Back to home page

Bacaan Maulid Nabi

01 April 2007 • 7 Komen Cetak Chenta!


Satu lagi track dari Mawlid at Abbey Road oleh Shaam. Album ini ada 33 track kesemuanya. Dan track yang anda dengar ini adalah gabungan track 24 & 25, yang masing-masing bertajuk Talama Ashku Gharami dan Ya Rijal Allah.

Sokonglah kumpulan nasyid ini dengan membeli album mereka.

Bacaan ini adalah antara bacaan-bacaan lazim yang dibaca ketika majlis maulid Nabi diadakan. Walaupun saya cuma faham sikit-sikit sahaja, tetapi dengan hanya mendengar irama dan rentak alunan nyanyian maulid tradisional berentak Syria ini, sudah cukup memberikan rasa cinta kepada Rasulullah sallahu alayhi wasalam.

Tetapi malangnya, ada juga umat Islam yang seolah-olah benci, malah membida'ah sesatkan orang-orang yang berkumpul membaca zikir maulid ini. Entah apa kena. Tak tahulah hamba.

Baca maulid dikatakan bida'ah, tetapi kalau nyanyi lagi nasyid Hijjaz, Raihan, Sami Yusuf, yang memuji-muji Nabi, tak pula dikatakan bida'ah sesat. Berkumpul bagi membaca bait-bait puisi Qasidah Burdah karangan Imam al-Busiri, juga dikatakan sesat. Masuk neraka. Waduh waduh. Orang yang pergi tonton siaran bola di stadium sampai lupa nak solat pun kita tak senang-senang tuduh mereka masuk neraka.

Ini zaman berkecamuk. Ini zaman orang suka menghantar orang lain ke neraka berbanding ke syurga. Rasa-rasanya, isu membida'ahkan sambutan maulid Nabi ini macam dah agak kurang kedengaran berbanding dahulu. Dah insaf agaknya. Mana-mana yang tak insaf lagi, sila baca entri yang lepas.

Baiklah. Kita abaikan sahaja golongan yang suka bawa isu remeh-temeh itu. Mari menyanyi bacaan maulid di atas. Ya Rabbi salli 'ala Muhammad, Ya Rabbi salli 'alayhi wa Sallim:


JALAN-JALAN:
Kempen Selamatkan Hijaz. Satu kempen bagi menentang proses pemusnahan tempat-tempat bersejarah Islam di Mekah dan Madinah.

7 Komen Tambah Komen↴

cerita la sket majlis2 maulid yg kau pegi kat UK/Ireland...

Pengalaman?

"Brother, the Salafs never do this. This is bid'ah brother. Bid'ah, bid'ah. Hellfire. Jahannam."

Kat Ireland mana ada sambutan maulid macam kat UK.

ana sambut mawlid dgn membaca hadis2 nabawi..

ana tidak memnyanyi mawlid bersama famili..mungkin kerana terdapat sajak2 yg mereka tidak faham..

lebih elok kita baca kalam nabi.. dapat pahala ;)

sekadar pendapat sendiri

Tanpa Nama

Sedap bacaan maulid versi syria ni dgn pukulan gendang. Mana nk dpt versi mp3 yg penuh untuk download?

http://barokah.wordpress.com

Tanpa Nama

bidaah..bidaah... satu perkataan yg sohor skrang..hehe.. tp ttg murtad tak plak... :D

Tanpa Nama

Kalau nabi tak sebut pasal bidaah ini kita org tak akan sebut.
Para sahabat yang lebih alim dari org islam sekarang nih tak buat
benda nih. Tak pikir ke..amal ibadat jangan buat sesuka hati mana ada syariat
bidaah betullah

Tanpa Nama

Kepada Sheikh Anonymous di atas, ini sebab kamu orang sudah terlalu fanatik kepada konsep bidaah.

Get a life man..

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.