Back to home page

Budaya Naik Minyak

02 Mac 2006 • 19 Komen Cetak Chenta!
Sekarang ini ramai yang sedang naik minyak kerana harga minyak naik (dan akan naik lagi tahun ini?). Datuk Mohd Shafie Afdal yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Ehwal Pengguna telah bersurah bahawa kerajaan tidak akan menaikkan lagi harga minyak sehingga akhir tahun ini. Alhamdulillah. Semoga kerajaan akan menunaikan janjinya.

Walau apa pun alasan yang diberikan untuk mempertahankan kenaikan tersebut, tetapi saya tetap tak boleh menerima sama sekali alasan-alasan seperti: "Kalau dibandingkan harga minyak di UK, ia adalah RM 7 seliter".

Lemah-gemalai mata ini apabila membaca alasan tersebut. Sekarang ini, harga runcit petrol di Malaysia adalah RM1.92 seliter. Di UK pula dalam lingkungan 1 Pound Sterling seliter (hampir RM 7). Memanglah kalau tukar kepada duit Malaysia, nampak sangatlah mahal harga minyak di UK. Seolah-olah kita akan tengok Tony Blair itu sedang memeras duit rakyat!

Tapi, kita kena bandingkan purata gaji yang rakyat UK terima. Mereka terima gaji dalam pound sterling, bukan RM. Gaji purata rakyat Malaysia yang cukup-cukup makan mungkin dalam RM 1000. Gaji purata rakyat UK yang cukup-cukup makan pula mungkin dalam 1000 Pound Sterling. Nilai ini diletak berdasarkan pengalaman dan cerita-cerita kedai kopi dengan rakan-rakan saya - jadi ia tidak disandarkan kepada mana-mana statistik. Tapi begitulah angkanya lebih kurang.

Bandingkan:
Di UK, 1000 Pound boleh beli dalam 1000 liter minyak petrol.
Di Malaysia RM 1000 hanya boleh beli dalam 500 liter minyak petrol.

Dan saya juga hairan apakah Malaysia benar-benar menanggung kerugian dengan kesan kenaikan harga minyak dunia? Setahu saya, minyak Malaysia dieksport keluar. Jadi, negara kita juga akan dapat untung berlipat kali ganda. Negara kita negara penghasil!

19 Komen Tambah Komen↴

salam..

Pasal permasalahan minyak ni...saya pun berharap sesangatla...minyak di negara kita tidak di naikkan lagi...dan sebab yg utama adalah seperti yg dikomenkan tawel, gaji rakyat di malaysia mmg tidak berpadanan dgn keadaan semasa, cukup2 makan, apatah lagi kalau sudah berkeluarga dan ada lagi tanggungan lain..even i'm work as engineer and still afford...tapi me and the rest masih berkira tentang harga minyak ini...memang tak puas hati...sampai bilala rakyat malaysia ni...harus bekerja dan memerah tenaga hanya utk hidup dlm keadaan 'cukup2 makan'...dan sememangnyala tidak dinafikan...individu itu sendiri harus bijak dalam menguruskan kewangannya tapi the truth and the real fact is...its still not affordable and berbaloi.Harap kerajaan kita dapat memikirkan sama nasib rakyat yg tidak mampu serta rendah pendapatan, dapat mencari idea dan rancangan yg bijak serta adil untuk semua pihak, terutama bagi rakyat malaysia.

Fetihanum

apa yg aku tau, sbg salah seorg rakyat msia yg jahil ekonomi gak, wlaupun kita negara penghasil.. kita mengeksport minyak mentah. minyak dh diproses tu yg dijual berlipat-ganda harganya. kita hanya ada petronas utk proses minyak kita.. tp syarikat minyak gergasi dari luar pun galak korek sama. sama la nasib kita dlm isu air ke spore.. kita eksport air mentah ke sana pehtu beli balik dgn harga yg membeliakkan biji mata.

kat oz pun kecoh hal minyak ni tp disebabkan sistem pengangkutan awam nye sgt efisien, xde la org sini terkebil2 mcm org kita.

ntah la.. nk ckp bnyk pun takut mcm tin kosong berbunyi je. lgpun tuan punya badan tak berada di tanah air. =)

Fetihanum, kalau dah berkeluarga memang lah makin terasa kesannya. Lagi-lagi, sejak akhir-akhir ni bukan minyak aja yang naik, macam-macam..masalah sosial dan jahil agama pun asyik naik aja.

