Back to home page

Introduksi - Baca Ini Dahulu

07 Disember 2005 • 7 Komen Cetak Chenta!
Saya sepatutnya menulis introduksi ini lebih awal sebelum memulakan topik berkaitan Wahabbi. Baiklah, begini. Dalam penulisan saya tentang topik ini, ada beberapa perkara yang perlu pelawat tahu:

1) Saya menulis sedikit demi sedikit sahaja, kerana kerja saya bukanlah seorang penulis blog. Saya sendiri tidak tahu berapa lama saya akan menulis. Jika saya menulis seminggu sekali, maka setahun cuma ada 52 artikel sahaja berkenaan Wahhabi. Itupun jika Allah memberikan kelapangan masa kepada saya.

2) Topik ini luas. Jadi saya tidak mungkin mampu menjawab dan menjelaskan semua persoalan-persoalan yang diutarakan, terutama di bahagian chatter box dan ruangan komen. Adalah lebih baik saya memperjelaskannya di dalam entri-entri saya.

Oleh itu, saya berharap, jika saya menulis, sebagai contoh tentang 'Apakah Benar Wahhabi Bermazhab Hambali?', maka janganlah tiba-tiba ada pembaca yang bertanya tentang konsep Tawassul. Ia diluar skop topik dan seperti yang sudah saya jelaskan, saya akan menerangkan segala apa yang patut diketahui suatu hari nanti. Biar masa menjadi pemboleh ubahnya.

Saya tidak mampu menjawab pelbagai persoalan hanya dalam satu entri/chatter box/komen. Namun, jika anda memerlukan jawapan segera, saya cadangkan anda ke SunniPath.com, iaitu sebuah laman web Islam yang berusaha keras mempromosikan Islam tradisional.

3) Saya juga tahu diluar sana ada bertimbun yang lebih berilmu dari saya tentang hal ini. Dan saya berharap ini bukan medan untuk menguji sejauh mana ilmu yang saya ada. Jika anda tahu, mengapa anda tidak jelaskan sahaja? Mengapa bertanya perkara yang sudah anda tahu kepada saya? Saya tidak tahu apa niat anda, tetapi saya berharap ia bukanlah kerana anda ingin menunjuk-nunjuk ilmu yang anda ada.

Just make up your own blog, promote it and now you can tell the whole world whatever your want. It's simple.

4) Saya tidak mengatakan Wahabbi itu bukan Islam dan inilah iktikad Ahli Sunnah wal Jamaah. Solat kita tetap sah jika berimamkan seorang Wahabbi. Wahabbi adalah sebahagian dari ummah. Cuma fahaman Wahabbi ini telah membawa banyak fitnah dan masalah kepada umat Islam hari ini. Ini yang saya cuba nukilkan.

5) Semestinya saya tidak punya ilmu yang lengkap tentang permasalahan ini. Kadang-kala apabila diberi beberapa persoalan, saya tidak dapat menjawabnya. Oleh itu saya perlu bertanya kepada mereka yang tahu.

6) Saya tahu, sesetengah orang take offence dengan perkataan Wahabbi. Saya tidak akan menggunakan istilah Salafi untuk menggantikan Wahabbi. Sila baca pos saya yang ini untuk mengetahui sebabnya.

7) Saya juga tidak pernah sekali-kali mengatakan mereka yang tidak melakukan beberapa amalan lazim yang dilakukan di Malaysia dan banyak negara lain, seperti amalam membaca Yasin beramai-ramai, sambutan Maulidurrasul, bacaan talqin, berzikir beramai-ramai, tidak berdoa menadah tangan selepas solat, dan sebagainya adalah Wahabbi.

Ini poin penting yang harus diberi perhatian. Namun demikian, saya melihat ada segelintir yang menganggap umat Islam yang melakukan amalan-amalan sedemikian, telah melakukan bida'ah. Ini perkara bahaya. Apabila mereka menganggap kita telah melakukan bida'ah, maka seterusnya mereka menganggap kita sesat, dan kesesatan itu akan membawa kita ke neraka. Bagaimana kita boleh mengatakan umat Islam yang berkumpul membaca Yassin beramai-ramai akan masuk neraka?

Inilah kesilapan kita. Sebenarnya, apabila kita mengatakan wajib membaca Yasin setiap malam Jumaat dan berasa berdosa kalau tak buat, maka inilah yang baru boleh dikatakan sebagai bida'ah.

InsyaAllah ia akan diperjelaskan lagi.

