- Download Firefox
- Download Firefox versi USB. Versi USB adalah bagi mereka yang mahu guna Firefox, tetapi anda tidak boleh install di komputer syarikat, sekolah, atau universiti anda.
- Atau pun boleh cuba Google Chrome.
Kenapa ada musang di blog ini?
Tak semua orang akan nampak seekor musang yang sentiasa mengintai itu. Jika anda nampak seperti di bawah, ini kerana anda masih lagi menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke bawah ketika melayari internet:
Kenapa hanya pengguna Internet Explorer sahaja yang nampak?
Sebab saya mahu mereka bertukar kepada browser yang lebih selamat, moden dan pantas seperti Firefox.
Apa kekurangan Internet Explorer?
Untuk menerangkannya maka saya terpaksa menjelaskan aspek-aspek teknikalnya yang penuh dengan jargon. Oleh itu, petikan kata-kata dari artikel Internet Explorer 7 Sucks on Standards ini sudah cukup merumuskan mengapa anda tak patut menggunakan Internet Explorer (IE), hatta versi IE yang paling baru, iaitu IE 7:
My advice is simple: Boycott IE. It's a cancer on the Web that must be stopped. IE isn't secure and isn't standards-compliant, which makes it unworkable both for end users and Web content creators.
Kalau tetap nak guna Internet Explorer boleh tak?
Boleh sahaja. Tetapi paparan blog ini (dan banyak lagi laman web lain yang mengikut web standards) akan jadi lebih baik jika di Firefox mahu pun dalam modern browsers yang lain seperti Opera, Flock, dan Safari.
Tetapi musang itu akan sentiasa mengintai setiap kali anda masuk ke blog ini. Setiap kali anda nampak musang itu, maka ketahuilah bahawa anda telah melambatkan lagi inovasi dalam teknologi web, di samping lebih terdedah kepada serangan hackers durjana.
Maka sila muat turun salah satu browser yang saya cadangkan di bawah. Musang itu akan pergi jika anda menggunakan mana-mana browser di bawah ini ketika melayari internet:
Dengan tidak menggunakan Internet Explorer, anda telah banyak memudahkan kerja saya dalam blogging ini. Begitu juga dengan yang lain. Terima kasih!
19 Komen • Tambah Komen↴
semalam kawan aku cakap, pembina web yang baik adalah yang dapat membina web yang baik dari kaca mata semua jenis browser.dia menambah, tidak semua hacker itu durjana. ada hacker hacking untuk membaiki kecelaruan.hacker yang baik adalah yang hacking bila perlu hacking. dan menjadi pelawat normal ketika perlu menjadi pelawat normal.zionis hacking internet sepanjang masa.
Betul tu. Kalau boleh design memang kena compatible dengan semua browsers. Aku dah pastikan design blog ni compatible dengan semua browsers; Firefox, Safari, dan IE7.
Tapi masalahnya aku tak boleh nak test untuk IE6 dan ke bawah. Bila dah upgrade ke IE7, memang masalah besar kalau nak running IE6 dan IE7 dalam komputer yang sama.
Walaupun aku boleh buat musang tu cuma muncul dalam IE6 dan ke bawah, tapi alang-alang tu baik muncul kat versi 7 sekali. Baru puas hati aku. Hehe. .
Lagipun, bagi mereka yang guna IE6, elok aje tukar kepada Firefox atau sekurang-kurangnya upgrade ke IE7 sebab IE6 dah nak berumur 9 tahun dah tahun 2008 ni. Terlalu jauh sangat ketinggalan teknologinya.
Eh MFR, blog kau tu kejap ada kejap tak ada. Kelmarin tengok tutup. Semalam tengok ada balik. Apa pun, moga kau istiqamah selalu. Amin.
aku tutup blog tu sebab bukan ada orang kisah apa yang aku tulis. lagipun kawan-kawan tabligh aku ajak kurangkan aktif di internet, lebihkan di luar.
aku simpan semua tulisan yang boleh aku rujuk balik kat arkib forum aku.
aku buka balik blog tu semata-mata nak paparkan tulisan baru aku tu je. itupun sebab komen-komen kat youtube,dan tulisan ustaz hasrizal yang minta orang muda celik politik. aku nak tengok sejauh mana orang dewasa nak peduli idea orang muda.
tapi hampas je. orang dewasa bising suruh orang muda celik politik, tapi apa yang orang muda tulis, depa anggap sampah dan kebudak-budakan je.padahal orang dewasa yang kebudak-budakan samada di parlimen atau jalanraya.aku nak tengok sejauhmana fenomena orang dewasa waktu aku sekolah dengan waktu aku dah masuk universiti berubah.kalau tak berubah juga, tunggu saja aku jadi dewasa pula, biar aku yang ubah dengan izin Allah. astaghfirullah.
p/s- aku tahu kau adalah pembina web yang baik, tawel sensei! i luv u.
