Back to home page

Bila Lelaki Tersandung

01 April 2006 • 33 Komen Cetak Chenta!
gambar lelaki laut pantai
Minggu lepas, seorang kawan saya cakap: "Tawel, kau bagi sikit nasihat kat aku ni." Alamak!! Ini bukan satu kerja gampang bagi seorang lelaki. Sudah lah agak lama juga tak jumpa dengannya dan kemudian dia meminta nasihat pula.

Oleh kerana saya ini jenis yang tidak betah sangat bertazkirah secara lisan kepada orang-orang yang ingin mendapatkan kaunseling atau nasihat dari saya secara personal, maka saya pun jawab acuh tak acuh sahaja.

Kenapa Saya Bersifat Acuh Tak Acuh?

Sebab saya ini lelaki. Apabila lelaki diminta memberikan nasihat, selalunya mereka tidak dapat memberikan nasihat tersebut dengan baik. Lelaki bukanlah satu makhluk yang hebat dari segi penggunaan dan manipulasi bahasa jika mahu dibandingkan dengan wanita. Dalam sehari, apabila wanita ingin menyampaikan isi hatinya, secara purata mereka menggunakan tiga kali ganda jumlah perkataan berbanding lelaki. Sebagai contoh, bila seseorang lelaki membawa kereta ke workshop sebab masalah enjin rosak, lelaki itu mungkin guna 300 patah perkataan sahaja untuk menceritakan sedikit sebanyak masalah keretanya itu kepada tauke workshop.

Tapi, wanita pula berkemungkinan tinggi untuk menggunakan 900 patah perkataan (3x300). Lelaki adalah makhluk yang ringkas dan mudah. Kalau lelaki tersebut cakap "Enjin kereta ini susah betul nak hidup pada waktu pagi. Cuba tauke check apa problem dia.", maka si wanita pula akan kata:
Saya pelik la tauke dengan kereta saya ni. Baru beli 4 bulan dah buat perangai. Susah nak start time pagi-pagi. Selalu saya lambat pergi kerja. Kekadang tu saya mintak tolong my hubby dan anak sulung saya yang tingkatan 2 tu untuk tolak kereta ni. Anak saya tu dah la sekolah petang. Kesian jugak sebab kena bangunkan dia pagi-pagi untuk tolak kereta. Tapi bagus jugak, kalau tidak memang liat anak saya tu nak bangun pagi solat Subuh. Maklumlah, sebab saya ni kena keluar awal. Kalau tidak jalan jam. Bukan tauke tak tahu jalan kat KL ni. Kalau sistem pengangkutan awam kita tip-top, dah lama saya jual kereta yang asyik meragam ni. Baby kecik pun tak meragam macam kereta ni.

Tauke nak tahu, ada pernah sekali tu sampai 100 meter tolak baru la kereta ni start. Tauke check apa-apa yang patut ya. Tapi janganlah charge mahal-mahal sangat. Dah la harga minyak naik 30 sen. Kalau tauke charge mahal-mahal, saya tak mahu lagi datang sini.

Inilah hakikat perbezaan di antara lelaki dan wanita. Wanita adalah satu makhluk yang suka dan gemar bercakap tidak kira masa dan tempat. Bila lelaki bersama lelaki, adalah sesuatu yang normal dan tidak pelik jika mereka berdua lebih banyak diam dari bercakap. Tapi apabila kita nampak wanita bersama wanita, dan mereka ini tidak banyak bercakap, dan lebih banyak membisu, maka kita boleh buat tekaan yang mereka berdua ni mungkin sedang berselisih faham.

Mereka ini mungkin bergaduh berebutkan seorang pakwe kacak yang baru sahaja lulus sesi ujian rancangan Akademi Fantasia. Namun demikian, apabila kita ternampak dua orang gadis yang merupakan sahabat baik, dan sedang pula study bersama-sama di library, janganlah kita mengatakan yang mereka ini sedang berselisih faham, hanya kerana mereka asyik diam dan study sahaja dalam library tu.

Maka atas sebab yang sama jugalah, apabila wanita yang sudah berumahtangga berhadapan dengan sesuatu masalah, kebanyakkan lebih suka menceritakan masalah itu kepada teman wanitanya juga - dan bukan kepada suaminya. Kadang-kadang teman yang dipilihnya itu adalah teman yang biasa-biasa sahaja, iaitu bukan teman yang akrab. Nak buat macam mana...suami pun bila diceritakan masalah macam nak tak nak sahaja dengar.

