Back to home page

Is Islam.. Is Malaysia..

10 April 2007 • 5 Komen Cetak Chenta!
Dua perkara yang penting dalam hidup saya: Islam dan Malaysia. Apa kata dunia tentang Islam dan Malaysia secara umumnya? Sheikh Google Suggest ada jawapannya.

IS ISLAM...



Jadi apa yang kita boleh belajar tentang keputusan ini? Secara umumnya kita boleh kata bahawa dunia tertanya-tanya adakah:
  • Islam itu satu agama?
  • Islam agama yang membawa keamanan atau keganasan?
  • Islam adil atau tidak kepada wanita?
Jadi ini patut menjadi fokus dakwah kita, terutamanya bagi mereka yang tinggal di Barat/negara bukan Islam.

Jika sekadar menaip perkataan 'is..' sahaja (taip is + spacebar), maka keputusan kedua paling tinggi ialah is there a god, dengan 647,000,000 results. Keputusan ini secara kasarnya boleh menunjukkan bahawa semakin ramai orang yang mahu mencari kebenaran Tuhan dan juga yang mencari kebenaran Tuhan tidak wujud. Golongan yang mana lebih banyak, tidaklah dapat dipastikan.


IS MALAYSIA...



Nampaknya, Kementerian Pelancongan mungkin akan mengalami detik-detik sukar untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2007. Sejak dulu sampai sekarang, ada lagi rupanya yang masih tidak tahu bahawa Malaysia itu sebuah negara. Dan masih ada lagi yang menyangka bahawa Malaysia terletak di dalam Singapura.

Malaysia di dalam Singapura? Ibarat memasukkan gajah dalam peti ais. Hai, kadang-kala penat juga melayan mat saleh yang bertanyakan di mana Malaysia. Akhirnya, Singapura juga yang terpaksa dijadikan rujukan. Mungkin selepas ini, kalau ada mana-mana orang putih yang bertanyakan kepada saya di mana Malaysia, saya akan menjawab, "Sila gunakan Google Bumi."

Apa pun, ini bukan keputusan saintifik. Hanya boleh memberikan gambaran kasar sahaja. Kalau taip is Singapore.., keputusannya pun lebih kurang dengan Malaysia juga. Apa yang boleh kita faham di sini, Malaysia dikaitkan dengan Singapore, safety, third world country, dan Islamic country.

Dan jika Islam pula, ia dikaitkan dengan religion of peace, evil, dan fair to women. Apa kata anda pula yang cuba bereksperimentasi, seperti is George Bush.., dan lihatlah dunia mengaitkan Bush dengan apa.

5 Komen Tambah Komen↴

Result untuk Bush:

Klik

hehe..

salam..

adakah Islam itu inovasi dalam kehidupan manusia.. ? :)

adakah Islam itu inovasi pada kelahiran ilmu2 dunia dan akhirat.. ?

Islam adalah inovasi ke arah kesejahteraan alam keseluruhannya..

Terima kasih untuk Allah dan Rasul tercinta..

wassalam

akhie

Akhir-akhir ni Tawel macam dah lari dari niche asalnya. Hmm...

terpaksa shout kat sini..cbox takde :(

lama x de entri baru tawel.ke terkedu kena tegur ngan bangku..hehe

Hehe..sabo2..takde terkedunya. Ada perkara penting yg memerlukan lebih fokus buat masa ni. Sebab tu disable cbox jap dan ada comment moderation untuk mengelakkan unnecessary spam dan jugak untuk slow down sket blog ni.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.