Back to home page

Tweet-tweet

    Tentang Blog Ini

    ...lebih bersifat komentar tentang isu sosial. Blog ini jarang ada entri baru. Ada masa, aku tulis. Tak cukup masa, aku tak tulis.
    Oleh Tawel SenseiHubungi

    Hembusan boleh dilanggan secara
    e-mel atau pun RSS. (?)


    Memaparkan catatan dengan label pemberitahuan. Papar semua catatan
    Memaparkan catatan dengan label pemberitahuan. Papar semua catatan

    Gambar Sambutan Ramadhan Serata Dunia

    22 September 2008 • 18 Komen
    Saya adalah antara peminat ruangan The Big Picture dari laman Boston.com. Bahkan saya melanggan feed ruangan tersebut.

    Entri terbaru The Big Picture memuatkan 35 keping gambar tentang sambutan Ramadhan di banyak tempat di seluruh dunia. Kalau tak tengok gambar-gambar tu memanglah rugi. Ini sekadar 3 keping gambar yang ada di sana. Perhatian: Gambar yang saya muatkan di blog ini adalah bersaiz kecil dan rendah kualitinya berbanding di sana.

    Seorang kanak-kanak sedang menyediakan juadah berbuka puasa di Masjid Memon, Karachi, Pakistan.


    Kanak-kanak Palestin yang cacat penglihatan sedang membaca al-Quran dalam tulisan Braille di sebuah sekolah agama di Ramallah.


    Waktu maghrib 17 Ramadhan di Masjid Faisal, Islamabad, Pakistan.


    Blog ini akan berehat seketika. Insya-Allah akan bersambung kembali sekurang-kurangnya dua minggu setelah berlalunya 1 Syawal (tapi tak tentu lagi, bergantung kepada pelbagai faktor. Mungkin juga lebih lama). Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri tak lama lagi! Andai ada tersilap kata dan terkasar bahasa, maafkanlah daku ini.

    Saya dedikasikan lagu ini buat pembaca blog saya yang baru mahu pun lama :)


    Raihan & NowSeeHeart - Satu Pagi Di Hari Raya



    KEMASKINI:
    Terima kasih kepada sesiapa yang buat dedikasi Aildilfitri untuk saya di ruangan komen. Saya tak mungkin dapat membalas dan mengucapkan terima kasih bagi setiap dedikasi. Namun kalau identitinya saya ketahui, insya-Allah saya akan balas sama ada di blog masing-masing, atau pun menerusi e-kad, tetapi bukan di ruangan komen di bawah ini :)

    Sebenarnya kalau boleh, saya nak juga buat dedikasi menerusi Radio IKIM. Tapi memandangkan saya jauh dan tiada pula kabel besar dan gugusan kroni di stesen radio berkenaan, maka terpaksalah daku kuburkan cita-cita ini. Okeh terima kasih sekali lagi.

    P.S. Pembaca senyap blog ni pun janganlah malu-malu kucing nak hantar dedikasi!
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Langgan Blog Hembusan

    19 Oktober 2007 • 0 Komen
    Sebagai sebuah blog yang tidak selalu update, maka saya menggalakkan anda melanggan blog ini. Ada 2 cara. Pertama, melalui e-mel. Kedua secara RSS. Pilih mana-mana yang anda faham.

    Kebaikan melanggan blog ini (dan juga mana-mana blog/laman lain yang selalu anda lawati) adalah supaya anda tidak perlu buka blog ini selalu untuk mengetahui sudah ada artikel baru atau pun tidak. Jadi anda tidak buang masa.

    Langgan blog ini secara:
    1. E-mel;
    2. RSS melalui Google Reader (paling digalakkan);
    3. RSS melalui Feed Reader yang lain.

    Kepada yang sudah melanggan secara e-mel, pastikan anda verify e-mel yang diterima. Jika tidak, anda tidak akan mendapat notifikasi apabila artikel baru sudah diposkan di blog ini.

