Cuma dalam menceritakan topik berkenaan pembukaan dan penutupan kerajaan Islam di Granada, ada dua Ferdinand yang paling relevan, iaitu:
Sepanyol XXXI: Ferdinand oh Ferdinand...
26 Jun 2005 •
2 Komen
Saya terpaksa mengarang pos ini untuk mengelakkan kekeliruan dalam pos yang akan datang. Seperti yang saya terangkan sebelum ini, ada banyak raja yang berkongsi nama 'King Ferdinand'. Sekurang-kurangnya ada 13 raja yang menggunakan nama itu.
Cuma dalam menceritakan topik berkenaan pembukaan dan penutupan kerajaan Islam di Granada, ada dua Ferdinand yang paling relevan, iaitu:
Cuma dalam menceritakan topik berkenaan pembukaan dan penutupan kerajaan Islam di Granada, ada dua Ferdinand yang paling relevan, iaitu:
Label:
ferdinand
granada
jalan-jalan
Sepanyol XXX: Istana Nasrid [3]
25 Jun 2005 •
0 Komen
Istana Singa
Tidak ada sebarang singa di sini. Mungkin mendapat nama disebabkan terdapat sebuah kolam pancutan air yang terdapat ukiran patung singa. Dikatakan pada kolam itu terdapat ukiran nama-nama pahlawan yang terlibat dalam perang jihad. Malangnya, saya tidak pula dapat melihatnya kerana pengunjung tidak dibenarkan mendekati kolam tersebut. Ada nampak tak tali yang menghalang tu?Perhatikan kolam tersebut yang terletak di tengah-tengah.
Istana Singa adalah kawasan peribadi istana tersebut. Senang cerita ia adalah sebuah kawasan kediaman. Di sinilah sultan menghabiskan masanya bersama keluarga. Tiada sebarang urusan rasmi dan protokol diraja di sini. Kenapa pula perlu diwujudkan tempat ini?
Berdasarkan riwayat sejarah (maaf, saya tak dapat kesan sumber hadith tersebut), Nabi Muhammad s.a.w sering dilawati oleh para sahabatnya. Suatu hari, baginda sedang bermain dengan cucunya. Tiba-tiba datang sahabat ke rumah baginda, dan tanpa meminta izin, mereka terus masuk ke dalam bilik di mana Nabi Muhammad sedang bermain dengan cucunya di atas lantai ketika itu. Situasi itu tidak berapa disenangi oleh Nabi dan sahabatnya.
Maka sejak itu, Nabi Muhammad menasihatkan tentang betapa pentingnya untuk membina sebuah tempat yang khas untuk ahli keluarga sahaja, iaitu tempat di mana para pelawat tidak dibenarkan masuk begitu sahaja.
Cuba kira ada berapa banyak patung-patung singa?
¶ Teruskan membaca entri ini »
Label:
adab
granada
istana
jalan-jalan
lanskap
Sepanyol XXIX: Istana Nasrid [2]
24 Jun 2005 •
1 Komen
Istana Comares
Ia merupakan bahagian kediaman rasmi diraja. Istana Comares merupakan produk utama Sultan Yusuf I dan anaknya, Sultan Muhammad V. Hiasan dan dekorasi dinding adalah idea dari Sultan Yusuf I. Sebenarnya, Sultan Yusuf I ingin menimbulkan rasa kagum di kalangan para pelawatnya. Terbukti memang kagum para pelawat - ini termasuklah saya sendiri walaupun ia sudah berusia beratus-ratus tahun.Namun demikian dikatakan Sultan Yusuf I tidak sempat melihat hasil keseluruhan Istana Comares dan anaknya Sultan Muhammad V pula telah menyiapkan usaha ayahnya itu.
Terdapat binaan dan ruangan lain yang mengelilingi Istana Comares:
1) Patio del Cuarto Dorado (Patio of the Gilded Room)
Entah apa maksudnya di dalam Bahasa Malaysia. Saya pun tak tahu nak terjemahkan. Cari sendirilah ye. Rujuk bahagian glosari di bawah.
Patio of the Gilded Room (PGR) adalah salah satu binaan yang menyambungkan Mexuar dan Istana Comares. Ada satu kolam air di patio ini. Dikatakan ia dibina pada 1943 dengan menyalin rekabentuk kolam yang terdapat di Taman Daraxa. Sila rujuk pos Satu Lanskap Taman.
