---
Kita ada berita mengejutkan. Hampir 10 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau pun bahasa terbelit lidahnya dipanggil obesiti. Ini petikan beritanya:
KUALA LUMPUR 23 Feb. – Hampir 10 juta penduduk negara ini menghadapi masalah kegemukan, kebanyakannya berpunca daripada pengambilan makanan segera yang melampau. Anggaran tersebut merangkumi mereka yang melebihi berat badan ideal melalui pengiraan Indeks Jisim Tubuh (BMI).
Pegawai Sains Bahagian Reproduksi Manusia Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Kamarul Faridah Kamarul Zaman berkata, masalah itu diburukkan dengan sikap ibu bapa yang mengambil jalan mudah memberikan anak mereka makanan segera untuk menjimatkan masa... [1]
Eh, kamu percaya ke laporan tu? Hampir 10 juta gemuk. Bukan main-main tu. Rakyat Malaysia dalam 24 juta orang sahaja [2]. Nak buat kira-kira kita jadi mudah, maka kita katakan 9 juta rakyat Malaysia gemuk, dan ada 27 juta rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Nisbah 27:9 bermaksud 3:1. Jadi, bagi setiap 3 orang rakyat Malaysia, satu daripadanya mengalami masalah obesiti. Ooi, biar betul!
Kita berjalan kaki untuk bersiar-siar di sebuah taman. Jumpa orang pertama; kurus. Jalan lagi. Jumpa orang kedua; kurus juga. Kita pun jalan lagi. Jumpa orang ketiga; orang ketiga itu pasti gemuk. Kalau orang ketiga yang kamu berselisih itu tidak gemuk, maka itu sebab kamu sendiri yang gemuk.
Statistik itu agak meragukan. Mana mungkin rakyat Malaysia lebih kurang 1/3 mengalami masalah kegemukan. Angka itu terlalu tinggi. Saya harap Utusan melakukan ralat dalam angka itu. Saya sekali tengok angka 10 juta itu, sudah tergelak-gelak. Nilai tak munasabah. Tak ada kah pakar statistik dan kesihatan di Malaysia yang mahu mempertikaikan angka itu?
Saya buat sedikit carian internet. Ini apa yang saya jumpa:
Kerajaan menganggarkan 4.4 juta rakyat berusia lebih 18 tahun di negara ini akan mengalami kegemukan atau obesiti menjelang 2020 berbanding kira-kira 3.3 juta orang dewasa yang menghadapi gejala itu ketika ini. Punca utama yang menyumbang kepada masalah obesiti ialah perubahan gaya hidup serta corak pemakanan yang tinggi kandungan lemak dan karbohidrat.(4.4 juta rakyat gemuk menjelang 2020, Berita Harian, Jumaat – 3 Jun 2005) [3]
Sepatutnya, Utusan melakukan kajian yang lebih dalam sebelum menerbitkan laporan seperti itu. Baiklah, kita katakan (katakan sahaja) nilai 10 juta itu betul. Maka adakah ia merangkumi semua peringkat umur? Dari 1 - 100 tahun? Atau statistik itu cuma melibatkan dewasa berumur 18 tahun ke atas? Dari 10 juta itu, berapakah pula peratusan lelaki dan perempuan?
Dan sepertimana yang dilaporkan Utusan, "Anggaran tersebut merangkumi mereka yang melebihi berat badan ideal", maka dengan kata lain nilai 10 juta itu merangkumi individu kelas berlebihan berat badan (overweight) dan gemuk yang kritikal (obese). Maka berapa juta overweight dan berapa juta obese? Menjadi overweight tak bermaksud seseorang itu tidak sihat, tetapi obesiti memang sah tidak sihat. Mengapa dua angka penting itu tidak diberitahu?
Dan artikel "10 Juta Rakyat Malaysia Gemuk" ini diletak di bawah Laporan Khas? Eh, macam tak khas sahaja.
Dan yang paling penting, adakah ayah kita, mak kita, nenek kita, dan orang-orang biasa lain yang baca berita tu, faham ke menatang apa BMI itu? Dengar istilah itu macam ganas dan hebat. Kalau sebut BMI sambil borak-borak di kedai kopi, aduh, persis seorang saintis gayanya. Entah faham entah tidak. Nak buat cerita jadi mudah, maka Utusan sekadar menterjemahkan BMI (Body Mass Index) itu kepada Indeks Jisim Tubuh.
Kalau mahu lapor berita, apa salahnya buat betul-betul sampai orang biasa yang tak mengaji sains boleh faham apa itu BMI. Baru pembaca boleh sedar apa pentingnya BMI. Kalau tak mahu terangkan, sila jangan gunakan benda-benda boombastik.
Akhbar kita jarang melaporkan berita-berita seperti ini dengan pendekatan yang kritikal dan holistik (menyeluruh). Hanya sebab Dr Chua Soi Lek bawa isu tentang pengharaman iklan makanan segera di Malaysia, maka barulah tiba-tiba nak tulis pasal isu kesihatan.