Dan apabila lelaki ada masalah, biasanya mereka ini tak suka bercerita kepada sesiapa tentang masalah itu. Kalau pun mereka bercerita, mereka akan memilih isterinya sahaja, dan mungkin juga beberapa teman lelaki yang akrab yang sangat-sangat mereka percayai. Lelaki adalah sejenis makhluk secretive. Bila mereka ada masalah, mereka tidak bertindak seperti wanita yang menceritakan masalah itu kepada teman-teman wanita dengan penuh emosi dan linangan air mata - dan ini menerangkan mengapa kaum wanita ini suka betul membawa tisu di dalam beg tangannya. Tidak pernah saya melihat wanita keluar tanpa membawa pek tisu.

Mengumpat

Lelaki ini bersifat praktikal. Mereka lebih suka menggunakanya fizikal mereka terlebih dahulu. Mereka suka guna otot dan tidak suka guna otak. Sebab itu lelaki ini suka bergaduh bila tak puas hati pada seseorang. Kebanyakkan wanita pula suka mengumpat kalau rasa tak puas hati, contohnya bila mereka melihat teman sekerja beli kereta BMW atau pun apabila melihat jiran sebelah rumah menambah koleksi madu baru. Dosa mengumpat ini dosa besar. Hanya orang yang diumpat boleh mengampun orang yang mengumpat dirinya. Kebanyakkan yang suka mengumpat pula adalah wanita, tetapi ini tidak bermakna lelaki tidak suka mengumpat.

Mengumpat ini kadang-kala menjadi hobi pula di kalangan sesetengah kita. Kata-kata seperti: "Eh, jom umpat si Kiah tu. Aku dengar dia nak kahwin dengan Datuk K. Aku dengar macam-macam cerita la pasal diorang tu. Ala, tapi tak cukup korum la nak gosip-menggosip ni. Jom la panggil lagi sorang dua", jelas menunjukkan bahawa industri mengumpat ini lebih seronok dilakukan kalau lebih banyak mulut yang menyertai. The more the merrier! Nak masuk neraka biar ajak member sama.

Mengumpat ini salah satu dosa besar. Berdasarkan hadith dari Rasulullah saw, lebih ramai wanita yang akan masuk neraka, walaupun pada hakikatnya golongan wanita adalah yang paling mudah masuk ke Syurga. Oleh itu, walaupun sudah terbukti dari sudut anatomi, fisiologi dan psikologi bahawa wanita ini memang lebih suka bercakap berbanding lelaki, tetapi rumusan para saintis ini tidaklah boleh dijadikan alasan untuk menolak hadith-hadith yang menggalakan umat Islam supaya lebih banyak diam dan menjaga lidah.

Lelaki dan Fizikal

Lelaki yang bermasalah akan pergi memancing, basuh kereta, panjat pokok kelapa, tebas semak-samun yang ada di belakang rumah dan sebagainya. Dengan melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini, mereka sering-kali mendapat pencahayaan idea dan ilham tentang bagaimanakah modus operandi yang perlu dilakukan bagi meng 'settle' kan masalah mereka itu.

Allah telah menciptakan otak wanita dan lelaki agak berbeza, terutama sekali pada bahagian language center. Wanita ada language centers pada kedua-dua belah otak kiri dan kanan. Lelaki pula hanya ada satu language center (kalau tak silap saya, lelaki punya language center terletak di bahagian otak kiri).

Jadi apabila berlaku kecederaan pada bahagian otak kiri lelaki, mereka kemungkinan besar tidak boleh lagi mengucapkan I LOVE YOU pada isterinya - iaitu lelaki ini akan jadi bisu. Sebaliknya, kalau wanita mendapat kecederaan di bahagian otak yang sama, mereka berkemungkinan besar masih boleh membebel seperti biasa kepada anak-anak dan juga suaminya - iaitu si wanita ini tidak bisu!

Apa Kaitan Otak Dengan Masalah Kawan Saya?

Oleh kerana kaunseling dan nasihat bukanlah first option yang akan dipilih lelaki bagi meleraikan kekusutan masalah mereka, maka begitu jugalah selalunya dengan si lelaki yang diminta memberikan nasihat itu. Lelaki adalah makhluk yang tak suka cakap banyak. Mereka adalah makhluk yang suka melakukan sesuatu yang bersifat fizikal - dan bukannya bersifat lisan seperti mana yang wanita lakukan. Mereka lebih suka bertindak dari bercakap.

