Back to home page

8 - Taqlid Kepada Mazhab

04 Februari 2006 • 13 Komen Cetak Chenta!
Beritahu saya apa yang anda faham dengan kenyataan Imam Shafi'i yang berikut: "Apabila sesuatu hadith itu sahih, maka itulah mazhab ku." Adakah ia bermaksud apabila anda berjumpa dengan mana-mana hadith sahih yang kelihatan bertentangan dengan pandangan ulama dari mazhab Shafi'i, maka anda harus mengabaikan mereka, dan ikut sahaja hadith tersebut, kerana anda menyangka para ulama mazhab Shafi'i jahil tentang hadith itu? Awas saudaraku!

Mari kita lihat firman Allah swt di dalam Surah An-Nisa', ayat 83, yang bermaksud: "....kalaulah mereka merujuknya kepada Rasulullah saw dan kepada orang-orang yang berkelayakan dari kalangan mereka, maka tentulah orang-orang yang tugasnya mencari kebenaran dapat mencari (kebenaran itu) ..."

Pertimbangkan ayat "orang yang tugasnya mencari kebenaran", atau di dalam bahasa Arabnya alladhina yastanbitunahu, merujuk kepada golongan yang mampu membuat inferens dan kesimpulan daripada dalil-dalil Al-Quran dan hadith. Dalam bahasa Arab, proses ini dipanggil istinbat. Dari perkataan istinbat inilah terbitnya perkataan yastanbitunahu.

Seseorang yang sudah mencapai tahap ini sudah boleh mengeluarkan kesimpulan dari dalil-dalil yang ada. Mereka ini adalah golongan yang tidak perlu bertaqlid kepada mana-mana ulama. Taqlid di sini bermaksud mengikut kesimpulan para ulama lain tanpa mengetahui dalil-dalil yang digunakan oleh ulama tersebut. Inilah peraturan yang diperjelaskan dalam kitab-kitab yang menerangkan kaedah-kaedah fiqh - peraturan ini dinamakan Laysa li al-'alim an yuqallid. Maksudnya, 'Seorang alim (iaitu seorang imam mujtahid yang sudah boleh beristinbat seperti yang dirujuk dalam ayat Al-Quran di atas) tidak boleh sekadar mengikut begitu sahaja pandangan para ulama yang lain' [1]. Dengan kata lain, adalah tidak dibenarkan bagi seseorang mujtahid untuk mengikut imam mujtahid yang lain, melainkan dia tahu dalil-dalil yang digunakan, dan dia mesti bersetuju dengan dalil-dalil tersebut.

Imam Mujtahid yang utama (iaitu pengasas mazhab yang empat) telah melatih beberapa para ulama yang sudah sampai tahap mampu beristinbat. Contohnya, Imam Shafi'i melatih Imam Muzani. Imam Abu Hanifah pula melatih Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad ibnu al-Hasan al-Shaybani. Pada para pelajar yang seperti inilah Imam Abu Hanifah menujukan kata-katanya: "Adalah haram bagi mereka yang tidak mengetahui dalil-dalil ku untuk menyatakan pandanganku sebagai satu fatwa" [2] dan "Haram bagi seseorang untuk memberikan pendapatku sebagai satu fatwa, melainkan dia tahu dari mana aku mengambil dalil-dalilnya." [3]

Hari ini telah wujud golongan yang suka mencari masalah, dengan memetik kata-kata Imam Abu Hanifah tersebut secara sambil lewa, seolah-olah kata-kata Imam Abu Hanifah itu ditujukan kepada orang awam - padahal ia ditujukan kepada para pelajarnya yang terlatih. Jika adalah menjadi sesuatu yang haram bagi seorang tukang kayu, nelayan, jurutera, doktor dan sebagainya, untuk melakukan sebarang amal ibadah, sebelum mereka menguasai keseluruhan Al-Quran dan ribuan hadith, di samping turut mahir dalam kaedah-kaedah fiqh untuk memahami Al-Quran dan hadith dan juga untuk menggabungkan dalil-dalil yang ada secara komprehensif, maka mereka hanya ada 2 pilihan - sama ada meletakkan jawatan mereka sebagai jurutera, doktor dan sebagainya, atau pun meninggalkan agama mereka.

