Back to home page

Bersih KL 2011 vs Protes Pelajar UK 2010

10 Julai 2011 • 8 Komen Cetak Chenta!
Protes Pelajar di UK, 2010

Bersih 2.0 di Kuala Lumpur, 2011


1. Tujuan demonstrasi
Bersih: Menuntut sebuah pilihanraya yang adil
Protes Pelajar: Menentang keputusan kerajaan untuk menaikkan yuran pengajian.


2. Permit diperlukan?
Bersih: Ya.
Protes Pelajar: Tidak.


3. Adakah kedua-duanya diadakan di sebuah negara demokrasi?
Bersih: Ya.
Protes Pelajar: Ya.


4. Bilangan peserta
Bersih: 20,000 orang.
Protes Pelajar: 50,000 orang.


5. Jumlah tangkapan:
Bersih: 1,401 orang.
Protes Pelajar: 153 orang.


6. Jika saya adalah peserta demonstrasi tersebut, kebarangkalian untuk saya ditangkap adalah:
Bersih: 0.07005
Protes Pelajar: 0.00306


7. Wujudkah elemen keganasan dalam demonstrasi tersebut?
Bersih: Ya. Keganasan dimulakan oleh pihak berkuasa. Dan menurut apa yang dilaporkan setakat ini, lebih ramai peserta yang tercedera. Masih tidak lagi kedengaran mana-mana polis dan FRU yang masuk hospital.
Protes Pelajar: Ya. Keganasan dimulakan oleh segilintir peserta yang bodoh. Polis dan peserta sama-sama cedera dan masuk hospital.


8. Adakah dengan berlakunya demonstrasi tersebut, membuatkan para pelancong takut untuk masuk Malaysia?
Bersih: Ya, jika menurut apa yang dilaporkan oleh RTM, TV3 dan Utusan.
Protes Pelajar: Tidak. Malah kalau ditawarkan pakej jalan-jalan secara percuma kepada rakyat Malaysia yang anti-perhimpunan aman, pasti mereka mahu walaupun mereka diberitahu bahawa di London ini selalu sahaja berlaku perhimpunan "haram".


9. Adakah media tak habis-habis melaporkan isu seperti jalan sesak, majlis perkahwinan terganggu, sampah bertebaran, kedai terpaksa ditutup, teksi tak boleh cari makan dan sebagainya?
Bersih: Ya.
Protes Pelajar: Tidak.


10. Gambar-gambar berkaitan
Bersih: In Pictures: Protests suppressed in Malaysia
Protes Pelajar: London tuition fee protest

8 Komen Tambah Komen↴

media tak habis -habis membuat provokasi,
pengganas, pengacau, komunis,dsb.
kelakar tengok wartawan tv3 bersungguh buat liputan, macam darurat je situasi nya.

Negara demokrasi Malaysia memang begini. Cerita berat sebelah. Pelik camne orang boleh tahan telinga dengar berita low class camtu. Blurgh



-Nooreena-

Tanpa Nama

Media dikawalnya. Betul, tak habis-habis dieorg laporkan kerugian dari segala macam aspek. Kecoh betul tv dan suratkhabar! Macam berlaku inflasi je bunyiknye. Geram dengar tapi bebalkan telinga.

adakah kita perlu senyap sahaja sehingga saudara2x yang baik telah mati terbunuh.....:P

ps:- hnya persoalan utk dijawab oleh setiap orang bernama INSAN... hehe

pertama kali gelak baca entri pasal demontrasi nie...slalu perasaan bercampur baur...belum pun demontrasi berlaku tuduh pro kristian la,komunis la, pelampau pas la dan macam2 lagi...ape2 pun aku ikut pesan syeikh Nazim...berdoa banyak2 ..berdoa itu senjata muslim yang paling ampuh...ambil pengalaman AKP Turki..

sabiqjr

hem, kdg2 terlebih provok tu yg terlampau tunjuk kerajaan tu betul. padahal pincangnya byk pd hari"BERSIH" tu. haih.

Ntah la ape nk jdi dunia ni... x ksah la nak tuntut gaji naik ke, pilihan raya ke, boikot phak len ke n mcm2 lgi... slh 1 cara nk lmbutkan hati org pemerintah ialah cara demonstrasi... bkr sna bakr sni... tgok la ape jdi ngn negara2 lain mcm kt Libya... dgn demnostasi yg kaw2 smpi brperang... di mana sikap n sifat profesionalis di antra semua org?

perhimpunan bersih tak ada niat utk mematikan orang. Sama saja kes dgn perhimpunan menuntut kemerdekaan. Tak usah persoal sampai ada yang mati dsb

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.