Back to home page

Mujur Bukan Mongolia Zaman Dulu

27 April 2008 • 11 Komen Cetak Chenta!
Anda cenderung untuk memboikot barangan Belanda dek kerana Geert Wilders (dan bukannya kerajaan Belanda) telah membikin filem FITNA?

Jika jawapan anda YA, maka adakah wajar apabila kerajaan Mongolia berkemungkinan besar akan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia hanya semata-mata beberapa pihak tak buat kerja bagi menyelesaikan kes pembunuhan Altantuya yang penuh dengan 1001 misteri itu?


Keluhan bapa Altantuya yang datang mengunjungi Malaysia lagi
baru-baru ini. Katanya mahu jumpa Najib.


Mujurlah ini Mongolia zaman sekarang. Kalau Mongolia zaman Genghis Khan, silap-silap mahu terus dijajahnya bumi Malaysia ini. Kalaulah Altantuya ini warganegara China pula, pasti terjejas ekonomi kita jika hubungan diplomatik terputus.

11 Komen Tambah Komen↴

saya secara peribadi tidak 'berapa' menyokong usaha memboikot barangan belanda.

FITNA adalah hasil tangan beberapa orang beruk sahaja, ia bukanlah pandangan rasmi kerajaan belanda terhadap islam. memboikot KESELURUHAN barangan belanda seolah2 mengheret mereka yg tidak bersalah menanggung bersama2 dosa beruk2 tersebut.

seumpama doktrin 'dosa warisan' oleh kaum kristian. orang lain yg buat salah, tetapi orang lain yg perlu menanggung dosa (anak adam) dan menebus dosa tersebut (jesus)

Paracletos

Maruah Melayu telah pun tercemar kerana mempunyai pemimpin yang hanya galak beretorik dan bersandiwara dengan mengumpankan lambang ketuanan Melayu.

Bangsa Melayu tidak memerlukan pemimpin yang cerdik, jika cerdik dan pandainya digunakan untuk membodohkan bangsanya sendiri.
Maka celakalah pemimpin Melayu yang mengkhianati amanah bangsanya sendiri.

Baca seterusnya diblog:

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Baca tajuk yang enta buat jer dah membuatkan ana ketawa.. Seperti sudah mengagak apa yang bakal enta tulis..

Hehe...

sy tak berapa setuju dgn pendapat"Paracletos" kat atas,yg mengatakan hanya kesalahan beberapa "beruk",klu betul negara belanda menjaga sensitiviti org islam..seharusnyer kerajaan belanda mengambil tindakan yg sewajarnyer keatas org2 yg menjayakan "FITNA"..
dgn memboikot barangan belnda merupakan salah satu usaha kite dlm membela ISLAM..ape yg penting ALLaH nak tgk usaha kite selaku org islam..

Tanpa Nama

@Anonymous di atas, jadi ini bermakna anda perlu jawab persoalan yang saya kemukakan itu.

Wajarkah pula Mongolia memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia hanya kerana ada pihak macam malas nak buat kerja bagi menyelesaikan kes jenayah berprofil tinggi itu? 99.9% rakyat Malaysia tidak bersalah langsung dalam hal ini.

buat saudara
tawel sensei..ini jawapan sy..

wajar atau tak wajar itulah yg patut malaysia terima..klu itulah keputusan kerajaan mongolia,difikir dr sudut keadilan,memang tak adil,salah pemimpin rakyat turut terima hukuman,tp nilah yg patut rakyat terima sebab suatu masa dulu atas bantuan rakyat2 ni jugaklah..pemimpin yg buat salah sekrgni berjaya berdiri sbg pemimpin tertinggi sekrg..inilah satu pengajaran yg "baik" buat malaysia..
terputus hubungan diplomatik..bermakna..
tertup jugaklah file kes altantuya...klu xde sape2yg bukak kes ni lagi..bermakna nak tau jawapan kes sebenar altantuya kene tunggu mahkamah ALLAH...
sekadar berpendapat..
wallahhua'lam..

Tanpa Nama

salam`alayk~

Mujurlah sekarang bukan zaman Hang Tuah dan Hang Jebat. Kalau tidak, pasti ditetak 'insan' yang menjatuhkan nama Melayu dan Islam ini. Oh!

tawel..saya bersetuju dgn pemulauan produk keluaran Belanda sebagai tanda bantahan terhadap Geert Wilders menerbitkan fitna. Tak susah sebenarnya sebab kita dah selalu boikot barangan luar negara kalau ada krisis agama yang timbul sekali-sekala. Soalnya kenapa kita tak de nak tanya pula kesuksesan tindakan kita yang boleh lah diistilahkan sebagai hangat-hangat taik telinga ? hari ni boikot esok lusa beli juga...memang tak tahan daulat lah orang mleysia..entah le. kes altantuya tu pun aib juga rasanya..mana nak letak muka cun kita kalau orang luar dah tak respek ngan kredibiliti perundangan kita, lembab macam kura-kura, asyik tertangguh dan banyak putar belit juga.Malu sungguh malaysia, kita bukan sekadar mengantuk di parlimen, dalam mahkamah pun menguap juga..mongolia dah nak kasi talak tiga pun kita masih dok tersongeh macam tak rasa apa-apa..botol kicap betol la melesia..oopps

ummuhanah

Saya tak pro boikot dan kalau saya nak boikot pun, masalah besar sebenarnya. Sebab dari 40 barangan boikot yang dibuat oleh PPIM, satu pun saya tak guna!

"Sebagai umat Islam, saya menyeru kita boikot barangan Malaysia sebab Kerajaan Malaysia meluluskan tayangan Filem Akhirat yang jelas bertentangan dengan lunas-lunas agama Islam. Ini juga satu penghinaan ke atas agama Islam yang suci."

Macam mana, Ok tak kalau kita sama-sama boikot barangan Malaysia. Dah la pembikin filem tu kata, filem tu ditayangkan sempena sambutan Maulid Nabi saw. Ini satu penghinaan yang besar pada umat Islam. Kerajaan Malaysia tak ambil tindakan pun dengan si pembikin filem akhirat.

Alasan Kerajaan Belanda tak boleh nak ambil apa-apa tindakan pada si "Wilder" tu, ialah sebab peruntukan undang-undang. Ingat senang2 je ke nak ubah undang2. Lain la kat "sini", undang2 hanyalah mainan "kerajaan".

Walau apapun, aku tak menolak Boikot yang dianjurkan oleh PPIM.
Kene faham konsep boikot PPIM terhadap barangan Belanda dulu. Konsep dia lain dari boikot barangan pro-Yahudi. Cuma, aku pelik dengan orang yg sibuk nak boikot barang Belanda, tapi beli pulak ubat gigi Colgate. Tak ke hampeh. Pastu, pasal nak boikot barang Belanda, dia boleh ganti dengan barang pro-Yahudi pulak.

Kepada yang boikot dengan sedar dan faham konsep dia, sama-samalah kita berjuang. Siapa yang tak boikot sebab memang tak guna pun barang2 belanda, teruskanlah guna barangan keluaran Muslim. Siapa yang tak boikot, tapi tak pulak menambah barangan belanda yang dia guna, anda faham keperluan anda sendiri.

Sebelum mengundur diri, saya minta maaf kalau komen saya mengguris hati sesiapa.

kalau org mongol zaman genghis khan...dan tentu musnah malaysia dikerjakannye...paling tak...org yg buat hal tuh...musnah semuanye...

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.