Back to home page

1 - Mengapa Perlu Bermazhab?

21 Disember 2005 • 11 Komen Cetak Chenta!
Assalamualaikum.

InsyaAllah siri ini akan memperjelaskan dan menjernihkan salah faham umat Islam hari ini terhadap banyak persoalan mazhab. Antara persoalan-persoalan yang akan disentuh adalah seperti ijtihad para Imam yang empat, persoalan taklid, bida'ah dalam Islam, dan pelbagai lagi topik yang saya rasa perlu diperjelaskan. Nantikan sahaja hingga siri ini tamat. Apa pun, saya serahkan kepada pembaca untuk komen artikel saya ini jika ada sebarang kesilapan dan kekurangan.
---

Dalam Islam, kemunculan empat buah mazhab utama iaitu Hanafi, Shafi'e, Hambali dan Maliki tidak dianggap sebagai sebuah perpecahan. Sejarah telah membuktikan bahawa wujud kerjasama yang harmoni di antara para ulama dari keempat-empat mazhab ini. Dari segi akidah, keempat-empat mazhab ini mempunyai pendirian yang sama. Cuma apa yang membezakan adalah dari segi hukum fiqh. Namun demikian, harus diingat bahawa fiqh empat mazhab ini adalah sama sebanyak 75% dari segala aspek fiqh [1].

Selama lebih 1,000 tahun umat Islam sekadar bermazhab tanpa banyak soal. Tiada mazhab tertentu yang wajib diikuti, tetapi kebanyakkan mereka tahu adalah menjadi satu kewajiban untuk mengikut salah satu Imam dalam menjalani ibadah seharian sebagai seorang Muslim. Namun demikian, hari ini keadaan sudah berbeza.

Ramai yang bertanya: "Kenapa kita perlu bermazhab? Apakah ia wajib?" Dengan kata lain, sebab-musabab kita bermazhab sudah semakin dilupakan. Sehingga ada yang berkata: "Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw adalah maksum, sedangkan para Imam mujtahid tidak maksum. Jadi, apa kepentingan Imam-Imam ini, apabila kita memiliki Al-Quran dan Sunnah?"

Soalan-soalan seperti ini memerlukan jawapan yang segera. Hari ini kita dapat melihat banyak pertelingkahan dan ketidaksefahaman yang berlaku di sana-sini. Ia adalah kesan pertembungan dua jenis fikiran yang agak berbeza. Oleh itu, kita perlu kembali kepada perkara asas dan kemudian bertanya kepada diri kita bagaimana Allah mengkehendaki kita untuk memahami dan kemudian melaksanakan perintah-Nya.

Ilmu Al-Quran & Hadith

Ilmu yang dapat dicedok dari Al-Quran dan hadith terdiri dari beberapa jenis. Pertama dan yang paling penting adalah yang berkaitan dengan iman, iaitu ilmu tentang Allah dan segala sifat-Nya, dan juga rukun-rukun Iman yang lain seperti kepercayaan kepada Nabi dan Rasul, kedatangan Hari Kiamat dan sebagainya. Setiap umat Islam boleh dan malahan wajib mendapatkan ilmu ini dari Al-Quran dan Sunnah.

Begitu juga dengan ilmu jenis kedua - iaitu yang tidak berkait dengan iman, tetapi berkait tentang amal. Ia seperti seruan melakukan amar ma'ruf dan nahi mungkar, mengelakkan maksiat, mendirikan solat, memberi zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan lain-lain lagi. Semua orang mampu belajar dan memahami ilmu yang agak umum ini.

Ilmu Yang Ketiga

Jenis ilmu ketiga pula adalah tentang butiran terperinci sesuatu ibadah dalam Islam. Walaupun semua orang boleh memahami dua jenis ilmu pertama dari Al-Quran dan Hadith, tetapi hal ini tidak berlaku pada ilmu yang ketiga. 'Proses pemahaman ilmu ketiga' ini mempunyai nama khas, iaitu fiqh, atau secara literal bermaksud 'memahami'.

Dalam konteks ini, manusia mempunyai kapasiti yang berbeza-beza. Satu hari Sheikh Nuh Ha Mim Keller didatangi oleh seorang tetamu ketika di Jordan, beliau bertanya kepada tetamu itu mengapa masih tidak menunaikan haji lagi. Tetamu itu menjawab dengan memetik satu hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik iaitu:
Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa yang bersolat Subuh berjemaah dan kemudian duduk dan berzikir sehingga naik matahari, dan kemudian bersolat dua rakaat, akan mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah...." (Hadith Hasan, Riwayat at-Tirmizi)
Tetamu tersebut melakukannya setiap pagi, dan percaya bahawa dia telah mengangkat kewajiban menunaikan haji, dan tidak perlu baginya lagi untuk pergi ke Mekah. Sheikh Nuh Ha Mim Keller kemudian memperjelaskan kepada tetamunya itu tadi tentang beza di antara mendapat pahala disebabkan melakukan sesuatu amalan, dengan mengangkat sesuatu kewajiban dalam Islam dengan melakukan amalan tersebut. Tetamu itu akhirnya dapat melihat poin penting tersebut.

Jadi, pengajaran penting yang dapat diambil di sini ialah: Walaupun Al-Quran dan Sunnah adalah maksum, iaitu terpelihara dari sebarang dosa dan kesilapan, pemahaman tentangnya tidak begitu. Oleh itu seseorang yang cuba untuk mengeluarkan hukum dari Al-Quran dan Hadith tanpa mendapat sebarang ilmu dan latihan dalam bidang ijtihad, akan bertanggungjawab pada Hari Kiamat kelak. Seperti mana seorang doktor amatur yang tidak pernah memasuki sekolah perubatan, akan dipertanggungjawabkan jika dia melakukan sebarang pembedahan dan seseorang 'terkorban' melalui pisau bedahnya.

