Back to home page

Kod, Tajdid, Karam Singh Walia & Do It F***ing Now!

11 Ogos 2007 • 26 Komen Cetak Chenta!
Ini 4 kisah berasingan digabungkan menjadi satu.

Kod

Ramai sungguh orang yang tidak dapat mencari jawapan kepada kod rahsia di dalam entri Jika Ada Soalan. Saya taip entri ini kerana saya hendak bagi klu ke-2 dan ke-3, di samping meminta maaf kerana saya telah reject banyak komen bersifat jawapan dan mempunyai klu yang sangat jelas.

Saya memang tidak mahu untuk menaip di blog ini, kerana jika saya menaip, selalunya satu idea yang pendek, mesti idea-idea berikutnya tiba-tiba datang mencurah-curah sehingga satu artikel yang sepatutnya pendek sejengkal akan menjadi panjang sedepat. Ini tidak bagus buat saya pada masa ini (Rujuk Do it F***ing Now!). Dan ini nampaknya telah terjadi pada entri ini memandangkan ada beberapa perkara yang berputar-putar dalam fikiran.

Apa pun, klu ke-2 ialah: BUTA.

Tajdid

Encik Bangku bagi satu mesej melalui Yahoo Mesengger kira-kira 2 hari lepas, dan saya baru buka beberapa jam yang lepas. Katanya, logo Tajdid Segar telah 'dicuri' dan dipautkan ke laman web yang tiada kaitan secara langsung dengan http://protajdid.blogspot.com. Dengan kata lain, jika anda klik butang tersebut, ia tidak akan membawa anda ke http://protajdid.blogspot.com.

Saya orang yang bertanggungjawab merekabentuk logo grafik tersebut. Saya tidak mahu banyak cakap. Saya cuma beritahu di shoutbox laman tersebut agar butang tersebut jika hendak dipaparkan di mana-mana blog dan laman web, ia mesti dipautkan kembali ke http://protajdid.blogspot.com.

Dan sekarang saya sudah pun meletakkan lesen Common Creative pada butang tersebut. Lihat kemaskini pada entri Butang Tajdid.

[update] Laman itu masih kekal menggunakan logo yang dicuri, dan komen saya di shoutbox telah dipadamkan dengan sengaja. Mungkin itu 'diplomasi' cara mereka; membuang segala komen, fikrah, teguran dan nasihat yang tak seangkatan dengan kepala sendiri. Satu 'diplomasi' yang sangat tipikal baik di Malaysia mahu pun di luar negara. Syabas Wahhabi.

[update 2] Seorang pembaca blog ini memberikan komen.

Al-Komen:
"kata mereka, tindakan mrk adil sebab protajdid.blogspot.com curi nama yang al-ahkam buat dulu."

Al-Respon, sepertimana yang ditulis dalam komen #9:
Their argument is silly and immature my dear.. No one is gonna make a fuzz when it involves something general in nature. Pro means "inclination towards something". Tajdid means "renewal". And these two words are common nouns, not proper nouns.

They have been existed in the dictionary before I was born. So Pro Tajdid means the inclination or support towards the renewal of Islam in every fields under the sun (not just limited to Fiqh!).

The cycle of Tajdid had started more than 1000 years ago. I can't recall any person or organisations who claim any copyright, trademark, or patent upon this general name. The word "tajdid" belongs to all Muslim and we as a God-conscious Muslim from all walks of life should do to the best of our abilities to make it happen. Tajdid is not a genericized trademark. So everyone can happily use it in a good way.

But they don't want to learn this. For them, time is better spend to find the next syirik that have been committed by their brothers or sisters next door. The latest syirik they had dug is the Syirik of Selawat Syifa. Now I'm waiting for the next syirik dig in.

Zaman ini sudah tak banyak orang syirik dengan menyembah kubur dan pokok macam dulu-dulu, tapi ini zaman mensyirikkan (atau sekurang-kurangnya membidaah sesatkan sewenang-wenangnya) amalan-amalan dalam Islam yang terdapat khilaf padanya.

