Back to home page

Kempen Menjauhi Friendster 1

08 April 2007 • 15 Komen Cetak Chenta!
Saya masih ingat lagi detik-detik saya menyertai komuniti maya Friendster pada tahun 2004, kira-kira 2 tahun selepas kompeni Friendster diasaskan di Lembah Silikon, California. Tetapi pada akhir tahun 2006, saya telah membatalkan akaun saya, dan kira-kira 2 bulan selepas itu saya menyertainya semula. Dan pada bulan lepas, saya buat keputusan dengan sebulat-bulatnya untuk tidak langsung mengambil tahu tentang Friendster dalam hidup saya.

Saya telah pergi selama-lamanya dari Friendster.

Sejarah Friendster

Friendster diasaskan pada tahun 2002 oleh Jonathan Abrams yang merupakan salah satu nama penting di Lembah Silikon. Sebelum Friendster, terdapat juga beberapa lagi laman-laman web rangkaian sosial seperti Six Degrees dan SocialNet. Tetapi malangnya rangkaian sosial tersebut gagal mendapat sambutan kerana pengguna dan teknologi yang ada pada waktu itu masih belum begitu bersedia.

Friendster berjaya kerana ia diwujudkan pada waktu yang sangat tepat; waktu di mana kemudahan internet sudah menjadi semakin murah disebabkan oleh perkembangan teknologi jalur lebar, waktu di mana teknologi web sudah mula berevolusi kepada Web 2.0, dan juga waktu di mana para pengguna internet sudah semakin memahami apa itu internet. Kejayaan Friendster kemudiannya telah mendorong satu usaha Malaysia Boleh, dan dengan itu wujudlah Kawanster yang lebih menjadikan rakyat Malaysia sebagai niche. Tetapi Kawanster tidak begitu mendapat sambutan.

Bukan setakat di Malaysia, hatta di Lembah Silikon sekali pun, Friendster adalah di antara syarikat yang sering disebut-sebut namanya. Kejayaan Friendster kemudiannya membawa kepada penubuhan MySpace pada bulan Julai 2003. Oleh itu, tidak hairan pada tahun 2003, Google telah cuba untuk membeli kompeni Friendster pada harga USD 30 juta. Namun demikian, Jonathan Abrams telah menolak tawaran lumayan Google.

Ramai pakar berpendapat bahawa tindakan beliau agak kurang bijak. Ini kerana jika beliau menjual Friendster kepada Google dengan harga yang ditawarkan itu, iaitu 30 juta dolar, Jonathan akan mendapat kekayaan mudah, memandangkan tawaran itu berlaku kira-kira setahun selepas Friendster diasaskan. Dan apa yang penting, Google juga boleh menyuntik lebih banyak teknologi, kemahiran dan pengalaman ke dalam Friendster. Ini seperti mana yang berlaku apabila Google membeli YouTube pada harga USD 1.6 bilion pada tahun 2006, iaitu 20 bulan selepas YouTube ditubuhkan.

Pada hari ini, MySpace yang pada dahulunya lebih merupakan copy-cat, telah berjaya mengatasi populariti Friendster. Strategi pemasaran yang lemah, di samping kelewatan memperkenalkan teknologi terbaru kepada pengguna, telah menjadi punca mengapa Friendster menjunam jatuh. Pada tarikh artikel ini ditulis, MySpace menduduki tangga ke-5, manakala Friendster di tangga-26, jika diukur dari segi jumlah pelawat yang datang setiap hari.

Secara geografi pula, MySpace memiliki lebih banyak ahli dari Amerika. Friendster pula lebih banyak disertai oleh para pelawat dari bahagian Asia Tenggara, seperti Filipina, Malaysia, Indonesia, dan Brunei. Filipina adalah negara yang mendominasi dunia Friendster. Friendster adalah antara budaya siber (cyberculture) yang melanda Filipina. Perkara yang sama juga sedang berlaku di Malaysia.

Anak muda mana yang tidak ada Friendster?
---

Bersambung di Episod 2

15 Komen Tambah Komen↴

Cik Tawel,

Apa alasan utama anda memboikot friendster? adakah ia bersifat agama, teknologi preferences atau dsb?

Anyway, saya xda friendster!!! gharib2.. ish..