Oleh sebab laporan yang dibuat berdasarkan kehendak semasa, dan bukan kerana mahu menyedarkan masyarakat, maka terbitlah laporan-laporan hidup-segan-mati-tak-mahu-nak-ditanam-tiada-tanah seperti itu. Ia tidak kritikal. Kalau saya ini orang besar Utusan atau pun Berita Harian, mahu sahaja saya bawa seluruh wartawan saya pergi ke BBC, CNN dan Al-Jazeera untuk belajar dari mereka bagaimana mahu menulis laporan yang kritikal. Atau untuk jimat kos, kita panggil beberapa orang dari sana untuk datang ke tempat kita, dan memberikan sedikit tunjuk ajar.
Hanya ada satu kumpulan topik sahaja yang akhbar nasional kita akan melaporkannya secara kritikal, dengan lengkap, tanpa ada tertinggal walau satu huruf pun. Iaitu apabila melibatkan gosip panas artis. Tak percaya? Lihat dan pandang semula ke masa belakang tentang kisah-kisah:
- Siti dan Datuk K
- Datuk K dan jandanya
- Janda Datuk K membawa diri ke Australia
- Mawi dan Ina putus tunang
- Erra dan Yusri bercerai
- dan dot dot dot...err atau mungkin Erra dan Datuk M?
Sebagai penutup, betul ke 10 juta?
---
Nota Kaki
[1] 10 juta rakyat Malaysia gemuk, Utusan Malaysia, 24 Februari 2007.[2] 23,953,136 (Anggaran populasi Malaysia pada Julai 2005) dari Answers.com
[3] Dari Berita Kesihatan, USM
13 Komen • Tambah Komen↴
utusan mmg banyak laporan yang lawak sendal, tak tahu sama ada salah wartawan atau salah penyunting atau editor nya.
video rtm tu mmg lawak sendal jugak. 4 minit lebih.. gila lama.
aku harap itu di slot hiburan rtm dan bukan slot berita dalam negeri macam utusan.
mawi ada buat album berzanji, kau boikot ke berzanji dia tawel? hahaha
Lawak sendal? Satu lagi benda baru yang aku dengar..hehe. Mana ada boikot. Cuma tak berminat nak beli ;)
Video tu kalau keluar kat bahagian berita dalam negeri pun, aku tak hairan. Gambar janda Datuk K nak 'melarikan diri' ke Australia pun boleh jadi gambar depan akhbar Berita Harian. Terus tak jadi aku nak beli Berita Harian masa tu.
Cuba tengok, apa ini: Screenshot yang aku buat tahun lepas. Berita itu, jadi salah satu berita utama?
Dalam isu2 'menambah lemak' ni ramai jugak duk bincang isu 'haramkan iklan makanan segera'..tapi mcm rokok, tak berkesan..10 juta dengan 4.4. juta..the difference is too big! kadang2 saya terfikir, adakah 'fakta2 nombor' lain yang pernah disiar di utusan 'tepat'?
Pastu ada plak isu utusan nak bergabung dengan NSTP.
p/s: dulu orang cakap bahagian sukan je yg paling boleh percaya dlm utusan..tapi skrng pun, tgk bhgian sukan..mcm dah jadi politik sukan..
Bhgn nombor ekor je kot yg paling tepat..
Ngaa.. Aku pun makin gemuk nih. makan tido makan tido. hehe.. adakah aku tergolong dalam 10 juta itu? huhu..
Oh, selama ni ingatkan obese ialah fancy word utk overweight, tak tahu pulak ada beza.
Pagi tadi baru terbaca yg ada studies baru2 ni menunjukkan exposure to certain chemicals pun boleh mendatangkan obese. huhu
Baca
In plain English, a line of demarcation between overweight and obese is indinstinctive. But when we are talking about BMI, the definition of those two words does matter.
Misosoup yang duduk di UK ni selalu ke baca Washington Post? Hehe..if you are afraid of that chemicals, then go organic and avoid GM foods. But don't be too paranoid :p.
Using BMI as a crude indicator for obesity can be misleading.
10 millions. that is outrageous. that is close to 50% of Malaysian. the research must have questionable method if they have estimated that kind of value.
jap... camne nak kira BMI... dah lupa la
utusan memang slalu gitu...tgk jeh laa brite 19A1 tu...pon tipu belake...saje nak wat gimik...baru laris surat kaba diorg...
tolong jawab utk tawel. cara nak kira BMI...
berat (kg) / [tinggi(m)kuasa dua]
Begitulah nampaknya cara kira-kiranya :) Faidz, memang betul. Kesian budak perempuan tu.
Walaupun misoSoup x berapa percaya sgt media ni, tp dlm kes budak perempuan tu, misoSoup x rasa media or budak perempuan tu yg patut rasa malu. But rather, org kementerian. Kalau refer pd news utusan aritu, it was reported that:
"Berita kejayaan itu dibayangkan kepada Nadiah Amirah oleh pegawai Kementerian Pelajaran yang menghubunginya pada 24 Januari lalu bagi mendapatkan biodatanya."
In other words, somebody from the ministry itself contacted her prior to the result announcement. Haiyo, dah lah mula kecoh sblm result officially kluar, in the end it turned out result salah pulak tu huhu. Kalau misoSoup la org kementerian tu, misoSoup sure rasa malu n bersalah giler sbb mencacatkan kredibiliti Kementerian Pelajaran Malaysia.
But then again, ketepatan laporan media tu boleh dipersoalkan, macam biasa.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.