Saudara saudari seIslamku! Itu semua tidak membawa faedah yang besar kepada ummah. Ia hanya membawa kepada perpecahan. Salah satu isu yang tak relevan untuk diketengahkan ialah berkenaan kitab Ihya 'Ulumuddin yang dikarang oleh Imam Al-Ghazali.
Antara cebisan manuskrip asli Kitab Ihya 'Ulumuddin. Ihsan dari al-Ghazali's Website.
Pernah saya mendengar kritik dan 'suara-suara' yang bencikan kitab tersebut. Pernah saya mendengar ada golongan yang ingin menghumban kitab tersebut jauh-jauh. Ada orang tak mahu sentuh langsung kitab itu. Ada dakwaan mengatakan kitab Ihya mengandungi banyak hadith-hadith daif dan maudhuk. Maka kitab tersebut adalah sangat berbahaya!!! Saya adalah dari kalangan yang amat menitikberatkan kedudukan sesuatu hadith. Memandang sepintas lalu pada dakwaan tersebut, maka saya pun nampaknya perlu menjauhi kitab tersebut. Tapi perlukah saya?
Pernahkah kalian terfikir mengapa kitab Ihya ini tetap bertahan walaupun ia dikatakan ada mengandungi hadith-hadith maudhuk (iaitu hadith palsu)?
Untuk menjawab soalan ini, saya akan menterjemahkan artikel yang dijawab oleh Sheikh Amjad Rasheed. Jawapan beliau adalah dalam bentuk audio yang kemudian ditranskripkan oleh Saudari Huma Shah yang merupakan salah seorang staf di SunniPath. Transkrip tersebut yang berbahasa Arab kemudiannya diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris oleh Sheikh Faraz Rabbani yang merupakan seorang tenaga pengajar di SunniPath. Saya berharap terjemahan saya dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia tidak akan lari jauh dari isi artikel yang sebenar.
Sebelum membaca terjemahan yang akan siap tidak lama lagi itu (InsyaAllah) ingin saya nasihatkan kepada sesiapa yang baru ingin berjinak-jinak dengan kitab Ihya 'Ulumuddin itu supaya meneruskan usaha anda itu. Jangan termakan hasutan puak-puak yang membenci ilmu tasawwuf dan kitab Ihya tersebut. Kepada yang sudah berjinak pula, teruskan pembacaan anda. Kepada yang sudah khatam berjinak, pasti kalian dapat melihat betapa unggulnya kitab masterpiece Imam Al-Ghazali tersebut.
Jangan takut untuk membacanya. Keempat-empat mazhab yang ada mengiktiraf kitab tersebut. Mustahil para ulama terbilang dari keempat-empat mazhab itu terlepas pandang bahaya (iaitu bahaya ancaman api neraka) akibat membaca kitab tersebut.
After all, Ihya deals with your heart. Diseased heart will face great troubles in the Day of Judgement and Ihya tries to prevent it.
Bersambung di BAHAGIAN 2, iaitu terjemahan artikel tersebut.
---
Berikut adalah 2 lagi manuskrip asal kitab Ihya. Sila klik untuk melihat dalam resolusi yang lebih besar.
23 Komen • Tambah Komen↴
Syeikh al-Akbar, Muhyiddin Ibn 'Arabi, when he passed away, had Ihya on his lap.
That must be a very good indication of khusnul khatimah =)
saya kurang bersetuju jika saudara menkritik mehasiswa al-azhar sedemikian rupa, marilah lihat al-azhar dari dalam, bagi saya al-azhar adalah benting kukuh akidah ahli sunnah wal jamaah ( asyai'roh dan makturi) juga keempat-empat mazhab.. :) apapun selamat memperjuangkan kebenaran
Salam, izin dilinkkan blog dan entri ini.
