Back to home page

Tweet-tweet

    Tentang Blog Ini

    ...lebih bersifat komentar tentang isu sosial. Blog ini jarang ada entri baru. Ada masa, aku tulis. Tak cukup masa, aku tak tulis.
    Oleh Tawel SenseiHubungi

    Hembusan boleh dilanggan secara
    e-mel atau pun RSS. (?)


    Perjalanan Ke Sepanyol

    19 Disember 2004 • 0 Komen
    Kapal terbang dari Dublin ke Barcelona akan bertolak pada pukul 7.oo pagi esok waktu Dublin. Antara tempat yang InsyaAllah akan dilawati di sana termasuklah Madrid, Seville, Cordoba, Granada dan beberapa tempat lagi yang aku tak berapa ingat kesemuanya.

    Aku pergi bersama Farid dan Raja. Aku bertolak dari rumah kira-kira pukul 10:20 malam tadi. Ingat mahu mengambil bas 16A sebelum pukul 11 malam. Harapan musnah. Bas 16A terakhir sudah bertolak pukul 10 malam. Bas berikutnya pukul 10:55 malam hanya sampai ke Santry sahaja. Sudahlah waktu ini keadaan langit agak muram dengan menumpahkan air dalam keadaan renyai-renyai.

    Masih teragak-agak sama ada mahu tunggu bas atau naik teksi, akhirnya teksi dipilih. Tak sanggup nak tunggu lama-lama. Sudahlah hujan. Sejuk pula. Tapi sebab teksi yang dipilih, terpaksalah mengeluarkan duit lebih sikit.

    Pemandu teksi yang kami naiki berasal dari Nigeria. Memang peramah. Sudah berkahwin dan ada 4 orang anak. Nama dia Kela. Harga tambang 27.60 Euro. Mahalnya...tapi tak apalah.

    Aku tulis blog ini sebab aku sedang dilanda kebosanan menunggu selama 7 jam. Aku tidur di Dublin Airport malam ini. Nasib baik di sini ada Wireless Broadband. Terima kasih kepada eircom, sumber jalur lebar anda.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Ujian Personaliti

    07 Disember 2004 • 3 Komen
    Your answers suggest you are a REALIST. Realists are the most common personality type in the UK, according to a nationwide survey.

    The four aspects that make up this personality type are:

    Planner, Facts, Heads and Introvert


    Summary of Realists

    • Loyal and steady workers who meet deadlines;
    • Believe in established rules and respect facts;
    • Think of themselves as mature, stable and conscientious;
    • May appear too logical or tough-minded and forget their impact on other people.

    More about Realists

    Realists are loyal to the people around them and work hard to keep their promises. They are honest and straightforward with others and expect the same in return. Realists believe in standard procedures and will only support change when there is a demonstrable benefit.

    Realists respect factual information, which they store up to use when making decisions. This group likes to have time to think quietly and carefully before taking action.

    These extremely productive people like to be occupied in their leisure time with pursuits such as craftwork, hiking or reading.

    In situations where they can't use their talents or are unappreciated, Realists may become obsessed with schedules, critical of others or have trouble trusting other people to get the job done properly. Under extreme stress, Realists may complain loudly that events have taken a turn for the worse and predict negative outcomes.

    Realists typically only share their opinions or personal experiences with trusted friends.

    Realist Careers

    Realists are attracted to jobs where decision making based on factual knowledge and experience is required.
    ---

    Tawel: Setuju 95%

    Ambil ujian ini di BBC.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Ikut Kajian

    15 November 2004 • 1 Komen

    You are a Pundit Blogger!




    Your blog is smart, insightful, and always a quality read. Truly appreciated by many, surpassed by only a few.

    Hmm..betul ke ini? Macam poyo aje. Apapun, mari mengambil ujian personaliti identiti blogger. ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Ku Ingin Pulang

    3 Komen

    Di pagi raya 1 Syawal.


    1 Syawal sudah pun berlalu pergi. Kali kedua aku beraya di sini. Entah kenapa kali ini agak syahdu. Lagi-lagi bila dengar lagu raya. Hebat betul penangan lagu raya orang kita. Orang kita memang pandai dalam seni yang mendayu-dayu. Takbir raya orang kita dialunkan dalam nada yang sungguh melankolik. Kawan aku cerita, pernah ada orang Arab menangis bila dengan orang Melayu melaungkan takbir raya. Syahdu sungguh takbir raya orang kita. Orang Arab kalau baca takbir, biasa sahaja. Selalunya bunyinya agak 'keras'.

