Back to home page

Menipu Penyamun

06 April 2007 • 8 Komen Cetak Chenta!
Salah satu petua untuk menipu penyamun adalah dengan menyembunyikan wang yang anda bawa. Sorok duit dalam stokin atau dalam kasut sudah lapuk. Dan kadang-kadang membawa dompet pendua pun sudah tidak selamat. Penyamun sudah semakin cerdik. Banyak makan Ginkgo Biloba agaknya. Jadi, apa kata sembunyikan duit dalam pen seperti ini:

duit pen fosisKebanyakkan orang tak akan menyangka dalam pen ada duit. Taktik ini mungkin boleh digunakan kalau anda terpaksa melalui jalan yang agak sunyi dan dodgy di waktu malam, dan pada masa yang sama membawa wang tunai beratus-ratus RM.

Pastikan pen yang digunakan adalah bersaiz besar dan bukan lutsinar. Gulung wang tu kecil-kecil. Taktik ini Insya-Allah berjaya kalau penyamun tersebut tidak membaca entri ini ;).

Setelah berusaha, pastikan berdoa agar tidak bertembung dengan mana-mana penyamun jalanan, dan kemudian bertawakal. Kalau penyamun itu dapat tahu ada duit dalam pen, maka itulah takdir Allah. We can cheat the robbers, but we can't cheat Allah. Yang penting kita sudah berusaha dan bertawakal.

Imam al-Ghazali kata, tawakal itu ialah menetapkan segala keyakinan kita kepada Allah dan semua yang dijanjikan-Nya. Maksudnya, segala apa yang telah Allah tentukan kepada kita, pasti akan kita perolehi, walaupun semua makhluk yang ada di dunia ini cuba menghalangnya. Dan segala apa yang tidak Allah tentukan kepada kita, pasti tidak akan kita perolehi, biarpun seluruh isi alam ini berusaha menolong kita untuk mendapatkannya.

Allahu Akbar. Alangkah mudahnya hidup ini jika manusia memahami maksud tawakal. Tapi bukan mudah jang ooi. Kalau iman tak kuat, mana mungkin tawakal juga boleh kuat. Apa pun, siapa-siapa yang ada petua bagi menipu penyamun tarbus, silalah kongsinya di sini.


TERIMA KASIH

gambar kitab islamTerima kasih banyak-banyak kepada seorang kakak ni yang menghadiahkan saya kitab The Key to Arriving at the Door of the Messenger s.a.w. yang sangat bernilai. Katanya, sempena Maulidur Rasul. Jazakumullah hu khairan kathira. Speaking Arab sikit. Cuma saya tertanya-tanya, Volume 1 buku ini boleh didapati di mana?

Dan terima kasih juga kepada yang membawa buku ini dari UK dan kemudian menghantarnya pula sehingga ke hadapan pintu rumah. Semoga Allah membalasnya dengan sesuatu yang baik juga.

8 Komen Tambah Komen↴

allahumma Salli wasallim wa barik 'ala Sayyidina wa maulana Muhammad wa a'ala aali Sayyidina Muhammad bi'adadi rahmatillah,

volume 1- urdhu version, isi kandungannya sama...moga sama2 dapat memanfaatkan buku itu, n moga bertambah rahmat Allah pd semua berkat buku itu yg penulisnya bermaqam waliyullah.

fyi,Shaykh Abdul Aziz recommended baca Durud Lakhi bagi yg sibuk- 100,000 fold of solutation..masyaAllah.above all-it was composed by Rasulullah s.a.w

tq- dari 'shared', saya dgr dari ceramah mawlid SyHamza Yusof yg pasal 'rahim', Allah Taala berkati organ ni pada perempuan saja, masyaAllah- terfikir yg perempuan ini nampaknya, terlebih satu 'rahim' Allah kat kami, dibandingkn dgn lelaki.

padanla wujud "tangan yg menggoncang buaian itu boleh menggoncang dunia" ya. yg mana jika bukan pemilik tangan itu sendiri yg 'menggoncang dunia', tapi barakahnya mengalir pada yg dibuainya (tak kisahlah baby lelaki or perempuan, yg bakal jadi penggoncang dunia)...ini dinamakan 'hidden barakah'.Allahu Allah.

maafi...susun atur ayat yg tak teratur.

Tanpa Nama

Hmnn kalaula penyamun tu baca blog ni...
hilanglah satu teknik hehe

:) dhuat

Tanpa Nama

kalau penyamun tu nak pinjam pen sbb x mampu nk beli alat tulis, abislaaa... :p

Cool!

misoSoup biasanya ada duit emergency fund dlm beg. Duit ni x digunakan melainkan betul2 kecemasan. Selama ni main selit2 kat celah2 poket dlm beg jer. Hm, menarik gak kalau tukar style selit dlm pen pulak.

Tapi lepas ni kena la pastikan bawak 2 btg pen, sbb kalau tidak nnt x de pen plak yg boleh diguna utk menulis walaupun secara zahirnya ada 'pen'...kalau org lain ada, kantoi pulak tu!

Tanpa Nama

Haa..bawak la pen banyak2. Tapi kalau simpan pen dalam beg, dan tiba-tiba kena ragut, masalah juga kan? Jadi mungkin boleh simpan dalam perut seperti yang ahli silap mata Scottish ni buat:
http://www.youtube.com/watch?v=sNSnSbH05qo

UmmuMuhd, terima kasih untuk info tu. Volume 1 dalam bahasa Urdu rupanya. Tapi saya tertanya-tanya pulak. Adakah Sidi Abdul Aziz mensyarahkan kitab ni di sana? Dan UmmuMhmd ada info ringkas tentang Sheikh Muhammad Sadiq Alwi ni ke? Saya cuba cari di internet, tapi tak dapat.

nak nyanyi Qasida Mudariyya (bukan Quintet) ikut lagu Burdah Fasal 6 di link rayaheen.net:

http://www.rayaheen.net/sounds.php?g=4

maaf takde biodata Shaykh Muhammad Sadiq- cuma tahu dia menetap di Blackburn, uk (tapi kelakar, Sidi Wiki/google takde simpan rekod)..mungkin ada Sidi2 pelawat blog ni yg tahu.

sepengetahuan saya, Shaykh AAA tiada lagi buat class syarah kitab ni.

allahua'lam

Tanpa Nama

quick glance-
pg220 -selawat Imam Ash-Shadili- (100,000fold)-shorter than Durud Lakhi

pg 36-akhir selawat Imam Al-Haddad, right b4 the quintet..3times recitation of the selawat = reward of reciting Dala'il al-Khairat

pg 223 - selawat Fatih of Shaykh Muhammad Al-Bikri (6000 or 10,000)

bagus untuk org2 yg sibuk.

Tanpa Nama

salam..

terima kasih. satu teknik yang bagus. he he he.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.