Akhirnya saya mengetahui juga sejarah kolam pancutan air di dalam pos Satu Lanskap itu. Ia dibina dalam sekitar tahun 1526-1538, iaitu sewaktu Istana Charles V masih lagi dalam proses pembinaan.
Kolam air di PGR
2) Gilded Room
Jika tidak silap, gambar di bawah ini diambil di Gilded Room. Ruangan ini akan dijumpai selepas kita sampai ke PGR. Oleh yang demikian pelawat akan berjumpa ruangan ini berdasarkan urutan berikut:
Mexuar > PGR > Gilded Room
Gilded Room juga merupakan sebahagian dari Istana Comares.
3) Patio de los Arrayanes (The Patio of the Myrtles)
Di sini terdapat sebuah kolam berbentuk segiempat di bahagian tengahnya. Ia berukuran 34 x 7.10 meter.
Kolam ini menerima air dari 2 buah sumber pancutan air. Yang pertama pada bahagian kiri bawah gambar (tak nampak semua). Yang satu lagi pada bahagian hujung satu lagi.
Di belakang saya adalah Hall of the Boat. Di depan pula adalah kolam.
4) Sala de la Barca (Hall of the Boat)
Di sini kalian tidak akan jumpa walau satu bot pun walaupun jika diterjemahkan ia bermaksud Dewan Bot. Tapi cuba lihat bahasa asalnya dalam Spanish. Perhatikan perkataan "Barca". Ia sebenarnya berasal dari bahasa Arab yang bermaksud "Barakah".
Tapi lama-kelamaan orang-orang Spanish panggil Barca yang secara literal bermaksud Bot dalam Spanish. Bila diterjemahkan dalam English, mereka ambil bulat-bulat tanpa mengetahui sejarah asal perkataan Barca itu. Sabar sahaja la!
Pintu masuk untuk ke Hall of the Boat.
Pada mulanya ruangan ini kecil sahaja. Tapi kemudian ia telah diperbesarkan oleh Sultan Mohammad V. Pernah berlaku satu kebakaran di sini pada tahun 1860.
5) Salon de los Embajadores (Hall of Ambassadors)
Merupakan salah satu bilik paling penting di Istana Comares. Di sinilah terletaknya takhta diraja. Untuk masuk ke sini, pelawat perlu melalui Hall of the Boat terlebih dahulu.
Dinding dewan ini ditulis sepenuhnya dengan inskripsi-inskripsi yang memuji Allah, pembesar negara, motto Dinasti Nasrid (akan saya tulis kemudian) dan ayat-ayat dari kitab suci Al-Quran.
Sebuah pintu atau sebuah jendela? Tak pasti pula...
Glosari perkataan
Patio- An outdoor space for dining or recreation that adjoins a residence and is often paved.
- A roofless inner courtyard, typically found in Spanish and Spanish-style dwellings.
- To cover with or as if with a thin layer of gold.
- To give an often deceptively attractive or improved appearance to.
Label:
granada
istana
jalan-jalan
Sepanyol XXVIII: Istana Nasrid [1]
22 Jun 2005 •
0 Komen
Memang menakjubkan! Kata-kata itu adalah kesimpulan kepada keindahan Istana Nasrid. Keindahannya pernah dinukilkan oleh seorang pelawat Arab:
Dekorasi pada binaan Istana Nasrid dikatakan dibina dari bahan yang agak kurang mutunya - ia mungkin satu simbolik yang mengingatkan kita tentang kehidupan manusia di dunia yang fana ini. Secara mudah, Palacios Nazaries (Istana Nasrid*) dibahagikan kepada 3 buah bahagian utama yang berbeza:
Gambar pada pos Petikan Buku juga diambil di bahagian Mexuar.
---
*Sepatutnya lebih tepat diterjemahkan sebagai Istana-istana Nasrid kerana Palacios membawa maksud lebih dari satu. ¶ Teruskan membaca entri ini »
Seperti sebuah pasu perak yang berisi batu-batu zamrud.Dimulakan oleh pengasas Dinasti Nasrid, Sultan Muhammad Al-Ahmar, sebuah tempat yang pada mulanya cuma dihuni oleh tinggalan kubu lama, ia akhirnya berubah wajah. Perubahan itu kemudian disambung oleh waris-waris Sultan Muhammad Al-Ahmar sesudah baginda meninggal dunia.