    Aku rasa, orang Arab yang diceritakan itu menangis bila dengar orang kita bertakbir sebab nada melankolik yang didengarinya itu membuatkannya semakin syahdu apabila memikirkan Ramadhan sudah berlalu. Orang kita juga boleh menangis bila dengar takbir raya. Namun, aku rasa tak ramai yang menangis sebab Ramadhan telah melabuhkan tirainya. Selalunya sebab tak dapat balik kampung!

    Apa pun, Syawal kali kedua di sini aku rasa bosan juga. Pagi aku bersolat Aidilfitri di Masjid Dublin. Kemudian dalam pukul 11 pagi, aku pergi ke Malaysia Hall. Ramai betul orang. Macam tahun lepas juga. Aku terperangkap di situ lebih 1 jam. Bermaaf-maafan. Ya ke bermaaf-maafan? Macam tak aje. Aku rasa, lebih banyak yang "berfoto-fotoan". Maksudnya minta maaf ala kadar, tapi tangkap gambar bagai nak rak. Maklumlah, nak tayang baju baru, fesyen baru, rambut baru, dan sebagainya. Hari Raya di sini bagai hari untuk menangkap gambar.

    Apa pun, selamat hari raya. Maaf Zahir Batin. Kalau ada yang terasa, minta maaf :)
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Bingkisan Kaabah

    12 November 2004 • 2 Komen
    Mana lebih mahal? Harga sebuah kematian atau harga sebuah kehidupan? Soalan ini aku sendiri pun tidak tahu bagaimana untuk menjawabnya. Jika aku dipaksa menjawab, aku akan jawab:

    "Harga sebuah kehidupan adalah lebih mahal. Kematian tiada harga."

    Lain orang lain pulalah jawabnya. Bergantung kepada sejauh mana kefahaman dan interpretasi seseorang itu kepada pertanyaan tersebut. Dan bagaimana pegangan hidup mereka; sekular, beragama, atau tiada agama.

    Aku jawab begitu sebab bila kita dah mati, apa yang kita lakukan tidak akan dinilai lagi oleh para Malaikat yang ditugaskan oleh Allah untuk mencatat segala amalan-amalan baik dan buruk. Jadi apa harganya sebuah kematian? Bila kita masih hidup, segala-galanya dinilai. Bagi aku, hidup ini satu perniagaan. Kematian adalah masa untuk melihat sama ada perniagaan kita untung atau rugi.

    Aku sudah hidup selama lebih 21 tahun. Purata hidup rakyat Malaysia tidak lama. Aku tidak pasti berapa. Tapi aku yakin tidak melebihi 80 tahun. Perempuan biasanya hidup lebih lama berbanding lelaki. Semasa aku menulis blog ini, Yasser Arafat baru meninggal dunia. Manusia datang dan pergi. Itu pusingan dunia. 100 tahun lagi (tahun 2104), semua yang hidup pada hari ini, termasuklah yang baru lahir di saat aku menulis blog ini, sudah pasti tidak akan hidup lagi waktu itu. Jarang manusia hari ini yang mampu hidup menjangkau 100 tahun. Agak nadir.

    Aku meletak gambar Kaabah sebab ia menjadi satu tempat yang patut dikunjungi oleh SEMUA umat Islam yang mampu dari segi kewangan dan fizikal. Aku sebut KEWANGAN dan FIZIKAL. Faktor masa tidak menjadi fokus. Sebab masa adalah sesuatu yang boleh kita luangkan, tetapi tidak kewangan dan fizikal. Aku melihat ramai orang-orang kaya yang masih tidak pergi menunaikan haji walaupun mereka sudah mampu dari segi kewangan dan fizikal. Aku selalu tertanya-tanya mengapa.

    Jawapannya pasti banyak. Setiap individu akan memberikan jawapan dalam versi yang berlainan. Namun inti pasti sama. Aku beranggapan mereka masih tidak berminat untuk pergi ke sana. Mengapa pula minat ini masih tidak wujud? Mungkin kerana ia tidak dipupuk sejak mereka masih muda. Mereka sudah jadi buluh. Bukan rebung lagi. Payah jika mahu melentur buluh.

