Tulisan ini adalah terjemahan dan gubahan dari Life: Explained.
---
Sebuah bot ikan berlabuh di satu perkampungan nelayan di Terengganu. Seorang pelancong dari Kuala Lumpur memuji-muji kualiti ikan yang ditangkap oleh seorang pakcik nelayan yang turun dari bot itu dan bertanya kepadanya berapa lama masa yang diperlukan untuk menangkap ikan-ikan tersebut.
"Tak lah lama sangat. Sekejap aje." jawab pakcik nelayan.
"Habis tu, kenapa pakcik tak kerja lama sikit supaya dapat lagi banyak?" tanya pelancong tersebut.
Pakcik nelayan menerangkan bahawa tangkapan yang sedikit ini sudah cukup untuk memenuhi keperluan dia dan keluarganya.
Pelancong itu bertanya lagi, "Apa yang pakcik buat lepas pakcik tangkap ikan?"
"Pakcik akan bermain dengan anak-anak dan tidur tengahari sebentar dengan isteri tersayang. Bila tiba waktu petang, pakcik akan jalan-jalan sekitar kampung untuk jumpa kawan-kawan sambil minum di kedai kopi. Kehidupan pakcik sudah lengkap."
Pelancong itu mencelah, "Pakcik, saya ada PhD dalam bidang bisnes dan saya boleh tolong pakcik untuk jadi lebih kaya. Pakcik boleh mula dengan menambahkan lagi masa pakcik menangkap ikan. Lepas itu, jumlah ikan yang lebih itu pakcik boleh jual. Dengan keuntungan tersebut, pakcik akan ada modal untuk beli bot yang lebih besar."
"Dan lepas tu?" tanya pakcik tersebut.
"Bila sudah ada bot besar, pakcik boleh tangkap lebih banyak ikan. Lagi banyak ikan, lagi banyaklah duit. Bila makin banyak duit, pakcik boleh beli bot yang kedua dan ketiga, sehinggalah pakcik boleh beli sendiri sebuah bot tunda. Kemudian bila dah banyak duit juga, pakcik tak perlu lagi jual ikan kepada orang tengah. Sebaliknya pakcik mungkin boleh buka sendiri kilang memproses ikan. Kita buka kilang yang kecil dahululah. Kemudian bila sudah betul-betul maju, pakcik sekeluarga boleh tinggalkan kampung ini dah berhijrah ke Kuala Lumpur. Dari situ, pakcik boleh menguruskan empayar perniagaan ikan yang telah pakcik bina."
"Berapa lama agaknya masa yang pakcik perlukan kalau nak jadi macam tu?" tanya pakcik itu lagi.
"Dua puluh, mungkin 25 tahun," jawab pelancong itu.
"Kemudian selepas tu?"
"Haaa..sesuatu yang menarik akan berlaku selepas itu," jawab pelancong itu sambil ketawa terbahak-bahak. "Bila bisnes pakcik dah betul-betul besar, pakcik dah boleh beli dan main saham. Pakcik akan untung juta-juta ringgit. Kayo pakcik kayo!"
"Uiks, berjuta-juta ringgit? Betul ke cakap anak ni? Dan lepas itu apa akan jadi?" tanya pakcik itu lagi.
"Lepas itu pakcik dah bolehlah pencen, duduk aman di sebuah kampung kecil yang terletak di tepi pantai, boleh tidur lewat-lewat, main dengan anak cucu, tidur tengahari sebentar bersama isteri tersayang dan menghabiskan masa petang dengan minum kopi dan lepak-lepak bersama kawan sekampung." jawab pelancong berkenaan.
Moral cerita ini ialah: Ketahui apakah sebenarnya yang kita sedang cari dalam kehidupan ini kerana kita mungkin sudah pun mendapatkannya.
Apakah Yang Dikejar Dalam Hidupmu?
Label:
begitulah hidup
motivasi
nelayan
Untuk mendapatkan entri-entri terkini pada masa akan datang secara automatik, langgan blog ini secara e-mel atau pun RSS. Atau boleh juga melanggan melalui fungsi Blogspot itu sendiri.
Langgan:
Feed entri ini
15 Komen • Tambah Komen↴
Assalamualaikum tawel n semua...
terima kasih atas entry ini, semoga Allah s.w.t membalas sebaiknya kpd akhina tawel atas apa jua pengajaran yg cuba diselitkan dalam kisah ini...
tawel dan semua, izinkan diri saya yg faqir ini berkongsi sedikit info di bawah yang mungkin sudah diketahui ramai...
sebenarnya, sungguh gembira rasanya mendapat entry ini di saat memasuki ambang 20 RabiulAkhir 1429H,iaitu bersempena haul Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi, pengarang maulid Simthud Duror [Untaian Mutiara] yang banyak diamalkan terutamanya di nusantara -seperti Indonesia, dan sebahagian tempat di Malaysia...
