Back to home page

9 - Taqlid Kepada Mazhab II

25 Februari 2006 • 25 Komen Cetak Chenta!
Kita telah pun memahami maksud sebenar kata-kata Imam Abu Hanifah, iaitu: "Adalah haram bagi mereka yang tidak mengetahui dalil-dalil ku untuk menyatakan pandanganku sebagai satu fatwa". Bab kali ini akan memperjelaskan pula kata-kata Imam Shafi'i: "Apabila sesuatu hadith itu sahih, maka itulah mazhab ku".

Hari ini, kata-kata Imam Shafi'i sering dimanipulasi oleh sesetengah golongan yang sering mengkritik mazhab yang empat. Golongan ini cuba menerangkan bahawa apabila seseorang berjumpa dengan mana-mana hadith sahih yang bertentangan dengan pandangan mazhab yang diikuti, maka hadith sahih itu mestilah diberikan keutamaan dan mazhab perlu ditolak. [1]

Sebenarnya, mereka sangat jahil tentang maksud sebenar kata-kata tersebut. Seperti mana Imam Abu Hanifah, Imam Shafi'i juga tidak menujukan kata-katanya itu kepada orang awam - sebaliknya hanya kepada para ulama yang setaraf dengannya. Para ulama terbilang menjelaskan bahawa:
Kata-kata Imam Shafi'i tersebut ditujukan kepada ulama yang berkemampuan untuk membezakan hadith-hadith yang hasan atau tidak hasan, dan hadith-hadith yang memansuhkan atau yang dimansuhkan. Malah, mereka juga berkemampuan untuk mengeluarkan hukum dari dalil-dalil yang ada secara kolektif, mengikut kaedah fiqh yang ada. [2]

Salah satu sebab mengapa kesimpulan ini dibuat adalah kerana Imam Shafi'i dikenali sebagai seorang ulama yang tidak memahami sesuatu dalil dari Al-Quran dan hadith dari sudut luaran sahaja. Rumusan-rumusan oleh Imam Shafi'i seringkali berdasarkan maksud tersirat dalil-dalil yang diketahuinya.

Oleh itu, jelaslah kini bahawa Imam Shafi'i hanya menujukan kata-katanya itu kepada seseorang yang mampu berijtihad yang setaraf dengannya. Malah, kalau pun golongan yang mampu berijtihad ini ingin mendakwa bahawa Imam Shafi'i telah terlepas pandang beberapa hadith sahih, mereka mestilah benar-benar yakin bahawa Imam Shafi'i memang tidak tahu hadith sahih tersebut atau pun tidak tahu bahawa taraf sesuatu hadith itu sebenarnya adalah sahih. Dan hal ini hanya boleh dilakukan dengan mentelaah semua kitab-kitab Imam Shafi'i dan juga kitab-kitab lain yang dikarang oleh anak-anak murid beliau. Syarat-syarat ini sebenarnya adalah amat sukar untuk dipenuhi pada hari ini.

Namun demikian, untuk mendakwa bahawa Imam Shafi'i terlepas pandang mana-mana hadith sahih adalah satu perkara yang agak mustahil. Ia turut diakui mustahil oleh Imam Nawawi kerana ilmu pengetahuan Imam Shafi'i adalah sangat luas dan dalam [3].

Dalam bab Kehandalan Para Imam Mujtahid, kita telah pun mengetahui pandangan seorang anak murid Imam Shafi'i iaitu Imam Ahmad Bin Hanbal, tentang jumlah hadith yang perlu diketahui sebelum seseorang itu boleh bergelar ulama fiqh. Dalam kes ini, Imam Ahmad Bin Hanbal, tanpa perlu dipersoalkan lagi, telah mengiktiraf kefaqihan Imam Shafi'i sebagai seorang ulama memandangkan Imam Shafi'i adalah guru kepadanya. [4]