Trust me, if you want to become an astronaut, you surely don't want to mix with them too much. Don't let them rob your time and your life productivity.

We all should be thinking what makes a great tajdid, great. Choose only one path of tajdid, heavily specialise in it, and do tajdid in that field. If you do major on economy or engineering, then what the heck you want to do tajdid in tauhid and fiqh? That is completely non-sense and outrageous.

Don't become jack of all trades and master of none.

Jalan-jalan:
Penjelasan tentang selawat Syifa oleh Ustaz Haron Din.

Karam Singh Walia

Seorang sahabat meminta nasihat pada saya. Aduh, saya kalau bab memberi nasihat yang bersifat simpati dan empati ini memang agak payah. Ia di luar kemahiran dan kebolehan saya. Saya susah untuk berempati dan jika saya beri nasihat juga, maka saya akan berempati secara olok-olok. Saya tidak suka begitu. Ini nasihat talam dua muka; pura-pura mendengar tetapi hakikatnya tidak.

Saya memiliki sense of humor yang agak baik. Maka apabila ada sahaja mereka yang mahu meminta nasihat, saya akan memberi nasihat yang disulami dengan humor dan jenaka. Membuatkan seseorang tersenyum di kala dirinya mempunyai masalah adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh saya.

Jadi, apa masalah sahabat saya itu? Putus cinta. Ini lebih payah untuk saya berikan nasihat. Dan akhirnya saya lontarkan sedikit jenaka kepadanya dengan memetik kata-kata Karam Singh Walia yang digunakan pada status YM seorang sahabat saya yang lain. Ini dia:
Terbakar kampung nampak berasap,
terbakar hati siapa yang tahu.

Sesudah itu dia tersenyum dan hampir menyeringai memperlihatkan giginya yang cukup 32 batang itu. Dan buat masa ini, kata-kata Karam Singh Walia itu menjadi signature e-mel saya. Sampai sekarang saya masih pelik bagaimana Karam Singh Walia ini boleh mendatangkan kata-kata yang sungguh menarik.

Do It F***ing Now!

Ini blog cerita tentang Islam, ajar serba-sedikit ilmu tasawwuf dan hikmah, jadi mengapa pula saya letak tajuk Do it f***ing now? Ke mana hilangnya hikmah?

Tinggal di negara Barat telah banyak mempengaruhi tatabahasa dan perbendaharaan kata yang saya gunakan. Manusia di Barat ini gemar sungguh menggunakan swear words seperti f**k dan s**t. Saya memang anti kepada manusia yang suka swearing atau pun mencarut.

Tetapi apabila kita sudah selalu sangat terdengar perkataan itu, maka kadang-kadang secara tidak sengaja kita akan menyebutnya tanpa kita sedari. Oleh sebab itu, di sini saya mudah berjumpa orang-orang Islam (saya tidak merujuk kepada bangsa Melayu sahaja) yang lebih gemar melafazkan kalimah s**t berbanding Ya Allah, apabila mereka terpegang periuk panas dan sebagainya. Ini refleks. Dalam menasihati mereka yang mencarut secara refleks ini, saya memberitahu:
Kalau kau terpegang cerek panas ni dan dengan takdir Allah kau mati, kau nak ke hembusan nafas terakhir kau tu dihabiskan dengan menyebut s**t?

Itu masalah refleks. Mereka tidak sengaja dan ia lebih senang diperbetulkan. Yang susah untuk diperbetulkan adalah apabila mereka sebut f**k, s**t, dan lain-lain disebabkan mereka rasa lebih cool jika berbuat demikian. Mereka rasa Barat cool serba-serbi. Dalam kes ini, ia melibatkan masalah jatidiri. Untuk memperbetulkan jatidiri yang tersasar, aktiviti mencuci otak (brainwashing) perlu dilakukan. Oleh kerana saya tiada kemahiran mencuci otak seperti Hitler, maka saya berdoa di dalam hati sahaja agar Allah memberikan hidayah kepada sebilangan kenalan jauh dan rapat saya, yang sudah mahu jadi orang putih, tetapi kalau melakukan parti liar sambil dihidangi arak dan ecstasy, masih tetap sesama Melayu juga.