    Beberapa orang yang masih tidak verify subscription lagi...


    InsyaAllah entri berikutnya akan bertajuk La Tahzan #4 - Berfikir Seperti Musafir La Tahzan #4 - Belajar 4 Rahsia Kanak-Kanak. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin. Terima kasih juga kepada para pembaca yang sentiasa melawat dan memberikan komen-komen bernas di sini.

    Viva la Islam!
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Setahun Dahulu Di Sini

    08 Mei 2007 • 2 Komen
    Beberapa entri terpilih yang ditulis sepanjang tahun 2006.

    [Jan] - Autosurf Menyerang
    Konsep ini sama seperti Skim Cepat Kaya atau dalam bahasa orang putihnya dipanggil Ponzi Scheme. Hanya peserta awal yang kaut untung (peratusannya amat kecil) tetapi peserta yang terkemudian akan rugi besar!!

    [Feb] - Gambar Kartun Nabi (Lagi?)
    Saya mengakui lukisan itu offensive, tapi pada masa yang sama saya ingin pula mellihatnya!! Ini satu sifat yang bertentangan. Sebagai contoh, orang yang menganggap gambar-gambar lucah dan pornografi sebagai sesuatu yang offensive, akan berusaha sama sekali untuk tidak melihatnya, apatah lagi mencarinya.

    [Mac] - Boikot Produk Israel dan Amerika?
    Ali: Eh, Abu. Kenapa kau minum air tu? Kau ni nak tolong Zionis kat Israel ke? Kau tau ke tak ijtihad Dr Yusuf Qardawi? Kan dia kata sedinar yang kita keluarkan untuk membeli barangan US dan Israel itu ibarat digunakan untuk membeli sebutir peluru bagi menembak saudara seIslam kita di Palestin?

    [Apr] - Ke Arah Mana Halanya..
    Tulisan saya sekadar setitis air di lautan - ia tidak mampu membasuh segala fitnah yang bertebaran. Tetapi gabungan titis-titis air yang kecil itulah terhasilnya lautan. Moga-moga lebih banyak titis-titis air yang akan muncul di masa hadapan.

    [Mei] - Rojak Pulau Pinang
    Apa yang wanita itu lakukan kemudiannya, sudah cukup membuatkan darah saya menyirap, malah turut mengoren. Rasa nak pitam pun ada. Dengan memakai kasut tumit tinggi, wanita itu memijak-mijak kucing itu di bahagian kepalanya berulang-kali! Ada juga gambar yang mana wanita itu mencucuk mata kanan kucing itu dengan bahagian hujung kasut tumit tingginya.

    [Jun] - Dakwah Si Protaz & Uspro 3
    Dalam hukum-hakam yang terdapat khilaf, Protaz (mahu pun ustaz) tak sepatutnya menyibukkan dirinya untuk menulis dan menimbulkan perdebatan, kerana sampai kiamat pun ia tak boleh selesai.

    [Jul] - Dakwah Si Protaz & Uspro 4
    Kami semakin kehilangan jatidiri sebagai umat Islam. Bantulah kami mencarinya semula. Bantu kami memperkuatkan iman - kerana iman yang lemah tidak akan dapat membawa anjakan ketamadunan kepada umat yang sedang dipijak-pijak ini. Kami tidak begitu memerlukan encik-encik protaz dan ustaz untuk terus-menerus mengasak otak kami dengan ilmu itu dan ini sehingga buat kami pening dan keliru. Tapi ajar kami ilmu yang benar-benar bermanfaat kepada diri kami dan umat ini.

    [Ogos] - Meminta Dalil - Ia Bukti Kejahilan Anda!
    Apakah anda fikir bahawa cara mengetahui dalil-dalil bagi setiap hukum itu adalah sekadar diberitahu sepotong ayat Al-Quran atau pun hadith? Tugas kamu sebagai orang awam atau pun seorang budak mentah yang baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang keilmuan Islam bukannya untuk mengetahui segala dalil bagi setiap hukum-hakam. Tetapi tugas kamu cukup sekadar mengetahui hukum bagi sekian-sekian perkara, berdasarkan salah satu daripada empat mazhab yang diterima oleh ahlus sunnah wal jamaah pada hari ini, dan pada masa yang sama harus sedar bahawa semua hukum-hakam itu dibuat berdasarkan ilmu dan kajian yang mendalam dari pelbagai jenis sumber.

