Mencari sesuatu maklumat di internet tadi. Tiba-tiba termasuk dalam satu blog pro-Wahhabi. Salah satu artikel copy-paste yang diletak di situ adalah berkenaan Benarkah Bumi Mengelilingi Matahari. Wah, sungguh-sungguh dia mempertahankan bahawa matahari yang mengelilingi bumi, dan bukan bumi mengelilingi matahari, dengan mempergunakan hujah-hujah oleh salah seorang tok sheikh beraliran Wahhabi yang terkenal.
Download artikel berkenaan: BENARKAH BUMI MENGELILINGI MATAHARI?
Saya tak buat direct link ke blognya atas sebab-sebab tertentu. Tapi link ada dalam dokumen tu. Tidak ku sangka-sangka ada umat Islam yang mempercayai matahari mengelilingi bumi dalam zaman yang sudah serba canggih ini.
Nak belajar tentang alam semesta ini boleh pergi ke laman web Harun Yahya. Jangan belajar dengan orang yang bukan ilmunya. Silap-silap boleh jumud pemikiran. Dahulu ada lagi seorang ulama Wahhabi yang menyatakan bumi ini rata, bukan sfera. Tapi kenyataan tersebut dipertikaikan sebab tak dapat disahihkan betul atau tidak dari beliau.
Aneh, aneh..apabila orang yang bukan ahlinya terjun dalam bidang yang bukan dalam cakupan kemahirannya, inilah yang terjadi. Samalah juga dengan sikap sesetengah antara kita yang belajar engineering, ekonomi, sains dan sebagainya, tetapi menyibuk masuk mengkaji hal-hal kecil dalam agama seperti kerajihan hukum air mustakmal.
Macam mana umat nak maju?
Mari Baca: The Creation of the Universe oleh Harun Yahya.
Matahari Mengelilingi Bumi
Label:
aneh dan misteri
Untuk mendapatkan entri-entri terkini pada masa akan datang secara automatik, langgan blog ini secara e-mel atau pun RSS. Atau boleh juga melanggan melalui fungsi Blogspot itu sendiri.
Langgan:
Feed entri ini
25 Komen • Tambah Komen↴
menarik ... tapi aku dah macam pernah baca hal ini..
aku masa kecik dulu tanpa baca buku sains,telah buat satu konklusi yang lebih dahsat.. sebenarnya bukan bumi mengelilingi matahari, begitu juga bukan matahari yang mengelilingi bumi, tetapi setiap matahari, bumi, planet,bintang berada pada kedudukan masing-masing yang tidak berubah, akan tetapi terdapat satah-satah tanpa jisim bergerak yang menampung setiap planet,matahari, bintang, bumi itu yang bergerak-gerak. dengan kata lain, angkasa ini sendiri bergerak,dan dalam gerakan angkasa, gerakan galaksi,itu ada banyak satah-satah yang bergerak dalam pelbagai orbit samada pusing beredar lawan jam atau ikut jam, bergerak melintang, menegak, condong dan sebagainya. manakala pertemuan atau pergeseran satah-satah di ruang angkasa akan menghasilkan lohong,atau black hole yang merupakan ruang kosong tanpa satah di angkasa raya. hahaha amacam teori aku sebagai ahli bukan astronomi membuat konklusi..
ini dia gambarajah teori angkasa aku..hehe
http://i13.tinypic.com/2aj6sgj.jpg
atau klik sini
MFR, adakah ini gambar yang dilukis waktu kecik-kecik dulu!?
Tapi nape pening sangat aku nak faham teori kau tu? Apapun, teori kau tu ada betul sikit le. Angkasa memang bergerak (atau lebih tepat lagi, expanding) dan menyebabkan isipadu angkasa ni bertambah.