Intan, kerajaan kata duit yang dijimatkan daripada pengurangan subsidi minyak tu akan digunakan untuk improve pengangkutan awam. Actually, I'm looking forward to this. Sebab macam yang kau kata, kesan kenaikkan minyak ni takkan terasa dan jadi isu besar kalau sistem pengangkutan awam adalah sangat baik dan efisien.

Sistem pengangkutan awam di Malaysia masih pada tahap kanak-kanak ribena. Jadi, kita tengok la aja ye macam mana duit penjimatan subsidi tu akan dilaburkan. Kalau lagi 5 tahun masih juga di tahap kanak-kanak ribena, mungkin negara kita perlu fikir 1000 kali sebelum boleh mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020.

Cuma apa yang aku harap, sistem pengangkutan awam di Malaysia akan jadi lebih tersusun dan diintegrasikan antara satu sama lain - contohnya, ada sistem unlimited ticket yang mana kita boleh pergi ke mana-mana sahaja dalam zon yang kita pilih, dan dengan tiket yang sama juga, kita boleh naik bas, naik Komuter, naik LRT, naik PUTRA, dan naik Monorail..iaitu sama seperti sistem yang digunakan di kota London. Kat Melbourne macam mana ya?

Kalau dah macam tu gayanya, orang Malaysia yang duduk di KL pun akan fikir 2 kali untuk beli kereta. Dan takde la lagi sesak nafas aku nak bayar harga tiket yang macam-macam untuk pusing satu hari di KL.

yerp.. same here. one ticket for everything - train, tram n bus. klau ada daily ticket, pergi la ke mana dlm sehari tu.. asalkan dlm zon yg betul. ada weekly n monthly juga (yearly pun ada kot). tp mmg convenient.. mentelah service yg kerap n punctual. klau terkenang situasi naik komuter.. rasa mcm nk nangis.. hehe..

Commonwealth games tak lama lg di Melbourne ni, klau ada tiket tgk any event, bleyh naik any public transport for free on the day of the event. cool, isnt it? i dun remember KL buat cemtu dulu.. ye la, mana mampu nk cover cost, ye tak?

cara terbaik round KL - jalan kaki. =)

Despite Melbourne having one of the best public transport, there is still something that i don't like bout it. The ticket price always increases from one year to another year....

Yearly ticket only cost bout 900 dollar but what if you lose it...hehe :)

Still KL is very far behind to match public transport here ;)

asalamualaikum..

memang ramai yang mengeluh kenaikan minyak di Malaysia..hingga pelajar dekat Morocco ni pun bleh mengeluh..apatah lagi Malaysia..

Lepas ni kita harap ia turun pula..:))

:)....aamiiin...sapa2 yg mendoakan turun minyak....aamiiin...salam

fetihanum

oopss....for tawel..

ehehe satu lagi pasal keluarga....tu la pasal...skang nih...sesapa yg planning nak berkahwin in the future, perlu lah bijak serta cukup ilmu di dada... dalam hal menguruskan keluarga mereka memasing bagi mengelakkan masalah kejahilan dr segi sosial dan agama, nnt tak pasal2 generasi br yg dilahirkan akan jadi seperti yg anda risaukan, keruntuhan moral dan kecetekan mamahami dan menyayangi Islam itu sendiri, ni suma pasal tak cukup ilmu di dada, dah nk bina keluarga...pastu plak di tambah pasal ekonomi yg tak memihak pada kesenangan kita contoh paling besar hal 'minyak' nih....so org pun dah jadi takut untuk menghadapi risiko berumahtangga takut dengan tidak mampu memberi yg terbaik utk anak2 dan keluarga di tambah plak dgn masalah di tmpt kerja yg tak habis2...ehehe...ntah betul ntah tidak wallahwa'lam...tak kawin lagi tp pandai2 jer buat kesimpulan utk org yg dah bekeluarga....kui3...harap2 sapa2 yg dah kawin yg terbaca komen sy ni...harap sy cakap yg betul la ek...ehehe...mari kita sama2 berdoa malaysia akan menjadi negara yg maju tidak dr segi material nya sahaja tetapi dr segi tinggi nilai Islamnya juga. aamiiin..:)..

fetihanum

Hafiz: Kau beli yearly ticket ke? Hehe..tapi kalau hilang, takkanlah takde apa2 rekod untuk kita buat refund?

Ais Putih: Kau drive ke kat Morocco?