Dekorasi pada binaan Istana Nasrid dikatakan dibina dari bahan yang agak kurang mutunya - ia mungkin satu simbolik yang mengingatkan kita tentang kehidupan manusia di dunia yang fana ini. Secara mudah, Palacios Nazaries (Istana Nasrid*) dibahagikan kepada 3 buah bahagian utama yang berbeza:
- Bahagian Mexuar
- Palacio de Comares (Istana Comares)
- Palacio de los Leones (Istana Singa)
Bahagian Mexuar
Ia merupakan bahagian separa-umum. Di sini selalunya diadakan perkara-perkara berkaitan sistem perundangan dan urusan dalam negara. Bahagian di sini sebenarnya agak suram. Tidak banyak cahaya yang masuk.Sebuah inskripsi Arab yang terdapat pada bahagian Mexuar.
Gambar pada pos Petikan Buku juga diambil di bahagian Mexuar.
---
*Sepatutnya lebih tepat diterjemahkan sebagai Istana-istana Nasrid kerana Palacios membawa maksud lebih dari satu. ¶ Teruskan membaca entri ini »
Label:
granada
istana
jalan-jalan
Sepanyol XXVII: Satu Lanskap Taman
20 Jun 2005 •
0 Komen
Tidak mahu tulis panjang. Rehatkan sedikit otak. Asyik baca yang berat-berat bosan juga. Jadi kali ini cuma ingin letak satu gambar sahaja :) Ia sekadar satu lanskap mini di dalam Istana Nasrid. Insya-Allah pos selepas ini akan menceritakan tentang Istana Nasrid.
Tidak tahu pula tentang sejarah lanskap ini. Ia mungkin dibina semasa zaman pemerintahan Islam, atau mungkin selepasnya. Tapi melihat dari rupa bentuk binaan pancutan air, macam ada pengaruh seni bina Islam. ¶ Teruskan membaca entri ini »
Tidak tahu pula tentang sejarah lanskap ini. Ia mungkin dibina semasa zaman pemerintahan Islam, atau mungkin selepasnya. Tapi melihat dari rupa bentuk binaan pancutan air, macam ada pengaruh seni bina Islam. ¶ Teruskan membaca entri ini »
Label:
granada
jalan-jalan
lanskap
taman
Sepanyol XXVI: Istana Charles V
18 Jun 2005 •
0 Komen
Kerajaan terakhir Islam Bani Umaiyyah di Granada tumbang pada 1492. Empayar Bani Umaiyyah ini wujud sejak tahun 711. Renaissance bermula di Itali pada abad ke-14 (para sejarawan Barat dakwa, tapi kita dakwa ia bermula di Cordoba pada abad ke-8).
Renaissance di Itali dipengaruhi oleh tamadun Islam di Sepanyol. Sekarang mari tanam dalam otak kita bahawa Islam membawa kemajuan, dan bukan kemunduran.
Kalau kalian pernah ke Al-Hambra, pasti akan berjumpa dengan Istana Charles V. Ia terletak berhampiran dengan Istana Nasrid. Binaan ini bukanlah tinggalan kerajaan Islam Granada. Sebaliknya ia ditambah selepas Al-Hambra berjaya ditawan oleh puak Krisitian. Sebab itu kalau perhatikan betul-betul, binaan ini tidak ada langsung sebarang ukiran-ukiran Islamik, di samping ia banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Renaissance yang berkembang di Itali.
Istana ini dibina ketika pemerintahan Raja Charles V yang bermula pada tahun 1533. Siapa Charles V ini? Dialah Raja Sepanyol dari tahun 1519-1558. Dia juga cucu kepada Ferdinand II dari Aragon (turut dikenali sebagai Ferdinand V) dan Isabella dari Castile. Kisah tentang Ferdinand dan Isabella ini akan diceritakan pada pos yang lain. Kita akan melihat bagaimana Ferdinand II dan Isabella berjaya menawan Al-Hambra.
Charles V tidak menyiapkan habis pun binaan ni. Separuh jalan, dia hilang minat. Cuma pada penghujung abad ke-20, barulah istana ini disempurnakan sepenuhnya. Apapun, yang menjadi arkitek binaan ini ialah Pedro Machuca, yang telah belajar bersama-sama Michelangelo di Itali. Ingat, bahawa Michelangelo adalah salah seorang tokoh zaman Renaissance.