Dalam konteks masyarakat Melayu pula, saya rasa tidak senang dengan mereka yang mendakwa dirinya memperjuangkan Islam, tetapi apabila menulis dan berhujah, ayat-ayat mereka dicarutkan dengan pu***ak, p*n**t, bah**l, an**ng, bet**a si*l dan sebagainya. Dan selalunya mereka bersifat anonymous.

Tetapi secara jujur saya beritahu bahawa saya guna F-word itu dalam satu konteks sahaja, iaitu Do it f***ing now. Variasi F-word ini saya gunakan pada diri saya seorang dalam 3 keadaan sahaja:
  1. Apabila saya malas baca al-Quran, malas buat solat sunat, malas puasa dan sebagainya;
  2. Apabila saya procrastinate dan akhirnya membuatkan kerja-kerja saya tertangguh;
  3. Apabila saya lebih banyak cakap dari buat.

Coding Horror adalah salah satu blog kegemaran saya. Beberapa hari yang lepas, saya ada membaca artikel yang ditulis di situ yang turut menyentuh tentang hal manusia yang suka bertangguh-tangguh dalam menyiapkan kerja. Artikel itu walaupun lebih dikhususkan kepada programmer, tetapi isinya boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Dan penulis juga turut menggunakan hukum Do it f***ing now.

Jangan bertangguh-tangguh dalam kerja. Jika kita ada impian, jangan bertangguh-tangguh untuk mengejarnya. Jika kita ada dosa-dosa yang perlu dibasuh dengan taubat dan air mata, jangan bertangguh-tangguh untuk melakukannya. Do it f***ing now!

Jika kita membaca al-Quran dan menyemak pula terjemahannya, kita pasti akan selalu berjumpa dengan banyak ayat-ayat yang menyentuh tentang sifat penghuni neraka yang menjerit-jerit. Selalunya mereka menjerit kepada Allah agar mereka dihantar semula ke dunia untuk melakukan amal soleh sebanyak-banyaknya. Mereka mahu pulang semula ke dunia kerana akhirnya mereka sedar bahawa semasa hidup, mereka telah bertangguh-tangguh, procrastinate, atau dalam bahasa Arabnya disebut taswif dalam melakukan amal soleh, taubat dan ketaatan kepada Allah.

Tetapi Allah kata tidak. Mereka sudah diberikan masa yang secukupnya di dunia untuk melakukan amal soleh. Kita taswif, kita yang rugi. Terlalu banyak taswif, sehingga nyawa dicabut tanpa sempat bertaubat, maka kita akan jadi salah seorang ahli neraka yang menjerit-jerit meminta dihantar pulang semula ke dunia. Bukan sekadar di neraka, di dunia juga, manusia yang gemar taswif tidak akan dapat melakukan banyak perkara. Jadi, do it f***ing now!

Gunakan frasa itu hanya kepada diri sendiri. Adalah lebih baik jika anda mencari kata-kata pemberi semangat yang lebih mulia dan sedap bunyinya berbanding Do it f***ing now. Tetapi bagi saya, frasa itu sangat efektif dan berhikmah bagi diri saya.

Sebagai penutup, saya meminta maaf kepada para pembaca blog ini yang mungkin merasakan entri ini sedikit offensive.
---

Sedikit Bebelan
Kenapa masih ada blog yang rasa Snap Preview is cool? Silalah buang fungsi Snap Preview tu. Ia adalah benda kedua paling annoying selepas pop-ups.

