Sebelum membaca keseluruhan bab ini, bagi para pembaca baru, sila baca bab-bab sebelumnya bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham:
Di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, Nabi Muhammad saw telah bersabda:
Apabila seorang hakim melakukan pengadilan dan berijtihad, dan betul, dia mendapat 2 pahala. Jika dia melakukan pengadilan dan berijtihad, dan salah, dia mendapat 1 pahala.
Dalam hadith ini, perkataan 'ijtihad' atau 'berusaha untuk mendapatkan hukum' tidak bermakna sesiapa sahaja boleh melakukannya. Orang yang layak melakukan ijtihad adalah mereka yang memiliki pengetahuan yang sempurna tentang semua perkara yang telah Rasulullah saw ajarkan, iaitu perkara-perkara yang berkaitan tentang permasalahan yang timbul. Sesiapa yang melakukan ijtihad tanpa kelayakan ini, maka dia telah melakukan jenayah. Buktinya adalah dari satu hadith yang diceritakan oleh sahabat Nabi saw, iaitu Jabir Bin Abdullah ra:
Kami dalam satu perjalanan, dan seketul batu telah menimpa salah seorang dari kami, dan ia menyebabkannya luka parah di kepala. Ketika tidur, lelaki itu telah mengalami mimpi basah, dan dia bertanya kepada sahabat-sahabatnya, "Tahukah kamu jika ada kelonggaran bagiku untuk melakukan tayamum? [Bermakna melakukan tayamum sebagai ganti kepada mandi wajib]. Sahabat-sahabatnya menjawab, "Kami tidak menemui sebarang kelonggaran selagi kamu masih boleh menggunakan air."Di dalam hadith ini, setiap umat Islam yang bertakwa mesti memahami hadith ini dengan baik, kerana Rasulullah saw telah menggunakan bahasa yang sangat keras. Oleh itu, mereka yang mengeluarkan hukum-hakam dalam Islam tanpa ilmu yang cukup, maka ia adalah satu kriminal. Hal ini turut diperkukuhkan dalam satu hadith lain:
Maka lelaki itu melakukan mandi hadas besar, dan lukanya terbuka, dan lalu meninggal. Apabila kami bertemu Rasulullah saw, kami memberitahu Baginda perihal tersebut dan lalu Baginda bersabda, "Mereka telah membunuhnya, celakalah mereka! Mengapa mereka tidak bertanya sedangkan mereka tidak tahu? Kerana ubat bagi seseorang yang tidak tahu adalah bertanya..." (Hadith Hasan, Riwayat Abu Daud)
Hakim ada tiga jenis: dua di Neraka dan satu di Syurga. Seseorang yang mengetahui kebenaran dan menghukum dengan sepatutnya, dia akan ke Syurga. Seseorang yang memberikan hukum sedangkan dia jahil, dia akan ke Neraka. Dan seseorang yang mengetahui kebenaran tetapi tidak berlaku adil dalam mengeluarkan hukum, dia akan ke Neraka. (Hadith Sahih, Riwayat Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah)Oleh itu dalam hadith ini, ada dua jenis hakim (orang yang mengeluarkan hukum [1]) yang akan dicampakkan ke dalam Neraka. Bab ini membincangkan tentang "hakim yang mengeluarkan hukum sedangkan dia jahil" [2].
Oleh itu, apabila anda berhadapan dengan sesuatu permasalahan agama, anda mesti berhati-hati. Jika anda ditanya seseorang tentang sesuatu masalah agama, dan anda tidak mengetahui jawapannya, katakan sahaja "Maaf, saya tidak tahu." Saya juga tidak menggalakkan anda mencari jawapan kepada masalah anda dengan belajar sendiri-sendiri tanpa ada guru, lebih-lebih lagi jika anda tiada ilmu agama yang asas. Tetapi, jika anda sudah sampai di tahap yang mana anda mampu untuk membuat penilaian, dan yakin anda tidak akan terpesong, maka saya persilakan anda berbuat demikian - tetapi anda mesti berhati-hati.
Namun demikian, saya yakin jika anda mempunyai masalah, ramai yang akan merujuk kepada Al-Quran dan hadith-hadith dari Rasulullah saw. Kebanyakkan umat Islam di Malaysia memiliki terjemahan Al-Quran dan Hadith seperti Sahih Bukhari dan Muslim dalam Bahasa Malaysia. Ada orang yang berkata: "Tidakkah kitab-kitab Hadith ini, dan juga Al-Quran sudah cukup untuk memberikan kita segala jawapan tentang permasalahan yang wujud?"
InsyaAllah bersambung dalam bab berikutnya: "Kriminal Dalam Ijtihad II".
Nota Kaki
[1] Sesiapa sahaja (iaitu termasuk orang biasa) boleh menjadi hakim, kerana secara literal, perkataan 'hakim' adalah 'orang yang mengeluarkan hukum'. Sesetengah individu berpendapat hanya orang-orang yang berilmu sahaja boleh menjadi hakim. Sebenarnya semua orang berpotensi. Tetapi, 'orang biasa yang kekurangan ilmu' yang ingin menjadi hakim akan menjadi 'seorang hakim yang jahil'.[2] Jenis hakim satu lagi yang akan dicampakkan ke dalam Neraka, iaitu 'hakim yang mengetahui kebenaran, tetapi tidak berlaku adil dalam mengeluarkan hukum' juga banyak berleluasa dalam dunia Islam hari ini.
2 Komen • Tambah Komen↴
secara keseluruhan,ianya amat baik dari segi penulisan.Tetapi dari segi fakta,mungkin ianya boleh dibentangkan dengan lebih luas lagi dengan memberikan contoh-contoh ijtihad yang dilakukan pada zaman ini.
bagaimanakah cara para ijtihad mengeluarkan sesuatu hukum berkenaan dengan kewangan islam iaitu masalah ini tidak pernah timbul pada zaman rasullullah. sila berikan penenrangan yang lebih mendalam terhadap prosedur mereka. Adakah wujud peselisihan faham antara memberi pandangan, dan bagaimana mereka menyelesaikan peselisihan faham itu. terima kasih.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.