Back to home page

As Subhu Bada Min (Allahu Allah)

27 Mei 2007 • 12 Komen Cetak Chenta!
Please scroll down for lyric...




As Subhu Bada adalah salah satu lagi nyanyian nasyid tradisional Islam yang kita warisi sejak sekian lama lagi. Tajuk As Subhu Bada ini mempunyai sedikit variasi sama ada dari aspek ejaan rumi atau pun tajuknya itu sendiri.

Kadang-kadang ia sekadar dieja sebagai Assubhubada seperti mana yang digunakan oleh Raihan dalam album Gema Alam. Versi yang dipopularkan oleh Zain Bhikha pula tidak menggunakan tajuk As Subhu Bada, sebaliknya dinamakan Allah Hu Allah. Setakat yang saya tahu, penyanyi/kumpulan nasyid yang berbeza akan menyanyikan lagu ini dengan terdapat sedikit variasi pada liriknya.

Oleh itu, saya sendiri juga tidak dapat memastikan versi asli As Subhu Bada. Mungkin versi terbaik dan yang menghampiri kepada lirik yang asal adalah dari dendangan Qari Waheed Zafar Qasmi. Selain itu, terdapat juga 2 pandangan yang berbeza tentang siapakah penulis asal puisi As Subhu Bada.


DUA PENDAPAT BERBEZA

Menurut Qari Muhammad Abdul Jaleel dalam CD Listen Children, As Subhu Bada dikarang oleh Hassan bin Thabit radiallahu anhu. Hassan bin Thabit adalah salah seorang sahabat rapat Rasulullah sallahu alayhi wassalam. Beliau juga merupakan antara penulis puisi terhebat yang hidup di zaman Rasulullah. Maka tidak hairanlah Rasulullah telah menjadikan beliau sebagai penyair peribadi Baginda. Pada hari ini, puisi-puisi karangan beliau boleh didapati di dalam Diwan Hassan bin Thabit.

Menurut Qari Waheed Zafar Qasmi pula yang telah menyanyikan naat As Subhu Bada ini selama lebih kurang 40 tahun, beliau sendiri juga tidak mengetahui asal-usul puisi ini, sehinggalah beberapa tahun lepas ada seorang hamba Allah yang membuat sedikit kajian tentangnya, dan menyatakan bahawa As Subhu Bada adalah hasil garapan Jalaludin Muhammad Rumi (Maulana Rumi), iaitu seorang ulama Sufi berbangsa Parsi yang hidup kira-kira 800 tahun dahulu.

Maulana Rumi telah menghasilkan banyak puisi-puisi yang begitu menusuk kalbu manusia. Pada hari ini di Amerika Syarikat, penyair paling gah di sana bukannya Edgar Allen Poe kelahiran Massachusetts, sebaliknya adalah Maulana Rumi yang lahir di bumi Khurasan! Dan terjemahan puisi-puisi beliau juga kini mendapat tempat di hati-hati bintang Hollywood terkenal seperti Madonna, Goldie Hawn dan Demi Moore.

Oleh kerana penulis sebenar puisi/naat/qasidah/nasyid As Subhu Bada ini tidak dapat dipastikan dengan tepat buat masa sekarang, maka kita berpeganglah sahaja kepada 2 pendapat yang berbeza itu. Jika ia dikarang oleh Hassan bin Thabit r.a., maka puisi lagenda ini sudah pun berusia 1400 tahun, dan jika ia ditulis oleh Maulana Rumi, maka umurnya sudah pun menjangkau hampir 800 tahun.

Secara ringkas, puisi As Subhu Bada ini memuji-muji Rasullah saw yang membawa cahaya keimanan yang menyuluh kehidupan sekalian manusia yang dahagakan petunjuk dan pedoman. Selain itu, ia turut menceritakan beberapa mukjizat yang dimiliki Nabi, antaranya tentang peristiwa Rasulullah membelah bulan dan batu boleh bercakap.

