Istana Singa
Tidak ada sebarang singa di sini. Mungkin mendapat nama disebabkan terdapat sebuah kolam pancutan air yang terdapat ukiran patung singa. Dikatakan pada kolam itu terdapat ukiran nama-nama pahlawan yang terlibat dalam perang jihad. Malangnya, saya tidak pula dapat melihatnya kerana pengunjung tidak dibenarkan mendekati kolam tersebut. Ada nampak tak tali yang menghalang tu?Perhatikan kolam tersebut yang terletak di tengah-tengah.
Istana Singa adalah kawasan peribadi istana tersebut. Senang cerita ia adalah sebuah kawasan kediaman. Di sinilah sultan menghabiskan masanya bersama keluarga. Tiada sebarang urusan rasmi dan protokol diraja di sini. Kenapa pula perlu diwujudkan tempat ini?
Berdasarkan riwayat sejarah (maaf, saya tak dapat kesan sumber hadith tersebut), Nabi Muhammad s.a.w sering dilawati oleh para sahabatnya. Suatu hari, baginda sedang bermain dengan cucunya. Tiba-tiba datang sahabat ke rumah baginda, dan tanpa meminta izin, mereka terus masuk ke dalam bilik di mana Nabi Muhammad sedang bermain dengan cucunya di atas lantai ketika itu. Situasi itu tidak berapa disenangi oleh Nabi dan sahabatnya.
Maka sejak itu, Nabi Muhammad menasihatkan tentang betapa pentingnya untuk membina sebuah tempat yang khas untuk ahli keluarga sahaja, iaitu tempat di mana para pelawat tidak dibenarkan masuk begitu sahaja.
Cuba kira ada berapa banyak patung-patung singa?
0 Komen • Tambah Komen↴
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.