Back to home page

Sambut Birthday Nabi

09 April 2006 • 17 Komen Cetak Chenta!

Lyric for this chapter can be found here.


Mawlid Nabi, Birthday Nabi, dan juga Maulidur Rasul membawa erti yang sama sahaja. Tulisan ringkas saya kali ini sekadar ingin membantu menjernihkan fikiran sesiapa sahaja yang sudah terkeliru dengan dakwaan "Menyambut Maulidur Rasul adalah satu bida'ah". Penuduhan di sini sudah tentulah merujuk kepada bida'ah yang sesat atau pun dipanggil sebagai bida'ah dhalalah.

Saudara seIslamku, berhati-hatilah dalam menjatuhkan hukum bida'ah pada sesuatu perkara. Bila anda mengatakan bahawa saudara seIslam telah melakukan bid'aah, maka ketahuilah bahawa anda sebenarnya telah mengatakan bahawa saudara kita itu akan dimakan oleh api Neraka. Jangan main-main saudara! Nabi saw pun tak mahu lihat umatnya dijilat api Neraka.

Oleh kerana saya masih tidak menyentuh isu bid'aah secara spesifik, maka saya tidak ingin lagi mengulas panjang tentangnya. Saya ingin membawa pendapat Dr Yusuf al-Qardawi tentang sambutan Maulid Nabi. Kata beliau:
"Actually, celebrating the Prophet's birthday means celebrating the birth of Islam.......We need all these lessons and such celebrations are a revival of these lessons and values. I think that these celebrations, if done in the proper way, will serve a great purpose, getting Muslims closer to the teachings of Islam and to the Prophet's Sunnah and life". [1]

Dan ini pula pendapat Ibnu Taimiyyah berkenaan Maulid Nabi seperti mana yang ditulis dalam kitabnya bertajuk Iqtida' Al Sirat Al Mustaqeem (halaman 266):
"Likewise, what some people have innovated, in competition with the Christians in celebrating the birth of Jesus, or out of love and veneration of the Prophet, that the predecessors didn't do, even though there is a reason for it, and there is nothing against it."[2]

Jadi Boleh Sambut atau Tidak?

Sudah tentulah boleh. Walau pun ada pihak terutamanya yang berfahaman Wahhabi, yang mengatakan ia adalah bida'ah yang sesat, pandangan tersebut sebenarnya bukanlah datang dari pandangan ahlus sunnah wal Jamaah.

Pemahaman Wahhabi tentang konsep bida'ah dalam Islam sebenarnya sangat sempit dan berlawanan dari apa yang telah disepakati oleh para ulama kita. Sebab itulah mereka ini pernah mengatakan bahawa menutupi bahagian dinding Raudhah di Masjid Nabawi dengan kain adalah satu perkara bida'ah. Maka mereka menghalang penggantian kain baru bagi menggantikan kain lama yang sudah sampai tahap koyak-rabak [3]. Pemahaman konsep bida'ah seperti ini adalah tersangat ekstrim. Maka anda tidak perlu hairan kalau mengetahui ada rakyat Arab Saudi yang menganggap tali pinggang keledar sebagai satu bida'ah. [4]

Pandangan Peribadi Saya

Saya tahu bahawa kadang-kala ada perkara yang lagha dan haram yang diselitkan dalam sambutan Maulidur Rasul. Dan ini sudah tentulah berlawanan dengan sunnah. Akan tetapi, menyalahkan sambutan Maulid Nabi hanya kerana wujud perkara lagha dan haram di dalamnya, adalah satu perkara yang tidak adil.

Kalau dalam majlis sambutan Maulidur Rasul ada dijemput wanita untuk menyanyi, kamu janganlah nak tuduh sambutan itu salah dan sesat. Sebaliknya, pihak penganjurlah yang kita kena persalahkan. Kita sebenarnya kena beri pendidikan Islam sepanjang hayat kepada golongan manusia seperti pihak penganjur sambutan tersebut yang masing kurang ilmunya, hatta pada perkara-perkara yang asas dan simple.

Sebagai contoh lain, kalau dalam kenduri kahwin ada acara karaoke dan joget lambak sampai subuh, kita nak salahkan yang mana? Kenduri atau joget lambak? Kita umat Islam mestilah tahu apa yang prioriti dan apa yang bukan.

Bulan ini bulan baik. Maka marilah kita bersama-sama mengurangkan aktiviti bida'ah ya :) Konsep bida'ah ini memang salah satu syariat Islam. Tapi jadilah umat Islam yang bijak dalam menjatuhkan hukum bida'ah yang sesat dalam sesuatu perkara. Ingat pesan saya - bila kamu kata seseorang itu buat bida'ah, maka kamu dah halalkan api Neraka untuknya. Berhati-hati.

