Back to home page

Jashne Aamede Rasool

28 Mac 2007 • 9 Komen Cetak Chenta!



Ya Nural 'ain (Wahai Cahaya Mataku)

Dendangan: Shaam (lihat profile MySpace); merupakan sebuah kumpulan nasyid yang sangat popular di United Kingdom.

Album: Mawlid at Abbey Road. Abbey Road adalah nama satu jalan di London, yang di situ ada terletaknya Abbey Road Studio yang agak gah juga di Britain.

Rating oleh Hembusan: 9.5 Stars!!

shaam mawlid at abbey road

Sesiapa yang mahir berbahasa Arab, apa kata tolong terjemahkan Ya Nural 'ain ini. Nanti boleh saya letakkan terjemahan itu di sini. Ehem, ehem.. apa guna kalau hebat bahasa Arab jika tidak mahu buat terjemahan ini ;)

Ya Rabbi salli 'ala Muhammad, Ya Rabbi salli 'alayhi wa Sallim.

*Jashne Aamede Rasool = Sambutan Kedatangan Rasul. Dari bahasa Urdu.

9 Komen Tambah Komen↴

Mawlid at Abbey Road mmg misoSoup's favourite album by Shaam.. baru jer bli masa awal Muharram aritu ;)

misoSoup

siapa yang di malaysia boleh beli 'nur selawat' terbitan inteam records.. untuk dunia dan akhirat.. memang berbaloi !

;)

akhie

Peminat In-Team ke akhie? :D Ha..beli2. Cuma sekurang2nya kita kena tahulah sikit-sikit asal-usul lagu-lagu tu. Sekarang ni banyak syarikat rakaman yang dah terlalu mengkomersilkan lagu-lagu yang tok-tok ulama kita yang cipta zaman dulu-dulu, sampai lupa nak menceritakan sejarah disebaliknya.

Contoh: Orang lebih kenal Mawi yang membikin album Doa, Berzanji dan Qasidah Berlagu. Tetapi orang dah makin tak kenal Imam Ja'afar al-Barzanji yang karang syair Mawlid Barzanji.

Tapi ini tak bermakna hamba pun tau jugak semua benda yang masuk ke telinga ni.

aik, cam ne title entri kite buleh same ni? Tapi tak pa no ...

sebenarnya ambo cari naat Mustafa Rehmat pey la kho salam, tapi jumpa plak jasyne, sodap jugak telinga dengar

Laa mana tidaknya. Tuan Abu Muhammad pun dapat idea title entry dari lagu yang sama, Jashne Aamede Rasool. Lagu ni pun Shaam la jugak yang nyanyi:
http://www.myspace.com/shaamgroup.

Hehe..ada makna kaa? Minat naat ke?

minat jugak naat kalau tahu maknanye, Mustafa Jaane rehmat tu yg ambo sering dengar waktu kekawang dari sana buat mawlid, ianya macam marhaban kita, dibaca waktu mahalal qiyam. Karangan Syaikh Ahmad Ridha Khan Barelwi al-Qadiri, guru besar pengikut Ahlus Sunnah Qadiri Barelwi.

tak ada yang boleh terjemahkan ke.. ?

akhie

abumuhd tu, suruh dia terjemahkan, bagus tu kalau abumuhd terjemah, tengok dia banyak terjemah diblognya, terjemahannya mudah difaham oleh semua golongan.

ibnulfaridh

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.