu yang dibawa teramat penting untuk dimuhasabahkan. Inilah dia blog yang memberi manfaat kepada pembacanya.
Aku harap semakin kurang blog sampah di alam maya ini.
heh bro [bahasa rojak?], lambat baca artikel ni.
semenjak berada di luar negara, saya rasa sayang kepada Bahasa Melayu makin menebal. Dan saya pantang dari dulu lagi tengok orang Melayu bercakap dengan Melayu lain menggunakan Bahasa Inggeris. Geli dan jengkel.
Bukan kata saya tak tahu nak berbahasa Inggeris, boleh saja nak bertutur dalam bahasa penjajah tu, tapi, bukan dengan orang Melayu. Kalau dengan Melayu pun nak berbahasa Inggeris, nak berbahasa Melayu, dengan siapa?
Tapi, malangnya, saya bukan berada di negara yang penduduknya bertutur di dalam bahasa Inggeris, tapi, bahasa Arab. Aduh, dah la tiada praktis karangan bahasa Inggeris sekarang ni. Itu yang berfikir 2-3 kali juga nak menulis dalam bahasa Inggeris. Huh.
Artikel yg kreatif.
Namun saya hanya mampu bertahan untuk 5 perenggan pertama sahaja.
Sakit kepala baca artikel yg berkahwin campur bahasanya.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.