Back to home page

Tweet-tweet

    Tentang Blog Ini

    ...lebih bersifat komentar tentang isu sosial. Blog ini jarang ada entri baru. Ada masa, aku tulis. Tak cukup masa, aku tak tulis.
    Oleh Tawel SenseiHubungi

    Hembusan boleh dilanggan secara
    e-mel atau pun RSS. (?)


    Memaparkan catatan dengan label karam singh walia. Papar semua catatan
    Memaparkan catatan dengan label karam singh walia. Papar semua catatan

    Kod, Tajdid, Karam Singh Walia & Do It F***ing Now!

    11 Ogos 2007 • 26 Komen
    Ini 4 kisah berasingan digabungkan menjadi satu.

    Kod

    Ramai sungguh orang yang tidak dapat mencari jawapan kepada kod rahsia di dalam entri Jika Ada Soalan. Saya taip entri ini kerana saya hendak bagi klu ke-2 dan ke-3, di samping meminta maaf kerana saya telah reject banyak komen bersifat jawapan dan mempunyai klu yang sangat jelas.

    Saya memang tidak mahu untuk menaip di blog ini, kerana jika saya menaip, selalunya satu idea yang pendek, mesti idea-idea berikutnya tiba-tiba datang mencurah-curah sehingga satu artikel yang sepatutnya pendek sejengkal akan menjadi panjang sedepat. Ini tidak bagus buat saya pada masa ini (Rujuk Do it F***ing Now!). Dan ini nampaknya telah terjadi pada entri ini memandangkan ada beberapa perkara yang berputar-putar dalam fikiran.

    Apa pun, klu ke-2 ialah: BUTA.

    Tajdid

    Encik Bangku bagi satu mesej melalui Yahoo Mesengger kira-kira 2 hari lepas, dan saya baru buka beberapa jam yang lepas. Katanya, logo Tajdid Segar telah 'dicuri' dan dipautkan ke laman web yang tiada kaitan secara langsung dengan http://protajdid.blogspot.com. Dengan kata lain, jika anda klik butang tersebut, ia tidak akan membawa anda ke http://protajdid.blogspot.com.

    Saya orang yang bertanggungjawab merekabentuk logo grafik tersebut. Saya tidak mahu banyak cakap. Saya cuma beritahu di shoutbox laman tersebut agar butang tersebut jika hendak dipaparkan di mana-mana blog dan laman web, ia mesti dipautkan kembali ke http://protajdid.blogspot.com.

    Dan sekarang saya sudah pun meletakkan lesen Common Creative pada butang tersebut. Lihat kemaskini pada entri Butang Tajdid.

    [update] Laman itu masih kekal menggunakan logo yang dicuri, dan komen saya di shoutbox telah dipadamkan dengan sengaja. Mungkin itu 'diplomasi' cara mereka; membuang segala komen, fikrah, teguran dan nasihat yang tak seangkatan dengan kepala sendiri. Satu 'diplomasi' yang sangat tipikal baik di Malaysia mahu pun di luar negara. Syabas Wahhabi.

    [update 2] Seorang pembaca blog ini memberikan komen.

    Al-Komen:
    "kata mereka, tindakan mrk adil sebab protajdid.blogspot.com curi nama yang al-ahkam buat dulu."

    Al-Respon, sepertimana yang ditulis dalam komen #9:
    Their argument is silly and immature my dear.. No one is gonna make a fuzz when it involves something general in nature. Pro means "inclination towards something". Tajdid means "renewal". And these two words are common nouns, not proper nouns.

    They have been existed in the dictionary before I was born. So Pro Tajdid means the inclination or support towards the renewal of Islam in every fields under the sun (not just limited to Fiqh!).

    The cycle of Tajdid had started more than 1000 years ago. I can't recall any person or organisations who claim any copyright, trademark, or patent upon this general name. The word "tajdid" belongs to all Muslim and we as a God-conscious Muslim from all walks of life should do to the best of our abilities to make it happen. Tajdid is not a genericized trademark. So everyone can happily use it in a good way.

    But they don't want to learn this. For them, time is better spend to find the next syirik that have been committed by their brothers or sisters next door. The latest syirik they had dug is the Syirik of Selawat Syifa. Now I'm waiting for the next syirik dig in.