Imam Abu Hanifah sendiri tahu betapa peritnya mencari ilmu. Maka, oleh kerana itulah beliau menujukan kata-katanya yang sering disalah faham itu hanya kepada anak-anak muridnya yang mampu beristinbat. Beliau tidak menujukannya kepada orang awam. Sesiapa yang memetik kata-kata Imam Abu Hanifah ini kepada orang-orang awam, untuk meyakinkan mereka bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi orang awam yang sekadar bertaqlid membabi buta kepada segala rumusan dan kesimpulan yang dibuat oleh para ulama, patut berhenti dan berfikir buat seketika betapa gila kerja ini!

Apakah mereka ini tidak tahu bagaimana Imam Abu Hanifah menghabiskan seluruh usianya mencari ilmu, dan kemudian menulis kitab-kitab yang menyimpulkan hukum-hukum fiqh yang beliau istinbatkan dari Al-Quran dan hadith. Beliau menulisnya supaya orang awam dapat menjadikannya panduan dan ikutan - iaitu supaya orang awam bertaqlid kepada beliau yang lebih mahir dalam perkara keagamaan.

Hari ini wujud golongan yang marah tidak tentu fasal kepada orang awam yang bertaklid kepada mazhab. Ini sesuatu yang tidak wajar. Kita telah bertaqlid kepada mazhab yang empat dari generasi ke generasi. Apakah menjadi satu dosa bertaqlid kepada manusia yang sudah benar-benar mahir dalam bidangnya? Kalau benar bertaqlid ini haram mutlak, maka silalah beritahu saya apakah dalil-dalil dari Al-Quran dan hadith yang mengatakan syarat sah mandi junub cuma:
  1. Niat; dan
  2. Meratakan air ke seluruh badan.
Boleh anda jawab soalan ini sekarang tanpa perlu terkial-kial nak selak Al-Quran dan kitab-kitab hadith? Kalau anda diberi masa 24 jam, belum tentu anda mampu mencari kesemua dalil-dalilnya. Kalau anda tidak boleh menjawab soalan tersebut secara spontan, ini bermakna anda telah pun bertaqlid dan anda telah pun melakukan sesuatu yang haram (jika anda berkeras mengatakan bahawa kata-kata Imam Abu Hanifah itu ditujukan kepada semua orang, dan bukan kepada anak muridnya sahaja). Ini baru bab mandi hadas, tanpa mengira bab solat, puasa, zakat, haji, pembahagian harta pusaka, dan lain-lain. Bolehkah anda memberitahu kepada diri anda sendiri semua dalil-dalil tentang ibadat yang anda lakukan selama ini?

Dunia ini tidak diciptakan supaya semua orang memahami agama ini dengan begitu mendalam, seperti mana yang dilakukan oleh Imam Shafi'i, Imam Abu Hanifah, dan sebagainya. Sila baca bab Memahami Al-Quran & Sunnah untuk memahami konsep pembahagian tugas.

Bersambung dalam bab Taqlid Kepada Mazhab II. Bab ini akan menerangkan satu lagi salah faham sesetengah umat Islam kepada kata-kata Imam Shafi'i yang disebutkan pada awal tadi.

Sila baca bab-bab yang sebelumnya mengikut urutan:
1 - Mengapa Perlu Bermazhab?
2 - Memahami Al-Quran & Sunnah
3 - Kriminal Dalam Ijtihad
4 - Kriminal Dalam Ijtihad II
5 - Kehandalan Para Imam Mujtahid

6 - Kehandalan Para Imam Mujtahid II
7 - Jangan Pandai-Pandai Ijtihad


NOTA KAKI
[1] Abdul Ma'ali al-Juwayni dan Jalaluddin al-Mahalli, Sharh al-Waraqat fi 'ilm usul al-fiqh
[2] Muhammad al-Hamid, Majmu'a rasa'il al-Shaykh Muhammad al-Hamid
[3] ibid.

--------------------------
UPDATE:
Merujuk kepada pos Autosurf Menyerang!, baru-baru ini ada berita hangat tentang 12 Daily Pro yang konon-kononnya didakwa sebagai the most trusted autosurf. Sila ke Muslim Diary untuk melihat link video-video klip tentang:
- BYU Dean Warns Students About Moneymaking (12 Daily Pro)
- 12 Daily Pro Shuts Down; Investors Wait For Money?

13 Komen Tambah Komen↴

Komen dari Ustzul ini diambil dari Tranung Kite Online

Assalamualaikum....

Sdr tawel .......