    Bila aku duduk di benua Eropah ini, menjadi satu kemestian bagi pelajar-pelajar yang belajar di sini untuk melancong ke tempat-tempat menarik yang ada di perut bumi Eropah ketika tibanya musim cuti. Paris, Venice, London, sekadar menyebut beberapa nama. Aku juga tidak ketinggalan untuk menyertai semangat Tour Europe. Peluang sebegini jarang diperolehi. Maklumlah, kalau tidak sekarang, bila lagi? Kalau hendak pergi dari Malaysia, bercuti seminggu di Venice sahaja mahu menjangkau lebih RM6,000 seorang. Kalau dari Dublin, paling banyak pun mungkin menghabiskan dalam 500 Euro (kira-kira RM2,300). Itu pun kalau berbelanja tak ingat dunia. Lagipun, tidak terasa sangat berbelanja dalam 500 Euro kerana biasiswa juga diberi dalam Euro.

    Aku tak kisah tentang mereka yang suka melancong. Cuma aku rasa bosan bila aku berbual dengan sesetengah rakan-rakan aku yang agak fanatik dengan melancong ke sana-sini. Fanatik sebab mereka sering lupa Mekah menjadi satu tempat yang patut mereka pergi. Bila aku tanya mereka, "Mekah ada dalam senarai tak?" Mereka menjawab, "Alah..Mekah tunggu tua lah.."

    Persoalannya mengapa mahu tunggu tua? Kalau tak sempat tua?

    Aku tidak mempersoalkan sama ada mereka akan pergi atau tidak, cuma aku mempersoalkan di tangga keberapakah mereka meletakkan Mekah sebagai matlamat tempat yang akan mereka kunjungi?

    Aku? Aku masih tidak mampu untuk pergi ke sana. Tapi aku meletakkan Mekah sebagai prioriti aku. Maknanya, bila keadaan mengizinkan, bila suasananya beres, insya-Allah kaki ini akan menjejakkan kaki di bumi suci itu.

    Bukanlah aku mengatakan semua kawan-kawan aku begitu. Ada juga yang tidak. Persoalannya, apakah prioriti kita? Disneyland atau Mekahland?
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Mosc Atha Cliath (Masjid Dublin)

    08 November 2004 • 6 Komen
    masjid islam dublinMosc Atha Cliath adalah sebutan Masjid Dublin di dalam bahasa Gaelic yang menjadi bahasa asli rakyat Irish. Namun bahasa Inggeris menjadi bahasa nadi rakyat di sini. Masjid Dublin terletak betul-betul di hadapan rumah aku. Kalau nak tahu, rumah aku di kawasan inilah.

    Masjid ini tidak berapa besar. Namun ia lebih besar dari sekangkang kera dan masih cukup luas bagi menampung kehadiran jemaah setiap hari. Cuma yang menjadi masalah besar adalah apabila tibanya Solat Jumaat, Solat Aidilfitri, dan Solat Aidiladha. Memang melimpah-ruah hingga hampir ke jalanraya.

    Masjid ini sedang dalam proses mengumpulkan dana bagi menampung kos pembesaran dan pengubahsuaian. Anggaran kos dalam 570,000 Euro (kira-kira RM 2.6 juta). Setakat ini, wang yang sudah terkumpul masih tidak melebihi 150,000 Euro. Bilalah agaknya nak capai sasaran. Silap-silap, aku dah habis belajar pun masih belum dapat lagi capai angka yang disasarkan.

    Ada 2 masjid utama di Dublin. Satu lagi terletak di Clonskeagh, Dublin. Kalau naik bas dari Dublin Mosque, mengambil masa kira-kira 40 minit. Tapi itu semua bergantung kepada trafik. Clonskeagh Mosque jauh lebih besar, lebih selesa dan lebih moden. Maklumlah, masjid baru.

    Namun, Dublin Mosque ada satu keistimewaan yang tidak dapat ditandingi oleh Clonskeagh Mosque. Apa lagi kalau bukan iftar percuma yang diberikan setiap kali datangnya bulan Ramadan. Di sini, setiap hari pada bulan Ramadan, menu Ayam Tandoori dan nasinya menjadi buah mulut budak-budak Dublin yang datang berbuka di sini setiap hari. Kenapa jadi buah mulut?