    Zaman ini sudah tak banyak orang syirik dengan menyembah kubur dan pokok macam dulu-dulu, tapi ini zaman mensyirikkan (atau sekurang-kurangnya membidaah sesatkan sewenang-wenangnya) amalan-amalan dalam Islam yang terdapat khilaf padanya.

    Trust me, if you want to become an astronaut, you surely don't want to mix with them too much. Don't let them rob your time and your life productivity.

    We all should be thinking what makes a great tajdid, great. Choose only one path of tajdid, heavily specialise in it, and do tajdid in that field. If you do major on economy or engineering, then what the heck you want to do tajdid in tauhid and fiqh? That is completely non-sense and outrageous.

    Don't become jack of all trades and master of none.

    Jalan-jalan:
    Penjelasan tentang selawat Syifa oleh Ustaz Haron Din.

    Karam Singh Walia

    Seorang sahabat meminta nasihat pada saya. Aduh, saya kalau bab memberi nasihat yang bersifat simpati dan empati ini memang agak payah. Ia di luar kemahiran dan kebolehan saya. Saya susah untuk berempati dan jika saya beri nasihat juga, maka saya akan berempati secara olok-olok. Saya tidak suka begitu. Ini nasihat talam dua muka; pura-pura mendengar tetapi hakikatnya tidak.

    Saya memiliki sense of humor yang agak baik. Maka apabila ada sahaja mereka yang mahu meminta nasihat, saya akan memberi nasihat yang disulami dengan humor dan jenaka. Membuatkan seseorang tersenyum di kala dirinya mempunyai masalah adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh saya.

    Jadi, apa masalah sahabat saya itu? Putus cinta. Ini lebih payah untuk saya berikan nasihat. Dan akhirnya saya lontarkan sedikit jenaka kepadanya dengan memetik kata-kata Karam Singh Walia yang digunakan pada status YM seorang sahabat saya yang lain. Ini dia:
    Terbakar kampung nampak berasap,
    terbakar hati siapa yang tahu.

    Sesudah itu dia tersenyum dan hampir menyeringai memperlihatkan giginya yang cukup 32 batang itu. Dan buat masa ini, kata-kata Karam Singh Walia itu menjadi signature e-mel saya. Sampai sekarang saya masih pelik bagaimana Karam Singh Walia ini boleh mendatangkan kata-kata yang sungguh menarik.

    Do It F***ing Now!

    Ini blog cerita tentang Islam, ajar serba-sedikit ilmu tasawwuf dan hikmah, jadi mengapa pula saya letak tajuk Do it f***ing now? Ke mana hilangnya hikmah?

    Tinggal di negara Barat telah banyak mempengaruhi tatabahasa dan perbendaharaan kata yang saya gunakan. Manusia di Barat ini gemar sungguh menggunakan swear words seperti f**k dan s**t. Saya memang anti kepada manusia yang suka swearing atau pun mencarut.

    Tetapi apabila kita sudah selalu sangat terdengar perkataan itu, maka kadang-kadang secara tidak sengaja kita akan menyebutnya tanpa kita sedari. Oleh sebab itu, di sini saya mudah berjumpa orang-orang Islam (saya tidak merujuk kepada bangsa Melayu sahaja) yang lebih gemar melafazkan kalimah s**t berbanding Ya Allah, apabila mereka terpegang periuk panas dan sebagainya. Ini refleks. Dalam menasihati mereka yang mencarut secara refleks ini, saya memberitahu:
    Kalau kau terpegang cerek panas ni dan dengan takdir Allah kau mati, kau nak ke hembusan nafas terakhir kau tu dihabiskan dengan menyebut s**t?

    Itu masalah refleks. Mereka tidak sengaja dan ia lebih senang diperbetulkan. Yang susah untuk diperbetulkan adalah apabila mereka sebut f**k, s**t, dan lain-lain disebabkan mereka rasa lebih cool jika berbuat demikian. Mereka rasa Barat cool serba-serbi. Dalam kes ini, ia melibatkan masalah jatidiri. Untuk memperbetulkan jatidiri yang tersasar, aktiviti mencuci otak (brainwashing) perlu dilakukan. Oleh kerana saya tiada kemahiran mencuci otak seperti Hitler, maka saya berdoa di dalam hati sahaja agar Allah memberikan hidayah kepada sebilangan kenalan jauh dan rapat saya, yang sudah mahu jadi orang putih, tetapi kalau melakukan parti liar sambil dihidangi arak dan ecstasy, masih tetap sesama Melayu juga.

