Back to home page

Pesanan Kepada Dunia

19 April 2007 • 6 Komen Cetak Chenta!
Orang tua-tua kata, rumah jangan ditinggalkan pergi lama-lama. Nanti ada jin bertandang dan bersarang di situ. Betul atau tidak, rahsianya hanya Allah yang tahu. Tapi dari koleksi kajian dan kisah paranormal yang saya baca, begitulah nampaknya. Makhluk halus memang suka bersantai di tempat yang kurang/jarang ada kelibat manusia. Tapi kalau tempat yang ada banyak sangat manusia, ditambah pula dengan benda-benda lagha, kadang-kadang manusia pula yang berperangai macam jin.

Jadi untuk mengelakkan blog ini ada jin bertandang sebab jarang update, maka saya membuat keputusan untuk menulis sesuatu, walaupun sebenarnya sekarang ini saya agak disibukkan dengan satu projek yang membuatkan saya jarang berada di rumah.

Tadi singgah di blog Bro Dhuat. Ada satu lagu yang amat menarik minat hati saya: Pesanan Kepada Dunia yang didedikasikan kepada mangsa tsunami 2004. Dengarkan:



Dunia hari ini kadang-kadang kita rasa amat berkecamuk dan mengelirukan. Mungkin ada betulnya. Perang di sana-sini. Pembunuhan di sana-sini, yang paling terbaru adalah di Virginia Tech, Amerika. Sekurang-kurangnya 30 orang terbunuh di situ. Itu kisah kematian. Dari segi kemiskinan dan kebuluran yang melanda dunia ini, terutama di benua Afrika, pasti akan buat kita berasa lebih sedih apabila mengenangkannya. Hai, bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita ada ini. Dan jangan lupa mendoakan kebaikan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Sekian entri ringkas. Semoga saya diberikan kekuatan dan kelapangan masa bagi menyambung entri berkaitan Friendster. Nantikan episod 2.

6 Komen Tambah Komen↴

http://www.alhabibomar.com/archives/images/m/m4.jpg

Tanpa Nama

mengapa kamu turut menarik diri dari MMB, dah tak ada baner MMB dalam blog ni.

ibnulfaridh

Anonymous: Gambar bila tu? Siap ada gambar Ustaz Fauzi lagi tu..hehe..

Ibnulfaridh: Tempoh mempromosikan MMB dah tamat. Jadi tauke MMB tarik diri la..

itula psl yg nk sharenya..ada gambar ustaz Fauzi...Ustaz F jd penterjermah AlHabib masa kedatgn Al-habib ke Msia baru2 ni...

ahli langit pun kenal Al-Habib, apatah lg PM kita, betul?

http://www.alhabibomar.com/

Tanpa Nama

oh bagus2 tarik diri dari MMB, (maaf, saya kurang nmpk faedahnya, selain tau yg org Msia suka bab2 gosip ni).

promote blog 'pro-Tajdid" laa lagi bagus!

mari ramai2 promote blog "Pro-Tajdid"! (bagus juga kalau buat dwibahasa- BM n english)

Tanpa Nama

Ya mari promosikan! :)

Cuma ambo agak kurang nampak kaitan MMB dan gosip dan tentang kurang faedahnya. MMB diwujudkan bagi menggalakkan lagi perkembangan blog-blog yang berfaedah, dan bukan sekadar empty blog terutamanya bagi budding bloggers.

Dunia internet ni tersangat luas. Kalau dalam bisnes kita memahami kepentingan marketing, jadi dalam dakwah pun kena la juga ada marketing. Kalau tak, tenggelam la blog tu di zaman yang mana sekurang-kurangnya 2 blog baru muncul setiap 1 saat (tapi lebih kurang 70% adalah spam blog).

Empty blog dah terlalu banyak di luar sana. Tak payah promosi pun, kadang-kadang beribu-ribu yang datang melawat. Tapi amat susah nak bina satu blog yang berilmiah dan bermanfaat, yang boleh menarik minat ramai pembaca.

MMB hanya bertujuan untuk meningkatkan blog visibility dalam blogosphere dan searching engine, di samping menjadi one-stop station bagi blog-blog yang bermanfaat (dan kurang perkara-perkara lagha).

Tentang gosip pula, betul ke orang Melayu aje yang minat gosip? Bab-bab gosip ni, tak kira apa bangsa pun minat. Betulkan saya kalau salah.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.