Back to home page

Tweet-tweet

    Tentang Blog Ini

    ...lebih bersifat komentar tentang isu sosial. Blog ini jarang ada entri baru. Ada masa, aku tulis. Tak cukup masa, aku tak tulis.
    Oleh Tawel SenseiHubungi

    Hembusan boleh dilanggan secara
    e-mel atau pun RSS. (?)


    Memaparkan catatan dengan label sirah nabi. Papar semua catatan
    Memaparkan catatan dengan label sirah nabi. Papar semua catatan

    Video Jejak Rasul

    14 Jun 2007 • 10 Komen
    Buat mereka yang suka untuk mengetahui kisah Islam dan para Nabi..

    Buat mereka yang sedang menjadi musafir sepenuh masa di negeri asing..

    Buat mereka yang sudah lupa bagaimana rasanya menyambut Ramadan di Malaysia..

    Buat mereka yang bakal bersolat terawih dalam masa 3 bulan lagi di perantauan..

    Dan buat mereka yang kadang-kadang, sekali-sekala, jarang-jarang, atau selalu-selalu rindukan kampung halaman di Malaysia..

    Terimalah siri Jejak Rasul Musim ke-12 yang ditayangkan di TV3 pada bulan Ramadan yang lepas.


    Ini episod pertama. Untuk 9 episod yang berikutnya, boleh lihat playlist ini.


    PS: Saya akan upload episod 7 dan 8 kemudian, InsyaAllah. Ada masalah teknikal sedikit. Sebenarnya ada 30 episod, tapi yang saya dapat cuma 10 episod terawal sahaja. Lagi 20 tak tahu di mana. Tukang encoder lupa agaknya nak encode lagi 20 video.

    HINT: Subscribe me!
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Bacaan Maulid Nabi

    01 April 2007 • 7 Komen


    Satu lagi track dari Mawlid at Abbey Road oleh Shaam. Album ini ada 33 track kesemuanya. Dan track yang anda dengar ini adalah gabungan track 24 & 25, yang masing-masing bertajuk Talama Ashku Gharami dan Ya Rijal Allah.

    Sokonglah kumpulan nasyid ini dengan membeli album mereka.

    Bacaan ini adalah antara bacaan-bacaan lazim yang dibaca ketika majlis maulid Nabi diadakan. Walaupun saya cuma faham sikit-sikit sahaja, tetapi dengan hanya mendengar irama dan rentak alunan nyanyian maulid tradisional berentak Syria ini, sudah cukup memberikan rasa cinta kepada Rasulullah sallahu alayhi wasalam.

    Tetapi malangnya, ada juga umat Islam yang seolah-olah benci, malah membida'ah sesatkan orang-orang yang berkumpul membaca zikir maulid ini. Entah apa kena. Tak tahulah hamba.

    Baca maulid dikatakan bida'ah, tetapi kalau nyanyi lagi nasyid Hijjaz, Raihan, Sami Yusuf, yang memuji-muji Nabi, tak pula dikatakan bida'ah sesat. Berkumpul bagi membaca bait-bait puisi Qasidah Burdah karangan Imam al-Busiri, juga dikatakan sesat. Masuk neraka. Waduh waduh. Orang yang pergi tonton siaran bola di stadium sampai lupa nak solat pun kita tak senang-senang tuduh mereka masuk neraka.

    Ini zaman berkecamuk. Ini zaman orang suka menghantar orang lain ke neraka berbanding ke syurga. Rasa-rasanya, isu membida'ahkan sambutan maulid Nabi ini macam dah agak kurang kedengaran berbanding dahulu. Dah insaf agaknya. Mana-mana yang tak insaf lagi, sila baca entri yang lepas.

    Baiklah. Kita abaikan sahaja golongan yang suka bawa isu remeh-temeh itu. Mari menyanyi bacaan maulid di atas. Ya Rabbi salli 'ala Muhammad, Ya Rabbi salli 'alayhi wa Sallim:


    JALAN-JALAN:
    Kempen Selamatkan Hijaz. Satu kempen bagi menentang proses pemusnahan tempat-tempat bersejarah Islam di Mekah dan Madinah.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Jashne Aamede Rasool

    28 Mac 2007 • 9 Komen



    Ya Nural 'ain (Wahai Cahaya Mataku)

    Dendangan: Shaam (lihat profile MySpace); merupakan sebuah kumpulan nasyid yang sangat popular di United Kingdom.

    Album: Mawlid at Abbey Road. Abbey Road adalah nama satu jalan di London, yang di situ ada terletaknya Abbey Road Studio yang agak gah juga di Britain.