    Sebab kesedapannya yang tidak terkata! Susah nak cakap. Di Malaysia pun aku tak pernah makan sesedap itu, sampai ketagih aku dibuatnya. Resepinya memang asli. Rempah-ratusnya cukup. Memang sedap. Semua orang kata macam tu. Kawan aku sendiri pun pernah menulis di dalam ruangan blognya tentang kesedapan resepi Ayam Tandoori tersebut. Hmm..ada sesiapa yang meleleh air liur? Datanglah melawat Dublin. Boleh kita makan di situ. Tapi kalau bukan bulan Ramadan, kena bayar 6 Euro (RM 30) untuk sekali makan :)

    Lupa pula nak beritahu, masakan Ayam Tandoori itu dimasak oleh seorang pakcik Pakistan yang membuka restoran di sebelah Masjid Dublin ini. Setiap kali nak solat di masjid ini, pasti akan meleleh air liur sebab terpaksa menghidu bau Ayam Tandoori yang sedap (pintu masuk ke masjid terletak sebelah sahaja dengan restoran). Maklumlah, dapat bau sahaja. Nak makan selalu mana mampu. Bocor pula poket seluar nanti! Sebulan sekali pun dah kira OK.

    Apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada Hamba Allah yang memberikan sponsor untuk iftar kami setiap hari. Moga Allah membalasnya dengan sebaik-baik balasan.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Malas Jangan Baca

    06 November 2004 • 7 Komen
    Bagaimana tabiat membaca masyarakat Melayu? Benarkah Melayu cinta kepada ilmu? Atau Islam menjadi topeng bagi menunjukkan Melayu sentiasa dahaga dan cintakan ilmu? Anda jawab. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Aku hormati perbezaan pendapat.

    Tapi jika soalan itu ditanya kepada aku, aku jawab tidak. Jika fakta dan angka dijadikan ukuran, sah Melayu yang membentuk separuh dari 23 juta rakyat Malaysia, rata-rata malas untuk membaca. Fakta-fakta yang aku ambil kebanyakannya datang dari Majalah-I keluaran Julai 2004.

    Malaysia ada banyak majalah-majalah ilmu. PEMIKIR, MASSA, Dewan Sastera, Pelita Bahasa, Jurnal Undang-Undang Kanun, Dewan Budaya dan berbagai-bagai lagi. Namun apa nasib majalah-majalah tersebut?

    PEMIKIR - Diterbitkan 3 bulan sekali. Ia tidak laku. Menurut Awang Selamat dalam ruangan popular di Mingguan Malaysia, nak jual 800 naskah setiap 3 bulan pun payah. Bayangkan 800 naskah sahaja!

    MASSA - Satu-satunya majalah berita minggu dalam bahasa Melayu. Setelah berhempas-pulas selama 9 tahun, MASSA karam. MASSA tidak sempat merayakan ulang tahun ke-10. Percaya atau tidak, setelah 9 tahun di pasaran, jualan bulanan hanya sekitar 6,000 naskah.

    DEWAN MASYARAKAT - Berada di pasaran 40 tahun. Bahan bacaan baik, tulisan menarik, banyak info berguna. Namun setelah 4 dekad, edarannya sekitar 25,000 sahaja. Pelik tapi benar.

    Sebelum MASSA, kita sudah pun kehilangan Dian, Era, Data Niaga, Lelaki, Kritik, sekadar menyebut beberapa nama. Lepas ini entah apa pula yang hilang. Mastika juga nyaris lenyap. Usianya sama dengan syarikat Utusan Melayu. Terbit dengan motto 'bulanan pendidikan dan pengetahuan', majalah ini bertukar dari tulisan jawi kepada rumi. Ukurannya juga bertukar beberapa kali. Setelah berpuluh tahun di pasaran, majalah ini tidak berdaya maju, dengan edaran hanya sekitar 5,000. Sudah ada cadangan untuk menutup majalah ini. Tetapi Datuk Johan Jaafar memberi suntikan pengisian baru kepada majalah ini - daripada majalah ilmu kepada majalah misteri.

    Terbukti bahan picisan lebih laku. Pembaca menolak bahan bacaan yang berilmu, tetapi lebih senang dengan kisah-kisah mayat menjadi khinzir, hantu kubur, hantu pocong, keris hikmat, mati hidup balik, seks yang pelik dan aneh, dan sebagainya. Rencana pengetahuan tidak menarik perhatian, sebab selera pembaca lebih terbuka untuk cerita-cerita tahyul dan seks. Satu fenomena yang turut melanda Indonesia ketika ini. Mastika dengan pengisiannya yang baru mencatat sejarah sebagai majalah berbahasa Melayu yang paling tinggi edarannya, pernah mencapai 300,000 naskah sebulan. Sekiranya ilmu terus diperjuangkan, majalah itu sudah lama berkubur.