8) Tujuan utama saya membawa topik ini adalah untuk membawa kita, umat Islam, terutama di Malaysia, untuk melihat keindahan Islam bersifat tradisional yang telah kita praktikkan selama lebih 1,000 tahun. Dan dengan fahaman Islam bersifat tradisional inilah umat Islam berjaya menyebarkan kalimah tauhid dengan begitu prolifik, dan begitu luas sekali tanah jajahan yang pernah umat Islam tawan suatu ketika dahulu - iaitu ketika kemuncak Turki Uthmaniyyah. Bagaimana kita boleh begitu yakin bahawa fahaman Wahabbi inilah satu-satunya yang dapat revive dan reform umat Islam yang sudah semakin bonyot dan hanyut ini?

Ketika Empayar Turki Uthmaniyyah berjaya menawan kota Istanbul, iaitu ketika puncak kegemilangannya, dari tangan orang-orang Kristian pada tahun 1453 Masihi, waktu itu tiada langsung fahaman Wahabbi. Malah Muhammad Bin Abdul Wahab pun tidak lahir lagi. Tetapi Allah tetap memberikan umat Islam waktu itu pertolongan-Nya.

Oleh itu, di samping memberi penerangan tentang kesilapan fahaman Wahabbi, saya juga akan menerangkan beberapa perkara seperti: Mengapa umat Islam harus bermazhab, Apakah umat Islam yang bermazhab ini sekadar bertaklid membabi buta, Konsep bid'ah yang ramai salah faham dan sebagainya.

9) Oleh kerana Wahabbi adalah minoriti dari 1.3 bilion umat Islam yang ada di seluruh dunia, maka ada baiknya untuk kita mengikut majoriti - iaitu umat Islam yang mengikut salah seorang Imam yang empat. Nabi Muhammad saw sabda, maksudnya, "Ada hikmah bersama majoriti." Hadith ini ada disebutkan dalam kuliah Advice To Seekers.

Oleh itu, sebelum mana-mana pelawat yang ingin argue (dan saya harap ia tidak berlaku), saya nasihatkan untuk mendengar ceramah Advice To Seekers yang disampaikan oleh Sheikh Hamza Yusuf dan Sheikh Ya'qoubi yang disiarkan oleh Zaytuna Institue - sebuah NGO di Amerika yang berusaha mempromosikan Islam Tradisional yang kita warisi selama lebih 1,000 tahun.

7 Komen Tambah Komen↴

Islam tradisional? Satu istilah yang tidak dikenali di kalangan ulama' salafus soleh.. Islam tradisional sama jerk dengan Islam Hadhari.. Istilah yang direka-reka dan tiada manfaat..

Saudara yakin dengan kata2 saudara? Jika yakin, teruskan.. Kalau salah, depan Allah jawablah nanti kalau kata2 saudara adalah fitnah..

Tak ada hal lain ke nak bincang? Anta tak sedar, anta telah buang masa orang lain untuk membaca tulisan anta yang berat sebelah ini.. Ya, berat sebelah.. Anta membohongi pembaca.. Di dalam banyak2 tulisan anta, ana tak jumpa satu pun kata2 yg baik yg diucap oleh ulama' yg anta copkan sebagai wahabi. Semuanya salah sahaja yg anta ambil dan catatkan.. Inikah tulisan yg adil dan saksama?

Anta perlu belajar menjadi orang yg adil di dalam menulis dan mengkaji.. Jangan jadi pembohong kepada pembaca..

Wassalam.

Tanpa Nama

InsyaAllah saya yakin dengan kata-kata saya kerana ia adalah pegangan majoriti ulama :) Kalau saya kena jawab depan Allah, maka para ulama yang saya ikuti ni pun akan jawab di depan Allah juga. Istilah Islam Tradisional cuma satu istilah yang digunapakai untuk membezakan golongan Wahhabi dengan golongan yang percaya kepada semua mazhab, tetapi beramal kepada yang satu sahaja. Saya harap anonymous tidak mengatakan pembahagiaan itu satu bida'ah.

Kalau saya tulis artikel yang berat sebelah, apa kata anonymous betulkan kesilapan saya ini dengan membina sebuah blog atau website yang membicarakan sebarang isu tanpa berat sebelah?

Maka anonymous akan dapat menjimatkan masa ramai umat Islam yang melawat blog saya ini kerana mereka tidak akan lagi melawat mana-mana blog yang pro-Wahhabi ataupun anti-Wahhabi lagi sesudah mereka melawat blog saudara itu.