Maka atas sebab itu, saya telah mengedit gambar yang saya selitkan pada artikel pada kali ini (iaitu saya telah melakukan sesuatu bersifat fizikal). Seperti mana quote yang ada pada gambar itu: "Stumbling is not falling." Maka itulah nasihat terbaik yang dapat saya berikan kepada kawan saya itu. Quote itu sebenarnya saya pinjam dari Malcolm X.

Nasihat

Kita jatuh, kita gagal, semuanya ada hikmah. Stumbling is not falling. Tersandung bukan jatuh! Ada sesuatu yang Allah nak kita belajar dari ketentuan takdir-Nya ke atas kita. Yang naik akan turun, dan yang turun akan naik. Begitulah lumrah alam sejak dulu sampai sekarang. Mungkin dulu kau pernah berada di tempat yang tinggi, maka kali ini Allah nak letak kita di tempat yang bawah sikit. Mungkin dengan begitu, maka Allah telah menyelamatkan kau dari sifat bangga diri dan lupa daratan kepada orang-orang yang berada di bawah. Itulah nasihat aku kepada kau, dan juga tidak lupa pada diri aku.

Inilah nasihat dari seorang lelaki kepada lelaki. Ringkas dan padat. Tapi jangan tanya saya macam mana cara nak nasihatkan lelaki lembut (semalam seorang kawan saya yang lain tanya macam mana cara nak nasihatkan kawan lelaki dia yang agak lemah-lembut dan suka kepada kaum sejenis). Lemah-lembut di sini adalah lemah-lembut yang lain.

Setakat ini, saya telah mendapat tiga kali pengalaman menyeramkan dengan lelaki-lelaki yang suka kepada kaum sejenis ini. Dan oleh kerana saya ini juga tidak belajar tentang psikologi lelaki lemah-lembut, maka menasihatkan lelaki jenis ini akan menjadikan situasi lebih parah. Dan tolong jangan tanya saya macam mana cara nak nasihatkan lelaki atau perempuan yang suka kepada kaum sejenis kerana saya bukannya pakar. Kalau lelaki dan perempuan yang normal, boleh la saya tolong sikit-sikit.

Nasihat Lain

Oleh sebab sekarang ini kita dah tahu yang wanita ni jenis yang banyak cakap (maka dengan itu menjadikan mereka ini insan yang kuat membebel di rumah), maka kepada para suami dan bakal suami, bersabarlah dengan isteri anda. Bebelan mereka itu sebentar sahaja. Dengarkan sahaja apa yang ingin mereka kata. Tapi jangan sesekali lawan cakap mereka. Biarkan mereka bercakap dan membebel sepuas-puasnya (Gaya cakap macam dah kahwin aje).

Atau kalau anda mahu jadi sarkastik, maka ada baiknya anda rakamkan bebelan isteri anda itu dengan iPod. Bila isteri anda dah OK, anda bagi mereka dengar semula rakaman bebelannya itu. Tapi pastikan isteri anda tu dah betul-betul OK. Kalau tidak, saya tidaklah bertanggungjawab kalau mereka membebel semula, dan anda pula terpaksa membuat rakaman buat kali kedua.

Kepada anak-anak muda dan remaja (mahu pun yang dah tua) di luar sana, bersabarlah juga dengan karenah ibu anda kalau-kalau ibu anda itu jenis yang kuat membebel. Sifat wanita memang begitu. Mereka meluahkan perasaan melalui perkataan. Tak pernah lagi saya jumpa wanita yang tidak suka berbual dan membebel (saya maksudkan adalah wanita yang tidak bisu). Dengan bercakap, mereka akan berasa semakin lega.

Hargailah ibu anda sementara dia masih hidup. Jangan lawan cakap ibu, takut-takut jadi anak derhaka. Dengarkan sahaja bebelan mereka yang mungkin berlangsung selama 10 minit bagi setiap sesi, 3 kali seminggu. Apalah sangat nak dibandingkan dengan kepayahan yang ibumu tanggung ketika kamu berada dalam rahimnya selama 9 bulan 10 hari yang juga bersamaan dengan 403 200 minit (iaitu 40320 kali sesi bebelan ibumu, kalau setiap sesi panjang nya adalah 10 minit). Tapi janganlah pula bila dah masuk sesi ke-40321 kamu nak melawan pula. Haram tetap haram. Konsep hormat ibu bapa tidak sama seperti konsep equivalent trade macam yang kita tengok dalam Full Metal Alchemist. Jangan jadi anak derhaka! Tak cium bau Syurga nanti.