    Rating oleh Hembusan: 9.5 Stars!!

    shaam mawlid at abbey road

    Sesiapa yang mahir berbahasa Arab, apa kata tolong terjemahkan Ya Nural 'ain ini. Nanti boleh saya letakkan terjemahan itu di sini. Ehem, ehem.. apa guna kalau hebat bahasa Arab jika tidak mahu buat terjemahan ini ;)

    Ya Rabbi salli 'ala Muhammad, Ya Rabbi salli 'alayhi wa Sallim.

    *Jashne Aamede Rasool = Sambutan Kedatangan Rasul. Dari bahasa Urdu.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Muhammad oleh Martin Lings

    18 Disember 2006 • 22 Komen
    Saya sedang download audio book Muhammad - His Life Based on the Earliest Sources yang ditulis oleh Allahyarham Martin Lings. Saya guna torrent dan saiz ceramah itu 937 MB. Buat masa ini, ada 2 seeders dan 2 leechers. Average speed yang saya dapat adalah dalam 10.0 kB/s.

    Jadi, kalau sesiapa rasa nak download juga audio book ini yang disampaikan oleh Sheikh Hamza Yusuf, sila-silakanlah. Sekurang-kurangnya kita boleh tambah leechers dan seeders. Audio book ini saya baca review memang sangat bagus. 5 bintang.

    Jom download!! Get torrent here.

    Pautan berkaitan:
    - Biodata Martin Lings
    - Buku Muhammad - His Life Based on the Earliest Sources

    - Torrent client: uTorrent

    PS: Bagi sesiapa yang banyak duit, saya galakkan untuk beli CD ceramah tu. Harganya dalam USD 99.95 (bersamaan RM 380). Check it out.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Sambut Birthday Nabi

    09 April 2006 • 17 Komen

    Lyric for this chapter can be found here.


    Mawlid Nabi, Birthday Nabi, dan juga Maulidur Rasul membawa erti yang sama sahaja. Tulisan ringkas saya kali ini sekadar ingin membantu menjernihkan fikiran sesiapa sahaja yang sudah terkeliru dengan dakwaan "Menyambut Maulidur Rasul adalah satu bida'ah". Penuduhan di sini sudah tentulah merujuk kepada bida'ah yang sesat atau pun dipanggil sebagai bida'ah dhalalah.

    Saudara seIslamku, berhati-hatilah dalam menjatuhkan hukum bida'ah pada sesuatu perkara. Bila anda mengatakan bahawa saudara seIslam telah melakukan bid'aah, maka ketahuilah bahawa anda sebenarnya telah mengatakan bahawa saudara kita itu akan dimakan oleh api Neraka. Jangan main-main saudara! Nabi saw pun tak mahu lihat umatnya dijilat api Neraka.

    Oleh kerana saya masih tidak menyentuh isu bid'aah secara spesifik, maka saya tidak ingin lagi mengulas panjang tentangnya. Saya ingin membawa pendapat Dr Yusuf al-Qardawi tentang sambutan Maulid Nabi. Kata beliau:
    "Actually, celebrating the Prophet's birthday means celebrating the birth of Islam.......We need all these lessons and such celebrations are a revival of these lessons and values. I think that these celebrations, if done in the proper way, will serve a great purpose, getting Muslims closer to the teachings of Islam and to the Prophet's Sunnah and life". [1]

    Dan ini pula pendapat Ibnu Taimiyyah berkenaan Maulid Nabi seperti mana yang ditulis dalam kitabnya bertajuk Iqtida' Al Sirat Al Mustaqeem (halaman 266):
    "Likewise, what some people have innovated, in competition with the Christians in celebrating the birth of Jesus, or out of love and veneration of the Prophet, that the predecessors didn't do, even though there is a reason for it, and there is nothing against it."[2]

    Jadi Boleh Sambut atau Tidak?

    Sudah tentulah boleh. Walau pun ada pihak terutamanya yang berfahaman Wahhabi, yang mengatakan ia adalah bida'ah yang sesat, pandangan tersebut sebenarnya bukanlah datang dari pandangan ahlus sunnah wal Jamaah.