This is what we call Big Bang!
huh.. dari mana Prof MFR mendapat teori tu.. boleh terang lebih lanjut lepas ni dan bentangkan, kami nak dengar, bagus kalau Prof bukukan teori ni.. he he. sy sembang banyak2 tak leh laa nnt jd memandai pulak, jd nak dengar dari ahlinya.....
hahaha.. tu bukan lukisan masa kecik la.. tu aku lukis guna microsoft paint bagi memudahkan utk paham..
teori aku ni mengarut je kata cikgu sains aku mase sekolah rendah dulu..
hoho.. aku siap nangis-nangis terangkan teori ni sambil semua org gelakkan aku.. ko nak dgr jugak ke ibnulfaridh? memetik kata cikgu aku dulu,"jgn belajar dari fakhrul razi, kalau dia dah mula bercerita kartun".
teori aku ni panjang lagi.. termasuk menjelaskan camne big bang dan angkasa terjadi.. teori ni bermula dengan ruang angkasa ini adalah hitam pekat laksana lohong hitam besar. dalam lohong hitam tu ade partikel kecil yang terkumpul akhirnya berpadu dengan jisim infiniti dalam isipadu yang amat kecil mendekati sifar,dengan kata lain terbentuknya 'titik ketumpatan tinggi'. dari titik ni bertindak balas dengan lohong hitam yang kosong dan hitam pekat bertekanan maksimum tinggi,maka terhasillah letupan maha dahsyat dinamakan big bang.
dari big bang itu, jisim berketumpatan tinggi mula melebar membentuk isipadu yang luas dinamakan angkasa raya.sebab tu aku anggap angkasa sebenarnya berjisim walaupun orang kata ia ruang vakum. namun jisim angkasa yang berasal dari titik berketumpatan tinggi yang melebar kepada isipadu infiniti menghasilkan jisim yang hampir kosong. dari pecahan big bang, partikel-partikel serpihan big bang menghasilkan gas, dari gas menghasilkan bintang. aku anggap setiap bintang itu sebenarnya tidak berdiri sebagai jasad bintang semata-mata, akan tetapi turut bersambungan dengan satah. satah ni berbeza dengan orbit. sebab orbit melibatkan graviti,tapi tak dapat jelaskan mengapa graviti boleh hasilkan orbit yang menggerakkan bintang.
berbeza dengan satah, disebabkan setiap satah yang berbentuk umpama gelang plat bergeseran antara satu sama lain, macam pergerakan plat tektonik kerak bumi, maka terhasilnya daya, maka itulah yang menyebabkan bintang seakan bergerak, namun hakikatnya yang bergerak adalah satahnya.
satah ini bukan saja bergerak dua dimensi, tetapi 3 hingga 4 dimensi. paksi-x,paksi-y,paksi-z,dan paksi ke lohong hitam yang aku panggil paksi-s.
antara satah-satah ni ada lubang-lubang. lubang-lubang ni adalah ruang kosong yang bertekanan tinggi menarik segala partikel dalam ruang angkasa ke ruang asal sebelum angkasa terjadi iaitu lohong hitam pekat yang mula-mula.
satah ini bergerak dan mengembang, sebab satah ni dapat daya dari big bang, ini menepati hukum keabadian tenaga. tenaga big bang yang asal masih belum hilang tetapi telah bertukar menjadi daya-daya yang memutarkan satah-satah bintang,dan geseran antara satah terabadi semula menjadi daya tolakan dan tarikan hingga buat satah mengembang, ini menjelaskan teori angkasa raya yang mengembang. matahari juga ada satahnya,jika satah bumi adalah di paksi-x,besar kemungkinan satah matahari pada paksi-y.
ini bermakna matahari bersama-sama satahnya adalah bergerak.satah bumi mengelilingi matahari,dalam masa yang sama satah matahari berpusing mengelilingi mungkin bintang lain, dan bintang lain itu berpusing mengelilingi bintang yang lain pula. jadi semuanya adalah umpama gelang-gelang yang bersambungan tetapi berpusing dalam 3 dimensi pada posisi bercampur-campur. ini bermakna galaksi-galaksi adalah bersambungan,dan ini menjelaskan antara satu galaksi,dan satu galaksi itu tetap ada bintang-bintang yang juga bergerak.