Bagi yang guna akaun Blogger, tak perlu buat apa-apa. Tapi kalau sudah install, saya nasihatkan agar buang Javascript bagi Snap Preview itu. Bagi yang guna Wordpress, boleh baca tutorial ini.

Dengan membuang Snap Preview, anda akan buat ramai orang gembira ketika melayari blog anda. Terima kasih.



26 Komen Tambah Komen↴

macam pernah je status YM ku ayat2 KSW tu...hmmmm ;)

Tanpa Nama

Aslkm.

Hmmm... butang Tajdid Segar pun sudah kena virus ke?
Jangan-jangan VIRUS 6 BERADIK http://myalexanderwathern.freephpnuke.org/modules.php?name=News&file=article&sid=202&mode=&order=0&thold=0

Tanpa Nama

Chem, kamulah orangnya :D.

Wa'alaikumussalam Bro Alexanderwathern. Bukan kena virus, tapi termasuk dalam kancah virus.

Dengan kuasa Allah, ana terserempak dengan 'shout-box' laman tersebut kerana kebetulan ada seseorang dari sana berziarah ke blog ana melalui shout-box berkenaan.

Tak apalah... sekurang-kurangnya dia tolong promote nama Tajdid Segar. Lama-lama makin banyak orang akan type 'tajdid segar' di enjin carian dan mereka akan temui artikel-artikel dna laman-laman tajdid segar yang ori jugak.

Biasa la... teknik dan taktik kotor sudah sebati dengan kaum Salafi Tua @ Wahhabi...fitrah semulajadi.

Wallahualam.

Tanpa Nama

salam ya tawel,

entri yang bagus.

jazakallah.

Tanpa Nama

Salam juga ya anonymous :)

Alexanderwathern, cuma berharap mereka ini boleh meluangkan lebih masa untuk mempelajari ilmu-ilmu lain yang lebih bermanfaat, seperti belajar mencipta logo sendiri, dari terus mengelirukan masyarakat Islam seperti membidaahkan solat hajat berjemaah, dan macam-macam lagi sampai tak larat nak layan karenah mereka. Tengok pun dah penat.

Baru-baru ni, ada antara mereka yang sudah mula membidaahkan amalan membaca Doa Rabitah yang terdapat di dalam al-Mathurat. Kadang-kadang, tidak faham ke mana hala serta tujuan dakwah mereka itu.

kata mereka, tindakan mrk adil sebab protajdid.blogspot.com curi nama yang al-ahkam buat dulu.

Tanpa Nama

Their argument is silly and immature my dear.. No one is gonna make a fuzz when it involves something general in nature. Pro means "inclination towards something". Tajdid means "renewal". And these two words are common nouns, not proper nouns.

They have been existed in the dictionary before I was born. So Pro Tajdid means the inclination or support towards the renewal of Islam in every fields under the sun (not just limited to Fiqh!).

The cycle of Tajdid had started more than 1000 years ago. I can't recall any person or organisations who claim any copyright, trademark, or patent upon this general name. The word "tajdid" belongs to all Muslim and we as a God-conscious Muslim from all walks of life should do to the best of our abilities to make it happen. Tajdid is not a genericized trademark. So everyone can happily use it in a good way.

But they don't want to learn this. For them, time is better spend to find the next syirik that have been committed by their brothers or sisters next door.

The latest syirik they had dug is the Syirik of Selawat Syifa. Now I'm waiting for the next syirik dig in.

Zaman ini sudah tak banyak orang syirik dengan menyembah kubur dan pokok macam dulu-dulu, tapi ini zaman mensyirikkan (atau sekurang-kurangnya membidaah sesatkan sewenang-wenangnya) amalan-amalan dalam Islam yang terdapat khilaf padanya.

Trust me, if you want to become an astronaut, you surely don't want to mix with them too much. Don't let them rob your time and your life productivity.