Kalau dah pernah melawan cakap ibumu yang suka membebel tu, maka sekarang juga, anda pergi telefon mak kat kampung. Pergi tanya khabar mereka. Jangan bila sudah bertemu si jantung hati di kota Kuala Lumpur atau pun di pekan Meru, kamu jadi lupa untuk telefon orang tua di kampung. Kesian mereka. Walau pun zaman sekarang ni zaman internet, nak berhubung dengan ibu bapa pun pakai telefon dan SMS sahaja, ini tidaklah melayakkan anda untuk balik ke kampung setahun sekali sahaja apabila tibanya hari raya, atau pun bila orang tua kita tu dah hampir nak ditanam di tanah perkuburan.

Cukuplah setakat ini ya. Panjang pula jadinya. Kepada kawanku itu, semoga Allah memberikan kekuatan kepadamu untuk melalui ujian tersebut dengan gagah dan cekal. Doakan aku juga dan rakan-rakan seIslam kita yang lain. Perkara lain, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Mawlid Nabi yang bakal tiba tidak lama lagi. Kalau tak tahu bila, pergilah semak kalendar Islam ya. Mari kita penuhkan sambutan Mawlid Nabi kali ini dengan program-program kerohanian, majlis kesyukuran, dan sebagainya.

33 Komen Tambah Komen↴

:)
ada bro..i'm as one of many yang tak bawa tisu.

me

Tersenyum saya membaca nasihat Tawel-sensei yang ala-ala 3x300 jua panjang lebarnye :D

Saya paling sokong nasihat diam dan dengar ketika isteri membebel. Ini hikam yang sesungguhnya besar artinya di dalam rumahtangga. Kerana hatta sesungguhnya sekiranya dilawan, arakian maka akan bertambah panjanglah khutbahnya itu, dan akan bersemaraklah api amarahnya.

Saya paling tidak sokong menggunakan iPod untuk merakamkan khutbah sang isteri, kerana:

a) iPod itu sang isteri yang empunya, kenalah minta izin dahulu, dan kalau tengah marah, memanglah tak dapat izin! :)

b) walaupun telah tenang sang isteri demikian, apabila diputarkan semula rakaman khutbahnya sang isteri akan naik meradang semula. Very. Unwise. Move.

Nasihat saya kepada sang isteri, sang suami itu teman, dan tempat meluahkan perasaan. Tapi pandai-pandailah memilih masa dan tempat yang sesuai, dan jika berkebolehan, ringkaskanlah rintihan tersebut seringkas dan sepadat yang mungkin. Ini bagi mengelakkan kes si isteri dah lega, tapi sang suami pulak yang pening kepala!

Kadang-kadang sang suami ni mesti diberitahu (preview? summary?) bahawa khutbah yang bakal berlangsung adalah luahan hati semata-mata, tidak ada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati. Supaya sang suami tidak tertanya-tanya apakah motif khutbah tersebut (isteriku mahu wang kah? atau set langsir baru kah? atau mahu longkang dicuci kah? dan sebagainya). Kerana hatta sesungguhnya kaum lelaki ini tidak begitu faham akan kias tetapi faham akan kenyataan yang direct to the point.

BTW, ada juga di kalangan kaum wanita yang suka mendiamkan diri. Bukannya apa, saja suka peace and quiet. Tak semestinya berselisih ya! Tapi benar bahawa wanita seperti ini adalah minoriti.

Hmmm komen ni pun dah jadi 3x300!!

:D

Saya pun jarang bawa tisu jugak. :)

*mengaminkan doa tawel*

tapi banyak penceramah terdiri dari golongan lelaki.. camne tue? kan ke banyak giler cakapnye tue, kekadang tue meleret-leret out of topic.. heheh. hm, saya bawak tisu, tapi sebab allergic rhinitis. Selamat menyambut Mawlid Nabi, insyaAllah.

hadis nabi saw, berkaitan hak muslim atas muslim: apabila diminta beri nasihat, maka nasihatkanlah.. sungguh2, bukan main2.. haha

zacharias

Betul tu, nak nasihatkan mesti bersungguh-sungguh. Haha.. Err, tapi nasihat dan teguran pada kali ini bukanlah main-main. Hanya nak menggunakan teknik penulisan satira sekali-sekala. Nasihat dan teguran boleh dibuat dalam pelbagai cara, asalkan tak bertentangan dengan Al-Quran dan Sunnah. Kartun The Simpsons yang memberikan pengaruh besar kepada corak pemikiran rakyat Amerika, juga menggunakan teknik satira.

