Back to home page

Save Video From Youtube.com

19 Februari 2006 • 18 Komen Cetak Chenta!
Youtube has changing, and this tutorial is no longer valid. But I decided no to update the method. Sumimasen!

Kadang-kala, banyak video-video di YouTube (www.youtube.com) yang agak menarik untuk dijadikan koleksi. Tapi ramai yang tak tahu bagaimana nak save video tersebut ke dalam komputer. Kali ini, saya akan berikan sedikit tutorial ringkas.


PENDAHULUAN
Setiap video di Youtube ada identiti unik yang tersendiri. Contohnya, klip video oleh Yusuf Islam, I Look I See memiliki identiti UFUYezY2SeA. Cuba perhatikan url pada browser anda. Identiti ini boleh dicari selepas v=

Tidak kira apa jua variasi url yang anda gunakan, identiti unik tersebut akan membawa anda menonton video klip yang sama, seperti:
http://youtube.com/watch?v=UFUYezY2SeA
http://youtube.com/watch?v=UFUYezY2SeA&search=islam

Jadi, langkah pertama yang perlu anda tahu ialah mengenalpasti identiti unik video-video yang ada.


LANGKAH-LANGKAH BERIKUTNYA
1) Buka new windows atau new tab (kalau guna Mozilla Firefox Explorer). Saya mencadangkan anda menggunakan Mozilla Firefox Explorer dan bukan Internet Explorer supaya kerja anda jadi lebih mudah.

2) Copy and paste url di bawah ini pada browser yang anda guna:
http://youtube.com/get_video.php?l=165&video_id=video_id_name


Perhatikan video_id=video_id_name pada url ini, yang mana video_id_name mesti digantikan dengan identiti unik video yang anda ingin save. Sebagai contoh, kalau anda nak save video Yusuf Islam itu, url yang patut anda letak adalah:
http://youtube.com/get_video.php?l=165&video_id=UFUYezY2SeA

3) Kemudian tekan enter atau pun load url tersebut. Kemudian akan keluar arahan yang bertanya sama ada anda ingin save video tersebut atau pun tidak. Silih pilih save to desktop bagi memudahkan kerja anda.

4) Video yang anda save itu mungkin akan dinamakan sebagai get_video. Atau mungkin akan dinamakan mengikut identiti unik video tersebut. Ini semua bergantung kepada konfigurasi komputer anda, dan apakah medium (sebagai contoh Internet Explorer, Mozilla Explorer, Internet Download Manager) yang digunakan untuk save video tersebut. Jangan pening-pening sangat dalam step ini. Yang penting, anda boleh save video tersebut.

5) Bila dah siap download, sila rename video tersebut. Katakan rename get_video menjadi I Look I See.

6) Video yang anda save itu adalah dalam format .flv. Kadangkala, anda mungkin melihat extension .php pada akhir get_video, iaitu get_video.php. Abaikan perkara ini.

7) Sekarang, kita akan convert video dalam format .flv ini kepada format yang anda inginkan seperti .avi, .wmv, .mpeg dan sebagainya. Sila gunakan perisian CinemaForge

8) You are done!!


PENUTUP
Sebagai latihan, cuba save video-video di bawah ini dan tukar kepada format .avi
- Jews and Christians Convert To Islam
- Qasida Burda at Zaytuna Institute
- Legenda Sufi

Sila beritahu saya pada ruangan komen kalau anda tak berjaya :)


UPDATE
Selain convert .flv ke .avi, .mpeg, dan sebagainya, boleh juga guna flv player. Sila KLIK SINI

18 Komen Tambah Komen↴

thanks a lot

benda ni sangat berguna...

tapi nama penuh Mozilla ialah Mozilla bin Firfox dan bukannya Mozilla bin Explorer

:)

betul. patutla pelik.. Mozilla Firefox laa

chem

thanx....the tutorial...its Mozilla Firefox...kui3..:)

fetihanum

Alamak silap la pulak..hehe, biasa la tu, kadang2 still jahil jugak. Apapun,thx sebab bagitau..tapi,malas la pulak nak edit. Biar aje la camtu ye..

UPDATE
Selain convert .flv ke .avi, .mpeg, dan sebagainya, boleh juga guna flv player. Sila KLIK SINI

lama tak masuk sini..n tutorial besh..thanks

WWWHHHOOIII!!!! KO AJAR ORG MENCURI!!!!

remy

Curi? Besar sgt definisi curi tu dalam hal ni :)

en tawel, cmne nak gune cinemaforge tuh, tp video yang telah diencode dpt diforward dan dibackward kan? tq..

Tanpa Nama

Video yang dah encode ke format spt .avi .mpeg etc bleh diforward n dibackward kan macam biasa. Kalau guna FLV Player, tak boleh nk buat macam tu. So,lagi bagus kalau convert. Tapi satu perkara kena ingat, CinemaForge tu trial version. So, guna la puas2 sebelum expired :)

Nak guna CinemaForge camne?
1 Klik DOC TYPE
2 Pilih input file. Oleh sebab kadang-kadang video yang kita save tu dalam extension .php, jadi masa nak browse video tu, pastikan pilih option All Files.
3 Pilih tempat output file. Sebagai contoh di desktop.
4 Lepas tu tekan button ENCODE
5 Lepas tu, tekan VIEW REPORT Progress conversion ni akan dapat dilihat pada report ni. Kalau dah siap, nanti dia akan bagitau.

Just cuba banyak2 kali..nanti lama2 terer la :)

iya, memang kemarin sempat bisa, tapi sekarang kok gak bisa ya? nanti kalo misalkan sudah nemu caranya lagi, tolong kasih tau saya! terima kasih: ultramantiga_ok@yahoo.com

Tanpa Nama

Since Youtube keeps changing its system configuration, therefore I suggest you to go to this LINK. It's awesomely the most easiest way to rip or save any video from Youtube, Google Video, etc.

Iya, satu link yang bagus. Boleh jugak gunakan downloader dari KeepVid.com

Malak

lepas saye buat langkah yg ke3,windows tu x kuar ape-ape(kosong).camne tu????

Tanpa Nama

macam mane nk bukak mozilla firefoxexplorer tu?

Tanpa Nama

Saya ada satu teknik bagaimana hendak convert you tube ke mpg.Sila ke http://convertyoutube.com/ dan masukkan url video youtube yang anda ingin convertkan... Kemudian, bolehlah didownload mpg yang telah diconvertkan tadi. Voila!

Dah puas cuba tapi tak berjaya

Tanpa Nama

Saya tak berniat untuk sarkastik, tapi saya nak tanya, ada baca betul-betul atau pun tidak apa yang saya tulis tu? Ada baca tak bahagian ni yang saya letakkan di awal-awal lagi:

Youtube has changing, and this tutorial is no longer valid.

Dan komen oleh Bro Ahmad yang betul-betul di atas saudara tu, ada beri satu laman alternatif yang boleh digunakan kalau nak download video dari Youtube.

Baca betul-betul dulu bang sebelum minta tolong.

Salam, cuma nak kongsi apa yang aku jumpa. Untuk pengguna Mozilla sahaja, korang boleh download add-on (lebih kurang cam extension ler kut...) DownloadHelper untuk download mana2 video yang wujud dalam internet ni. Cara nak guna dia, ada dijelaskan bila korang download nanti. Hanya 2-3 klik korang dah boleh download, siap boleh set nama fail tu, xde la get_video jer...

Ni link dia: https://addons.mozilla.org/en-US/firefox/addon/3006

Ahmadi

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.