Ibnu Khuzayma yang dikenali sebagai 'Imam Segala Imam' kerana kehebatannya dalam jumlah hadith yang dihafaznya, telah ditanyakan soalan: "Apakah engkau tahu sebarang hadith sahih yang tidak dimuatkan oleh Imam Shafi'i di dalam kitab-kitabnya?" Ibnu Khuzayma menjawab, "Tidak". [5] Imam Dhahabi pula berkata, "Imam Shafi'i tidak pernah membuat satu kesilapan dalam ilmu hadith". [6]

Maka jelaslah bahawa kata-kata Imam Shafi'i itu membawa pengertian yang logik dan bermakna hanya apabila ia ditujukan kepada para ulama yang setaraf dengan beliau.

InsyaAllah bersambung dalam bab Proses Mensahihkan Hadith. Bab ini sebenarnya sangat panjang, dan ia akan dipecahkan kepada beberapa sub-bab.

Sila baca bab-bab yang lepas supaya anda jadi lebih faham:
  1. Mengapa Perlu Bermazhab?
  2. Memahami Al-Quran & Sunnah
  3. Kriminal Dalam Ijtihad
  4. Kriminal Dalam Ijtihad II
  5. Kehandalan Para Imam Mujtahid
  6. Kehandalan Para Imam Mujtahid II
  7. Jangan Pandai-Pandai Ijtihad
  8. Taqlid Kepada Mazhab

Nota Kaki

[1] Kalaulah pendapat golongan ini hendak diterima, maka cuba pertimbangkan hadith sahih Nabi pulang dari Khaibar yang telah pun diperjelaskan dalam bab Kriminal Dalam Ijtihad II.

[2] Rujuk Sheikh al-Islam Taqi al-Din al-Subki's, Ma'naa Qawl al-Imam al-Muttalibi Idhaa Sahha al-Hadithu Fahuwa Madhhabi; Ibn al-Salah's Adab al-Mufti wa al-Mustafti; dan jilid pertama al-Majmu': Sharh al-Muhadhdhab oleh Imam Nawawi.

[3] Rujuk bahagian Nota Al-Maqasid, Nawawi's Manual of Islam yang diterjemahkan oleh Sheikh Nuh Ha Mim Keller.

[4] ibid.

[5] Abu Zakariya ibnu Yahya ibnu Sharaf An-Nawawi, Abu Ishaq al-Shirazi, dan Taqi al-Din al-Subki. al-Majmu': Sharh al-muhadhdhab.

[6] Tajuddin al-Subki. Tabaqaat al-Shaafiyya al-Kubra. Diedit oleh Abdul Fattah Muhammad al-Halu dan Mahmud Muhammad al-Tanahi.

---
KOMEN YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN!
Dalam bab Taqlid Kepada Mazhab, seorang pembaca yang bernama Ustzul telah memberikan satu komen. Sekali lagi beliau telah memberikan komen ke atas bab tersebut. Sila baca komen tersebut, dan juga komen saya ke atas komen beliau. KLIK SINI

25 Komen Tambah Komen↴

aku baca komen ustzul..dia copy paste je drp fatwa mu'asarah yusuf qardhawi.dah berlambak ulama sanggah pendirian yg mcm dia?ko tahu tak hujah2nya? inilah masalah ustaz2 kita kat Azhar.pi sana lecture pun tak pergi.tadah kitab pun malas.last2 baca je satu dua kitab, terus berhujah...

memanglah boleh bertaqlid dgn mazhab selain yg 4,sekiranya imam tersebut mujtahid mutlak. tp imam2 yg ustzul sebut semuanya dah mati dan pendapat mereka tidak direkodkan serta dikembangkn dgn baik oleh murid2 mereka.oleh sebab itu,mazhab itu pupus...mana ada lg kitab2 fiqh Imam Laith,Auzaie etc...zaman sekarang cuma tinggal 4 mazhab yg terjaga dan berkembang pengikut2nya.maka hanya 4 ini yg available diikuti oleh org awam. maka ada ulama yg mengatakan wajib ikut yg 4 ini, sebab yg lainnya dah pupus.mcm mana nak taqlid pada mazhab yg dah mampus?