Saya ada satu kisah nak saya ceritakan mengenai taklid kpd Mazhab ini....

Pd tahun 1996 setelah saya pulang bercuti ke malaysia setelah setahun belajar di luar negara..Pada kesempatan cuti ini saya pergi ke kelantan utk mengikuti perkembangan di sana serta nak tengok sikit2 sekolah lama...maklumlah dulu pun saya mengaji di Kelantan....

Dlm saya bermusafir di sana....saya kira dah hampi r dekat empat hari di sana...saya tak ingat masa tu berapa tempoh yg diharuskan utk solat qasar dan jamak 3 hari atau empat hari yeee...jadi ditakdirkan Allah hari yg ketiga tu ada kuliah jumaat di Dewan Zulkifli Kota Bharu....selepas kuliah saya pun mengambil kesempatan keemasan in utk tanya Tok Guru Nik Abd Aziz Nik Mat sendiri. MB Kelantan....

Tok Guru kata tempoh musafir ni setengah ulamak ada kata 3 hari, ada kata 4 hari, ada kata seminggu dan ada kata sebulan....awak pilihlah pendapat ini mana satu yang awak nak pilih.....

HUH .....terkejut saya dengar Tok Guru cakap mcm tu...betul ke ni...masa saya tanya tu saya tak pulak perkenalkan diri saya ni belajar di Universiti Al-Azhar atau mana-mana tempat pebgajian ISlam yg lain...

Jadi saya nak tanya tawel ,,,, Tok guru ni suruh saya pilih mana2 pandangan ni tanpa bertaklid buta kpd sesuatu mazhab nampaknya bertentangan dengan tulisan yg awak tulis!!!!

Tak pe ...skrang ini saya akan siapkan satu artikel drp kitab Fatawa Muasoroh karangan Dr Yusof Al-Qhardhawi dlm 2 tajuk besar....

Tajuk yg pertama :
Adakah harus beramal dgn pandangan ulamak drp mazhab yg empat

tajuk yg kedua:
Perbezaan pandaan para ulamak & hukum kita taklid (mengikut) kpd mereka....

Insya Allah ianya akan diapkan dlm bahasa Melayu....

Tanpa Nama

Tulisan saya merujuk kepada tulisan Sheikh Nuh Ha Mim Keller, dalam kitab Al-Maqasid oleh Imam Nawawi, dan juga Reliance of Traveller (Umdat al-Salik) yang diterjemahkan oleh beliau juga. Baliau adalah seorang faqih dalam mazhab Shafi'i dan Hanafi. Penulisan beliau bersandarkan kepada 4 mazhab yang ada. Saya sudah pun menerangkan awal-awal lagi pada bab-bab yang sebelumnya. Oleh itu, sila baca bab-bab yang sebelumnya untuk mengelakkan salah faham ya =)

Kalau ustzul tetap nak mengatakan taklid itu tidak dibenarkan dalam Islam, silakan lah. Saya hanya menghuraikan isu taklid mengikut majoriti pendapat ulama - bukannya satu dua ulama yang kata. Saya tekankan lagi, MAJORITI.

Saya lebih suka ikut majoriti. Ia kurang membawa perpecahan dan polemik. Kalau nak ikut pendapat Dr Yusuf Qardawi tu, silakan lah. PEndapat beliau bukan pendapat majoriti ulama.

Yang kata tempoh musafir 3 hari, 4 hari, atau sebulan itu, kalau setakat tahu sahaja, itu belum melepaskan diri kita dari taklid.

I am amaze at the hujah tactic of ustaz Zul. How could you use the example of those not (firmly) taking/adhering to anyone mazhab to portray the stand and opinion of those who do follow a mazhab unwaveringly?

It is as ridiculous as taking the words of the Wahabbis and putting them into the mouth of the Sunnis.

Anak Alam

Tanpa Nama

alhamdulillah;
“Allah SWT tidak merubah ilmu yang kita miliki menjadi kebodohan dan tidak pula merubah keyakinan kita menjadi kebimbangan. Sesuatu itu adalah keduniaan yang diserahkan kepada kita kerananya kita dapat memutuskan sekehendak kita. Kalau kita hendak membahagikannya, bagilah secara adil. Kalau kita hendak menggunakannya sendiri, sesuatu itu akan lenyap. Jika kita biarkan sesuatu itu seperti keadaannya sekarang ini, maka kemudian hari sesuatu itu akan dimiliki oleh orang yang tidak berhak.” SALIMNA

Tanpa Nama

hmm..

sokong huraian tawel tue..

im waiting for next post..

banyak lagi nak tahu utk mengelakkan diri dari kekeliruan yg dicipta utk fitnah dalam agama...