Fetihanum: Drive ke untuk ke tempat kerja? Hehe..btw, ada jugak betulnya komen feti tu..zaman sekarang ni nak kahwin, macam2 kena fikir..sekarang ni mana sama macam zaman 1000 tahun dulu. Tapi entahlah..apa yang saya percaya, orang dah kahwin ni biasanya lagi murah rezeki..hehe..tu pun dengan syarat, suami isteri sama-sama bertanggungjawab dalam menjalankan tugas masing-masing. Tak boleh satu pihak aje..

tawel...i don't buy yearly ticket...in fact, rarely used public transport.


prefer to cycle all the way to uni :)

tawel..

gitulah ceritanya..minyak naik lagi..entahlah sejak pemerintahan Pak Lah..dah berapa kali naik minyak..maklumlah duit byk guna naik kapalterbang...delegasi..emm..
petronas pula utk F1..

Hafiz, sama la kita..aku pun naik basikal je selalu. Hehe..kadang2 tu tak sedar pun tambang bas dah naik. Tengok2 pakcik driver sound sebab tambang tak cukup =p

Nailofar, memang rasanya sejak Pak Lah memegang tampuk negara, banyak sangat yang naik. Tak tahu di mana silapnya. Cuma saya harap Pak Lah lebih peka keadaan ekonomi majoriti penduduk Malaysia. Kebanyakkan orang Malaysia, gaji bawah RM4000 sebulan.

RM4000 sebulan bagi yang sudah berkahwin, menyewa rumah, nak bayar pula ansuran kereta, anak pula ada 2 orang sedang bersekolah, seorang pula masih lagi menyusu, isteri pula tak kerja, tinggal pula di Kuala Lumpur adalah sekadar cukup-cukup makan.

Itu kalau gaji genap RM4000. Kalau lagi rendah bagaimana? Orang kaya, orang politik, businessman memanglah tak terasa sangat. Rakyat biasa yang terasa peritnya.

Jadi, pendapat-pendapat supaya kita mengubah gaya hidup, sebenarnya perlu ditujukan kepada sesiapa sahaja. baik yang kaya mahu pun miskin. Kalau yang miskin, jangan membazir dan asyik angan-angan nak hidup mewah. Kalau yang kaya pula, jangan 'buang' duit sesuka hati pada perkara yang tidak menjadi prioriti. Lagi bagus kalau tolong orang-orang miskin.

Salam tawel...

Yes...i'm drive to my work place, walau dekat tapi bnyk benda kena bawa...so I decide bawa keta....aleh2 dah naik minyak nih...rasanya...cam pikir third times to drive...ehehe :)....bukan kedekut tapi...berjimat cermat amalan mulia...
Yes ur opinion also 100% correct too...husband and wife should be together dlm mengukuhkan aspek ekonomi kuarga...and I cannot deny also about 'murah rezeki' dlm konteks berkeluarga...so kesimpulannya...sebelum bekeluarga perlu la bijak dlm suma hal serta cukup ilmu asas agama...mahir dlm handle sebarang masalah. :)...salam..

fetihanum

Salam tawel..

Budaya baru di alaf baru dan berlaku dalam kepimpinan baru di Malaysia tanah tumpanhnya darahku..

Minyak petrol naik melulu, ramai yang garu kepala tak berkutu...

Relax Deanz..Shahidan Kassim cadangkan kita naik basikal sebagai salah satu langkah menghadapi kenaikan harga minyak.

"Pada peringkat awal, masyarakat mungkin akan melihat langkah itu agak janggal terutama bagi pengarah dan ketua jabatan, tetapi jika diamalkan setiap hari, ia akan menjadi perkara biasa," Petikan kata-kata Shahidan Kassim ketika Perasmian Ekspo Jualan Buku dan Kempen Membaca 2006 Peringkat Negeri Perlis di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis di Kangar.

Tengah tunggu berita Datuk Shahidan Kassim berbasikal ke tempat kerja :) Mudah-mudahan jadi ikutan rakyat Malaysia.