Mugharib

pasal taqlid ni, panjang juga ye..but i will refers to Usul2 feqh kuttub and ask my doctors, btw: tawel blaja apa kt sana..u?

Nailofar

nai...anti blaja kat Azhar juga ke?sorry kalau komen pasal pelajar Azhar tu agak biadap.bukan semua pelajar begitu.ramai juga yg rajin dan pi tadah kitab serta berguru.cth dgn sheikh Nuruddin

Mugharrib

takpe..memang hakikatnya pun,,ada yg mcm tu..plg penting byk berguru, bertanya dan baca kitab, dan berbincang...duah juga..oh ye! ana tengah terkejut ni..ada satu soalan is it Dr. Yusuf Qardhawi 'wahabi moderate" as I read in the taqlid post...never heard about it...? i was really10x surprised...what i knew, Dr Yusuf teruk dihentam wahabi..smpai ada shbt ana cerita dlm kelas, bro neo-salaf, memandang sinis pd Dr Yusuf..and also i have read an articel bout they marah Dr..malah shbt2 ana pun kata wahabi tk suka Dr...? for ex: Dr YQ mengatakan demokrasi bole etc, they: wahabi:tak setuju..>any explanation please.jzzlh

Nailofar

'Moderate' sebab pendapat beliau tak keras seperti Wahabbi, dan juga kerana pandangan beliau yang kadang-kala bertentangan dari mazhab yang empat. Memang Wahabbi tak berapa 'ngam' beliau. Banyak kali juga saya tengok ada puak-puak Wahabbi yang menggunakan pendapat beliau, contohnya tentang Tiada bida'ah hasanah. Tapi bila Dr Yusuf Qardawi kata maulud Nabi tu boleh dan dibenarkan, terkesima mereka!! Lalu mereka bertanya, Isn't he Salafi??

Di samping tu, beliau juga tak ada lah nak menyesatkan mana-mana jemaah Islam yang lain seperti Ikhwan, tabligh dan sebagainya. Malah, beliau juga tidak membuta tuli menyesatkan mana-mana ahli sufi. Harap penjelasan ringkas ni membantu :)

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

ya Allah moga Allah kurniakan kesabran di dalam kita mencari kebenaran dan menegakkan ia. Juga hati yg ikhlas amin(sedang sabarakan diri..)

Nailofar..
Ana tahu siapa dia ustaz tu (self-claimed ustaz). Ana tahu blog dia, dan dia pun ada mentioned nama 'nailofar' kat situ. Sabar la nai..

Jangan lah buang masa nak berdebat pasal hal2 camtu..just yakin dgn apa yg majoriti ulama simpulkan :) InsyaAllah, tak sesat dan masuk neraka kita.

Oh ya, 'ustaz' tu juga tulis artikel yang cuba menegakkan akidah Wahabbi..tentang Di manakah Allah.

Satu penulisan yang bahaya..terutama bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk memahami Islam.

Aiwah..
ana hanya komen sedikit sgt shj..namun mungkinkah kerana ego seorang lelaki dan dirinya yg begitu ..Waalhua'lam

em memang malas pun nak layan soalan dia yang dah dua kali berjela2 menghentam sufi...di dlm post komen pd ana...

nai

Majoriti penduduk Malaysia menganut Mazhab syafie dan berfahaman aqidah Asyaireah..Biarkan begini sahaja..Yang berilmu tu biarlah mereka mencari asal tidak bercanggahan dgn ASWJ..

namun mengapa berani dan tegar benar dgn alasan SUNNAH utk mengelirukan org yg baru2 berjinak dgn Islam bagi tulisan begitu...


Allhu'lam

nai

tawel-sensei.. Semoga Allah mudahkan dan kuatkan lagi semangat entum.