We all should be thinking what makes a great tajdid, great. Choose only one path of tajdid, heavily specialise in it, and do tajdid in that field. If you do major on economy or engineering, then what the heck you want to do tajdid in tauhid and fiqh? That is completely non-sense and outrageous.

Don't become jack of all trades and master of none.

Jalan-jalan:
Penjelasan tentang selawat Syifa oleh Ustaz Haron Din.

oh, tadi msg aku terdelete ke tawel..

takpela.. aku bagi yg lain pulak.

link

tu nasihat yg aku tinggalkan kat cbox dieorg.. aku nk tgk dieorg delete ke tak. jd aku awal2 print screen dulu.

Mungkin tak akan kena delete melainkan kalau kau buat link ke entri Butang Tajdid. Mereka tidak mahu ada random visitors yang klik link tu. Malu le kalau pelawat tahu.

Apapun, terima kasih MFR buat snapshot tu. Aku patutnya buat snapshot. Sekarang, mereka sudah manipulasi isu dengan seolah-olah menunjukkan aku mengamuk kat shoutbox tu.

Berhadapan dengan content/art theft ni agak trick lebih-lebih lagi di internet. Aku cakap elok-elok, gunakan panduan ni, ask politely. Tapi tiada bukti bagaimana cara aku cakap dalam shoutbox tu.

Apa nak buat. Mereka delete semua yang aku tulis. Let them win.

salam...
teruskan utk sebarkan kebenaran...
paling bagus ialah utk TIDAK MELAYAN mereka yg suka tuduh bidah...
serius ni tips yg sgt berkesan insya Allah
++doakan moga2 satu hari nanti Allah kurniakan hidayahNya pada mereka..sebgaimana Allah s.w.t kurniakan hidayahNya pada diri kita yg juga byk dosa ni...

hm.... saya tertarik ngn artikel do it f*****g now...

saya sebenarnya tgh mencari artikel dan hukum mengenai mencarut dlm Islam..

mengenai mencarut ni rasenye bukan saja barat... dgn perkataan s***, f*** dan sebagainya...

malah melayu pun sama... tak habis2 dgn mencarut... malah perkataan2 itu mmg tak sedap didengar dan memualkan... tak pula saya ingin nak sebut perkataan2 itu disini.. walau dibintangkan..

mungkin ada yg bertanya... salahkah mencarut... pada saya salah... walau ada yg berkata.. open mindedlah sket.. pada saya.. kenapa harus mencarut sedangkan lebih byk perkataan lain yg sedap didengar... malah dlm Islam pun kita disuruh menjaga ada, tutur kata dan tingkah laku...

hm.. mcm terbyk pulak celoteh saya di sini.. maaf ye tuan rumah..

Tanpa Nama

Meyegarkan diri dengan tulisan ini.

Tanpa Nama

http://i9.tinypic.com/54dlsgn.jpg

Setuju sangat pasal snapshot preview tu, annoying sungguh. Kalau ada yang guna benda tu, insaf la, kembali la ke pangkal jalan. ^_^

PiE

menyampah jua pada mereka yg suka menggunakan f-word..

Orang baik, berkata yang baik-baik.

Ya Hayyu Ya Qayyum.

TRANSCEND jiwa murni melalui akhlaq dan perkataan.

"kerana jika saya menaip, selalunya satu idea yang pendek, mesti idea-idea berikutnya tiba-tiba datang mencurah-curah..." -
malas jugak baca artikel yg panjang2, tapi kalau isinya menarik, why not?

Satu pesoalan bemain2 di kepala saya, adakah semua yg digelar Wahhabi ini extreme hingga mensyirik dan membid'ahkan orang, atau ada yang lebih moderate dan bertolak ansur, lebih terbuka menerima pendapat lain, lebih berhikmah dalam menyampaikan pendapat2, adakah semuanya termasuk dalam golongan Wahhabi ini, atau adakah kalau besifat seperti yang saya sebutkan tadi, tidak digolongkan dalam kategori Wahhabi, adakah mereka itu suka digelar Wahhabi, atau kita melabel sesuatu golongan dgn nama yang mereka tidak senangi, I don't really know...