Dear All,

Car pool, change lifestyle, naik basikal, ntah aper lagi yang menteri kita dok melalak pagi petang siang malam pasal harga minyak naik! Suruh depa satu keluarga buat dulu laaa... baru bole cakap! Ini baru mintak potong elaun sikit pun, menteri kita dok melenting! Cakap tak serupa bikin... ceh! Rakyat hidup dalam kesempitan akibat kenaikan harga petrol sekaligus kenaikan harga barangan keperluan. Bayangkan, kalau dulu nasi lemak kosong RM1.50 sekarang nih jadi RM1.80! Kesian pemandu teksi, buruh dan rakyat yang berpendapatan rendah mahu pun yang sederhana! 30 sen seliter! Dah tak ader cara lain ker kerajaan boleh minimise kenaikan ni? La ni hari-hari pak menteri dan pencacai2 diorang melalak-lalak dalam radio, tv ntah aper-aper lagi lahh... (cuma belum keluar dalam majalah mangga lagi kot..) kononnya nak kendurkan kemarahan rakyat! Dah tak larat nak mendengarnya. Makin panas hati, baik tutup! Mereka-mereka yang berada dengan keadaan 'selesa' di atas tu harus ingat, jangan terlalu banyak menganiaya rakyat, kelak balasan tuhan akan timpa tanpa mengira bangsa dan agama. Jangan leka dengan kuasa. Itu semua akan dipertanggungjawabkan nanti di 'belakang hari'.

Tanpa Nama

my comment in my blog..saja je nak bubuh sini..:)

Aduhai, minyak naik lagi..kesian pada mak,ayah kita, petani yg berselut di bendang, pakcik menoreh getah, salesman yang perlu naik kereta ke mana sahaja, surirumah yang perlu hantar anak ke sekolah, ayah yang perlu mencari rezeki, yang gajinya sahaja tidak dapat menampung minyak kereta.., cik-cikgu yang masih mengerah tenaga berkerja demi bangsa,agama, ibu tunggal yang ingin menyara keluarga, membeli susu utk anak kecill.
--> atau tidak perlu pasang aircond: jimat minyak...Malaysia...malaysia, wang petronas dilaburkan untuk F1.. ..rasa juga kepayahan rakyat selepas ini mengetatkan budget..Aduhai Petronas,! usahlah menganjur F1 lagi?

Malaysia, Malaysia..kata org 2 negara mari sama-sama kita menaiki kenderaan awam..Macam best j bunyinya..kalau dah anak beranak lapan orang takkan lah nak mengusung kesemuanya ke dalam bas atau lrt.. Apakata kita minta org ke 2 negara itu, cuba try test dulu bawa anak beranak yang berbaju sutera korea, thai, china naik bas tunggu di perhentian kg. subangm...?Mesti menarik kan?

hehehe... jangan mimpi lah sedara ketua2 kita sekeluarga nak tunggu bas tepi jalan ngan pakaian sutera diorang... bak lagu broery (mendiang) 'mimpi di siang hari'. Bebaru ni samy velu umumkan tahun ini tol tak naik... TOLong skit... tahun depan 1 Jan. tol naik sekian-sekian banyak! Tak caya tengok lah nanti! Minyak tahun ni cuma sekali ini saja naik... tungggguuuu dan lihatttt...1 Jan. tahun depan berebut-rebut depa naikkan harga... maner boleh tahan, harga minyak dah naik, harga barangan lain pulak tak boleh naik.. maner punyer teori daaa depa guna...

Kepada kamu semua yang masih muda dan masih belajar di luar sana, cari dan timbalah ilmu sebanyak mungkin, tapi jangan lupa tanggungjawab kamu apabila sudah berjaya. Perbetulkan kepincangan yang berlaku dewasa ini. Jangan material/kebendaan mengabui mata hati kamu. Sekiranya kamu diberi kuasa suatu hari nanti, tidak kira jenis kuasa yang kamu dapat. Sama ada kuasa sebagai suami, bapa, ketua pejabat, ketua negara atau apa saja, lakukan dengan penuh tanggungjawab dan ingatlah bahawa Allah sentiasa Melihat.

Tanpa Nama

Salam.

Minyak, minyak, minyak. Saya pun dah naik muak dgn minyak sbb minyaklah kolestrol tinggi.

Saya rasa, kenaikan harga minyak mmg tak boleh elak dah. Tapi yg tak setuju tu, kalau kita compare dgn negara lain, macam yg sedara cakap tu la, kat UK, 1000 pound boleh beli 1000 liter minyak petrol. Kan ke untung.

Yg kita lak, naik sampai 30 sen apa ke jadahnya.

Saya rasalah kan, kalau public transport ni takde improvement dari segi kualiti, tetapi improvement dari segi harga, saya rasa, duit subsidi yg kononnya k'jaan nak gunakan utk transport tu, sebenarnya nak digunakan utk kos perbaiki MRR2 dan jambatan2 di seluruh negara dan kos tanggung kerugian MAS & Proton.

So, mmg tepat alasan k'jaan nak gunakan utk perbaiki pengangkutan awam. Sbb nak perbaiki MRR2 dan k/terbang ler.

GLC

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.