Mugharrib.. komen ada betulnya. Tapi bila umumkan gitu terasa semua Azhari ;-) Nisbah yang rajin ke kuliah dan belajar dgn masyaikh lebih ramai dari yang jadi nila. Masalahnya bila masyarakat tak dapat bezakan mana kaca mana permata. :-|

Nai.. The "self-claimed ustaz" actually dari aliran wahabi yang keras. San'a memang terkenal dengan pemikiran begitu. Usah dilayan dan difikirkannya. Aliran begini, Dr Al-Qaradhawi sendiri mengatakan sebagai perosak ummah dan Syaikh Muhammad Al-Ghazali mengatakan sebagai "talafi" dan bukan "salafi". Semua Wahabi salah, tetapi yang keras begini amat bahaya kepada dunia Islam.

wah MasyAllah ust syed dah sampai..:)

betul jg.ada sebegitu namun bukan kesemuanya...pilihan ditangan (knp ana tk terasa sgt ye.mybe sbb dah lama tinggalkn bumi t'cinta itu
:(..)yg bertemu dgn masyayeikh dan cinta talaqi dn ilmu juga ramai..=)..bak kata ust syed..jgn khuatir moga2 Allah ramaikan lagi ust2 kita yg rajin menuntut ilmu seperti ust aljoofre faqeh-fiddin..dan shbt2 kita yang muklisin, muttaqin dan khadimul-ilm(rasa bertuah sgt kalau dpt sambng m.a di sana..tp apakan daya...)

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

oh ye ust..Syeikh Muhammad al-Ghazali itu adakah beliau Mohammad al-Ghazali pemikir Islam yg hebat tu (yg banyak mengkritik pemikiran2 dan juga termasuk wahabi) itu atau al-Imam al-Ghazali Hujjatul Islam?

btw: tawel, bout the taqld yg ana mention before, still searching for the kutub..yg ada tu shbt ana bg pinjam pd org..

Petikan dari AlJoofree:
San'a memang terkenal dengan pemikiran begitu. Usah dilayan dan difikirkannya. Aliran begini, Dr Al-Qaradhawi sendiri mengatakan sebagai perosak ummah dan Syaikh Muhammad Al-Ghazali mengatakan sebagai "talafi" dan bukan "salafi". Semua Wahabi salah, tetapi yang keras begini amat bahaya kepada dunia Islam.

Kadang-kadang pelik jugak. Macam mana la San'a ni berbeza besar dari Hadhramaut? University Yemenia di San'aa tu pun kuat Wahhabi jugak ke?

Btw, nailofar, mungkin AlJoofree tak merujuk kepada Imam Al-Ghazali Hujjatul Islam. Maybe..

Tawel: Menyentuh kalam Imam Syafie tu bleh lihat apa yg dikatakan oleh Imam Nawawi dalam Majmu'. tak silap ana Ustaz Annaqshy ada salinkan dalam blognya.

San'a berbeza dari Hadhramaut takdelah pelik. Sedangkan Tarim dahulu pun cuba dimasuki oleh golongan yang sesat lalu disuruh oleh habib Abdullah Al-haddad membaca ratibnya yang terkenal tersebut.

Faktor politik dan sejarah pun main peranan. Kan dulu Yaman dikuasi komunis yang berpusat di San'a juga. Jadi tak hairanlah jika dakwah kurang berjalan di sana.

Univ. Yemenia universiti biasa je macam UM dan UKM kat Malaysia. Biasanya pelajar kita di sana cuma register untuk dapatkan student visa, tetapi belajar yg sebenarnya di Univ. Iman dan Madrasah Sunnah. Ini yg menjadikan mereka talafi.

Nai: yup, Syaikh Muhammad Al-Ghazali, pemikir Mesir. Beliau juga merupakan tokoh yg kontroversi dengan beberapa idea yg melawan arus tradisional, tetapi dalam bab neo-salafi ekstrim ni beliau gelarkan talafi. Imam Ghazali lama sudah berpindah ke hadhrat Allah sebelum Shaikh Ibn Taymiyah dan tentu sekali lebih lama sebelum Syaikh Muhammad bin Abd Wahab lahir pun.. Apa lagi dgn neo-salafi ni. ;-)

Saudaraku semuslim. Jangan memperburukkan lagi perkataan wahabi... Kenapa?