Cucu beliau, Almarhum Habib Anis bin Alwi bin Ali al-Habsyi ialah ulama terkenal di Solo, Indonesia...terkenal dgn gelaran 'the smiling habib' atas peribadi beliau yg sentiasa mengukirkan senyuman...
Allah...marilah mengkaji, menghayati dan menteladani keperibadian ulama ul-amilin...
jazakallahu khair...
wsalam wbt
salam`alayk~
"Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari emas, perak, kuda yang baik, binatang-binatang ternak dan tanam-tanaman. Itulah kesenangan hidup didunia, dan di sisi Allah tempat kembali yang sebaik-baiknya (syurga)." [Al Imran, 3:14]
S: Mengejar atau dikejar?
Salam.
Pelancong itu saya lihat sebagai mewakili nafsu kita yang tak pernah puas. Nafsu yang perlu dididik dan berbahas dengannya,semata-mata untuk menyedarkan bahawa dalam kitaran hidup ini, bersyukur itu penting. Ia perlu dihayati dan diserapkan kedalam hati, supaya dengan memiliki rasa syukur ini, kita boleh rasa bahawa hidup ini tak sesusah mana sebenarnya.
Rasulullah pernah bersabda; "Ingatlah, ambillah dunia sekadarnya saja, janganlah kau menyertainya dan beramallah. Sesungguhnya punca segala kesalahan adalah cinta dunia dan kesenangan yang sedikit dapat menyeret seseorang dalam derita yang panjang."
Semoga Allah jadikan kita semua hamba-hambaNya yang bersyukur.
tawei sensei...
cerita yang agak menarik jugak,
tapi tak syok le...tak leh nak ketawa pula ! you selalu buat akak ketawa besor...dengar cerita akak pulak ye !
Dalam satu lawatan pegawai pendidikan berbangsa Inggeris ke sebuah sekolah luar bandar, dan menemubualkan seorang pelajar cina, seorang india dan 2 orang melayu. Seorang guru telah menjadi penterjemah untuk melicinkan proses temubual itu...
pegawai: what is your father's job?
Ah Chong: my father is a fish catcher..
penterjemah :he means his father is a fisherman
pegawai : oooo I see..what about you ?
Ali : my father is a shirt maker..
penterjemah : his father is a tailor..
pegawai : yes I understand that..and what about your father ??
Ravi : He is a hair cutter ?
pegawai : no..no.no your father is a barber..please try to improve your english knowledge okey...and girl, you are the last...what's your father's job ??
Surina : he is a ppppp cutter..
pegawai : oo what is that ??
surina : my father is a pppp cutter.
pegawai : what is ppppp cutter...it is sound interesting !
penterjemah :cakap melayulah bapa ngko keja apa ??
surina : tok mudim cik gu
maka penterjemah itu pun gugup dan berkata kepada pegawai itu " her father is a ppppppppp cuter. Pegawai sangat marah dan menempiknya " I know the word cutter, but what is pppp ?"
penterjemah membisikkan kepada pegawai itu maksud pppp yang di cut oleh bapa murid tersebut..mengejutkan kerana pegawai itu telah lari lintang pukang penuh ketakutan !
ha..haa...ha haa barulah boleh ketawa..bukan apa akak tension ni cari kunci keta tak jumpa.
tawel jom jalan kat blog akak pulak http//khamleng.wordpress.com
Assalamualaikum
Saya sudah lama mengikuti perkembangan blog ini, sejak awal 'kelahirannya' sehingga sekarang. Iya, jika disamakan blog saudara dengan bayi, maka saya kira bayi ini sudah boleh berjalan dan semakin petah berkata-kata.Bayi ini juga semakin kritis terhadap warna-warna di sekitarnya. Hitam tidak semestinya dilihat hitam atau putih tidak semestinya dilihat putih.Bayi ini juga semakin tajam pendengarannya terhadap suara-suara yang didengari di sekelilingnya.Saya memerhatikan bayi ini membesar di depan mata saya tetapi secara jauh sahaja.
Cumanya, saya tidak pernah meninggalkan apa jua komen sehinggalah hari ini...
Soalan-Apakah yang dikejar dalam hidupmu?
Soalan ini mencapah sifatnya. Jawapannya mungkin berbeza antara individu.