satu masa nanti satah juga boleh bertimpa,berlanggar, pecah,patah,bentuk semula satah baru,berpadu dengan satah lain. maka aku anggap ada bintang-bintang yang bergerak pada orbit sama tetapi tak pernah berlaga,jika betul ada bintang-bintang sebegini maka teori satah aku betul sebab satah yang bergerak bukan bintang.
mengarut bukan?
hahaha.. pendek kata, aku pun tak suka fikir byk2 psl angkasa raya ni sbb masalah kat bumi yang kecil ni pun manusia belum boleh setelkan. bukan setakat masalah palestin, masalah negara malaysia sendiri pun dah banyak... kerdilnya kita.
subhanallah.
http://www.newscientist.com/article.ns?id=dn3963
sorry MFR, tergelak baca penerangan tu :) Tapi hebat jugak, masa kecik dah pikir semua tu.
Tapi kalau kita tengok pada artikel tawel pada hakikatnya, benda ni serius jugak nih...nanti saya tak terkejut kalau ada orang kata teori big-bang adalah teori yang telah "dipengaruhi kisah-kisah israeliyyat"
:D :D
p/s: tawel, bukan air mustakmal jer..sebab nak bid'ahkan maulid nabi, ada jugak yang kaji bila nabi lahir, kenapa pintu dan bukan tingkap..tapi tak bg jawapan muktamad..nak timbulkan keraguan? teori konspirasi...
Encik anonymous, pening kepala den baca artikel tu. Cuma yang den faham, dark energy tu yang menyebabkan the expansion of the universe. Tapi terima kasihlah sebab bagi link artikel tu.
MFR, aku tak gelakkan kau. Cuma aku tersenyum-senyum aje baca teori kau tu. Takpe, teori tak semestinya betul. Tapi kalau teori kau tu dipatahkan hujahnya oleh saintis, kau jangan kuciwa pulak.
Kau ada imaginasi yang bagus. Kau macam Einstein yang suka melakukan imaginasi untuk dia memahami sesuatu perkara.
Jap, satah tu dalam English apa dia ye? Dan aku nak tau, dalam konsep 4 dimensi, memang wujud ke paksi-S? Dan kau belajar graviti tak?
Possible ke kalau objek yang lebih kecil menyebabkan objek yang lebih besar mengelilinginya? Setahu dan seingat aku, macam agak mustahil. Sebab tak pernah lagi aku terbaca hal ni. It always the smaller one to circulate the larger one. This is at least how gravity works. Macam bulan dan bumi, bumi dan matahari, sistem solar dan pusat bimasakti.
Encik Sword. Betul tu. Macam kes seorang member aku kat sini. Katanya, kat Malaysia dia tak pernah lagi jumpa dengan orang yang bida'ahkan doa qunut. Tapi bila dia datang sini, ada la pulak sorang member dia ni sound yang doa qunut tu bida'ah sesat sebab Nabi tak pernah buat.
Member aku dan member kepada kawan aku tu belajar accounting. Dan member kawan aku tu bawak kitab untuk tunjuk dan buktikan kepada member aku ni yang doa qunut tu bida'ah. Punyalah bersungguh-sungguh.
Tak ke buang masa tu. Last2, nanti kesimpulan perbincangan mesti jadi tipikal: "Ini semua khilaf. Jadi tak perlulah kita nak gaduh."
Kalau dah tahu khilaf, jadi mengapa dari awal-awal lagi buka isu ini? Itu yang aku tak faham dengan puak-puak ni. Suka ajak orang buang masa, dan suka timbulkan keraguan pada orang awam macam aku ni. Elok-elok aku nak baca buku Rich Dad, Poor Dad, maka akhirnya terpaksa aku selak sikit2 kitab fiqh untuk meleraikan keraguan aku ni.
Si hamba Allah tu pun satu. Dari bukak isu yang tak berfaedah yang tak ada kena mengena dengan bidang dia, lebih baik dia baca buku accounting untuk exam ACCA dia.
Tawel,
Cerita hang tu memang klasik konflik zaman sekarang. Haha. Buang masa.