1. Wahabi itu nama bapa kepada syaikh muhammad abdul wahab. Soalnya, kenapa si ayah yang kena? Kenapa tak digelar muhammadi ker.. Pelik kan? nak tahu naper? Muhammad tu kan nama nabi kita.. :) So, kita selama ni dok kutuk si ayah yg kita nak kutuklah.. Sekali lagi, pelik..

2. Wahabi --> Al-Wahhab. Al-Wahhab adalah salah satu nama Allah. Tak takut ke antum semua main2 dengan nama ini? Ishh, berhati2 di dalam bertutur kata..

Sekadar mengingatkan.. Cukuplah, banyak lagi benda yang kita perlu selesaikan. Jangan buang masa dengan hal2 yg dah lama ni.. Kalau antum rasa betul, itu hak antum untuk teruskan.. Hanya Allah pemberi petunjuk yang benar..

Wassalam.

Wallhu 'alam.

Tanpa Nama

Pertama, kita mesti adil di dalam berilmu.. Seperti kebanyakan antum semua, bila dah benci kepada 'wahabi', maka semuanya sudah tidak ada KEBENARAN lagi pada mereka. semuanya buruk, antum terus dan terus mencari kelemahan & keburukan tanpa dilihat kebaikan yg ada pada mereka. Antum telah tidak bertindak adil!! Tahukah antum? Antum semua telah bertindak tidak adil kepada ilmu. Hanya di sebelah pihak. Tidak mengkaji sedalam-dalamnya. Hanya merujuk kepada sebuah pihak sahaja. Di dalam memutus sesuatu, kita mesti melihat kepada semua pendapat.. Sekali lagi, antum semua berbicara mengikut perasaan dan tidak adil kepada ilmu..

Tanpa Nama

Anda semua perlu tahu, Imam As-Syafi'i juga adalah manusia yang tidak terlepas dari kesilapan.. Beliau juga adalah manusia biasa.. Beliau tidak penah MEMINTA kita taqlid kepadanya!!

Beliau berkata:

"Setiap orang harus bermadzhab kepada Rasulullah saw dan mengikutinya. Apa pun pendapat yang aku katakan atau sesuatu yang aku katakan itu berasal dari Rasulullah, tetapi ternyata berlawanan dengan pendapatku, apa yg disabdakan oleh Rasulullah itulah yang menjadi pendapatku". (HR Hakim). Rujuk Kitab Tarikh Damsyiq, karya Ibnu 'Asakir (XV/1/3)..

"Seluruh kaum muslim sepakat bahwa orang yang secara jelas telah MENGETAHUI suatu hadits dari Rasulullah tidak halal meninggalkannya guna mengikuti pendapat seseorang.". Al-Filani hal 68.

"Bila suatu hadits shahih, itulah madzhabku." - Nawawi, dalam al-Majmu'.
Komen: Bila seseorang beramal sesuatu yg 'pelik' bagi anda, dan dia mengikut hadits shahih, anda tidak berhak mengatakan ia salah..

"Bila suatu masalah ada Hadithnya yg sah dari Rasulullah saw. menurut kalangan ahli hadits, tetapi pendapatku menyalahinya, pasti aku akan mencabutnya, baik selama aku hidup mahupun setelah aku mati." - Abu Nu'aim dalam Al-Hilayah (IX/107) dan lain2..

Itulah Imam As-Syafi'i, begitu merendah diri di dalam ilmunya.. Beliau tidak meminta pun kita 'mengagungkan'nya atau bertaqlid kepadanya. Tetapi, disuruhnya kita mengikut hadits yang shahih.. Tidak kiralah dari ulama' mana pun..