Mungkin kita tidak boleh merasakan kehebatan bahasa puisi ini, lebih-lebih lagi jika kita tidak faham bahasa Arab. Malah orang-orang Arab yang hidup pada hari ini juga belum tentu lagi memahami dan merasai asyiknya linguistik dan gaya bahasa Al-Quran. Seperti yang pernah saya tulis nun jauh di sana:
Baca Al-Quran tak faham makna adalah lebih baik dari baca Al-Quran dan lepas tu pandai-pandai nak keluarkan hukum sendiri. Hanya semata-mata faham bahasa Arab, tak bermaksud kita faham apa sebenarnya yang Al-Quran nak sampaikan.

Al-Quran turun 1400 tahun dahulu pada zaman puncak dan gemilang bahasa Arab. Seni bahasa zaman itu tak sama dengan seni bahasa Arab zaman sekarang. Orang-orang Arab juga sebenarnya perlu belajar bahasa Arab Al-Quran sebelum mahu sedap-sedap kondem orang sebagai keldai.

Bahasa Arab zaman Nabi adalah ibarat bahasa Inggeris zaman William Shakespeare, atau ibarat Bahasa Melayu zaman Tun Sri Lanang dan Hamzah Fansuri. Orang-orang putih zaman moden juga mengalami masalah untuk memahami karya asli Shakespeare. Orang Melayu, yang faham bahasa Melayu, juga mengalami masalah untuk memahami prosa klasik Melayu. Tak percaya sila tanya calon-calon SPM yang mengambil kertas Bahasa Malaysia.

Jadi apa yang boleh menjamin para penutur Arab moden hari ini, betul-betul memahami makna Al-Quran, sedangkan orang Melayu sendiri juga terkial-kial untuk memahami prosa klasik warisan kita seperti Misa Melayu dan Bustanus Salatin!

Walau pun kita tidak faham sepatah haram puisi tersebut, tetapi saya rasa dengan menghayati rentak dan bunyi alunan As Subhu Bada ini sahaja sudah mampu untuk membuatkan kita menambahkan rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah saw.


CINTA KITA KEPADA...
Sebelum kita boleh mencintai Rasullullah, maka kita perlulah jatuh cinta kepadanya terlebih dahulu. Dan mahu jatuh cinta kepada Rasulullah tidaklah semudah seperti manusia jatuh cinta kepada jantina yang berlawanan; iaitu cinta lelaki-perempuan. Jatuh cinta dalam percintaan lelaki-perempuan biasanya adalah sesuatu yang tidak disengajakan, iaitu seperti kita jatuh pokok. Kita tidak paksa diri kita untuk jatuh pokok, sebaliknya kita terjatuh pokok.

Dalam kes cinta umat Islam kepada Rasulullah, kebanyakkan tidak ada konsep terjatuh cinta, sebaliknya kita mesti berusaha untuk menjatuhkan cinta kita kepada Baginda saw. Salah satu cara untuk menjatuhkan cinta di hati kepada Rasulullah adalah dengan memperbanyakkan selawat ke atas Baginda. Sudah banyak kali kita mendengar dalil-dalil tentang fadhilat selawat, cuma kita ini sahaja yang kadang-kadang rasa sibuk+susah+malas untuk berselawat.

Kita tahu bahawa dalam ucapan selawat itu ada ucapan doa keamanan dan keselamatan kepada Baginda. Nabi mungkin tidak memerlukan selawat kita, memandangkan Allah dan para malaikat-Nya telah pun berselawat ke atas Nabi (Surah al-Ahzab, 56). Manusia mana yang mampu menandingi selawat dari Allah dan malaikat-Nya? Tetapi kita yang sebenarnya sangat-sangat memerlukan untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi.

Bukankah dengan satu selawat kita ke atas Nabi, maka Allah akan memberikan sepuluh selawat ke atas kita? Apakah yang lebih baik di dunia ini dari selawat Allah ke atas diri kita yang hina ini?