Kalau mengikut teori, sebuah laman web harus compatible dengan semua web browser namun ini adalah suatu yang agak mustahil.
Kebiasaanya aku pastikan blog aku compatible dengan IE 6, IE 7 dan Firefox 2. Ini merangkumi lebih daripada 90% pengguna Internet di dunia. Dan kalau rajin dan ada masa lapang, aku akan pastikan compatibility dengan Opera 9 kerana tidak ramai yang mengguna Opera 9 secara amnya.
Ada beberapa cara untuk install IE 6 dan ke bawah di dalam satu komputer yang sama.
Cuba tengok link berikut:
Multiple IE versions on PC
IE 6 Stand Alone
Yang majoriti tidak semestinya lebih baik daripada yang minoriti dan sebagainya.
Betul memang dalam perihal membina laman web konflik akan berlaku disebabkan oleh pengunaan Internet Browser yang berbeza terutama Internet Explorer dan juga Firefox.
Oleh itu sewajarnya dalam perihal membina website sewajarnya perkara yang perlu diambil perhatian:
1. Menepatian piawaian W3C standard.
2. Sekuriti pada kebiasannya kalao sudah menepati piawaian W3C . Sekurity laman web berada pada tahap selamat.
3.Pada Internet Browser pula menggunakan Pelayar yang mengandugi fungsi-fungsi yang tidak diikitiraf piawaiannya oleh mata dunia adalah sangat berbahaya.
Bahaya yang dimaksudkan membolehkan PC anda secara automatik mengexecute (maaflah sedara tawel tak jumpa perkataan nak terjemah) kod-kod komputer yg tidak disanitasi terlebih dahulu.
Tadisional Antivirus dan Firewall tidak dapat menganagni masalah ini.
Jadi konklusiny pakailah Internet Browser yg direcommended oleh Sedara Tawel..
Saya baru setahun ikut perkembangan blog ni... Selain artikel-artikel yang bernas, design blog ni antara punca saya tak jemu untuk berkunjung. Apa pendekatan yang saudara guna? Edit template yang dah ada, atau start from scratch? Satu lagi, ada widget khusus ke untuk Flickr? Saya jumpa yang Wordpress saja... Untuk Blogger belum jumpa lagi...
MFR, kalau nak cakap I Luv U senyap-senyap le!
Hafiz, alamak baru aku tahu yang design blog ni tak berapa compatible dengan IE6-- le. Tapi aku malas nak fikir dan apply IE hacks. Trash all IE hacks and code happily ever after. Microsoft terlalu lambat sangat tajdid teknologi dia!
Y0ndi3, "Bahaya yang dimaksudkan membolehkan PC anda secara automatik mengexecute (maaflah sedara tawel tak jumpa perkataan nak terjemah) kod-kod komputer yg tidak disanitasi terlebih dahulu."
Apa maksud 'kod komputer yang tak disanitasi'? Tiba-tiba terbayang detergen basuh pinggan pulak.
Hari tu ada terbaca di Digg yang link video ke YouTube pasal risiko pengguna IE6-- yang termasuk GOGGLE.com. Padahal sebenarnya nak pergi GOOGLE.com.
Ini videonya. Dan ini sebabnya.
Tapi sekarang domain goggle.com macam dah tak ada apa-apa.
Kepada Rdhanz, saya nak terangkan di ruangan komen ni tentang macam mana untuk letak Flickr dalam Blogger/mana-mana laman web agak payahlah pula sebab masalah teknikal Blogger ni sendiri.
Jadi, google keyword ni: badge_code_v2.gne
Nanti adalah jumpa beberapa tutorial. Pasal template ni, saya buat dari scratch. Bolehlah sikit-sikit.
Terima kasih. Dah dapat pun apa yang saya nak. :)
yang penting saya guna firefox.. sejak2 guna FF ni, jarang PC kena virus.
Percayalah!
Saya masih pakai juga IE7. Jarang juga diserang virus. Percayalah, heheh! Kenapa ya????
Mungkin sebab saya tak (sebenarnya JARANG) masuk kot laman² yang "mara bahaya", seperti laman web mencari perisian² secara haram (lanun) ataupun mencari "crack" untuk sesuatu perisian (yang nak digunakan secara "haram" la tu!).
Kalau nak masuk juga laman seperti itu, maka memang saya sediakan Firefox untuk melaksanakan tugas melayari laman sebegitu, sebab sememangnya kalau nak masuk laman sebegitu (di mana terlalu banyak pop-up, terutamanya yang berunsur porno yang kelihatan), risiko diserang memang tinggi kalau pakai IE.