    Pemahaman Wahhabi tentang konsep bida'ah dalam Islam sebenarnya sangat sempit dan berlawanan dari apa yang telah disepakati oleh para ulama kita. Sebab itulah mereka ini pernah mengatakan bahawa menutupi bahagian dinding Raudhah di Masjid Nabawi dengan kain adalah satu perkara bida'ah. Maka mereka menghalang penggantian kain baru bagi menggantikan kain lama yang sudah sampai tahap koyak-rabak [3]. Pemahaman konsep bida'ah seperti ini adalah tersangat ekstrim. Maka anda tidak perlu hairan kalau mengetahui ada rakyat Arab Saudi yang menganggap tali pinggang keledar sebagai satu bida'ah. [4]

    Pandangan Peribadi Saya

    Saya tahu bahawa kadang-kala ada perkara yang lagha dan haram yang diselitkan dalam sambutan Maulidur Rasul. Dan ini sudah tentulah berlawanan dengan sunnah. Akan tetapi, menyalahkan sambutan Maulid Nabi hanya kerana wujud perkara lagha dan haram di dalamnya, adalah satu perkara yang tidak adil.

    Kalau dalam majlis sambutan Maulidur Rasul ada dijemput wanita untuk menyanyi, kamu janganlah nak tuduh sambutan itu salah dan sesat. Sebaliknya, pihak penganjurlah yang kita kena persalahkan. Kita sebenarnya kena beri pendidikan Islam sepanjang hayat kepada golongan manusia seperti pihak penganjur sambutan tersebut yang masing kurang ilmunya, hatta pada perkara-perkara yang asas dan simple.

    Sebagai contoh lain, kalau dalam kenduri kahwin ada acara karaoke dan joget lambak sampai subuh, kita nak salahkan yang mana? Kenduri atau joget lambak? Kita umat Islam mestilah tahu apa yang prioriti dan apa yang bukan.

    Bulan ini bulan baik. Maka marilah kita bersama-sama mengurangkan aktiviti bida'ah ya :) Konsep bida'ah ini memang salah satu syariat Islam. Tapi jadilah umat Islam yang bijak dalam menjatuhkan hukum bida'ah yang sesat dalam sesuatu perkara. Ingat pesan saya - bila kamu kata seseorang itu buat bida'ah, maka kamu dah halalkan api Neraka untuknya. Berhati-hati.

    Nota Kaki

    [1] Sila rujuk Mufti Islam Online Fatwa Committee, Date 19/Apr/2001, Fatwa ID: 34150. URL asal bagi fatwa tersebut pada ialah: http://islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=34150

    Tetapi nampaknya url tersebut akan re-direct ke url lain yang tidak spesifik. Saya kira ia satu perubahan teknikal. Saya menjumpai semula rujukan pendapat penuh Dr Yusuf Qardawi di sini. Saya sediakan dua lagi back-up link kalau-kalau url di Islam Online itu berubah lagi. Rujuk INI dan INI.

    [2] Untuk membaca lebih banyak pendapat-pendapat ulama terbilang yang menyokong Maulid Nabi, sila rujuk artikel Fatawa of the Rightly Guided Imams on Mawlid yang diambil dari majalah The Muslim Magazine. Perhatikan juga bahawa pada petikan kata-kata Ibnu Taimiyyah dalam bahasa Inggeris tersebut, istilah 'innovated' digunakan. 'Innovated' berasal dari perkataan 'innovate', iaitu mengadakan sesuatu yang baru - atau pun dalam bahasa Arab disebut bida'ah. Maka dalam hal ini, jelaslah bahawa Ibnu Taimiyyah juga tidak menganggap Maulid Nabi sebagai bida'ah dhalalah.

    [3] Rujuk kitab Tarikh al-Madhahib al-Islamiyya oleh Almarhum Imam Muhammad Abu Zahra. Beliau merupakan bekas Sheikhul Azhar dan juga pakar dalam bidang 'usul. Ringkasan isi penting berkaitan Wahhabbi dalam kitab tersebut telah dilakukan oleh Sheikh Gibril F Haddad.

    [4] Berhati-hati dengan laman web Muslim WakeUp kerana laman ini sebenarnya mempromosikan Islam Liberal. Amina Wadud yang menjadi imam wanita dalam solat Jumaat dan sekaligus menjadi contoh terbaik kalau nak menunjukkan bida'ah dhalalah, mendapat publisiti yang 'sangat baik' di laman Muslim WakeUp. Saya memetik artikel dari laman tersebut, iaitu, The Seatbelt as Bid'ah (Religious Innovation) and the Destruction of Muslim History kerana melihat tiada sebarang unsur promosi Islam Liberal di dalamnya.

    ---
    Artikel Tambahan:
    - Mengapa Mencintai Rasulullah?
    - Menyambut Perayaan Maulidur Rasul.

    Al-Joofre ada membuat satu artikel bersiri tentang Sambutan Maulid Nabi:
    Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 | Siri 9 | Siri 10 | Siri 11 | Siri 12 | Siri 13 | Siri 14 | Siri 15 | Siri 16 | Siri 17 | Siri 18 | Siri 19 | Siri 20
    ¶ Teruskan membaca entri ini »