Islam datang dalam keadaan asing, dan pergi dalam keadaan asing juga. Beruntunglah mereka yang asing itu. Gambar diambil di bahagian ruang legar Istana Charles V. Biasanya di sini diadakan festival muzik dan tarian Granada.
Apa yang ada pada hari ini di sini? Ada 2 buah muzium - Muzium Kesenian di tingkat atas dan Muzium Al-Hambra di tingkat bawah. Nak masuk? Kenalah bayar .Tapi saya tak masuk pun sebab kesuntukan masa. Tapi jika kita datang dari European Union (EU), percuma sahaja masuk. Rugi-rugi. Jadi, bagi budak-budak yang belajar di UK dan Ireland, jangan lupa masuk bila datang ke sini. Tunjukkan sahaja bukti yang anda menetap di EU. Kalau rasa leceh, bayar sahaja EURO 1.50.
---
P.S. Saya takut pembaca keliru pula dengan nama Ferdinand ni. Sejarah menyaksikan banyak Ferdinand. Sekurang-kurangnya ada 13 raja yang berkongsi nama 'Raja Ferdinand'. Yang nombor II, III, dan sebagainya. Di sini saya tekankan tentang Ferdinand II dari Aragon yang juga turut dikenali sebagai Ferdinand V. ¶ Teruskan membaca entri ini »
Renaissance di Itali dipengaruhi oleh tamadun Islam di Sepanyol. Sekarang mari tanam dalam otak kita bahawa Islam membawa kemajuan, dan bukan kemunduran.
Salah satu tiang yang menyokong binaan ini. Memang besar. Ia tipikal dalam mana-mana binaan di Eropah yang terkena penangan Renaissance.
Kalau kalian pernah ke Al-Hambra, pasti akan berjumpa dengan Istana Charles V. Ia terletak berhampiran dengan Istana Nasrid. Binaan ini bukanlah tinggalan kerajaan Islam Granada. Sebaliknya ia ditambah selepas Al-Hambra berjaya ditawan oleh puak Krisitian. Sebab itu kalau perhatikan betul-betul, binaan ini tidak ada langsung sebarang ukiran-ukiran Islamik, di samping ia banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Renaissance yang berkembang di Itali.
Istana ini dibina ketika pemerintahan Raja Charles V yang bermula pada tahun 1533. Siapa Charles V ini? Dialah Raja Sepanyol dari tahun 1519-1558. Dia juga cucu kepada Ferdinand II dari Aragon (turut dikenali sebagai Ferdinand V) dan Isabella dari Castile. Kisah tentang Ferdinand dan Isabella ini akan diceritakan pada pos yang lain. Kita akan melihat bagaimana Ferdinand II dan Isabella berjaya menawan Al-Hambra.
Charles V tidak menyiapkan habis pun binaan ni. Separuh jalan, dia hilang minat. Cuma pada penghujung abad ke-20, barulah istana ini disempurnakan sepenuhnya. Apapun, yang menjadi arkitek binaan ini ialah Pedro Machuca, yang telah belajar bersama-sama Michelangelo di Itali. Ingat, bahawa Michelangelo adalah salah seorang tokoh zaman Renaissance.
Apa yang ada pada hari ini di sini? Ada 2 buah muzium - Muzium Kesenian di tingkat atas dan Muzium Al-Hambra di tingkat bawah. Nak masuk? Kenalah bayar .Tapi saya tak masuk pun sebab kesuntukan masa. Tapi jika kita datang dari European Union (EU), percuma sahaja masuk. Rugi-rugi. Jadi, bagi budak-budak yang belajar di UK dan Ireland, jangan lupa masuk bila datang ke sini. Tunjukkan sahaja bukti yang anda menetap di EU. Kalau rasa leceh, bayar sahaja EURO 1.50.
---
P.S. Saya takut pembaca keliru pula dengan nama Ferdinand ni. Sejarah menyaksikan banyak Ferdinand. Sekurang-kurangnya ada 13 raja yang berkongsi nama 'Raja Ferdinand'. Yang nombor II, III, dan sebagainya. Di sini saya tekankan tentang Ferdinand II dari Aragon yang juga turut dikenali sebagai Ferdinand V. ¶ Teruskan membaca entri ini »
Label:
granada
istana
jalan-jalan
renaissance
Sepanyol XXV: Al-Cazaba
15 Jun 2005 •
0 Komen
Seperti yang saya katakan sebelumnya, Al-Cazaba (secara literal bermaksud kubu) telah sedia ada sebelum Sultan Muhammad Al-Ahmar (pengasas dinasti Nasrid) mengubahsuai Al-Hambra dan seterusnya menjadikan ia sebagai kediaman rasmi diraja selama lebih dua ratus tahun (1238-1492).