Mardiah,
Bukti bahawa perempuan ini memang suka bercakap dan berbual hatta di dunia internet telah pun dibuktikan pada entri kali ini - empat pemberi komen pertama adalah wanita (kenakelayan made double postings though). Mardiah bawa tisu? Hehe..tak semua wanita bawa tisu sebab untuk kesat air mata. Saya pernah nampak seorang wanita yang bawa tisu tandas semasa pergi berpiknik. Tisu ini bukan sahaja digunakan oleh wanita tersebut, malah diguna oleh suami dan anak-anaknya yang kecil untuk mengelap mulut yang comot selepas makan. One roll of tissue fits all!

Me tak bawak tisu? Huish, pelik tu :)

Kenakelayan, terima kasih sebab share serba sedikit tips-tips rumah tangga. Saya sentiasa percaya bila si isteri tu bersuara dan berhujah pot-pet-pot-pet, dia sebenarnya hanya ingin suaminya mendengar. Tapi oleh sebab sang suami jahil tentang psikologi seorang isteri, maka berlakulah pergaduhan. Tentang penggunaan iPod untuk merakamkan khutbah isteri, terpulang kepada suami untuk melaksanakannya. Tapi kalau dah ada yang mula ragu-ragu selepas membaca komen Kenakelayan, maka ini counter-attack dari saya:

1) Gunakan iPod nano kerana ia lebih kecil. Boleh juga guna iPod versi U2 kerana warnanya yang gelap. Oleh itu isteri mungkin tidak dapat mengesannya. Dan kalau boleh, gunakan wireless microphone (yang dilekatkan pada baju isteri) secara senyap-senyap. Saya tak pasti ada atau tidak wireless microphone untuk iPod.

2) Nak mainkan semula rakaman tu biar masa betul-betul tenang - tak digalakkan memainkan semula rakaman tu pada hari yang sama, atau ketika isteri sedang sibuk memasak atau membasuh baju. Mungkin selepas isteri tu dah baik, suami boleh ajak pergi candle-light dinner. Dan kemudian mainkanlah semula rakaman tu. Pasti sang isteri akan tersipu-sipu mendengarnya pada waktu itu :)

Apa pun, kepada lelaki mahu pun wanita yang belum atau sudah berumahtangga, di samping memperlengkapkan diri tentang ilmu-ilmu tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri dari kaca mata Islam, kita juga mesti tahu ilmu psikologi untuk memahami fikiran seorang lelaki dan wanita. Mungkin satu hari nanti, akan ada pakar psikologi Islam dari Malaysia yang mampu membuat buku yang jauh lebih hebat dari Men are from Mars, Women are from Venus.

Ia adalah satu perang keilmuan terhadap ilmu-ilmu psikologi Barat yang tidak dipandu oleh Al-Quran dan Sunnah. Kita 'curi' sana-sini ilmu-ilmu mereka. Dan kemudian kita bentuk mengikut apa yang Islam mahu.

hehehe....tersenyum sendiri bila baca...topik kali ni...wah...wah...hebat sungguh saudara kita tawel memahami character dan jiwa muslimah ni ek....alhamdulillah...nanti kita saksikan...bagaimana tawel mengatur dan memahami bakal ISTERINYA...hehe....tapi sy setuju..pada yg yg mengatakan tidak semua perempuan itu akan suka membebel....ada juga yg jenis sukakan action dari berkata, so hati2....nnt tawel terkena ngan kenalan muslimah yg cenggini...hah...tersilap plak teori...haru jadinya...hehe...wallahwa'lam..:)..salam mawlid Nabi...

fetihanum

aduh,nak tergolek ana baca.
tapi ana rase macam ade nuansa lah sikit.
ps:mee bola satu!

mir

Mir, jangan tergolek betul-betul dah ye :) Nuansa? Nuansa tu nuance ke? Hehe..camni la Mir, ana dah lawat blog anta. Ana rasa Mir ni masih kat sekolah menengah lagi kan? Takpe2, banyak lagi masa untuk Mir tengok perbezaan besar antara lelaki dan wanita. Masa ana time sekolah dulu pun, ana tak pernah tahu yang lelaki dan wanita tu perbezaanya amat besar. Perbezaannya bukan nuansa :)

Bubble, apa yang tersenyum lebar tu? Hehe..

Feti, ish2..bagi komen secara terbuka ni, buat saya blushing aje. Tapi memang betul pun. tak semua perempuan suka membebel. Tapi kebanyakkan macam tu la. Hehe. Salam mawlid Nabi untuk feti, Mir, dan Bubble.