Al-salaamualaykum.
maula ya Salli wasallim da iman abada, 'ala habibika khairil khalqi kullihimi...
fikiran memang tengah terfikir pasal kejadian alam semesta juga ni, tetiba dlm hembusan ada posting psl perkara yg sama..
my theory: based on my very3 limited reading, nmpak mcm ada
kaitan dgn 'dispersed material in a dispersion
medium', liquid-in-liquid is emulsion, but perhaps
explosion of big bang matter can b regarded as
'dispersion of solid in highly densed air', these
fragments of solid tend to self-assembled according to
their affinity towards similar constituent, n the
self-assembly take the form of spheres (very2 similar
to droplets of emulsion which is precursor of
microspheres, or a micelle)..thats why those
terrestial objects tend to be spheres?...
n the scientist think they r bounded by gravitational force relative to respective sphere core? or perhaps the stability is due to electrostatic charge between ions 'clouding' each sphere (cf. electrical double charge of ions in an electrolyte)
the self-assembly concept is preferred based on 70% water present, thus the core is likely to be composed by the water part (hydrophilic part as in the case of micelle), also based on 'origin of all matter is water' (Thales, an ancient Greek philosopher). above all it is also mentioned in The Holy Quran (alAnbiya:30)
the world initially is in equilibrium, but at metastable state which upon 'disturbance' can shift the equilibrium to be either unstable (dooms day?) or stable. the former is al-akhirah. n now we have seen a lot of hand made terrestial objects (eg satellites) that distract the equilibrium which apparently the 'cause' for worlds annihilation. The latter is in the knowledge of Allah alone.
wrt to the world is expanding, I am not totally agree with this, but am of opinion that it is actually expanding towards a convergent point, this is the natural tendency of any system, which tend to return to their original form ..in this case the original point is the point of convergence = the origin of big bang itself. the red/violet that they measured which defined the expansion was perhaps when the beam was still travelling up the peak of a curve (thus manifested as an expansion), which surely will be descending beyond its apex, towards point of convergence.
wallahua'lam
errata:..return to original form although at a very2 slow rate almost imperceptible
..red/violet beams
Encik Scientist, anda memang boleh jadi pakar sains yang hebat! Bangku, apo maksudmu itu? Sebelum aku salah faham, molek kau bagi terang sikit komen tu.
Harun Yahya memang bukan seorang ahli sains dan juga bukan ahli terbaik untuk terangkan pasal alam semesta ni. Atau kau boleh cadangkan mana-mana astrophysicist yang boleh bagi penerangan pasal angkasa ni dalam bahasa yang mudah difahami oleh orang awam macam aku ni?
Ambo pernah tulis sket tentang fatwa bumi rata ni yang dikatakan oleh Bin Baz walau pun katanya dinafikan olehnya. Sebenarnya banyak fatwa-fatwa karut puak tu, seperti masalah radio dulu, tv, wireless dan sebagainya yg diharamkan dianggap sebagai alat setan kemudian ditarikbalik. Bahkan hatta sekarang pun fatwa seperti mengharamkan wanita memandu dikuatkuasa di Saudi. Jadi tak heran benda nafi menafi ni. Tambahan pula apa yang nak diherankan sangat bila ada fatwa seperti ini mawlid pun depa haramkan, Allah pun depa kata ada bertempat, duduk atas arasy haqqan.
Waktu ambo sebut benda ni, ada juga akhie yang komen panjang. Tapi ambo percaya pada kenyataan Syaikh Jibril Fuad Haddad, ambo yakin dia telah buat sufficient research sebelum dia tulis dalam bukunya:
In his infamous al-Adillat an-Naqliyya wal Hissiyya 'ala jarayan al-Shamsi wa sukuni al-Ard ("The transmitted and sensory proofs of the rotation of sun and stillness of the earth"), he (Bin Baz) asserted that the earth was flat and disk-like and that the sun revolved around it.
Nampaknya apa yg ditulis oleh Utsaimin menguatkan lagi apa yang dikhabarkan oleh Syaikh Fuad tadi, kerana Utsaimin itu adalah Bin Baz's second fiddle. Lagi pun banyak gak fatwa songsang ulama saudi ini.