Di tempat saya bekerja, ada seorang boss baru, boss besar yang amat digeruni kerana perwatakan kerasnya, suka sangat guna the F-word dalam meeting, mungkin dia lupa dia bercakap dengan orang2 Islam, mungkin jugak dia rasa orang akan respect dia dengan cara begitu, atau dia rasa 'cool' dan besar diri, persangkaan semata2?

Kadang2, nak melakukan sesuatu amal, nak tunggu masa yang sesuai kononnya nak buat dengan sempurna,
tapi masa yg sesuai tu tak sampai2 jugak, sampai bila nak tunggu? buat je lah, tak dapat sempurna pun tak pe, janji buat drpd tunggu masa yg tak kunjung tiba, do it...now!

Tanpa Nama

Terima kasih atas komen tu Zunnur. Tak semua ekstrim. Tapi secara umum, kita boleh cakap bahawa isu yang sering mereka bawa boleh mengelirukan orang ramai (maka mengurangkan produktiviti) dan membawa kepada permusuhan.

Sejak dulu lagi golongan ini telah dipanggil Wahhabi. Tapi hari ini golongan ini biasanya rasa offended kalau dipanggil Wahhabi. Jadi mereka menggunakan pula istilah Salafi. Masalah utama golongan ini bila mereka rasa mereka sahaja yang betul, dan orang lain semua salah. Seolah-olah hanya mereka yang memperjuangkan Islam melalui petunjuk Al-Quran dan Sunnah yang sahih.

Itu yang muncul isu tentang betapa mudahnya mereka menjatuhkan hukum syirik dan bidaah sesat pada hal-hal yang tidak perlu diperbesarkan isunya. Panjang ceritanya. Boleh baca artikel ini: Saya juga Salafi seperti anda.

Ini masalah sikap dan mentaliti golongan Wahhabi. Tapi apa yang membuatkan Wahhabi agak kontras dengan apa yang disepakati oleh ahlus sunnah wal jamaah adalah dari segi akidah. Ini pula masalah doktrin.

Tapi biasanya, baik di Malaysia atau di luar negara, biasanya golongan Wahhabi ini orang tak suka disebabkan masalah sikap dan mentaliti mereka.

Terima kasih atas penjelasan tersebut, Tawel.
Saya dah lihat "saya juga salafi seperti anda" dan juga "Darussyifa' online" mengenai penjelasan ttg Salawat Syifa'.

Satu penjelasan yang baik untuk mengelakkan pengamal2 salawat tersebut dari terjebak ke dlm kesyirikan, tetapi saya rasa penjelasan seperti itu perlu lebih di sebarkan, terutamanya apabila seseorang ustaz mengesyorkan murid2nya mengamalkan salawat tersebut, dan juga perlu dijelaskan dalam buku2 yang ada menyebutkan ttg salawat ini kerana ramai orang yang kurang ilmu, jarang2 nak merajinkan diri ke majlis ilmu, tapi berminat sangat nak mengamalkan berbagai2 amalan hanya melalui pembacaan. Dalam buku 'Doa & Rawatan Penyakit" Dato' Dr Harun Din/Dr Amran Kasimin, ada nota kaki yang memberi penjelasan tetapi agak ringkas. Saya tidak mengatakan salawat ini Bid'ah, kerana saya juga membacanya, cuma saya rasa 'sebahagian' dalam golongan 'Wahhabi' ini cuba membersihkan sebahagian kita yang salah dalam i'tikad bila membaca salawat tersebut kerana kurangnya penjelasan apabila diajarkan salawat ini kepada orang awam. Saya bukan menyokong, cuma hanya cuba untuk mencedok mana yang baik agar mendapat manfaat.