I am looking forward to it. Bila dah siap bagitau saya :)

Alahai... I am lost. Makin banyak aku baca posting engkorang, makin bingung, makin bercelaru dan keliru dibuatnya. I couldn't find what is what now. Mulanya aku nak cari 'apa itu wahhabi', tapi meleret leret kepada salafi, ibn taimiyyah dan banyak benda lagi... pening aku! Memang dari dulu sampailah ke hari ni aku berdoa tak angkat tangan, aku tak baca doa qunut ketika solat subuh dan beberapa perkara lagi yang sekiranya dilakukan dikatakan bida'ah oleh fahaman wahabbi. Apakah aku pengikut fahaman wahhabi?

Tanpa Nama

jgn pusing2..
doa banyak2 moga Allah beri petunjuk..
maksud tawel.maknanya bila kita tak mahu baca Qunut dll bukannya bemakna kita wahabi..tapi bila kita menghukum org Bidaah dengan begitu mudah tanpa mengetahui masalah2 khilafiyah dll..

me

Anonymous, isu ni memang boleh buat seseorang pening. Lagi-lagi kalau kita tak tahu langsung apa-apa. Bila kita cakap pasal Wahhabi, kita tak akan dapat lari dari menyentuh pasal Salafi, ibnu Taimiyyah dan sebagainya.

Macam komen di atas saya ni kata, tak mahu baca Qunut tidak menjadikan anda ni berfahaman Wahhabi. Nak baca atau tidak adalah cuma satu percanggahan pendapat para ulama mujtahid mutlak.

Imam Shafi'e menggalakan kita baca. Beliau bukanlah saja2 suruh kita baca. Ada disertakan dalil dan hujah. Tak nak baca pun tak apa. Tetap sah solat.

Yang menjadi masalah apabila ada golongan yang membida'ahkan orang-orang yang berqunut di waktu solat Subuh. Kalau begitu, neraka akan turut dipenuhi oleh orang-orang yang membaca doa qunut di waktu subuh seperti Imam Shafi'e dan Imam Nawawi.

Soal khilafiiyah tak perlu diperbesar-besarkan.

Assamualaikum:

Saya berharap dgn penjelasan saya yang tak seberapa ni dapatlah kita sama sama ambil manfaat.

Tidak lah menjadi kesalahan sekiranya kita berbeza dari segi furu' fekah dalam masalah peribadatan,asalkan kita menpunyai dalil-dalil yang nyata lagi sahih untuk menyokong hujjah kita itu.

Ulama-ulama tradisional kita pun ada yang mengelak daripada membincangkan isu-isu wahabi ni jika perkara tersebut berlegar pada masalah fekah.Contoh nya Sheikh Daud Bin Abdullah fatani dan Tok Kenali.

Akan tetapi ulama tradisional(ASWJ) bangkit menentang wahabi ini apabila persoalan agama telah sampai ke peringkat Akidah.Kafir mengkafir,syirik mensyirik mudah keluar dari mulut mereka.Mereka berani memperlekehkan Imam Ghazali dan ulama ulama muktabar yang lain.

Mereka (Wahabi) berani menjisimkan Allah SWT dan menetapkan tempat dan arah bagi Allah SWT yang mana perkara tersebut boleh menyebabkan tergelincirnya Akidah.Mereka mudah mentafsirkan Al Quran mengikut zahir makna,sedangkan yang kita tahu Kitab kitab Tafsir yang muktabar pun mempunyai kitab syarahnya.

Sebagai contohnya daripada Al Quran surah Toha ,ayat lima. "Sesunguhnya Tuhan Ar Rahman itu bersemayam di atas Arasy".Ulama ulama tafsir (khalaf) menetapkan bahawa perkataan bersemayam (Istawa) itu perlu ditafsir untuk makna yang selayaknya, iaitu menguasai.oleh itu tafsirnya adalah: "Sesunguhnya Tuhan Ar Rahman itu menguasai Arasy".

Ingatlah,sesungguhnya salah satu dari sebab kekafiran adalah mentafsirkan ayat Al Quran secara zahir makna,menurut Imam Suyuti.
Bertaubatlah daripada berada pada golongan ini.

Semoga Allah SWT bagi taufik pada saya yang lemah ini dan kita semua dapat berada dalam golongan orang orang yang beruntung dunia dan akhirat.

Petani

Terima kasih atas kerja anda. Prinsipnya makin banyak yang dibaca/ diketahui dan makin wise lah seseorang itu. Hanya saja doa kita utk senantiasa mampu memiliki daya kritis yang adil.

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.