Boleh jadi jawapan-jawapannya begini:
-duit,rumah besar, kereta besar,bini besar
-kejar glamor
-penghargaan/pengiktirafan daripada masyarakat
- kekuasaan
-kejayaan
-masa
-kecantikan
-kesempurnaan
-'dateline'
-cinta
-ketenangan dan kebahagian
-Dunia/Akhirat/syurga Allah
-Syahid
biar apa jua jawapan kita,tujuan kita mengejar adalah untuk mendapatkan apa yang kita kejar bukan?Cumanya:
Kadang-kadang apa yang kita kejar, itulah yang akan kita dapat.
Kadang-kadang kita dapat apa yang kita kejar dan perkara-perkara yang kita tak kejar.
Kadang-kadang lain yang kita kejar lain yang kita dapat.
kadang-kadang kita dapat apa yang kita kejar,tapi sekejap sahaja benda tu dah hilang.
Kadang-kadang kita tak dapat apa-apa pun setelah penat mengejar...(yang dikendong pulak berciciran)
Kadang-kadang kita tak kejar apa pun, tapi macam-macam kita dapat.
jadi, berfikirlah dahulu apa yang kita nak kejar.
Kemudian tanya diri sendiri jika kita dapat apa yang kita kejar, apakah kesannya kepada diri kita?
adakah itu yang kita inginkan atau yang kita perlukan?
adakah kita akan kecewa jika yang dikejar tak dapat?
adakah kita akan bersyukur setelah dapat benda yang dikejar dan perkara-perkara yang kita tak kejar?
dan rasanya lebih banyak lagi soalan yang boleh diutarakan.
Saya:
* suka main kejar-kejar masa kecik-kecik dulu!
*selalu kena kejar bas, tapi bas tak pernah kejar saya.
Berkata Abu Umamah r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda:Allah berfirman:
"Aku yang menjadikan kebaikan dan kejahatan, maka berbahagialah siapa yang Kuciptakan dia untuk kebaikan, dan Kutakdirkan kebaikan di tanganya, serta celakalah siapa yang Kuciptakan untuknya kejahatan, dan Kutakdirkan kejahatan itu di tangannya,"-(Riwayat Ibnu Syahin)
-BUNGA ASING-
@Bunga Asing, janganlah jadi orang asing sangat di sini. Ok terima kasih tinggalkan komen yang pertama di sini! Saya pun suka juga main kejar-kejar dan pernah juga bas kejar saya sebab dia nak cukupkan penumpang. Hehe.
@Ummuhanah, tak boleh la nak ketawa setiap masa. Kan hidup ni kabhi kushi kabhie gham. Tak faham nasib le ;) Tapi kak ummuhanah ni boleh tahan juga lawaknya ye! Ok, insyaAllah akan melawat ke sana. Sebenarnya dah lawat pun, cuma tak pasti betul ke itu ummuhanah yang sama.
TQ juga none, noreena n suara atas komen dan info.
Assalamualaikum Encik Tawel,
Sebenarnya soalan dah lapuk dah "Apa yang dicari dalam hidupmu?"
Apa yang nak diambil iktibar tentang peristiwa nelayan kampong dengan pelancong asing tadi? Tiada apa.Dah kebiasaan ikan mengena ikut masa singkat saja, ia taklah mengena sepanjang hari.
Yang sipelancong tu pula saja tanya soalan tersebut, nak cari idea nak masukkan sesuatu dalam blognya. Itu saja. Dah merantau jauh ke negeri asing, dah banyak timba ilmu dan pengalaman masih tak jumpa-jumpa lagi apa yang dicari. Biasanya seorang pelukis ia akan hasilkan sesuatu idea yang ada kaitan dengan diri sendiri,mengexperasi apa yang ada dalam diri nya sendiri, maka disitulah kita meletakkan harga diri atau blog kita.
Sekian wallahua'lam
Ku cari damai abadi.
-amal baik menuju ke syurga
-memperoleh keturunan yang soleh dan yang membawa kita ke syurga.
-redha ALLAH dunia akhirat
:)
Memang menarik!
Apa yang kucari...?
Aku mencari al-Ghazali
Aku mencari asy-Syafie...
kata Pak Lah. : )
hanyalah mencari yang nyata di dunia fana...
Kashrul dan semua yg membaca... setiap kisah pasti ada pengajaran, cuma bergantung kepada bagaimana cara kita melihatnya. Belajarlah untuk merenung setiap kisah, baik yang buruk ataupun yang baik, kerana disitulah letaknya kunci untuk peribahasa 'yang buruk jadikan sempadan, yang baik jadikan tauladan'.
Mungkin anda masih muda dan itu buat anda tidak mahu atau tidak tahu bagaimana untuk merenung calitan kisah yang dikongsi, tapi sebaiknya anda belajar untuk berfikir dan mengambil iktibar bermula dari sekarang.