    [Sep] - Mengenali Tokoh Kemerdekaan
    Dr Burhanuddin ini adalah seorang tokoh agama yang disegani di zaman pra dan pasca-kemerdekaan. Kalau zaman tersebut sudah ada istilah Protaz, maka layaklah beliau menyandang gelaran tersebut memandangkan beliau juga adalah seorang doktor homeopati. Tetapi kita patut bersyukur kerana beliau tidak memperjuangkan benda yang remeh-temeh seperti kebanyakkan protaz hari ini.

    [Okt] - I'tiraf
    Ada orang kata, ia ditulis oleh Rabiatul Adawiyyah. Tapi dari apa yang saya baca dalam Tafsir al-Azhar karangan Buya Hamka, ia ditulis oleh Imam Shafi'i. Dan saya lebih meyakini ia ditulis oleh Imam Shafi'i.

    [Nov] - Bila Saddam Digantung Leher
    Secara zahir, Amerika menjadi johan permainan Command & Conquer di Iraq. Harus diingat bahawa tiada naib juara di sini - hanya ada satu pemenang sahaja. Tetapi sejarah akan sentiasa menjadi saksi dan bukti kedangkalan spesis Homo Sapiens yang memiliki 98% kesamaan DNA dengan chimpanzee ini. Allah telah pun memuliakan manusia dengan petunjuk Al-Quran dan Sunnah. Jika kehidupan manusia didirikan dengan panduan yang mulia itu, maka layaklah kita digelar manusia. Jika tidak, jangan kita menyalahkan monyet di hutan jika satu hari nanti bumi menjadi seperti mana yang berlaku dalam cerita sains fiksyen Planet of the Apes.

    [Dis] - Ikut Dalil Yang Sahih!
    Ijmak sesuatu hukum dibuat apabila tiada dalil-dalil yang jelas dan nyata dari Al-Quran dan hadith. Bila hukum sudah pun dipersetujui oleh para ulama secara ijmak, maka apakah perlu bagi kita (terutamanya orang awam), untuk memperbahaskan isu itu semula? Apa relevannya? Dan apa pula faedahnya? Dan perkara ini adalah antara sebab mengapa fahaman Wahhabi berbahaya kepada umat Islam, lebih-lebih lagi dalam perkara akidah.
    ---

    Terima kasih kepada sesiapa yang telah mengikuti perkembangan blog ini sejak dulu sehingga hari ini. Syukran. Dan mungkin ada juga yang tahu betapa teruknya saya dalam menyiapkan sequel beberapa buah artikel seperti Mengapa Ihya Ulumuddin Tetap Bertahan?, Alchemist of Happiness, dan Makan-Makan Tambah Lemak. InsyaAllah ia akan disambung juga satu hari nanti. Sama ada cepat atau lambat.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Ceramah & Zikir Podcast

    16 Mac 2007 • 0 Komen
    Setelah lebih kurang 6 hari, inilah statistik ceramah/zikir/doa yang dimuat-turun. Nampaknya zikir al-Mathurat yang di download jauh mengatasi yang lain. Di bawah ini carta Top 5. Kita saksikan nilai turun-naiknya sekali lagi, beberapa bulan yang akan datang.



    Nilai feedviews dan subscribers tu saya rasa tak betul. Sebab kebanyakkan feedviews dan subscribers tu bila saya check, datang dari Mountain View, California. Mountain View ini tempat letaknya ibu pejabat dan server Google. Jadi, itu mungkin Googlebot punya kerja. Nilai ini juga mungkin dipengaruhi kepada tempat letak ceramah tersebut di bahagian download.

