Back to home page

Autosurf Menyerang!!

03 Januari 2006 • 4 Komen Cetak Chenta!
Baru-baru ini saya telah mengetahui apa itu program autosurf. Pada mula-mula saya memahami (walaupun tak berapa faham) modus operandi program ini, saya berasa ada persamaan dengan Skim Piramid atau Skim Cepat Kaya.

Dalam dunia yang semakin materialistik dan wang menjadi kegilaan manusia, kita terlalu ghairah dalam mengumpulkan duit dan harta - tapi kadang-kadang kita terbabas. Walaupun ada insan-insan yang 'berjaya' dalam autosurf, tetapi jangan lupa ada yang tersungkur. Konsep ini sama seperti Skim Cepat Kaya atau dalam bahasa orang putihnya dipanggil Ponzi Scheme. Hanya peserta awal yang kaut untung (peratusannya amat kecil) tetapi peserta yang terkemudian akan rugi besar!! Tolong jangan dengar kata-kata manis insan yang 'berjaya' ini kerana ia terlalu sedikit berbanding mereka yang gagal, atau pun itu cuma lakonan penganjur program.

Setakat yang saya tahu, masih tiada fatwa tentang autosurf ini - apakah ia halal atau haram. Pada satu forum ini, usaha sedang dijalankan bagi membongkar kejijikan autosurf dan seterusnya menentukan status autosurf ini (masih menunggu jawapan dari IslamOnline.net)

Program ini memang mirip skim cepat kaya. Dan jika ia adalah cucu-cicit kepada skim tersebut, maka sah ia adalah haram di sisi Islam kerana sistemnya yang zalim dan tidak adil kepada SEMUA PESERTA!

Mungkin kalian boleh melihat-lihat hasil kajian secara logik dan berfakta tentang autosurf ini DI SINI. Tetapi forum ini berbahasa Inggeris, tapi boleh tanya dalam Bahasa Malaysia kerana webmaster adalah orang Melayu.

Saya tekankan sekali lagi: Biarpun ramai yang mendakwa program autosurf ini tidak sama seperti skim cepat kaya, tetapi jangan lupa bahawa lagi ramai yang mengkritik program ini. Pokok tidak bergoyang jika tiada angin. Berhati-hati!!

UPDATE!!!
baru-baru ini ada berita hangat tentang 12 Daily Pro yang konon-kononnya didakwa sebagai the most trusted autosurf. Sila ke Muslim Diary untuk melihat link video-video klip tentang:
- BYU Dean Warns Students About Moneymaking (12 Daily Pro)
- 12 Daily Pro Shuts Down; Investors Wait For Money?

4 Komen Tambah Komen↴

hmm.. ari tue, baru aje sorang member propose utk join autosurf nie.. tapi guna egold.. nampak mcm menarik...sbb kalo invest US100, pas tuh beli egold( nama duit dlm internet)... nie website dia.. 12 Daily Pro

menarik, tapi meragukan... mudah utk kaya skrg, tapi nak mencari yg halal...masya Allah....dugaan hidup akhir zaman...

nanti apa2 info, update lagi ek...
syukran.

Tanpa Nama

Never trust this kind of scheme..12 Daily Pro dan StudioTraffic adalah autosurf yang agak famous buat masa ni, tapi isu tetap timbul.

Boleh baca artikel oleh seorang blogger yang kena tipu StudioTraffic. Baru-baru ni dia ambil risiko invest kat 12Daily Pro. boleh baca tulisan dia..even dia sendiri kata wujud rumours 12DailyPro akan collapse - this is an evil twin Ponzi Scheme!!

Go to: Studio Traffic.name

Tanpa Nama

Meh la berniaga.
Macam2 barang boleh jual.
Tak perlu buat MLM atau cari downline. Sikit2 lama2 jadi bukit.
barang keperluan harian yg ada kat kedai runcit & pasaraya.

email : muhammadfaizal@time.net.my

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.