Tanpa Nama

Ustzul telah beri komen pada komen saya ke atas komennya dalam laman web tersebut. Beliau menjawab:

Assalamualaikum....

Sdr Tawel ...

drp mana saudara mendapat maklumat bahawa taqlid kpd mazhab adalah pandangn jumhur.....drp kitab mana?

Kalau bukan ahli dlm bidang ini jgn pandai2 nak tulis dlm bab ini...sudahlah kita sesat menyesatkan yg lain...

Berikut adalah keterangan yg jelas utk menjawab sgl artikel yg sdr tulis....
(Beliau kemudian meletakkan artikel oleh Dr Yusuf Qardawi. Panjang sangat nak letak di sini. KLIK SINI UNTUK BACA ARTIKEL TERSEBUT

KOMEN SAYA
Saya malas nak komen panjang-panjang di situ. Saya sekadar jawab "Bukankah saya kata apa yang saya tulis ni berdasarkan pandangan dan tulisan seorang ulama besar dari Jordan, Sheikh Nuh Ha Mim Keller :) Jangan terlalu emosional ye.."

Saya tak tahu apa kena dengan Ustzul tu. Saya tak tahu sama ada dia sedar atau tidak bahawa isu tidak-boleh-bertaqlid ini hanya dicanangkan oleh puak-puak Wahabbi sahaja, baik yang ekstrim atau pun moderate, seperti Dr Yusuf Qardawi.

Takkan la kita nak ikut metodologi puak Wahabbi dalam menilai pandangan-pandangan ulama dalam empat mazhab. Tak adil la kan.

Dan apakah ustzul ini tidak sedar bahawa maksud taqlid kepada mazhab ini adalah Bertaqlid kepada mereka yang mahir. Common sense la kan dalam mazhab kita ni ramai para ulama yang mahir dan hebat-hebat belaka. Jadi bila kita bertaqlid kepada mazhab, ia bermaksud kita bertaqlid kepada mereka yang mahir.

Tentang komen ustzul yang bertanyakan kepada saya tentang kitab yang mengatakan bahawa taqlid kepada mazhab adalah pandangan jumhur ulama, saya memanglah tak dapat nak berikan kitab-kitabnya buat masa ini.

Tapi, kalau tak bagi kitab pun kita dah boleh buat kesimpulan bahawa majoriti ulama bersependapat bahawa orang awam dibolehkan bertaqlid kepada mereka yang lebih tinggi ilmunya. Kenapa? Sebab semua ulama dari 4 mazhab membenarkan. Hanya puak-puak Wahabbi sahaja yang tidak membenarkannya.

Siapa yang majoriti? Wahabbi atau 4 mazhab??

Aku ingat kalu banding antara wahhabi dengan wallaby, walabby lagi ramai.

Tanpa Nama

Saya tak tahu apa kena dengan Ustzul tu. Saya tak tahu sama ada dia sedar atau tidak bahawa isu tidak-boleh-bertaqlid ini hanya dicanangkan oleh puak-puak Wahabbi sahaja, baik yang ekstrim atau pun moderate, seperti Dr Yusuf Qardawi.
-Petikan dari saudara tawel.

>> Daripada apa yg saya ikuti ulama spt bin baz dan ulama2 yg di-cop wahabi oleh Tawel, saya tak pernah jumpa pernyataan mereka yg melarang bertaqlid.. Anta kena hati2 dalam berkata-kata.. Hati2.. Ulama ni kalau dia berkata sesuatu hari ni, maybe esok dia akan batalkan yg tu, dan cakap yg lain..

Bab taqlid, mereka tak larang pun. Mereka benarkan kita taqlid salah satu mazhab, TAPI bila sampai satu kebenaran spt hadits shohih, & ternyata pegangan mazhab kita selama ni salah, kita kena ikut kebenaran tu. Taqlid ini pada satu tahap, menjadi 'wajib' kepada orang awam..