Nota Kaki

[1] Sila rujuk Mufti Islam Online Fatwa Committee, Date 19/Apr/2001, Fatwa ID: 34150. URL asal bagi fatwa tersebut pada ialah: http://islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=34150

Tetapi nampaknya url tersebut akan re-direct ke url lain yang tidak spesifik. Saya kira ia satu perubahan teknikal. Saya menjumpai semula rujukan pendapat penuh Dr Yusuf Qardawi di sini. Saya sediakan dua lagi back-up link kalau-kalau url di Islam Online itu berubah lagi. Rujuk INI dan INI.

[2] Untuk membaca lebih banyak pendapat-pendapat ulama terbilang yang menyokong Maulid Nabi, sila rujuk artikel Fatawa of the Rightly Guided Imams on Mawlid yang diambil dari majalah The Muslim Magazine. Perhatikan juga bahawa pada petikan kata-kata Ibnu Taimiyyah dalam bahasa Inggeris tersebut, istilah 'innovated' digunakan. 'Innovated' berasal dari perkataan 'innovate', iaitu mengadakan sesuatu yang baru - atau pun dalam bahasa Arab disebut bida'ah. Maka dalam hal ini, jelaslah bahawa Ibnu Taimiyyah juga tidak menganggap Maulid Nabi sebagai bida'ah dhalalah.

[3] Rujuk kitab Tarikh al-Madhahib al-Islamiyya oleh Almarhum Imam Muhammad Abu Zahra. Beliau merupakan bekas Sheikhul Azhar dan juga pakar dalam bidang 'usul. Ringkasan isi penting berkaitan Wahhabbi dalam kitab tersebut telah dilakukan oleh Sheikh Gibril F Haddad.

[4] Berhati-hati dengan laman web Muslim WakeUp kerana laman ini sebenarnya mempromosikan Islam Liberal. Amina Wadud yang menjadi imam wanita dalam solat Jumaat dan sekaligus menjadi contoh terbaik kalau nak menunjukkan bida'ah dhalalah, mendapat publisiti yang 'sangat baik' di laman Muslim WakeUp. Saya memetik artikel dari laman tersebut, iaitu, The Seatbelt as Bid'ah (Religious Innovation) and the Destruction of Muslim History kerana melihat tiada sebarang unsur promosi Islam Liberal di dalamnya.

---
Artikel Tambahan:
- Mengapa Mencintai Rasulullah?
- Menyambut Perayaan Maulidur Rasul.

Al-Joofre ada membuat satu artikel bersiri tentang Sambutan Maulid Nabi:
Siri 1 | Siri 2 | Siri 3 | Siri 4 | Siri 5 | Siri 6 | Siri 7 | Siri 8 | Siri 9 | Siri 10 | Siri 11 | Siri 12 | Siri 13 | Siri 14 | Siri 15 | Siri 16 | Siri 17 | Siri 18 | Siri 19 | Siri 20

17 Komen Tambah Komen↴

InsyaAllah...salam maulid nabi S.A.W...kepada semua umat Islam...semoga kita sentiasa menyayangi, mengingati dan mengamal amalan nabi S.A.W...:)..salam

fetihanum

erm kalo semua benda dianggap bidaah, teruklah gitu...
sampai tahap pakai tali pinggang keledar pun di anggap bidaah, semua sesat n terus ke nark, itu cam dah mengarut pula...

Allahualam

ana setuju cakap prof. yusuf al-qardhawi..

kelahiran nabi muhammad s.a.w sbg tanda kelahiran Islam.. titik tolak dari zaman jahiliyah kepada kesyumulan Islam.. satu kelahiran yg menerangkan alam ini..

wlpn mengingati tarikh lahir adalah asal diambil dari pemikiran nasrani/ kristian.. dlm mengingati kelahiran nabi isa. a.s. dan menjadi tarikh permulaan kelander masihi.. tapi, mereka tidak menuruti dan mengamalkan apa yg diajarkan oleh baginda..

justeru itu, kita sbgi ummat Islam perlu meraikannya dgn roh Islam dan kecintaan utk tetap menuruti sunnah Nabi Muhammad s.a.w .. sebab tarikh yg plg penting dlm Islam ialah tarikh hijrah.. tarikh permulaan kebangkitan Islam Madinah dan seluruh alam.. tarikh bermulanya kalendar Islam..

wallahu'alam

akhie

Hmm, bila pulak mengingati tarikh lahir diambil dari pemikiran Nasrani? Kita ambil buat amalan ada hadis, dan ada tradisi ulama. Jangan termakan racun.

Nak sambut birthday diri sendiri pun apa salahnya. Buatlah kenduri kesyukuran ke, mawlid ke. Kalau bukan sambutan keagamaan, buatlah. Tak de kaitan dengan agama Nasrani.