Aaaai, belum kahwin dah pandai bebel Tawel nih....eh takutt saya nak buat menantu ....

hu hu, bro tawel kita, bagi nasihat baik punya.. iyelah, tak ke bagus utk persediaan...

ana pulak antara ppuan yg mmg selalu tak bawa tisu, jd bab tu ana kureng setuju lah... tisu tu bukan fav ana, kalau nak bawa pun, mesti terlupa.

pompuan mmg dr segi penerangan, kekadang mmg panjang lebar, tapi ada jg jenis yg lain sikit (lebih kurang ana lah). x suka membebel apa lg dibebelkan, aduh.. sakit telinga ku, ada yg tak paus hati, or rasa marah.. biasanya akan bertindak balas dgn action or air mata".
mungkin mmg dah sifat semulajdi yg kurang bercakap dan mmg susah nak bertegur sape *if org tak tegur dulu, yg tahu hanya senyum* tp mcm jd masalah pulak sebab rasa susah nak sesuaikan diri bila berada di kalangan org ramai.

pendapat ana, org pompuan kalau membebel, nampak ok lg, tapi kalau lelaki kuat membebel, nampak lain macam lah ana mmg pernah jumpa.. nampak teruk sgt lah, jd nnampak tak macam lelaki pulak.

kueng...kueng....kueng...
tumpang lalu....mnta gambor buat wallpaper...:p...

hehe...abihla...tawel kena counter attack dari para muslimah...ha..ha..tak tahu...

tgh takder kojer..lepak sini jap...tumpang lalu...salam

fetihanum

Tak mau lagi la tulis pasal topik ni..hehe. Asyik kena attack aje.

ish takkan kena attack sikit terus nak ngalah kot :)

Bukankah di dalam al-Quran Allah telah bersabda sesungguhnya lelaki dan perempuan untuk pakaian di antara satu sama lain. Bermakna, saling memperlengkapi dan menyempurnakan di antara satu sama lain..

Masing-masing lahir dan hidup dengan fitrah yang telah Allah kurniakan. Lelaki selayaknya sebagai khalifah juga Rubbal-Bait atau ketua keluarga mempunyai kelebihan dari sudut yang diperlukan juga pemikiran yang lebih luas sesuai dengan tanggungjwabnya.i.e, lelaki lebih rasional, berfikiran jauh ke depan, juga lebih " what the result is".

wanita pula, dengan fitrahnya yang semulajadi sebagai ibu dan isteri. Juga nalurinya yang emosinya melebihi lelaki, maka sesuai pula dengan tanggungjawabnya.

Pemikiran wanita lebih detail, teliti hingga akan memikir sedalam-dalamnya hingga kadang2 terlebih fikir pula:). Namun, hadith telah menyebut, wanita itu kurang aqal dan agama. Agama:tidak dpt beribadah sola,t separuh dr sebulan. Juga akal: atas penyaksian atas jenayah nisbah 2 perempuan satu lelaki. Namun bukanlah merendahkan kedudukan wanita. Malah hadith ini terdapat perbincangan yang panjang di kalangan ulama'. Hingga kadang2 wanita itu sering mendepani emosi lebih dr akal.Sebab itu talak tidak terletak pd tangan perempuan..

At the same time, kita tak boleh nak menafikan, dalam banyak hal juga, Allah kurniakan kekuatan yang luar biasa bg wanita. Mereka mampu berkerja, menjadi isteri ibu dan anak. Ini satu realiti. Even ada seorang my friend from Us said,yg wanita Malaysia semakin ke depan, lelaki pula kebelakang..Allhu'lam..Namun ana mengakui kelebihan yang Allah kurniakan pd lelaki. Juga wanita juga ada keistimewaan yg tersendiri.

bab wanita suka berleter etc. Sebenarnya boleh diubah sedkit-sedikit dengan bertambahnya ilmu dan iman. Bukankah banyaknnya berkata2 banyak pula dosanya. Di sini, peranan suami perlu digerakkan. Perbincangan dua pihak. Apa yang perlu diperbaiki serta diperelokkan utk rumahtangga masing-masing.

Ana setuju dgn bro tawel, bila dia kata kita kena belajar ilmu psikologi selain dr ilmu-ilmu lain. Selain bersedia dengan segala alat utk menjd suami atau isteri yg soleh/solehah jg ibu/bapa yg mu'min/ah, kita kena jg belajar ilmu psikolgi. Dengan dunia sekarang yang makin mencabar, mustahil andai kita tak mampu mencari lebih ilmu, utk menjdkn hidup kita lebih bermakna dan dekat pula dgn Rahmah Allah.