Kepada antum Tawel, kalau nak ikut Islam Tradisional tu, antum ikut lajsorang2.. Tak payah nak kata orang lain sesat. Naper? Tercabar dengan 'wahabi' ker?? Hati2 dalam berkata2, sebab kekadang kita ni leka. Tuduh orang lain sesat, tapi rupanya kita juga sesat.. Kan padah..

Kepada pembaca semua, hati2lah di dalam mengikut.. Antum semua yakin dengan hujah saudara Tawel kita ni? Jangan cepat mengangguk dan berkata ya.. Ana hanya mengingatkan antum semua dan kepada Tawel yg begitu cintakan Islam Tradisionalnya yg tak dikenali pun di kalangan salafus soleh.

Wallhu 'alam.

Tanpa Nama

Sedaraku yang sama-sama anonymous, betul ke Bin Baz, Qardhawi tidak hentam taqlid, tak melarang taqlid ? Ada betul kata ekau tu, mereka tak melarang taklid kepada mereka yang kononnya pendapat mereka sahaja ada nas.

Ekau dah habis ke baca kitab-kitab dan fatwa-fatwa mereka, kalau dah abis sureheboh punye tahu yang mereka tak suka ekau taqlid kat ulama lain selain mereka.

Ekau bacalah antaranya kitab "Aulawiyaat Al Harokah Al Islamiyah fil Marhalah Al Qodimah" karangan pujaan hati ekau Syaikh Yusuf al-Qardhawi yang antara lain menggariskan antara manhaj salaf (i.e. salaf merekalah) adalah menyerukan "Ijtihad" dan pembaruan. Memerangi "Taqlid" dan kebekuan. Woi, Tok Syaikh korang isytihar perang kat taqlid.

Tanpa Nama

assalammualaikum.

ketika ada seseorang yang awam tentang agama, maka ia dibolehkan untuk bertaklid agar ia dapat menjalankan kesehariannya sebagai muslim tanpa tersesat dalam kehidupan yang banyak godaan ini, dengan syarat ia juga mempelajari alasan-alasan yang digunakan oleh orang yang ia ikuti pendapatnya.

tetapi apabila ia telah mencapai kemampuan untuk mempelajari dan menetapkan perkara maka ia boleh menentukan ijtihadnya, tentunya syarat-syaratnya telah terpenuhi sebagai seorang ahli mujtahid, dan ini bukan tingkatan yang mudah untuk dicapai seseorang.

hal ini pula yang digunakan kaum wahabbi(salaf). taklid dengan tanpa keraguan hanya diberikan pada Allah dan Rasul-Nya. karena sebaik-baiknya petunjuk datang dari Allah dan sebaik-baiknya Petunjuk datang dari Rasul-Nya.

bukankah para imam 4 juga tidak pernah mengatakan "ikuti pendapat kami"? justru mereka mengisyaratkan "ikutilah dari mana kami mengambil".

manhaj salaf tetap mengambil ijtihad dari para untuk hal-hal yang tidak dijelaskan pada saat zaman Rasul. dan jika ada pendapat para imam yang bertentangan, akan dilihat yang mana hujahnya lebih rajih(kuat). karena jika 2 pendapat datang akan sesuatu hal, maka tidak mungkin keduanya benar.

wallahu a'lam

Tanpa Nama

assalammualaikum.

saya mau meralat perkataan saya. saat yang lalu saya menuliskan bahwa 'sebaik-baiknya petunjuk datang dari Allah dan sebaik-baiknya petunjuk datang dari Rasul-Nya', yang benar adalah 'sebaik-baiknya petunjuk datang dari Allah dan sebaik-baiknya contoh/teladan datang dari Rasul-Nya'.

wallahu a'lam

Tanpa Nama

Assalamualaikum,

Saya ada satu persoalan, tapi tak tau nak post kat bahagian mana..

Saya nak bertanya mengenai adab-adab atau cara-cara bertalfiq mazhab. Harapannya saudara sekalian boleh mencadangkan bacaan/link (dalam web) berlandaskan ASWJ yang sewajarnya. Terima kasih atas bantuan.

Tanpa Nama

Pilihlah mana2 pendapat mazhab atau ulamak mujtahid yang anda yakini dengan kuatnya nas dan dalilnya. Jika mampu berijtihad (penuhi syarat2 mujtahid) silakanlah. Xperlu berbalah. Islam itu indah, banyaknya pendapat dan perbezaan bukan untuk memecahkan dan meruntuhkan, tetapi untuk menuju ke jalan yang satu...

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.