Tanpa Nama

Alhamdulillah.
Marilah kita perbanyakkan amalan selawat..

baru-baru ini, bristol city council telah membuat majlis mawlid..

mawlidul muhandis brunel ke 200..

zacharias

Bristol City Council? Huish, sesuatu yang best tu. Sape mastermind majis mawlid tu?

Akhie, tentang umat Islam dapat idea dari Kristian tu, mungkin tak berapa tepat kalau nak kata macam tu. Saya cenderung ke arah pendapat mr anonymous :)

Salam mawlid kepada pembaca dan pemberi komen. Jangan le gaduh-gaduh pasal isu ni lagi. Penat ooo tengok perang mulut pasal ni. Jangan kata mawlid ni wajib dah le..dan yang tak nak buat pula, jangan pula nak membida'ahkan umat ISlam lain yang menyambutnya.

Sikap begini kan sangat berhikmah.

mawlid al muhandis brunel = majlis anniversary birthday seorang engineer bernama Brunel. dia lahir 200 tahun lalu.

nyenyenyenyenye!

Tanpa Nama

ohh.. i see.. tq

akhie

salam,
Maaf comment ini tak kene mengene dengan tajuk. Cuma nak tanya, kenapa sekarang ni banyak sangan definasi islam contohnye, wahabi, sufism dan liberal. Adakah fahaman-2 ini sudah menyimpang dari ahli sunnah wal jammah dan tidak boleh diterima pakai?

Terima kasih.
FAA

Tanpa Nama

Wa'alaikumusalam..
Soalan saudara ni ringkas, tapi kalau nak jawab betul-betul kena tulis satu buku tu ;). Tapi isi penting yang tersirat di sebalik soalan saudara itu adalah: "Mengapa nak bagi Islam bermacam-macam label?"

Macam ni la ye:
- Label perlu diwujudkan sebab terlalu ramai pihak yang nak tafsir Islam ikut pendapat dia sendiri, padahal ilmu di dada sangatlah cetek.

- Label ini dah wujud sejak lama lagi. Ada yang masih bertahan dan ada pula yang dah pupus. Antara label-label itu adalah Syiah, Mu'tazilah, Khawarij, Wahhabi, Liberal dan macam-macam lagi la.

- mana-mana fahaman yang menyimpang dari apa yang disepakati oleh para ulama ASWJ haruslah kita jauhi. Hari ini, dunia Barat sendiri keliru tentang fahaman ISlam manakah yang sepatutnya menjadi 'wakil' kepada Islam?

- Di sinilah pentingnya mengapa label itu diwujudkan. Saya sendiri benci melihat label-label tersebut, tetapi kita MESTI membuat label tersebut. Kalau tidak, pasti akan lebih bercelaru di masa hadapan.

- Seperti yang saya kata tadi, jawapan kepada soalan tersebut memerlukan satu penulisan yang sangat panjang dan kritis. Saya tak mampu nak jawab lebih dari ini.

Just keep visiting this blog. InsyaAllah maybe one day I can write something about that.

salam,

terima kasih atas penjelasan, dan saya sangat berharap saudara dapat menulis tentang ini.
Cuma saya ingin tahu fahaman mana yang seperti saudara katakan menyimpang jauh dari ASWJ. Sekurang-2nya saya tak nak tersesat semasa melayari internet ni.

wasalam
FAA

Tanpa Nama

Salam..

Al-'Allamah Al-Habib Muhammad bin Alawi Almaliki Rahimahullah, pernah berkata: Sambutan maulid itu jika dikatakan bid'ah, maka ia adalah bid'ah yg mustahabbah (sunnah), atau boleh menjadi bid'ah yg WAJIBAH, jika masyarakat memang melupakan Rasulullah dan jauh dari ajaran baginda, dan ia merupakan cara untuk mengingatkan mereka kepada ajaran baginda. Kaedah ada mengatakan, ma la yatimmul wajib illa bih, fahuwa wajib. Apa yg tidak sempurna sesuatu yg wajib melainkan dengannya, maka ia wajib.

Sekadar nukilan je.

Barakallahu fikum..

FAA, berhati-hati cari ilmu Islam kat internet ni. Bahaya. Pastikan laman web yang dirujuki itu bertauliah, dan kalau bertauliah, pastikan pula apa fahaman Islam yang dibawanya.

Jazakallah AlJoofre untuk tambahan tu. Tercari-cari juga pandangan Almarhum Sheikh Muhammad Bin Alawi tentang Maulid Nabi.

Buku Buya Maliki mengenai maulid telah diterjemah dalam Bahasa Malaysia.

Balik Malaysia kena cari ni :). Kat mana ada jual? Ada sesiapa tahu? Atau brother Abu Muhammad boleh bagitau kami semua.

Saper boleh bagi comment pasal ni, kita tahu yang nabi lahir 12 Rabiulawal kan? Nabi pon wafat pada tarikh yang sama. Tak macam menyambut kewafatan nabi ker?

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.