assalamualaikum....emmmm... saya sokong jugak dengan perjuangan saudara... saya jugak pernah membaca kitab itu, bagi saya, kitab tu memang ada memberi kesan yang mendalam pada diri saya bukan kepada zahir saya tetapi pada batin saya... insyaallah... walaupun saya tak brape pandai dalam cabang-cabang agama ni tapi saya suka untuk mempelajari suatu perkara yang baru dan ingin memperbaiki solat saya.... saya ada terpandang dalam kitab tu mengenai cara solat yang betul dan alhamdulillah, saya ada mengamalkannya... apa yang saya dapati, kelakuan saya yang teruk, beransur-ansur baik walaupun kadang-kadang keimanan ni diuji namun walaupun saya jatuh, saya akan tetap mengingati diri saya yang sebenar.... semuanya disebabkan kitab tersebut.... justeru, saya harapkan, jika kita nak membantah suatu perkara yang kita tidak tahu dan takde pengetahuan dalam hal itu, saya harapkan kita gunalah neraca akal untuk menimbang yang mana baik dan yang mana buruk... kita fikirlah sendiri apa yang terbaik untuk diri kita.... ingat, Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasibnya sendiri, dan barang kali apa yang kita fikir baik untuk kita barang kali ia memberi mudarat dan keburukan bagi kita dan barangkali apa yang kita fikir ia buruk untuk kita namun ia mungkin akan memberi kebaikkan untuk kita...insyaAllah....wallahu'alam...fikir-fikirkanlah..... jangan kita asyik bantah sana sini sampai kerja pun tak jalan..... jika ada tersilap kata, saya mohon maaf ye....emmmm... jika nak contact saya, send email ke halaqas@gmail.com... ok... terima kasih....
kepada saudara tanpa nama, jgnla tersalah tafsir.... jika diamati bnr2, btl kata sudara kita ni...dia tidak bermaksud mngatakan mahasiswa atau spa yg pernah belajar di Al-Azhar itu semuanya begitu, dan cetek ilmu dan sbgainya...memg benar didikan dan ilmu yg di terap dari Al-Azhar sgt bagus spt yg dikatakan..cuma ada segelintir dari mereka atau saudara kita serndiri...tidak dinafikan perkara itu..memg ada... dimana silapnya? ada diantara mereka yg tidak mahir dengn ilmunya tentg agama, cuba myuarakan pndpat yang tanpa disedari terkeluar dari landasan sebenar atau mungkin dia sendiri xykin...inilah jadinya sekrnya urusan hal agama bkn dtg dari glgn yg btul ahlinya...tidak bermaksud apa2 melainkn pendapat semata..marilah sama2 kita mendalami agama kita yg teramatlah luas lingkungan ilmunya...salam ukhwah dari saudara seislam kalian...
puak yang membenci kitab ihya itu tidak mampu menulis kitab sebagaimana ihya . mungkin hanya mampu mengkritik
Ihya adalah salah satu karya terulung yet is not being divulged in a manner accessible to or observable by the public in Malaysia which is really sad.
Alhamdulillah saya ketemui buku ini pada usia muda begini. It's such a disgrace bagi mereka yang tidak mengertikan falsafah dan matlamat kitab ini ditulis.
Thanks for this posting. Satu 'wake up call' kepada yang belum pernah membaca Ihya dan kepada yang sangat pessimist dengan dakwah berbentuk tulisan sebegini.
satu bacaan yang menjadi panduan. tetapi biarlah dilandaskan dengan guru yang mursyid. insyaAllah
http://ghuroba.blogsome.com/2007/07/16/kitab-ihya-ulumuddin
salam
saya dah baca link yang di beri dan ternyata pengulas di sana tidak mengerti maksud yang di sampaikan Al ghazali kerana mengambil hanya separuh penerangan / hujjah ghazali.
untuk membaca ihya , perlu baca sampai selesai sesuatu bab
saya dah membaca dengan seksama kitab ulumuddin, memang banyak dituangkan padanya hadith dhoih dan maudu,.
untuk itu saran dalam menyikapi kitab itu :
1. memandang bahwa kitab itu adalah suatu karya luar biasa yang sampai saat ini dari penjelasan yang ada pada imam ghazali belum pernah saya akui ada kesalahan. mungkin saya yang bodoh.
2. apa yang ditulis itu memuat bahan kajian keilmuan-keimuan. dan keilmuan tak berarti apa-apa sebelum menjadi suatu amalan. tulisan itu hanya pada area keilmuan semata yang masih mendapat kajian lanjut untuk mengamalkannya. jadi tak usah kwawatir bahwa akan dilaknat ALLOH hanya sekedar telah membacanya. tapi kitab itu banyak memberikan keterangan, pencerahan, dan penjelasan akurat untuk lebih mengenal ALLH dan diri kita sebagai manusia yang banyak dosa dan khilaf. sebagai kita untuk memperbaiki akhlak diri ini menjadi kitab yang bleh dibaca diantara kitab yang lain.