InsyaAllah siri ini akan bersambung. Nantikan episod berikutnya yang bertajuk: "Memahami Al-Quran & Sunnah"

Nota Kaki

[1] Reliance of Traveller oleh Sheikh Nuh Ha Mim Keller. Dipetik dari bahagian mukadimmah penterjemah. Beliau turut memuatkan beberapa nota ringkas tentang beberapa isu penting. Kitab asal bertajuk 'Umdat al-Salik oleh Ahmad ibnu Naqib al-Misri. Walaupun Reliance of Traveller adalah sebuah kitab terjemahan, tetapi Universiti Al-Azhar turut mengiktiraf kitab ini berdasarkan kualiti terjemahannya yang sangat bagus.

11 Komen Tambah Komen↴

masa memula dtg morocco..ingat lagi satu kata kata senior..kita menuntut ilmu nie..kita bagaikan tidak bermazhab..kita perlu pilih mana yang mudah..itu yang kita ikut..

hehehe..

ais putih

Hehe..abis tu, ikut ke tak kata senior tu?

Hmm betul laaa kita kengkadang ingat kita boleh dok buat andaian sendiri..tak boleh laaa..kena ada yang ajar, guru yang murshid..

Sheikh Nu Ha's lecture:
HERE

terima kasih nurelhuda!! =)

kalau saya ikut kata senior tuh..takkan saya menyokong usaha tawel nieh..

ais putih

X berpeluang baca buku Reliance of the Traveller lagi. But another fiqh related book translated by Shaykh Nuh himself, Al-Maqasid, is indeed a good reference for clear and concise explanation on the Deen, particularly of the Shafi'e School of Thoughts.

Sekadar nak share, one good place to ask for good book recommendations or even buy books is the Maktabah al-Haddad. (http://www.al-haddad.co.uk)

Biasanya setiap tahun Shaykh Nuh ada routine tahunan ke UK, usually dlm bulan 8. Yearly routine ke S'pore pun ada jugak, tp x ingat la bulan bila. Ntn konfem blk insya-Allah

misoSoup

MisoSoup, I've both Reliance and al-Maqasid in my collection. Al-Maqasid is indeed a good book for any beginner out there who want to learn and improve the basic fiqh understanding of the Shafi'i school of thought.

I strongly suggest you to buy the Reliance of Traveller. Many good info inside. It is not just about fiqh. I very like the appendix, especially the biography of many past and contemporary Muslim scholars.

Thanks for your recommendation :) And I'll wait for your confirmation.

Maaf sbb info yg ada x begitu specific.
Tp stakat ni yg sy boleh beritahu Shaykh Nuh's yearly visit to Pakistan, US, UK & Singapore biasanya around bulan 8 camtu...

misoSoup

Bismillah...
Izinkan ana berkongsi sedikit pengetahuan yang ada...
Ana pernah dengar (x pasti sumber riwayatnya) bahawa seorang Sahabat pernah tersalah memahami ayat Puasa,
Firman Allah; ((Makan dan minumlah kamu sehingga nyata bagi kamu benang putih (permulaan fajar) daripada benang hitam (permulaan malam)...))

Sahabat tersebut meletak benang putih dan benang hitam di bawah tempat lapik kepalanya untuk menunggu mula puasa...
Rasulullah SAW mengetahuinya, Baginda hanya tersenyum dan tidak marah dengan pemahaman tersebut...
Setelah sahabat tersebut diberitahu, barulah dia mengerti tafsir sebenar ayat....

Moral : Pemahaman sunnah menjadi satu kemestian dan tidak terikat dengan mana2 imam shj...Tetapi, memahami sunnah dengan berpegang kepada mana2 imam perlu merujuk kepada sumber asal imam2 tersebut...

IMAM SYAFE'I pernah berkata dalam kitabnya (ARRISALAH) :

"Sekiranya sohih sesuatu hadis itu maka itulah mazhabku"

dan IMAM-IMAM mazhab empat yang lain juga mengucapkan perkataan yang lebih kurang sama maksudnya...

"Tidak halal (haram) bagi sesiapa yang mengambil kata-kataku (pendapatku/ijtihadku) tanpa mengetahui dari mana aku mendapatkannya"

dan ada sedikit persoalan...
boleh tolong semak dalam kitab IMAM SYAFE'I (AL-UMM), pernah mengeluarkan satu ijtihad melalui pemahaman hadis-hadis ttg ZIKIR@DOA selepas SOLAT (selepas salam) secara beramai-ramai @ secara suara lantang...
"adalah lebih baik memperlahankan suara kerana kita bukan berdoa kepada Yang Maha Pekak malah kita berdoa kepada YANG MAHA AGUNG LAGI MAHA MENDENGAR...kecuali untuk mengajar makmum di belakang...perlahankan suara adalah lebih baik.." (lebih kurang kata-kata IMAM SYAFE'I-sila rujuk kitabnya AL-UMM)

Itu saja sedikit perkongsian ilmu dari ana...WASSALAM..

@Bukan Wahhabi:
Kalau kamu baca sekurang-kurangnya sampai episod ke-9, separuh dari apa yang kamu tulis tu tak perlu lagi ditulis.

Mungkin ini sikap anak-anak muda. Ghairah mencari ilmu, tapi baru baca sekerat sudah terasa kita ini power. Kadang-kadang benda ini juga terjadi kepada saya.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.