Jika seorang insan/hamba mahu merenungi umurnya yang telah berlalu untuk mencari akhirat, maka renungan itu dapat menyuci hati. Seperti yang disebutkan oleh Rasulullah SAW; "Berfikir sesaat lebih baik dari beribadah setahun"
Mungkin dengan berfikir sesaat itu, hidup akan berubah menjadi lebih baik dari sekarang, atau boleh mengelak dari menjadi lebih buruk dari sebelumnya. Lalu kenapa kita tak mahu berfikir dan mengambil pengajaran dari setiap kisah yang dipaparkan?
Satu yang saya perasan seringkali berlaku, ialah manusia akan ada masa untuk merenung hidup sendiri bila berada dalam keadaan berduka atau ditimpa musibah. Bila senang, lalai dan lupa. Bila sibuk, pun sama juga... Tak kisahlah kan sebab setiap cerita ada pengajaran yang tersendiri yang mungkin mengubah individu menjadi seorang yang berbeza, (kalau tak banyakpun, mungkin sedikit berbeza) berbanding sebelumnya. Cuma satu yang saya nak cakap... selalulah ingat, Allah kan ada untuk kita... :)
Semoga masa yang berlalu dan laluan hidup yang berliku akan lebih mematangkan kita semua.
Salam, Sensei..
Saya rasa macam pernah baca cerita ni tapi x ingat kat mana ke sensei pernah cerita kat ruangan lain?.. apa2 pun apa yang sensei cuba sampaikan mmg kena mengena pada setiap insan di muka bumi ini.. Alahai.. memang faktor syukur ( bak kata suara) itu adalah titik tolak permulaan hidup di dunia ini..
Dunia diibaratkan sebesar sayapnya seekor binatang kecil seperti nyamuk, jadi kejarlah akhirat kerana ia adalah lebih baik dari dunia dan seisinya.. jika kita kejar akhirat, dunialah yang akan mengejar kita( mengejar/dikejar oleh noorena).. Oleh itu setiap pekerjaan itu sesuai bagi setiap insan dan peranan masing2 seperti pak cik nelayan ni.. bak kata sensei juga :Ketahui apakah sebenarnya yang kita sedang cari dalam kehidupan ini kerana kita mungkin sudah pun mendapatkannya. Pak cik ni dah dapat sebenarnya apa yang dia nak sebenarnya dan businessman tu pulak tgk dari perspektif yang dia pernah belajar dan apply apa yang dia belajar. ya.. nafsu yang rasa tak pernah puas, dan rasa dia lebih tahu dan pandai dari org lain adalah dari hati kita sendiri.. saya sgtlah suka apa yg suara suarakan.. saya x reti nak bgtau korg dalam ayat yg power2 ni.. klau ada yg faham, fahamlah, klau x buat2 faham je la ye.. hehe.. sy x reti nk express kata2 dlm tulisan cam sensei kita ni..thumbs up untuk sensei.. moga sensei terus dalam dunia penulisan dan tabah denagn cobaan dari Maha Esa.. doakan untuk saya juga ye.. nak exam ni
@Orchid, saya tak pernah cerita di ruangan lain dan sebenarnya saya pun baru pertama kali baca cerita ni dalam Bahasa Inggeris. Oleh sebab macam bagus aje, saya pun terjemahkanlah ia. Ok, insyaAllah saya doakan :)
Assalamua'laikum warahmatullah...
Kenapa menggelari dirimu sebagai sensei? Adakah kerjamu seorang sensei atau sensei itu kerana ilmu didada? Izinkan putih^hati lalu nak menumpang di blog ni?
Manusia akhir zaman hanya tahu berkata-kata, saya cintakan Rasul, saya cintakan Allah namun ramai sebenarnya yang cintakan benda2 lagha.Putih^hati juga umat akhir zaman, sering berkata pada hati supaya cintakan Allah dan Rasul tapi seringkali lalai dan alpa dengan dunia. Baru ternampak blog ni minggu lepas disaat tercari-carikan sesuatu. Lantas barangkali kerana kehendakNya ingin menemukan putih^hati dengan Tawel. Salam perkenalan, semoga blog ini menjadi platform untuk kita berdakwah. Sekalipun tidak sehebat mata pedang Rasulullah namun harap tulisan2 Tawel mampu merobek hati umat Islam akhir zaman agar menilai cinta dalam diri.Namun pesan putih^hati, jangan lalai dengan pujian :)
Wa'alaikumussalam. Eh silakan lalu. Yang bagi nama sensei tu adalah penguin saya :)
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.