    Dalam konteks masyarakat Melayu pula, saya rasa tidak senang dengan mereka yang mendakwa dirinya memperjuangkan Islam, tetapi apabila menulis dan berhujah, ayat-ayat mereka dicarutkan dengan pu***ak, p*n**t, bah**l, an**ng, bet**a si*l dan sebagainya. Dan selalunya mereka bersifat anonymous.

    Tetapi secara jujur saya beritahu bahawa saya guna F-word itu dalam satu konteks sahaja, iaitu Do it f***ing now. Variasi F-word ini saya gunakan pada diri saya seorang dalam 3 keadaan sahaja:
    1. Apabila saya malas baca al-Quran, malas buat solat sunat, malas puasa dan sebagainya;
    2. Apabila saya procrastinate dan akhirnya membuatkan kerja-kerja saya tertangguh;
    3. Apabila saya lebih banyak cakap dari buat.

    Coding Horror adalah salah satu blog kegemaran saya. Beberapa hari yang lepas, saya ada membaca artikel yang ditulis di situ yang turut menyentuh tentang hal manusia yang suka bertangguh-tangguh dalam menyiapkan kerja. Artikel itu walaupun lebih dikhususkan kepada programmer, tetapi isinya boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Dan penulis juga turut menggunakan hukum Do it f***ing now.

    Jangan bertangguh-tangguh dalam kerja. Jika kita ada impian, jangan bertangguh-tangguh untuk mengejarnya. Jika kita ada dosa-dosa yang perlu dibasuh dengan taubat dan air mata, jangan bertangguh-tangguh untuk melakukannya. Do it f***ing now!

    Jika kita membaca al-Quran dan menyemak pula terjemahannya, kita pasti akan selalu berjumpa dengan banyak ayat-ayat yang menyentuh tentang sifat penghuni neraka yang menjerit-jerit. Selalunya mereka menjerit kepada Allah agar mereka dihantar semula ke dunia untuk melakukan amal soleh sebanyak-banyaknya. Mereka mahu pulang semula ke dunia kerana akhirnya mereka sedar bahawa semasa hidup, mereka telah bertangguh-tangguh, procrastinate, atau dalam bahasa Arabnya disebut taswif dalam melakukan amal soleh, taubat dan ketaatan kepada Allah.

    Tetapi Allah kata tidak. Mereka sudah diberikan masa yang secukupnya di dunia untuk melakukan amal soleh. Kita taswif, kita yang rugi. Terlalu banyak taswif, sehingga nyawa dicabut tanpa sempat bertaubat, maka kita akan jadi salah seorang ahli neraka yang menjerit-jerit meminta dihantar pulang semula ke dunia. Bukan sekadar di neraka, di dunia juga, manusia yang gemar taswif tidak akan dapat melakukan banyak perkara. Jadi, do it f***ing now!

    Gunakan frasa itu hanya kepada diri sendiri. Adalah lebih baik jika anda mencari kata-kata pemberi semangat yang lebih mulia dan sedap bunyinya berbanding Do it f***ing now. Tetapi bagi saya, frasa itu sangat efektif dan berhikmah bagi diri saya.

    Sebagai penutup, saya meminta maaf kepada para pembaca blog ini yang mungkin merasakan entri ini sedikit offensive.
    ---

    Sedikit Bebelan
    Kenapa masih ada blog yang rasa Snap Preview is cool? Silalah buang fungsi Snap Preview tu. Ia adalah benda kedua paling annoying selepas pop-ups.

    Bagi yang guna akaun Blogger, tak perlu buat apa-apa. Tapi kalau sudah install, saya nasihatkan agar buang Javascript bagi Snap Preview itu. Bagi yang guna Wordpress, boleh baca tutorial ini.

    Dengan membuang Snap Preview, anda akan buat ramai orang gembira ketika melayari blog anda. Terima kasih.



    ¶ Teruskan membaca entri ini »