Maaf sekiranya komen saya ini kurang menyenangkan, ilmu saya amatlah sedikit, but I find your blog interesting and just want to share some of my very personal opinions, which is not always true.

Tanpa Nama

No problemo Zunnur. Segala komen, sama ada menyokong @ membangkang adalah dialu-alukan.

Cuma nak tambah perencah kicap pada masalah menggunakan doa dan selawat yang dikarang oleh para ulama (iaitu bukan secara langsung dari Rasulullah). Keutamaan tetap diberikan pada doa dan selawat yang dianjurkan oleh Rasulullah. Tapi ini tak bermakna haram atau bidaah jika kita berdoa dengan doa dan selawat yang dicipta oleh para ulama kita.

Kadang-kadang kita memerlukan sedikit kelainan dalam usaha kita berzikir dan mendekatkan diri kepada Allah. Maka kalau rasa nak ubah angin, boleh cuba membaca doa dan selawat yang dikarang oleh para ulama, di samping memahami bahawa doa dan selawat yang Rasulullah ajar kedudukannya adalah lebih tinggi.

Ada yang bertanya: "Eh Tawel, kan kita sudah ada doa yang sahih lagi muktabar yang Rasulullah ajarkan kepada kita. Mengapa mahu guna lagi doa dan selawat sendirian berhad yang entah dari mana datangnya itu."

Maka saya jawab: "Then why in the world you are still listening to nasyid, sedangkan kita sudah ada Al-Quran untuk menjadi penghibur hati? So, erase all your 10GB of nasyid mp3 from your hard drive. Plus, you only have less than a gigabyte of Al-Quran. It is irony, isn't it?"

Itu yang saya kata sebelum ini..masalah sikap dan mentaliti. Terlalu syadid (keras) pada benda-benda kecil.

Salam pembuka bicara,

Sekadar ingin saya jelaskan yang peribahasa yang dikatakan disebut oleh Karam Singh Walia itu merupakan peribahasa Melayu yang betul-betul wujud dan bukan terbit dari ilham KSW.

Mungkin kalau boleh saya katakan pertama kali peribahasa tersebut saya baca adalah ketika menelaah buku 1511 dari Faisal Tehrani, di mana di dalamnya terdapat puluhan peribahasa Melayu yang jarang kita dengar.

Satu lagi, kalau tak silap ingatan saya, KSW pernah menceritakan dalam satu temuramah dari mana sumber peribahasa-peribahasa yang beliau gunakan dalam slot yang dikendalikannya.

Sekian komen saya.

p/s: Blog ini dan isinya memaksa saya berbicara penuh skema dalam komen ini. Janggal sungguh.

Salam juga Azila yang rasanya baru pertama kali mengomen di sini.

Macam tu rupanya ya. Tak tahu pula peribahasa tu ada dalam novel Faisal Tehrani. Saya cari dalam internet, akhirnya ketemulah asal-usul peribahasa tersebut yang sebenarnya berasal dari sebuah pantun:

Akar nibung meresap-resap,
Akar mati dalam perahu,
Terbakar kampung nampak berasap,
Terbakar hati siapa yang tahu.

Sumber dari sini.

Karam Singh Walia baca novel Faisal gamaknya.

P/S: Terima kasih kerana sudi meng'skema'kan tulisan di sini :)

Ya pertama kali beri komen.

Dan maaf, bukan 1511 tapi 1515. Terkeliru dengan tahun asal kejatuhan Melaka.

Terbakar kampung nampak asapnya, terbakar hati tak siapa yang tahu...
-sila baca dengan nada penuh sayu-

Apa pun, tak pasti jika KSW membaca novel Faisal Tehrani, cuma beliau pernah katakan yang semua peribahasa yang menjadi bahan penyampaiannya diambil dari sebuah buku yang dijumpainya dibuang orang..

Oo macam tu rupanya. Minat KSW ke ni? Banyak tau pasal dia nampaknya ;)

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.