Elok campak je fatwa-fatwa meke ni ke laut.
salam everyone. this comments page has become like an astronomy class :)
salam, saya teringat semasa di kolej 6 tahun lalu ketika membuat persediaan sebelum ke uk etc... ada seorang ustaz ni memberi ceramah, dan tetiba masuklah dalam topik sains... ustaz ni cakap " kaafir siapa yang percaya bumi mengelilingi matahari, kerana di dalam Quran surah Yaasin mengatakan 'wassyamsu tajri li mustaqarrillaha.' siapa mahu mencabar Allah dan percaya bumi mengelilingi QUran??" semua terdiam... saya mahu menerangkan maksud ayat itu kepada ustaz tetapi kerana pelajar siswi jauh di belakang saya agak malu untuk berdiri dan bersuara lantang, saya hanya berharap siswa akan membetulkan ustaz itu... tapi takde sape bersuara... ape nak buat...
Oh, saya pun pernah juga ada ustaz yang petik ayat 38 surah Yasin tu sebagai dalil untuk menunjukkan matahari mengelilingi bumi. Tapi cuma dia tak cakap kafir la bagi sesiapa yang percaya bumi yang mengorbit matahari.
Ayat tu tak pun kata matahari mengorbit bumi. Ayat tu cuma cakap matahari berjalan di atas paksinya. Apa yang bercanggah dengan sains astronomi? Bukankah matahari (dan juga planet-planet dalam sistem solar) bergerak untuk mengelilingi Bima Sakti?
Ini mungkin kes ustaz nak jadi uspro.
Ini dah kira bidaah.. Apa hukumnya dia buat bidaah macam ni.?
Wahabi kat perlis percaya ke?
Tapi harus juga kita ingat, teori geocentric (matahari mengelilingi bumi) masih belum dapat dibuktikan salah. Jadi masih ada ruang untuk benda ni dikaji (oleh mereka yang sepatutnya). Buat kita orang awam yang tiada kemampuan ni, buatlah apa-apa yang terbaik asalkan dapat memberi manfaat kepada ummah.
P/s: Sejak kecil minat astronomi tapi tak berpeluang mendalami ;)
Hampir semua ilmu tentang astronomi berdasarkan teori, dan bukan secara empirik. Kita tak bercakap tentang teori evolusi yang masih hangat diperdebatkan sehingga hari ini. Kita bercakap tentang satu bidang ilmu yang telah menjadi ijmak di kalangan saintis Muslim mahu pun bukan Muslim.
Teori bumi mengelilingi matahari disokong oleh data-data sains. Tapi teori matahari mengelilingi bumi hanyalah hujah putar belit para ulama Wahhabi.
Untuk memikirkan matahari sebenarnya yang mengelilingi bumi adalah perkara yang lucu dan tak masuk akal. Itu satu kenyataan yang memerlukan hukum alam semesta ini to be rewritten.
Objek yang kecil mengelilingi objek yang besar. Itu hukum graviti. Jika matahari mengelilingi bumi, dan bumi pula statik begitu sahaja, kita tidak pernah pula ada data yang menunjukkan matahari pernah berada di antara bumi dan Marikh (dah planet-planet yang berada selepas Marikh).
Dan bagaimana pula proses siang dan malam yang berlaku pada planet-planet lain? Adakah matahari turut mengelilingi planet-planet tersebut? Jika proses pertukaran siang dan malam di bumi berlaku kerana matahari mengelilingi bumi, maka siang dan malam planet Jupiter, Uranus, Venus dan lain-lain juga akan berlaku dengan cara yang sama. Adakah cukup masa 24 jam bagi matahari untuk mengelilingi semua planet-planet yang ada dalam sistem solar?
Dan jika bumi kekal statik, bagaimana kita mahu menerangkan mengapa kita sentiasa melihat permukaan bulan yang sama sahaja sepanjang tahun?