Kubu ini dikatakan berasal dari tinggalan Rom. Pihak Krisitian juga telah menambahkan satu menara yang dipanggil Menara Kiub pada binaan kubu ini. Apa pun, ia tidaklah sesempurna mana. Banyak binaannya yang sudah musnah. Proses pemuliharaannya sedang giat dijalankan sehingga hari ini.
Inilah 2 keping gambar yang menunjukkan tinggalan Al-Cazaba. Ia telah dibaikpulih ketika era Dinasti Nasrid.
¶ Teruskan membaca entri ini »
Kubu ini dikatakan berasal dari tinggalan Rom. Pihak Krisitian juga telah menambahkan satu menara yang dipanggil Menara Kiub pada binaan kubu ini. Apa pun, ia tidaklah sesempurna mana. Banyak binaannya yang sudah musnah. Proses pemuliharaannya sedang giat dijalankan sehingga hari ini.
Inilah 2 keping gambar yang menunjukkan tinggalan Al-Cazaba. Ia telah dibaikpulih ketika era Dinasti Nasrid.
¶ Teruskan membaca entri ini »
Label:
granada
jalan-jalan
kubu
Sepanyol XXIV: Sebab Ia Dibina
13 Jun 2005 •
0 Komen
Meriam ini sudah pasti pernah digunakan untuk tujuan ketenteraan.
Seperti yang saya jelaskan dalam pos Buka dan Tutup, Al-Hambra dibina pada zaman kemerosotan Bani Umaiyyah di Sepanyol. Bandar-bandar lain di wilayah Andalusia seperti Cordoba, Seville dan Toledo telah pun jatuh ke tangan Kristian. Tinggal Granada sahaja yang belum lagi. Bandar Granada mesti mereka pertahankan. Jika bandar ini jatuh, maka tamatlah juga legasi Islam di situ!
Sebenarnya, Al-Hambra ini adalah sebuah kubu yang dibina atas tujuan ketenteraan. Kubu itu pula bukanlah dibina oleh dinasti Nasrid, tetapi hanya dibaikpulih dari yang sudah sedia ada. Ia wujud sejak kurun ke-9 lagi. Lokasinya sangat strategik. Ia terletak di atas sebuah bukit yang berbatu dan berdekatan dengan tebing Sungai Darro. Al-Hambra juga dilindungi dengan gunung-ganang dan hutan. Al-Hambra kemudian dibaikpulih oleh kerajaan dinasti Nasrid.
Pengasas dinasti Nasrid, Sultan Muhammad bin Yusuf bin Nasr (juga dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Ahmar) pula telah memulakan projek pembinaan bahagian istana (Palacio Nazaries). Sejak itu, ia telah menjadi kediaman rasmi diraja, iaitu pada pertengahan kurun ke-13.
Sebelum ini juga, ada saya beritahu bahawa pernah ada masjid di dalam Al-Hambra ini. Saya sendiri tidak pasti sama ada masih wujud atau tidak masjid di dalamnya pada hari ini. Apa yang pasti, sebuah masjid diraja pernah berdiri di atas tanah Al-Hambra. Cuma hari ini, ia sudah lenyap dan digantikan dengan Gereja St Mary.
Tanah yang pernah manusia sujud di atasnya kini menjadi tempat manusia menyekutukan Allah yang satu.
Mungkinkah ini dia Gereja St. Mary?
Madina dan Taman
Ada sebuah taman di sini. Ia agak besar. Malangnya kami tidak sempat meninjau apa yang ada di situ. Seperti yang telah ditekankan sebelum ini, ini semua gara-gara kekangan masa.Mengikut kebiasaan, pelawat tidak menuju ke taman terlebih dahulu - mereka akan pergi ke bahagian Istana Nasrid, dan kemudian barulah pergi ke taman. Ini disebabkan peraturan yang termaktub di dalam tiket.
Tentang bahagian madina (bandar kecil) pula, saya sendiri kurang pasti yang mana satu. Entah sempat kami melawat atau tidak. Tapi rasa-rasanya ada pergi. Mungkin sekadar melaluinya tanpa kami sedari. Entahlah..tapi yang penting, Madina juga merupakan bahagian penting di dalam Al-Hambra.