    Apapun, kepada sesiapa yang melanggan blog hembusan ini, saya minta maaf kalau sentiasa dapat update notification. Ini sebab saya sedang dalam proses melakukan beberapa minor edit bagi pos-pos yang terdahulu.

    Selamat Hari Jumaat. Hari yang merupakan tok penghulu kepada sekalian hari. Maka, berselawatlah banyak-banyak ke atas Nabi Muhammad sallahu alayhi wassalam.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Bercuti

    17 Julai 2006 • 4 Komen
    Saya bercuti. Kalau cuti sepatutnya blog ini tak terbiar. Tetapi malangnya, internet di Malaysia ini amatlah menyedihkan. Saya guna dial-up di rumah macam hidup segan mati tak mahu - terlalu lambat. Saya tak suka menulis di cyber cafe sebab suasananya yang bising. Sekarang ini saya berada di dalam perpustakaan Raja Tun Uda, iaitu perpustakaan negeri Selangor. Tetapi di sekeliling saya ada budak-budak sekolah rendah yang main video game. Shame to this library!! (How can they provide a video game in a library??)

    Oleh itu, saya pun tak ada mood nak update blog ini. InsyaAllah bila saya habis bercuti, kerja-kerja akan disambung semula.

    Selain itu, oleh kerana blog ini menyentuh isu kontroversi berkaitan Wahhabi, pastinya akan ada perbincangan serta soalan yang pedas dan panas. Dan saya pula tidak memiliki masa dan kelapangan untuk memoderasi segala komen. Oleh itu, saya minta tolong supaya:

    1) Tidak melakukan spam komen. Ada seorang pelawat yang membuat komen yang sama pada banyak entri yang saya tulis. Tulis sekali cukup la cik abang sayang. Kalau rasa idea di kepala berlambak-lambak untuk membidas tulisan saya, silalah buat blog sendiri. To delete your spam is just a click away.

    2) Ada juga yang tanya soalan itu dan ini kepada saya berkaitan Wahhabi. Katanya mahu saya jawab. Pertama sekali ingin saya jelaskan bahawa anonymous comment akan saya fikir banyak kali untuk layan. Kedua, tolong tanya satu-satu. Kalau dalam satu komen kamu tanya sampai 7 soalan, itu susah untuk kita bincang. Dah tu soalan yang berat pula.

    Ketiga, yang paling penting, "Mengapa tanya soalan itu kepada saya?" Nak uji saya atau nak cari kebenaran? Kalau nak cari kebenaran, kamu tak akan tanya kepada saya. Ask the real man, not a layman, dude!

    Oh ya, terima kasih juga kepada yang menghantar e-mel kepada saya. Saya tak mampu nak balas dalam keadaan yang tidak selesa sekarang ini. Sesiapa nak link blog ini juga saya alu-alukan.

    Allahumma solli ala Muhammad.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Jangan Guna Haloscan!

    22 Januari 2006 • 0 Komen
    Kalau ada komen yang ingin diberikan pada mana-mana entri, sila gunakan komen Blogger. Jangan guna Haloscan.

    Saya dalam proses untuk memindahkan komen-komen di Haloscan yang "terselamat" kepada Blogger (of course manually!!)

    Kenapa saya kata "terselamat"? Sebabnya ialah Haloscan tak simpan semua komen. Bila komen baru datang, komen yang lama akan dibuang secara automatik. Kalau tak silap, ada 100++ komen telah hilang!! Minta maaf kepada pemberi komen. Panjang anda tulis, tapi sekarang dah lenyap.

    Jadi sila gunakan Blogger kalau mahu komen. Jangan guna Haloscan! Bila saya dah siap pindahkan komen-komen di Haloscan ke Blogger secara manual, akan saya hapuskan Haloscan dari terus menjadi penghuni blog ini.

    Katakan tidak pada Haloscan!
    ¶ Teruskan membaca entri ini »