SAYA MENGGEMARI VERSI...
Apa pun sebagai penutup, saya secara peribadi lebih menggemari As Subha Bada versi Zain Bhikha, iaitu Allah Hu Allah. Di dalam versi ini, Zain Bikha berduet dengan Majid Hussain. Zain Bhikha menyanyikan bait Arab manakala Majid Hussain mendendangkan versi Urdu. Allah Hu Allah dimuatkan dalam album Our World yang katanya:
The aim of this album was to try and portray, in a small way the many diverse cultures, languages and traditions that we as humankind possess. How Islam unifies us all as brothers and sisters working towards a single, common objective of complete submission to the will of our Creator.

Saya kira album ini berjaya mencapai misinya. Dalam dunia yang semakin hilang sempadan ini, saya kira agak penting juga untuk kita lebih mengenali dan mendekati saudara seIslam kita yang berlainan bangsa, bahasa, budaya dan identiti.

Di Malaysia, kita sering mendengar celoteh rakyat jelata yang tersalah faham bahawa Islam itu untuk Melayu sahaja. Masuk Islam bermakna masuk Melayu. Jika orang Cina masuk Islam, maka dia akan terus jadi Melayu. Tetapi sebenarnya, masalah ini bukan hanya terhad di kalangan masyarakat Melayu yang beragama Islam.

Di negara-negara Barat pula, masuk Islam bermakna menjadi Arab. Apakah mereka ini tidak sedar bahawa negara paling ramai umat Islam bukannya terletak di mana-mana negara yang unta membiak subur di atasnya, sebaliknya ia berada di Indonesia yang memiliki kira-kira 213 juta Muslim?

Lepas ini kalau mahu berdakwah kepada bukan Islam, mari terapkan di hati mereka bahawa Islam itu untuk semua, bukan untuk Arab, bukan untuk Melayu, bukan untuk Indon, dan bukan juga untuk Paki. Everybody can embrace Islam!


LYRIC of AS SUBHU BADA MIN
I only list the lyric from Zain Bhikha, Qari Waheed Zafar Qasmi and Raihan. Please keep in mind that there are still many singers out there who sing this nasheed.


Zain Bhikha version - Allahu Allah
Arabic by Zain Bikha, Urdu by Majid Hussain
* I do not know why the Urdu translation seems a bit longer than the Arabic. But I think the meaning for each stanza is still the same. Correct me if I am wrong. You can also read the English translation of As Subhu Bada below, right after the Zain Bhikha version.


Chorus:
Allahu Allahu Allahu Allah
Allahu Allahu Allahu Allah

Arabic 1
As-subhu badaa min tal'ati hii
W-al-laylu dajaa min waf-rati hii

Urdu 1
Hai nur-i sahar chehre se tere
Aur Shab ki raunaq zulfon se

**Repeat chorus**

Arabic 2
Kanz-ul-karami mowl-an-ni' amii
Haad-il-umami li shari'ati hii

Urdu 2
Ni'mat Ka khazina hai Mawla
Ganjina-yi rehmat ke hai Aqa

Urdu 3
Hadi hai tammam-i ummat ka
Aur rehnuma hai shari'at ke

**Repeat chorus**

Arabic 3
Sa'at-ish-shajaruu nataq-al-hajaruu
Shaqq-al-qamaruu bi ishaaratihii

Urdu 4
Ungli ke ishare par a chale
Hijaz se pathar bol ute

Urdu 5
Aur chand huwa do tukre
Angusht ke aik ishare se

**Repeat chorus**

Arabic 4
Jibrilu ataa laylata asraa
W-ar-rabbu da'aa fii hadrati hii

Urdu 6
Jibril-i Amin paigham-i khuda
Lekar aye the shab-i asra'

**Repeat chorus**

Arabic 5
Fa wasiilatunaa huwa sayyidunaa
W'al-izzu lanaa bi ijaabati hii

**Repeat chorus**


English Translation of As Subhu Bada
*I think this translation is based on Zain Bhikha version:

The morning light is by your countenance
And the splendour of the nights by your plaits
The master is a treasure of grace
The master is a treasure of mercy
He is the guide of the whole community
And the one who shows the way of the Sacred Law

They (sheep) came upon the gesture of a finger
Stones from the Hijaz began to speak
And the moon was split in two
By a single gesture of the finger