Biasalah prmpn, kata2 halus,dalam serta sering tak sampaikan maksud secara terus. Menurut satu kajian,(al-manar) wanita suka berkata-kata dengan perkataan "aku rasa, aku fikir ( ana ahussu, ana asy'ur).Mcm yg bro tawel kata, nak surh basuh longkang,tp leterannya aduhai! bingit telinga. Sebab apa, si suami tak faham2 lg. Dan tak buat2 lagi..So, berterus-teranglah dengan cara paling baik dan saling menghormati.

So, saling belajarlah segala ilmu asas Islam,rumahtannga,sosial, psikologi apa sahaja, agar kehidupan lebih barakah. Jauh dr leteran2 etc.

Allhua'lam

me

ops...sori pasal basuh longkang tu kak kenalkayan yg cakap.:)

me

Mungkin fitrah wanita, melontarkan emosi meronta2 melalui bebelannya, atau pun emosi sedih dengan mengalirkan air mata.

Aku masih ingat lagi dengan pesan ustazah di sekolah menengah, bebelan seorang emak terhadap anak adlh sebagai tanda kasih dan sayangnya pada anaknya. Tp kita anak2 ni lebih mudah melontarkan amarah kita dengan lari keluar, bukak sora t.v+radio besar2, atau masuk bilik+toilet.

Padahal tu lah nasihat ikhlas dari sorang emak buat anaknya.

Tapi yang satunya kita takut, janganlah pula bebelan itu didasari umpat keji, caci mencaci (berdosa tu) dan rungutan (tak ikhlas namanya tu).

wah2...sensitive post here Tawel..

but i think i support the notion that both men and women [despite their significant differences] are complementary to each other :)

work out the differences and together achieve a better life towards a closer relationship with Allah SWT.

'Katharat al-kalam', one of the bad characters, as-sifat al-mazmumah, exists in both male and female. However in general the female partners has more preponderance for it.

Those male and female who find themselves naturally disinclined to speak longer than necessary should thank Allah and reflect on the sayings of ulama' that if one find himself already having by natural inclination certain good characters like short of speech etc, they should make an intention in themselves to follow the order of Allah and His Messenger. Otherwise it will only be a 'lumrah' or culture, and discounted as an ibadah.

Also, they should not be distracted and feel at awe with this, since this lead to conceit and secret ostentation. And beware of looking down at others.

Lengthy speeches are not always bad. It is good when it comes from a Realised being for example, the wali, and the scholars, for their words are wisdom poured forth through His Mercy, benefiting others and not boring to the ears of their beloved.

My posts are lengthy and verbous and are mostly crap, but here in this blog, and I envy the few people here who post long comments yet they are delights to the eyes. In stark contrast are comments short in words, but enough to show the author's shallowness of thought and incapacity to think before he/she writes.

What we say will be taken into account, so Allah, please overlook our mistake.

Planet Hijau

eh Tawwl dah ada orang berkenanan nak minang:Nih dari BSC: Kalau nak contact Dama gi jawab post dia kat
http://www.bicarasufi.com/bsc/viewtopic.php?p=344382#344382

Assalamualaikum,

Sapa-sapa kenal en tawel dari hembusan.blogspot.com??

Saya nak offer beliau tajaan web, kalau beliau setujulah. Macam www.waqaf.net dan www.kidipm.net

InsyaAllah..
_________________
Dama tak reti
Dama tak pandai
Betul Dama tak reti
Sungguh Dama tak pandai

Terima kasih kepada segala pengomen. Akhirnya dapat juga banyak komen dari para lelaki. Hehe.. Nurelhuda, terima kasih untuk maklumat tu. I think I should write something short about Mawlid.

Dama tu lelaki laaa

ha..ha..ha.....

Tanpa Nama

assalamualaikum,

tajuk ni kena sangat pada sebab diturunkan Hadith ke 18 dari Hadith 40. Kisah seorang sahabat baginda Rasulullah S.A.W yg dikenali sebagai Nabahan, di mana suatu hari Nabahan sedang berniaga kurma di pasar. Tiba2 datang seorang pembeli iaitu seorang perempuan yang cantik.

Kecantikan si pembeli telah menggugat keimanan Nabahan sehingga Nabahan mengajak si pembeli tadi ke rumahnye untuk melihat kebun tamarnye. Lahaulawala quwwata illa billah..si pembeli pun bersetuju lantas mengikut Nabahan ke rumah.

Setibanya di rumah...nafsu jahat telah mengatasi aqal dan taqwa Nabahan, sehingga tergamak Nabahan mencium si pembeli.

