Washington Irving menghabiskan masanya selama 1 tahun di dalam ruangan yang terdapat papan tanda ini. Ada sesiapa yang faham Spanish? Kalau faham, silalah terjemahkan ye :)
Mula-mula sekali ia dijadikan sebuah mahkamah Kristian. Kemudian, berek-berek tentera dan gereja turut didirikan di atas tanah Al-Hambra. Seperti mana yang berlaku di bandar-bandar lain di wilayah Andalusia, cucu Raja Ferdinand dan Ratu Isabella, iaitu Raja Charles V adalah mahkluk yang paling banyak mengubah struktur binaan pada istana tersebut. Ia dilakukan semata-mata untuk mewujudkan pemandangan Renaissance di situ.
Tapi yang paling teruk adalah ketika abad ke-18 dan sebahagian abad ke-19. Istana Al-Hambra yang memuatkan senibina Moorish yang agung dibiarkan dan diabaikan oleh pemerintah Sepanyol. Ia dihuni oleh para peminta sedekah dan juga golongan pencuri dan penyamun.
Bila Napoleon Bonaparte datang bersama-sama askarnya ke Sepanyol [1], makin tragis nasib yang dideritai oleh istana Al-Hambra. Napoleon telah melakukan banyak kerosakan pada istana itu. Pernah sekali dia meletupkan dua buah menara semata-mata untuk menyelamatkan dirinya. Begitulah nasib istana itu. Ia semakin parah dari hari ke hari.
Mujurlah pada tahun 1870, Istana Al-Hambra telah diisytiharkan sebagai sebuah monumen negara. Maka sejak itu, proses pemeliharaan dan pemuliharaannya giat dijalankan sehingga hari ini. Malah, kaedah saintifik turut digunakan untuk mengembalikan semula keajaiban senibina Moorish tersebut. Ini semua adalah jasa seorang penulis Amerika, Washington Irving.
Beliau telah mengarang sebuah buku yang bertajuk Tales of the Alhambra yang menceritakan tentang keagungan istana itu. Proses menyiapkan buku itu dilakukan di dalam sebuah ruang istana yang kosong. Ia telah ditulis pada tahun 1829. Saya sendiri pun tidak pernah memegang buku itu, apatah lagi membacanya. Tapi orang kata, buku itu memang bagus. Ia laksana sebuah epik romantik yang akan kekal membuktikan kepada dunia bahawa pernah wujud sebuah tamadun dan empayar Islam yang agung di bumi Sepanyol. Boleh baca review buku itu di sini.
Terima kasih Washington Irving!
Nota Kaki
[1] Napoleon Bonaparte adalah seorang Emperor Perancis yang sangat genius. Kekuatan tentera dan militari yang dipimpinnya waktu itu dikatakan mampu menawan segenap benua Eropah, tetapi masih tidak mampu untuk menakluki Great Britain. Napoleon dan para askarnya telah menawan Granada dari tahun 1808-1812.Kalau tak silap, ini adalah ruangan di mana terdapatnya papan ukiran nama beliau itu. (Rujuk gambar atas)
3 Komen • Tambah Komen↴
Washington Irving - He wrote in these rooms his stories of Alhambra in the year 1829
saya belajar bahasa sepanyol :-)
p.s. i really like reading about your trip to spain! ada beberapa soalan nak tanya boleh tak? i'll e-mail them to u yea. don't worry if u don't reply saya tak kecil hati, but if u do saya amatlah berbesar hati!
@dieya, Eh, terkejut hamba. Gracias por la traducción! (Guna Google Translate aje).
What are the questions anyway? I'm afraid my memory about Spain is a little bit rusty now. Probably the Cikgu Wikipedia knows better than me! :D
de nada :-)
it's ok, whatever you can remember is would be great. i'll send u an email very soon.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.