On the night of the Ascension
The Archangel Gabriel came with tidings of God
Allah called him to the heavens
(And) bestowed upon him the honour of intimacy


Qari Waheed Zafar Qasmi version
You read this additional stanza after Urdu 6:

Urdu 7:
Allah hane Arsh pe bulwiya
Kurbat ke sharaf unko baksha

**Repeat chorus**

Arabic 6:

Fa Muhammaduna huwa Sayiduna
Fal iszulana li ijaabetihi

Urdu 8:
So Mohammad hai apane aqa
Is nam se apani izzo vaqa

**Repeat chorus**
**Repeat Arabic 1**
**Repeat Urdu 1**
**Repeat chorus**



Raihan version - Assubuhubada:
*This version carries quite a significant contrast than the version of Zain Bikha and Qari Waheed Zafar Qasmi.

As-subhu badaa min tal'ati hii
W-al-laylu dajaa min waf-rati hii

*Arabic lyric (I can't find the lyric yet)*

Kerasulan diakui kerana kelebihan
Ketinggian membawa ke jalan kebenaran

*Arabic lyric (I can't find the lyric yet)*

Keturunan yang baik keturunan mulia
Semua kaum arab mengikutinya

Jibrilu ataa laylata israa'
W-ar-rabbu da'aa fii hadrati hii

Jibril pun datang di malam Isra'
Tuhan membawanya sebagai pengalaman

Fa Muhammaduna hu Sayiduna
Fal iszulana li ishaarati hii

Muhammad penghulu kami kemuliaan bagi kami
Kerana hidup bersama-samanya


Dengar juga:

PS:
Naat = Nasyid.

12 Komen Tambah Komen↴

Assalamualaikum bro Tawel.

Lama menyepi?

Tertunggu-tunggu juga tulisan bertenaga anda.

:)

Wa'alaikumussalam.
Hehe. Rindu ke? Kena tulis perlahan-lahan. Kalau laju sangat, terbabas pulak nanti :).

Salam,

Nak share another version of As Subhu Bada.

It is from Santri Langitan (Students of Langitan Pesantren in Tuban, East Java, Indonesia) :

http://www.youtube.com/watch?v=d46WCvoubDY

Saya selalu dengar versi As Subhu Bada dalam bahasa arab dalam radio IKIM. Perasaan tak boleh digambarkan sampai mengalir air mata. Cuma nak tahu versi siapakah itu..

Tanpa Nama

Salam. Tuan Tawel Sensei, hamba terjatuh cinta dengan lagu As Subhu Badaa Min versi tradisional, nyanian Qari Ziyad Patel. Kalau tidak keberatan, bolehkah tuan 'menyediakan' mp3nya untuk didownload? Kerana terlalu susah untuk dicari di alam maya ini. Sebutan lafaz al-jalalah yang terdapat padanya sungguh menusuk hati!

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam Tuan Alburnawi. Ini dia lagunya.

Terima Kasih!

Tanpa Nama

alhamdulillah..xsangka sume persoalan tjawab disini. sy bru je tw psl asubhu bada ketika raihan menyanyikannya.n dgar cerite rakan yg cube dload dr youtube tdpt byk versi,maka ramai yg bdebat mengenainya. lgsg xtw yg lagu ni sudah lama usianya

nur

Assalamualaikum. Terima kasih sebab share benda ni. Sangat berguna.

Skg sy mengandung 6 bulan lebih.. Sy sering mendengarkan As Shubu Bada ni kt baby dlm kandungan..Alhamdulillah baby dlm kandungan seirng memberi tindakan yg sgt memberansangkan stp kali didgrkan alunan ni.. hehe agaknya dah biasa dgr kan.. alhamdulillah..

kalau yang di
http://www.youtube.com/watch?v=5vCf3RW5EAE&feature=results_main&playnext=1&list=PLA8E8B63DD9F8B639
menit ke 5.34
versinya siapa?
ada yg tau link downloadnya?

syukran

Tanpa Nama

salam.
lirik assubhubada dlm bhs arab,
http://www.islamiclyrics.net/waheed-zafar-qasmi/as-subhu-bada-min/

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.