Agak terkejut apabila blog ini tiba-tiba dapat komen:
"Betul blog ini sgt bagus patut diteruskan dah berbelas tahun ia wujud baru skrg saya tau...kipidap dongibab"
Dan sebenarnya, ada banyak lagi komen yang meminta saya menulis kembali. Cuma saya tersentak bila komen yang kali ini menyatakan blog ini sudah berbelas tahun.
Hari ini di tahun 2016, usia blog ini menjangkau 12 tahun rupanya. Banyak kenangan pahit manis sewaktu aktif menulis. Sesudah 4 tahun gersang tanpa secalit tulisan, hari ini saya coretkan sedikit aksara di blog ini.
1. Ya saya memang tidak aktif menulis blog buat masa ini. Sebab slogan blog ini "Bukan Repekan Meraban", maka selalunya tulisan saya mengambil masa yang panjang untuk disiapkan bagi memastikan fakta saya tidak merepek lagi meraban.
2. Hari ini sangat berbeza berbanding dengan zaman kegemilangan blog. Ini zaman ketagihan Like dan Retweet. Zaman ini majoritinya cuma Like tanpa membaca pun apa yang dia Like.
3. Ramai blogger sudah tidak menulis di platform blog lagi. Semuanya sudah berpindah ke Facebook terutamanya. Mungkin di sana sebab karya lebih mudah tersebar dan viral, di samping teknologi Facebook yang lebih memudahkan penggunanya.
Mungkin masih ada yang gigih menulis sehingga sekarang. Dan sekurang-kurangnya saya tahu satu dua blogger sezaman saya yang masih menulis blog sehingga hari ini. Inilah blogger sejati yang menulis betul-betul kerana minat. Bukan kerana mahu meraih populariti.
Terima kasih kepada pembaca setia yang kadang-kadang mengharapkan saya menulis kembali. Kalau ada blogger sezaman yang masih aktif, kasi habaq sikit di ruangan komen.
Dan ada ke agaknya pembaca lama blog ini yang masih setia menanti?
¶ Teruskan membaca entri ini »
Langgan:
Feed entri ini