Alhamdulillah, si pembeli yang pada waktu itu, masih ada sisa taqwa dalam dirinya telah berkata pd NAbahan "Ittaqullah, have fear in Allah" (sory arab+english plak..)..sehingga tergamam si Nabahan lantas teringat serta merta dosa yg terlanjur dilakukannya- (at this moment, iman, taqwa n aqal Nabahan had been activated again, won over persuasion of syaitan, the cursed evil)

Segera Nabahan bertemu dengan Rasulullah, untuk miintak pandangan Baginda Rasul (S.A.W) yg lantas bersabda: �Fear Allah wherever you may be; follow up an evil deed with a good one which will wipe (the former) out, and behave good-naturedly towards people.� -hadith ke 18


Kesimpulan dari cerita di atas:
1. Taqwa bukanlah hanya untuk para sahabat Baginda Rasul (S.A.W), tapi untuk semua orang (traditionalist or wahhabi or etc), asal sahaja ada niat untuk bertaubat nasuha atas dosa2 yg dah dilakukan

2. Para sahabat yang muttaqeen pun tidak lari dari melakukan kesilapan, inikan pula kita yg hina dina, kerdil n tak berharga, dhaif serba serbi, tapi konsep kena ingat: jika ter (or sengaja) buat dosa, taubat serta merta, ikuti yg jahat tadi dengan perkara2/adab/ jasa yg baik, n taubat nasuha (3main points, some scholar say 4)

3. Ketinggian darjat taqwa seseorang hanya Allah yg Tahu, dan kadang2 darjat yg tinggi dicapai melalui kesilapan yg dilakukan, seperti kesnya si Nabahan, terbuat dosa besar, kembali ingat Allah, n seek Allah's forgiveness- He is At-Tawwab (Maha Penerima Taubat)

4. Lelaki tersadung, perempuan juga yg mengingatkan (MasyaAllah), bukan hajat perempuan tu pun nak berwajah cantik hingga tergoda si lelaki, tapi Allah Ta'ala dah susun cantik kisah tersebut berlaku- pasti ada hikmahnya..begitu juga dengan apa2 yg berlaku pada kita, lelaki/perempuan..pergaulan sehari2, dgn siapa kita jumpa hari ini, apa salah yg telah dibuat, apa salah yg sahabat kita dah buat, apa sebab orang yg tiba2 tak dikenali sakitkan hati kita (penghapus dosa hati tu...or Allah nak uji hati kita)...n seterusnya...pasti ada hikmahnya.

kisah Nabahan di atas telah disampaikan oleh Sidi Abdul Aziz dalam kuliah hadis baru2 ini.

Taa-ibuuna ila Allah

noni jus

Wah..satu cerita yang berguna tu. Terasa kerdil diri ini dibuatnya... Terima kasih sbb berkongsi. Kirim salam ye kat Sidi Abdul Aziz :)

Assalamualaikum. I really like that picture you posted ("Stumbling is not falling"), and I was wondering if you could allow me to make t-shirts bearing that picture?

Wa'alaikumussalam. No problem ml hakim. Kalau dah siap t-shirt tu, jual la jugak kat aku. Serius ni :)

Salam...huish, mendalam sungguh kajian encik tawel ni pasal pompuan. TAKUT nak masuk meminang encik tawel ni..kuikuikui.

Selamat berjayalah sesape yang kahwin ngan encik tawel.hehe..kena ada persiapan mental, emosi, psikologi yang mantap because he's very analytical:P

BTW, i'm not a girl, not yet a woman:P

just jokes for today.

maisarah

Saya teringat dahulu anda pernah mengumpat saya. Orang yang memberitahu saya ini orang yang saya sangat percaya. Mungkin semasa itu anda masih muda. Entah, betul ke tidak. Entahlah.

@Fadhli Rahim, siapa ni ye? Saya tak berapa ingat. Mengumpat apa tu? Kalau ada, mohon diberitahu supaya kita selesaikan dan tak ada dendam di hati ok?

[reazalun]-[at]-[yahoo]-[co]-[uk]

Tawel, tersadung ke tersandung?

Tak kisahlah. Saya pula adalah jenis yang bertentangan. Bila suami marah, atau membebel, saya diam sahaja. Diam dan diam. Kadang2 diam tak bermaksud kalah. diam juga tak bermaksud salah. jadi, diamlah! jika diam itu boleh melenyapkan api dan menyejukkan marah seorang lelaki.

@wanhafisah, Tersandung vs Tersadung.

Kesimpulan, dua-dua boleh :)

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.