    Memang, masyarakat mudah sahaja melemparkan tuduhan bahawa penerbit tidak bertanggungjawab dengan hanya menerbitkan majalah-majalah popular. Penerbit dituduh sebagai penyebar gosip, penabur fitnah, tukang pecah-belah kaum kerana hanya menerbitkan bahan bacaan hiburan dan bahan-bahan bacaan kontroversi. Penerbit dituduh tidak menyumbang kepada pembentukan minda kerana tidak menerbitkan majalah berilmu.

    Anehnya, apabila ada penerbit yang bermurah hati mengeluarkan majalah-majalah ilmu, tidak ada pula yang sudi membeli. Bayangkan jika setiap pensyarah di negara ini membeli majalah ilmu, PEMIKIR mungkin mempunyai edaran tidak kurang 10,000 naskah. Orang hanya pandai bercakap, bijak menuduh. Tetapi cakap tidak serupa bikin. Malah, kerap terjadi tentang orang-orang yang berkobar-kobar bercakap tentang majalah ilmu juga tidak membeli majalah seperti itu. Mereka juga memilih majalah hiburan!

    Jadi tidaklah pelik kita mempunyai tidak kurang 50 jenis majalah hiburan, ada 20 lebih majalah misteri, dan berpuluh-puluh lagi komik berkala. Kita juga mempunyai lebih 50 majalah wanita, dalam berbagai-bagai bahasa.

    Majalah wanita dan hiburan boleh hidup bukan sahaja kerana jumlah pembeli yang besar, tetapi juga kerana sokongan pengiklan. Sudahlah pembeli tidak sudi, para pengiklan pun tidak yakin majalh ilmu boleh menjadi medan yang baik untuk mempamerkan barangan dan perkhidmatan mereka. Itulah sebabnya majalah ilmu terbantut dalam dunia penerbitan yang sedang berkembang pesat ini. Apa boleh buat!

    Masih tak percaya betapa hebatnya penangan majalah hiburan kepada orang kita. Baik, kita ambil contoh Bintang Kecil (terbitan Kumpulan Karangkraf); baru bilangan ke-10, edarannya sudah mencecah 40,000 naskah. (Bandingkan dengan Dewan Masyarakat - setelah 40 tahun, edaran cuma 25,000 naskah sebulan).

    Persoalannya sampai bila ini akan berlaku. Sampai bila minda masyarakat Malaysia akan maju. Kurang 16 tahun kita capai 2020. Tetapi rata-rata minda masyarakat muda Malaysia hari ini minda masih belum cukup matang. Padahal merekalah yang jadi peneraju zaman 2020. Boleh ke kerajaan capai Wawasan 2020 tepat pada tahun 2020? Minda orang muda sekarang ini terlalu di asak dengan hiburan. RTM, TV3, NTV7, dan yang lain sama sahaja. Audition, Who Will Win, Bintang RTM, Akademi Fantasia, dan Malaysian Idol terus menjadi santapan favourite remaja hari ini. Apa cerita ni? Macam mana Malaysia nak maju kalau asyik hiburan sahaja menjadi wacana hidup kita.

    Anda boleh berkata, "Kalau dibandingkan Malaysia dengan beberapa negara seperti US, UK, dan Jepun, mereka lebih hebat dalam industri hiburan. Maju juga mereka. Malaysian Idol tu kan diambil dari rancangan American Idol"

    Memang betul. Tetapi mereka akademik dan hiburan sama-sama maju. Ramai artis-artis di negara-negara tersebut yang ada degree. Malaysia berapa kerat? Paling ramai SPM. Belum habis sekolah dah gila nak menyanyi. Dah gila nak jadi artis. Kalau yang jadi artis tu SPM semua A1 tak mengapa. Ini pangkat 3. Kalau nasib baik pangkat 2. Selain tu, rakyat di negara-negara tersebut rajin membaca. Dalam bas membaca. Duduk kat mana-mana membaca. Kedai-kedai buku di sana pun lebih hebat berbanding Malaysia. Kita orang Malaysia rajin ke membaca? Kalau setakat rajin membaca majalah-majalah picisan, boleh maju ke kita macam mereka?

    Renung-renungkan, fikir-fikirkan.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Kad Kredit

    04 November 2004 • 0 Komen
    kad kreditBaru-baru ini aku telah memohon untuk mendapatkan kad kredit. Memang tidak pernah terfikir aku akan memiliki kredit kad seawal usia 21 tahun dan aku pula masih seorang pelajar. Aku menggunakan kad kredit yang dikeluarkan oleh Allied Irish Bank (AIB). Tempoh memohon tidak lama. Satu minggu aku dah dapat kad kredit yang dipohon itu. Laju dan pantas.