Tips takmau bagi kena serang ni mudah ja. Di samping menyediakan perisian antispyware yang bersesuaian, rajinlah "padam" cookies di browser tu. Dan kekangkan diri anda daripada mengklik semua pop-up yang naik ketika anda melayari mana² laman web pun.
Ini tidak, naik ja pop-up, main klik ja, mana tak masuk spyware, virus dan sebagainya, kan? Pakai Firefox, memang la selamat, sebab dia halang pop-up lebih banyak daripada IE, tapi kalau setakat melayari internet dengan selamat, pakai IE7 pun masih "selamat" sebenarnya, heheh... ;)
P/S: Saya rasa yang masih ramai pakai IE6 tu bukannya apa, sebab sebenarnya majoriti pengguna PC kita pakai Windows XP cetak rompak! Nak download IE7, Microsoft akan check kita pakai ori atau tak, tak ori, tak dapek aa! Makanya pengguna Windows XP cetak rompak yang "casual" (yang tak reti sikit tu), akan kekal juga pakai IE6 (dan membiakkan virus di PCnya). Yang pandai sikit, pakailah Firefox atau IE7. Benar tak teori hamba ini!? =)
Convoy, ada sikit-sikit betul teori tu rasanya ;). Tapi saya pakai yang ori..ehem-ehem.
Risiko memakai Windows pirate sangatlah besar, terutama sekali kalau terguna versi yang para pirate dah godam terlebih dahulu dengan meletakkan rootkit dan malware.
Mengiklankan Firefox sebagai lebih selamat berbanding IE adalah sedikit 'misleading' terutama kepada pengguna biasa yang tidak faham dengan perkembangan teknologi. Yang penting adalah bagaimana kita 'mengurus diri' di Internet, dalam erti kata lain SIKAP. Browser dah tukar tapi sikap masih di takuk lama, maka akan tetap terdedah kepada bahaya di Internet.
Jangan salah faham, saya menyokong sepenuhnya kempen menggalakan pengguna bertukar kepada firefox. Saya sendiri sudah menggunakan firefox sejak versi 0.7 (masa itu dikenali sebagai Firebird). Tapi menekankan aspek keselamatan sebagai salah satu sebab adalah tidak tepat dan malah mungkin boleh digunakan sebagai batu untuk menghentam kita balik.
Sebagai 'web developer' saya sendiri sudah jemu dengan kerenah Microsoft yang tidak mahu patuh kepada standard. Saya rasa ini yang patut ditekankan kepada pengguna kenapa mereka perlu beralih kepada Firefox.
Saya memohon maaf kiranya ada terkasar bahasa. Ini komen pertama saya di sini yang sebelum ini hanya menjadi pembaca senyap (lurker). Salam perkenalan.
Rasanya macam pernah sekali mengomen di sini. :)
Poin yang baik. Lupa pula yang sikap memainkan peranan yang sama penting dengan browser yang dipilih. Orang kata, Mercedes lagi selamat dari Proton. Tapi kalau sikap kita semasa memandu Mercedes tu tidak bagus, dengan melanggar banyak undang-undang jalanraya, maka sia-sialah pakai Mercedes tu.
Ok bang Kamal, rajin-rajinlah jenguk sini selalu. Hehe.. Kenapa blog macam tak boleh komen aje?
nak buat macam mana, pakai komputer company. nak install usb pun kena call general helpdesk.
adalah tidak tepat bila mngatakan mgunakn firefox itu selamat,sebab sbelum ni pun saya mgunakan firefox, tp computer jadi lambat bnyak kena downloading, maklumat2 kita dicuri juga oleh mereka, bila kita search sesuatu mrk mgunakan 'proxy' spt auto referal.
Anonymous...
Firefox == Mercedes.
IE == Kancil.
Kemudian, cara kita membawa kereta ini adalah faktor kedua yang menentukan kita selamat atau tidak di jalanraya. Dengan kata lain, jauhi *jalan-jalan gelap* di internet seperti porno, laman perjudian, dan juga laman-laman untuk mencari crack, keygen, etc.
Dari apa yang saya tahu, komputer saudara macam ada adware sebab tu berlaku redirect. Di hari ni pula, XSS attack adalah lebih berbahaya. Gunakan NoScript addons. Khusus untuk Musang Api ;)
salam moderator..saya amat tertarik dengan blog anda. paparan blog & kandungan adalah yg terbaik. saya amat bersetuju dengan anda supaya mengunakan firefox untuk browser internet coz IE 7 kebawah banyak masalah..PC saya sehingga sekarang sejak 2007 sudah 9kali d format akibat virus.
YM--->kzkh9786.
kaber hero.
@Kaber Hero, terima kasih atas komen. Kalau peminat Firefox, bolehlah juga test drive Firefox 3 Beta 5. Lagi laju dari versi 2.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.