---
P.S. Entah kenapa, kata ganti nama 'Aku' yang biasa aku gunakan tiba-tiba berubah menjadi 'Saya', tanpa saya sedari :) ¶ Teruskan membaca entri ini »
Label:
granada
jalan-jalan
masjid
Sepanyol XXIII: Baca Tiket Dulu!
10 Jun 2005 •
0 Komen
Seorang pakcik yang sedang bermain dengan kucing. Buat pengetahuan, kucing-kucing yang jinak amat mudah dijumpai di Masjid Cordoba dan Al-Hambra. Pakcik ni memang cool sebab beri kebenaran untuk tangkap gambar dia! Gambar diambil berdekatan perhentian bas Al-Hambra.
Oleh sebab aku tak punya cukup masa di dalam Al-Hambra, maka kebanyakkan deskripsi tentangnya datang dari beberapa rujukan yang telah aku buat sebelum menulis kebanyakan entri.
Secara ringkas Al-Hambra mengandungi masjid, tempat mandi, rumah kediaman, taman dan juga tempat perkuburan diraja. Satu lagi tempat paling penting ialah bahagian istana - Istana Nasrid (atau dalam bahasa Sepanyol disebut Palacios Nazaries).
AWAS! Kalau pertama kali datang ke sini, pastikan anda membaca tiket masuk betul-betul. Anda pasti akan berjumpa ayat:
Access to the Nasrid Palaces is restricted to the half hour indicated on the ticket. Once inside the palaces, the visitor can stay inside as long as he likes. If this is not done during the specific half hour the right of entry in the palaces will be lost and a new ticket will have to be bought.
Nasib baik. Memang kami tak baca pun apa-apa peraturan yang terdapat di tiket itu. Aku pun hanya perasan bila dah balik semula ke Dublin. Kalau kami tidak tergesa-gesa, mungkin kami akan merewang dahulu ke tempat lain dengan lebih lama sebelum bergerak menuju ke bahagian yang paling menarik - Istana Nasrid.
Jangan ingat boleh tipu orang di situ. Sebab ada lagi penjaga tiket di bahagian pintu masuk Istana Nasrid. Pada tiket pula tercatat waktu kita harus sampai di istana itu. Jadi, pastikan pergi ke Istana Nasrid terlebih dahulu sebelum pergi ke daerah-daerah lain. Jangan bimbang, masih ada peluang untuk ke tempat-tempat lain.
Parit kecil.
¶ Teruskan membaca entri ini »
Label:
granada
jalan-jalan
Sepanyol XXII: Istana Merah
09 Jun 2005 •
0 Komen
Secara literal, Al-Hambra bermaksud Istana Merah. Perkataan itu berasal dari bahasa Arab. Ia dibina oleh dinasti Islam terakhir di Andalusia - iaitu Dinasti Nasrid. Al-Hambra ini telah menjadi bandar di-Raja dinasti tersebut. Banyak kisah suka-duka yang telah dilalui Al-Hambra sepanjang tempoh kewujudannya di atas muka bumi ini.
Kalau ingin masuk Al-Hambra, jangan lupa menyediakan wang 10 Euro (RM 48). Walaupun mahal, pasti tak menyesal. Bila dah masuk ke dalam Al-Hambra, memang rasa berbaloi. Silap-silap memang tak puas. Sebab itu ada kawan aku yang sanggup masuk dua kali untuk melihat kesan tinggalan Islam yang menakjubkan ini.
Apa pun, aku rasa tersangatlah rugi. Mana sempat masa 2 jam untuk melihat apa yang tersimpan di dalam Al-Hambra ini. 2 jam itu memang cukup kalau nak melawat masjid Cordoba. Tapi Al-Hambra mana mungkin. Ia adalah sebuah bandar di dalam bandar! Kalau ikutkan hati, mahu sahaja melepaskan perjalanan keretapi ke Seville. Tapi kerana memikirkan Krismas hampir tiba dan kemungkinan tiada tiket lagi untuk ke Seville, niat itu dipadamkan sahaja. Aku tak nak terkandas di Granada!

Perhentian bas di depan Al-Hambra.

Lorong pejalan kaki yang dibarisi dengan pokok-pokok dari spesis apa ntah.
¶ Teruskan membaca entri ini »
Label:
granada
jalan-jalan
Langgan:
Feed entri ini