SETUJU?
http://www.4shared.com/get/mr-eb5uk/1PDF_ihya_ulumiddin_Approved.html
sila dload terjemahan versi indonesia
sy bestuju dgn pdpt di atas. bgi yg sudah membaca bku ihya ulumuddin terus kn membaca.kerna ia amat baik utk umat isLAM. SEMAGA SEMUA UMAT ISLAM DPT MDLMMI ILMU AGAMA ISLAM. CAYOK2
Assalamu'alaikum,
sebelum perahu-perahu kecik nak kritik ulamak eloklah tengok keilmuan diri sendiri. Dah sampai taraf mana..
Dah habis merujuk kitab yang mensyarahkan kitab hujjatul islam ini ?
1. Al Imla’ fi Isykalat Al Ihya` - ditulis oleh Imam Al Ghazali sendiri.
2. Tasyid Al Arkan fi Laisa fi Al Imkan Ibda’ min Ma Kan - oleh Al Hafiz As Suyuthi
3. Ta’rif Al Ahya` fi Al Fadhail Al Ihya` - oleh Al Allamah Abd Al Qadir Al Idrus Ba’alawi
4. Al Mughi an Haml Al Asfar fi Al Asfar fi Takhrij Ma fi Al Ihya’ min Al Akhbar - Oleh Al Hafidz Al Iraqi
5. Takhrij Al Hafidz Ibnu Hajar - Oleh - Al Hafidz Ibnu Hajar Al Asqalani
6. Tuhfah Al Ahya fi Ma Fata min Takhrij Al Ahadits Al Ihya`
7. Takhrij Ibn As Subki
8. Ithaf As Sadah Al Muttaqin - Al Allamah Al Murtadha Az Zabidi
Malulah... kalau setakat baca dalam internet untuk mengkritik Kitab sehebat ini. Tin kosong yang hanya bising sahaja..
Ihya Ulumiddin bagus untuk di amati.
Ihya tetap bertahan , insyaAllah
Setelah meneliti kitab ihya, ternyata kitab ini di karang dengan begitu tersusun sekali, yang mana bermula dalil atas sesuatu hujah di awali dengan alquran, kemudian Hadis Nabi S.a.w, kemudian kata Atsar, dan pendapat pendapat sahabat,salaf, dan seterusnya imam imam dan para ulama' terdahulu.
Ada sesiapa yang ada terjemahan lengkap kitab Ihya dalam bahasa Melayu atau Indonesia tak? Minta di kongsikan bersama.
saya pon ada baca sikit kitab tu, walopon pada awalnya agak heran dengan hadis mauduk tu, tapi tak menjejaskan saya kerana ia tidak digunakan dalam membuat sesuatu hukum fiqh. ia mungkin digunakan sebagai peringatan dalam soal akhlak dan muamalah dll
cuma pembahagian ilmu menurut imam al-ghazali tu kekadang menakutkan saya, maklum la sekarang ni kita dah banyak memisahkan antara ilmu kalam, fiqh, quran & sunnah, dan macam-macam lagi tak masuk dengan ilmu yang dilihat sebagai ilmu dunia..
wallahu a'lam
yang membenci kitab ihya ialah Puak wahabi otak senget serta sengal
siapa nakbaca terjemahannya masuk link nih
http://ihya-ahamba.blogspot.com/
hanya mampu tersenyum :)
Setuju, saya dulu seorang lahir muslim tapi jauh sesat hampir jadi agnostik kerana tercari-cari hujah kukuh membuktikan kewujudan maha esa. Seandainya anda seorang yang perlukan hanya hujah logikal, kitab ini memberi hujah sebegitu. Mungkin Hadithnya dikatakan kurang kredibiliti. Hujah logik diberikannya menyelamatkan akidah saya terhadap yang esa dan seterusnya segala syariat islam. Tanpa kitab ini mungkin saya sesat hingga ke hari ini mencari jalan dari buku-buku falsafah eksentialis barat. Kitab ini sememangnya ubat, umum boleh baca, tidak faham cari mereka yang memahaminya.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.