Ya, hanya ulama yg akan menentukan mengenai darjat sesuatu hadits.. Dan anda begitu juga.. Nak berkata, pastikan anda sudah mengkaji dan memahami sedalam2nya.. Takut kepada Allah mesti diutamakan di dalam berkata..

Wallhu 'alam.

ikhlas, salafy.

Tanpa Nama

Anonymous..
Terima kasih untuk komen-komen tu :) Tapi saya ni tak berapa suka nak respond pada orang yang ingin jadi anonymous. InsyaAllah kalau anonymous mahu mendedahkan identiti siapa, sekurang-kurangnya e-mail yang valid mahu pun alamat blog, maka bolehlah saya komen sikit-sikit ya :)

Apa pun, saya rasa mungkin anonymous ni tak baca lagi bab INTRODUKSI terlebih dahulu, dan juga tidak membaca bab-bab dalam bahagian Islam Tradisional mengikut urutan.

Atau pun anta ni mungkin juga tidak pernah lagi membaca, mahu pun mendengar beberapa kitab-kitab dari para ulama yang agung lagi masyhur tentang bab taqlid, contohnya dari Sheih Yusuf Dajwi atau pun dari Sheikh Muhammad Amin al-Kurdi dalam kitab beliau Tanwirul Qulub fi Mu`amalati 'Allamil-Ghuyub. Kedua-dua sheikh ini mengajar di Azhar.

Anta tak baca kitab-kitab 'wahabi' dan buat penilaian kepada hujah mereka? Atau hanya terus menuduh mereka sesat? Bertindak adil-lah.. Nyatakan juga pendapat2 mereka.. Jangan hanya sebut 'kesalahan' mereka.. Anta kalau dah nak pertahan islam tradisional anta tu, nak wat camner.. Mata dah buta sebelah.. Sorilah kasar, tapi sedih.. Kat introduksi, anta ada janji yg nak bersikap adil dalam menkritik. Tapi ana nampak anta berat sebelah jer..

Tanpa Nama

ya Allah berikan kami jalan..

aljoorfe: betul juga tu..:)

anaymous: kita masing2 masih terus belajar..

tawel: about the kitab u ask me before, i have search it in the library, tapi tak jelas..for now, i have been reading several books about taqlid, and asked my syiekh or lecture about it...i will post about it later insh-Allah..


sebenarnya Allah sentiasa lapangkan kita dalam urusan khilaf..Sama-sama kita baca dahulu --
فقه الإختلاف
والله أعلم.

camne pulak kalau sesetengah org tu, dia declare dia moderate shj, takde sampai jd wahabi, dan tidaklah pula tertumpu pd satu2 mazhab... bagaimana status amalannya, diterima atau tak... in fact org yg ikut wahabi tu, adakah berdosa kalau dia yakin dgn mengikut pegangan yg dia pegang itu tak kiralah sama ada wahabi atau seseorg yg berpegang guna pakai kpd yg rojih shj, (mungkin dah ada diterangkan dalam page ke 2 tapi pc ana gagal membukanya)
paling penting amalan itu sampai kpd Allah kerana kalau tak silap ana, ust ana pernah kata, berdasarkan hadith ataupun firman ana tak berapa ingat...
~Allah x tgk amal, tapi Allah tgk hati seseorg tu.. hebat mcm mana, beramal bertimbun2 pun tapi kalau takde keyakinan pada Allah, hati masih lg busuk, tak khusyu', masih lagi nak bertelingkah, takde makna amal dia pada Allah...~
~yg penting kita yakin apapun kita buat utk Allah dan kerana Allah, tak kiralah apapun mazhab yg kita pakai mahupun guna pakai yg rajih shj, selagi ia tidak menympang dr apa yg ditetapkan dlm al-quran dan as-sunnah...
dan bagaimana pula dgn sesetengah org yg dgn mudah menghukum seseorg yg tidak berpegang kpd satu2 mazhab itu sebagai wahabi padahal mereka bukanlah wahabi dan x setuju dgn wahabi tetapi merujuk kpd ke4 mazhab (tak tertumpu kpd satu2 mazhab shj)
dan bagaimana pula jika seseorg itu dgn mudah pula tuduh "mereka menipu, mereka tak mengaku mereka wahabi sbb itu taktik meka nak sebarkan fahaman mereka" sedang mereka tidak menipu lansung, itu pendapat mereka....
bagaimana? berdosa tak ye?
-maaf bg ana mazhab syafie ttp melekat di hati ana, cuma tiba2 ana terfikir ttg ini. bagi ana hanya Allah yg maha mengetahui dan dapat judge kita dgn seadil mungkin, mutu ibadah kita utknya, ikhlas kita kpdNYA.. kebenaran dalam hati kita, hnya antara kita dgn Allah...
-bebaloikah bila kita bertelingkah dan tuduh org tak buat mcm apa yg kita buat tu sbg salah (kalau mcm tu, kita pun tak ubah mcm puak wahabi juga)

