Sekarang internet sudah ada. Maka saya melakukan beberapa kemaskini yang patut saya lakukan. Salah satunya di blog Pro Tajdid dengan meletakkan artikel Kemelut Umat Islam: Antara TAJDID dan TAFSID yang ditulis oleh Raja Ahmad Mukhlis.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pula siri-siri buku For Dummies semakin membanjiri rak-rak buku di pasaran global, maka saya ingin juga menggunakan isitilah For Dummies ini. Segala macam topik ada tersedia untuk dummies semua. Tetapi topik tajdid masih tidak ada.Oleh itu saya memberikan nama timangan kepada artikel yang ditulis oleh Raja Ahmad Mukhlis sebagai Tajdid for Dummies (Tajdid untuk Si Dungu).
Antara sebab-sebab utama saya memberikan nama tersebut adalah kerana:
- Artikel itu ditulis dalam bahasa yang mudah - sesuai untuk para dungu di luar sana;
- Ia menjelaskan bagaimana puak Wahhabi hari ini telah memutarbelitkan istilah tajdid. Maka anda akan mendapat jawapan mengapa ada kempen tajdid yang berbeza-beza;
- Ia turut menjelaskan mengapa kempen 'tajdid' yang dilaung-laungkan oleh puak Wahhabi sebenarnya adalah satu ancaman kepada kesatuan umat Islam global (saya ulangi, global, dan bukan semata-mata di Malaysia sahaja).
Jika anda mahu Tajdid for Dummies: For Advanced Readers, silalah membaca artikel Saya Juga Salafi Seperti Anda! yang dikarang oleh Ustaz Muhammad Fauzi. Saya tambahkan "For Advanced Readers" kerana ia mengandungi banyak jargon (istilah teknikal).
Berbalik kepada artikel yang ditulis oleh Raja Ahmad Mukhlis, saya ingin memetik perenggan ini:
Apa yang jelas bagi mereka takkala mereka melakukan sedemikian ialah, mereka menganggap hanya mazhab mereka sahaja yang sesuai dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah dan menepati kehendak dan kefahaman nash-nash yang ada, sedangkan mazhab-mazhab yang lain tidak benar. Ini membawa kepada usaha menyerang ijtihad-ijtihad yang tidak sehaluan dengan mereka, dalam usaha memertabatkan mazhab mereka.
Kenapa saya petik perenggan tersebut? Kerana ia sudah menjelaskan 80% apa itu fahaman Wahhabi. Dari 80% inilah yang banyak menimbulkan kecelaruan, kekeliruan dan agenda sesat-menyesat sesama saudara seIslam.
Kenalan Dari Perancis
Arakian tersebutlah seorang kawan kepada kawan saya yang datang mengunjungi Dublin baru-baru ini. Dia belajar di Perancis, berbangsa Melayu. Walaupun baru pertama kali berjumpa dan berkenalan, tetapi oleh kerana sifatnya yang ramah, maka agak mudah untuk berbual dengannya tanpa ada sebarang rasa janggal.Borak punya borak, termasuklah juga isu Wahhabi ini. Dia menceritakan bahawa penangan Wahhabi di Perancis agak teruk juga. Agak gerun juga saya mendengarnya. Kisah-kisah yang diceritakan olehnya tidak pernah pula saya jumpai di sini. Katanya, hingga ada satu kumpulan Wahhabi yang tidak mahu bersolat di belakang seorang Imam A, dengan alasan bahawa akidah imam tersebut sudah korup (sudah saya bilang dahulu bahawa perbezaan utama di antara Wahhabi dan Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah dari segi akidah).
Pada bab yang lain pula, kenalan Perancis saya itu menceritakan lagi bagaimana ada satu pasangan suami isteri yang bercerai-berai disebabkan fahaman Wahhabi ini. Suami isteri ini pada mulanya bukan Islam. Mereka mula berjinak-jinak dengan Islam dan kemudian mendapat hidayah melalui dakwah yang dilakukan oleh jemaah tabligh. Alhamdulillah.
Malangnya, lama-kelamaan sang suami telah dibasuh otaknya dengan fahaman Wahhabi yang kononnya mengaku sebagai the most 'al-Quranest' and the most 'Sunnahnest' followers. Sang suami semakin berubah dan sang isteri pula semakin merasai kehangatan perubahan yang tidak diundang tersebut.
Hinggalah sampai satu tahap, sang suami mengajak isterinya melakukan upacara akad nikah kerana dia sudah mula meragui akidah dan tahap keilmuan imam yang mengatakan bahawa perkahwinan mereka yang berlaku sebelum Islam tetap sah kerana masing-masing; suami dan isteri, telah memeluk Islam. Dengan kata lain, kontrak perkahwinan mereka tidak perlu pun diperbaharui sebenarnya.
Isterinya tidak mahu kerana dia yakin dengan imam tersebut. Lalu tiada kata persetujuan dapat dicapai, maka akhirnya berlakulah konflik dan tragedi yang membawa kepada jalan penceraian.
Satu masjid telah musnah..
Fokus Sudah Berbeza
Jadi, ada di antara anda yang bertanya sejauh mana blog ini akan membincangkan mazhab, Wahhabisma, dan sebagainya? Oleh kerana saya ingin menjadikan blog ini lebih fokus, maka saya membuat keputusan untuk mengurangkan entri-entri berkaitan isu tersebut.Kalau pun jika saya menulis entri-entri yang berkenaan, maka saya akan menyentuhnya dari sudut yang sedikit berbeza, yang boleh membawa kepada sesuatu yang lebih produktif, seperti "Bagaimana Mazhab Memudahkan Hidup Saya", dan bukan seperti "Hadith Najad: Satu Analisa".
Anda mahu tahu bagaimana mazhab memudahkan hidup saya? Tunggu-tunggu sahajalah artikelnya. Atau jika anda mahu dan anda pula adalah jenis tech-savvy, maka anda fahami Prinsip Pareto, DRY, dan KISS terlebih dahulu. Ketiga-tiga prinsip ini banyak digunapakai dalam penghasilan software dan hardware bermutu tinggi yang mampu berfungsi pada kadar paling optimum dengan kos yang paling minumum.
Cuba kaitkan ketiga-tiga prinsip ini dalam mazhab, dan anda akan tahu bahawa hidup anda selaku umat Islam sebenarnya akan menjadi lebih mudah dan produktif dengan mengikuti salah satu mazhab muktabar, dan akan menjadi sukar dan rumit apabila golongan anti-mazhab menceroboh minda anda tanpa salam!
Kita tutup kisah Wahhabi. Ini blog cermin diri, motivasi dan produktiviti!







Ini blog cerita tentang Islam, ajar serba-sedikit ilmu tasawwuf dan hikmah, jadi mengapa pula saya letak tajuk
Kenapa masih ada blog yang rasa