Ini cuma hujah-hujah kecil yang perlu dijawab oleh mereka yang mendakwa matahari mengelilingi bumi.
Berkenaan teori bumi mengelilingi matahari...dan teori matahari mengelilingi bumi, pada pendapat saya kedua-duanya benar
Sebab pertama: Dari segi relatifnya, kedua-duanya boleh pakai. (maksud secara relatif: kita sebenarnya bergerak dengan kelajuan putaran bumi kerana kita berada di atas muka bumi, maka secara relatifnya dari bumi kita tidak bergerak, sedangkan dari angkasa, angkasawan disana, mahupun makhluk asing melihat kita bergerak dengan kelajuan yang tinggi. Bayangkan jika bumi berhenti berputar, seperti kereta brek secara mengeju, sudah pasti kita akan tercampak ke timur dengan kelajuan 465.11 m/s (laju putaran bumi). Wah, mungkin lebih laju dari kereta F1. Balik kepada topik, satu contoh lagi, ketika kita memandu kenderaan, apabila kita dipintas kenderaan lain, contohnya kita 100km/j dan yang memotong itu 120km/j...maka secara relatifnya dia bergerak dengan kelajuan 20km/j sedangkan kita tidak bergerak)
Sebab kedua: Dari segi fizik, yang saya belajarlah... Tarikan graviti antara dua objek akan menyebabkan kedua-duanya saling mengelilingi, dengan pusat pusingan kedua-dua objek itu terletak diantara kedua-dua objek (tetap diantara mereka sedang mereka saling mengelilingi), bergantung kepada jisim objek-objek tersebut. Teori ini ada dalam buku teks sekolah saya...(huhuhu...buku teks fizik form 5 saya)
Dan disebabkan jisim matahari yang amat besar berbanding bumi, maka putaran matahari mengelilingi bumi amatlah tidak signifikan, kerana semakin besar beza jisim, semakin dekat pusat saling putaran kepada objek yang berjisim lebih besar.
Pendapat saya, kedua-dua saling mengelilingi dan secara relatif
Sekian...jika tidak faham... terpaksalah masuk semula form 5 (saya)Mungkin saya silap, dan saya sudah lupa penggunaan istilah-istilah dengan tepat dan mungkin tersilap
bulan mengelilingi bumi
bumi mengelilingi matahari
matahari mengelilingi pusat galaxy
semuanya relatif
Ya betul apa yang di katakan oleh Ahmad Said.. kalau guna teori fizik relativiti Einstein.. semuanya adalah benar
kita tidak boleh mengatakan seseorang itu salah tanpa menggunakan dalil yang sah
Kedua-duanya benar berdasarkan Teori Relativiti Einstein
dan bersandarkan Al-Quran - Surah Yasin
@Encik Admin, teori bumi mengelilingi matahari adalah bersandarkan kepada Heliocentric, dan bukannya Relativiti Einstein.
Apa pun, terpulanglah nak maju ke depan atau berundur ke belakang. Cuma harap-harapnya janganlah dituduh majoriti umat Islam yang percaya kepada Heliocentric sebagai melakukan bidaah sesat (atau lebih teruk lagi kufur), sepertimana yang pernah dilakukan oleh "saintis Kristian" ke atas Galileo dan Copernicus.
Malah, tindakan jumud "saintis Kristian" di zaman silam inilah yang menyebabkan ramai masyarakat Kristian hari ini memandang agama melalui kanta yang sangat sinikal.
Saya bersama-sama pakar astronomi Muslim seperti Ibn al-Haythami, Abu Said al-Sijzi, Nasiruddin al-Tusi, dan Qutbidin Shirazi, serta tidak ketinggalan juga pakar astronomi moden yang banyak terdapat di NASA sana.
Mahu bersama-sama Syaikh al-Uthmain yang mengatakan bumi mengelilingi matahari? Ahlan wa sahlan! Kita semua mempunyai kebebasan untuk berfikir dan membuat keputusan. Cuma sentiasa berawas dengan satu perangkap bernama jumud.
Hahaha..macam mana nick saya boleh jadi Ahmad Said...
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.