bagaimana jika benar seseorg itu guna pakai yg rajih shj dalam feqh dan ibadahnya, tapi dia merupakan org yg benar2 soleh, mantap akidahnya, baik akhlaknya, hatinya ikhlas utk Allah, apa shj dia buat itu semata utk redha Allah dan rasulNYA, sanggup berkorban demi agama.
adakah amal solehnya x diterima Allah sebab dia tak taqlid mana2 mazhab?

bagaimana pula kisahnya kita yg syafie ini, tapi pribadi dan hati kita tak hebat dan tak cukup soleh mcm contoh diatas? camne pula statusnya...

hanya Allah yg selayaknya menghakimi kita, hebat atau tak kita disisiNYA.

wallahualam bissowab

mungkin boleh beri pendapat ???

Yamina, bagus persoalan yang dikemukan. Tapi saya pilih untuk tidak menjawab di sini secara panjang dan terperinci. InsyaAllah persoalan ni akan dijawab secara beransur-ansur pada mana-mana pos akan datang ok.

Oklah,secara ringkas saya jawab sama ada diterima atau tidak amalan mereka adalah terletak di tangan Allah.

Tentang tidak taqlid kepada mana-mana mazhab, masalah ni akan terjawab jika seseorang itu mempelajari ketinggian ilmu para ulama mujtahid yang ada dalam keempat-empat mazhab. Bila mereka mengetahui betapa bahayanya menjadi seorang mujtahid tanpa ilmu yang luas dan dalam, maka barulah mereka akan tahu betapa pentingnya bermazhab.

memetik komen Yamina:
bagaimana jika benar seseorg itu guna pakai yg rajih shj dalam feqh dan ibadahnya, tapi dia merupakan org yg benar2 soleh, mantap akidahnya, baik akhlaknya, hatinya ikhlas utk Allah, apa shj dia buat itu semata utk redha Allah dan rasulNYA, sanggup berkorban demi agama.

Ilmu mesti dicari tak kira betapa soleh atau baik akhlaknya sesorang itu. Kalau tidak jadi macam cerita si abid yang ditipu syaitan sebab dia hanya jenis yang tahu buat ibadah, tapi ilmu tak berapa cukup. Tapi ini tak bermakna orang berilmu tidak ditipu syaitan.

Macam mana kita nak tentukan pendapat mana yang lebih rajih? Bagi saya, umat Islam yang main tampal-tampal mazhab (iaitu talfiq sesuka hati) bukannya memilih mana yang lebih rajih. Tetapi memilih mana yang lebih senang.

Pilih dari 4 mazhab mana-mana hukum yang lebih senang, kemudian gabungkan semuanya, maka jadilah satu mazhab baru. Talfiq sesuka hati berbahaya sebab empat mazhab yang ada memiliki kaedah instibat yang agak berbeza. Takut-takut nanti bila dah main campur-campur mazhab, 'mazhab baru' yang wujud tu tak valid langsung pada mana-mana mazhab yang sudah sedia ada.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.