    Aku memohon kad kredit sebab banyak kemudahan-kemudahan yang akan dapat aku perolehi di samping senang untuk aku membeli barang di internet. Namun macam biasa. Kenalah bayar.

    Berikut adalah amaun yang perlu aku bayar setahun:

    Government Stamp Duty: 40 Euro
    Card
    Protection Service: 16 Euro

    AIB tidak mengenakan sebarang bayaran untuk kredit kad yang dikeluarkan. Kad kredit tersebut menggunakan teknologi baru - 'PIN Technology'. Teknologi lama memerlukan pengguna menurunkan tandatangan ketika membeli barang (hanya untuk membeli barang yang bukan di internet). Dengan wujudnya kemudahan PIN, pengguna hanya perlu menekan PIN pada papan kekunci yang disediakan. Teknologi ini adalah lebih selamat. No PIN kad kredit aku ialah **** (mana boleh beritahu).

    Ramai kawan-kawan aku di Ireland ini yang menggunakan kad kredit. Ingin aku nasihatkan kepada kawan-kawan aku supaya tidak berbelanja lebih walaupun anda mampu membayarnya. Aku yakin mereka mampu membayarnya, cuma aku tidak yakin mereka mampu membayar tepat pada waktunya. Sebab, jika kita terlewat bayar, kita akan terpaksa membayar interest atau dengan kata lain riba'. Riba itu sah haram di sisi Islam. Al-Quran telah secara jelas menyuruh kita tidak terlibat dengan riba'.

    Aku cuba mendapatkan penjelasan tentang perkara ini. Aku mencarinya di Bank Fatwa dari Islam Online. Berikut merupakan petikan artikel fatwa tersebut:
    In a similar way, it is permissible to use the credit cards without getting involved in Riba. Credit cards are a convenience. They help us to charge goods and services to the card account, without carrying too much cash all the time or tying the cash for a credit purpose. These cards are now universal and are used in Muslim countries as well. The card companies make money from annual fee and from commission they take from the establishments. Some companies give their credit card free of any annual fee, because they expect that may collect interest from those who will charge these cards and then they will pay interest on unpaid balance. However, one does not have to pay interest if one pays the card bills fully on time.
    Kesimpulannya di sini, jangan lewatkan pembayaran kad kredit anda. Nanti tak pasal-pasal kena jawab di Hari Akhirat.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Buku Tetamu

    01 Oktober 2004 • 187 Komen
    tetamu senja

    Kalau rasa rajin nak tulis buku tetamu, sila lah tinggalkan komen di bawah ye. Komen yang mengarut, akan dibuang..hehe. PS: Masih lagi belum dilancarkan secara rasmi.

    Sudah pun dilancarkan tanpa sebarang acara potong reben merah. Kepada yang menulis di ruangan ini, saya ucapkan terima kasih dan maaf kalau saya tak jawab. Berdiam pada kritikan, teguran dan pujian lebih selamat selalunya :) ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Download MP3: Ceramah Agama, Zikir, Qasida & Selawat

    01 September 2004 • 114 Komen
    Gunakan Firefox untuk proses muat turun yang lebih pantas, ringan dan mudah untuk diuruskan. Download Firefox sekarang! (percuma)

    Tarikh kemaskini terakhir: 00:55, 09 Oktober 2008;
    Kongsi laman download ini dengan rakan atau keluarga anda!




    Ceramah Melayu | atas

    Ustaz Haron Din

    Ustaz Haji Shamsuri

    Ustaz Ismail Kamus

    Dr Fadzilah Kamsah

    Ustaz Akhil Hayy

    Ustazah Siti Nor Bahyah

    Sheikh Nuruddin al-Banjari - Sifat Solat Nabi

    Ustaz Jumadi Mustar - Misteri Nusantara

    Ustaz Rejab Selamat - Persiapan Menghadapi Maut


    Ceramah Inggeris | atas

    Sheikh Hamza Yusuf

    Imam Zaid Shakir

    Imam Anwar al-Awlaki - The Hereafter


    Bacaan Zikir, Selawat, Doa Qunut, Qasida & Nasyid | atas

    Zikir dan Selawat

    Nasyid dan Qasida

    Bacaan Doa Qunut

    Diya al-Mawalid


    Bahan Teks & Dokumen | atas

    ¶ Teruskan membaca entri ini »