Tanpa Nama

aku pernah berkempen benda ni kat buletin frenster masa aku ada akaun frenster dulu (akaun personal).. selepas aku stop guna frenster, aku mula masuk forum-forum remaja yang huhahuha..suatu dunia yg aku asingkan diri dari realiti,tapi aku dekati tuk mengenali dalam alam maya.aku dapati, walopun aku stop dan berkempen, tetapi dunia mereka tetap terus berkembang seakan-akan diri aku tak pernah wujud dan tidak diambiltahu.

akhirnya, aku dapati frenster terus berkembang hingga anak-anak sekolah terus asyik mengasyik mendedahkan diri, tersebarnya penghalalan budaya kapel popular (dgn gambar laki-pompuan bermesra berdua ditayang2), budaya fwd-fwd tanpa ilmu, budaya pergaulan dimensi baru, dan sebagainya.

mcm myspace atau frenster (atau ym), semuanya ada dunia sendiri seperti mana dunia org-org blog, sekiranya kita bercakap di blog dunia kita, dunia sebelah sana belum tentu dapat rasa kehangatannya.

situasi yg sama berlaku bila org yg selalu join ceramah agama, tiba-tiba nak bersembang dgn anak-anak muda yg hanya join gig dan konsert.

aku harap kita ambil tahu lagi adik2 kita kat sana, dan aku rasa fungsi group dalam frenster byk membantu usaha ni, apabila pandangan secara berforum dapat diadakan (dan dihangatkan),maka org akan terdorong untuk tahu pemikiran dan pendirian kita. jika kita boleh letak di profile kita alamat blog, mereka akan ke dunia sini utk mempelajari.

Tak lengkap lagi artikel ni. Jadi tak boleh nak dedah banyak2 encik anonymous.

MFR: Artikel ini akan berpijak di bumi nyata. Sebab tu aku guna perkataan menjauhi, bukan memboikot.

Sama dgn pedang juga. Kalau dapat kat org jahat, jadinya jahat.

Kalau dapat kat orang baik, jadinya baik.

Osama Bin Laden pun menggunakan handphone.

Tanpa Nama

Sekiranya kita ingin menjauhi pedang, kita boleh menyertai Malaysian for Peace.


Lebih baik menjadi seorang pensyarah Fizik, yang mengajar 60 pelajar satu seksyen.

Yang mengajar 5 seksyen satu semester.

Yang mengajar 18, 000 pelajar selama 30 tahun.

Yang mana 18, 00 pelajar ini akan menjadikan Malaysia kuasa nuklear 50 tahun lagi.

Sepertimana Amerika Syarikat yg mengambilmasa 200 tahun utk menjadi kuasa dunia...



Daripada seorang pensyarah Fizik yg meletupkan dirinya sendiri membunuh orang2 Indonesia.

Tanpa Nama

suka-suka ati je anonymous tuduh pensyarah fizik tu smp ke situ..

Tanpa Nama

sy masuk frenster tahun 2002 sbb kebosanan.... moralnya kat frenster kurang bermanfaat dan boleh sbbkan fitnah... sy retired dr frenster pada tahun 2004

salam..
nak juga tahu yg episod ke 2..
maklumlah kurang maklumat nie..

Salam juga. InsyaAllah entri berikutnya = episod ke-2. Tapi bukan dalam masa terdekat :)

Jadi sila subscribe blog ni kalau rasa malas nak bukak page ni hari-hari:
Langgan!

Sy dah lama tinggal alam friendster ni.. Lama2 bosan jgk..

Tanpa Nama

Salam.

Tak approve komen saya ni pun tak mengapa, saya cuma nak bagitau fasal link ni: http://abuyya.multiply.com/journal/item/92

Kelihatannya, bukan sekadar "sebijik", malah sememangnya artikel saudara, dan dia tak letak pun kredit ke sini.

Tapi kalau nama ABU URWAH AL-TRANJANU tu nama anda, maka sila abaikan saja komen saya ni yer?

Wassalam

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam. Terima kasih atas maklumat tersebut. Abu Urwah itu bukan saya. Sebenarnya saya tidaklah berapa kisah jika tulisan saya diletakkan di mana-mana.

Cuma kalau turut disertakan nama pena saya di situ, sekurang-kurangnya pembaca yang membaca di sana, atau di mana-mana sahaja, boleh tahu bahawa mereka sebenarnya perlu mencari Tawel Sensei jika ada sebarang kesalahan, kekurangan dan mungkin juga untuk menyatakan rasa tidak puas hati pada apa yang saya tulis itu.

slm...nk tnye..mcm mane nk cncel acount myspace???
wslm...

Tanpa Nama

@Anonymous,

Senang saja nak cancel akaun Myspace. Log in, pergi ke Home, dalam Control Panel, klik Settings, cari Account Cancellation, klik Cancel Account.

@Tawel,

Maaf, tumpang menjawab. ;)

PiE

salam semua, macam mane nak cancel akaun frenstr ne r? saya baru join lepas tahun ni, sebelum ni rasa 'berat' sikit dengan benda ni...kalau digunakan secara baik fungsi frenstr ni, x ada apa2 masalah kan?

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.