Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzab:56)
FLASH INFO:
TRACK 1 dari The Burda of al-Busiri.
TRACK 2 dari Midsummer Mini Mawlid oleh Shaykh Diya'.
(Links will open in the same window)
---
Di dalam hadith sahih riwayat Imam Muslim, ada dinyatakan bahawa Rasulullah sallahu 'alayhi wassalam telah bersabda:
Sesungguhnya yang berselawat kepadaku sekali selawat, nescaya Allah limpahkan sepuluh rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat itu.Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar! Betapa mudahnya bagi kita untuk mendapat rahmat dari Allah. Oleh itu, marilah kita sama-sama berselawat. Sehari sekali pun jadilah. Tapi janganlah sampai dah tua pun masih juga berselawat sehari sekali macam zaman muda-muda! Allahumma solli 'ala Muhammad, wa 'ala ali Muhammad....dan seterusnya.
Apa kata juga kita mendengar Diya' al-Mawalid yang diadakan di rumah Sheikh Faraz Rabbani [read bio] di Kharabsheh (Amman, Jordan). Dengarkan secara streaming di Sunni Path. Kalau nak simpan dalam komputer, iPod, mp3 player dan sebagainya, saya sudah pun record keseluruhan Diya' al-Mawalid tersebut ke dalam format mp3. Dapatkan keseluruhan 16 track di bahagian ini.
TRACK 13 dari Diya' al-Mawalid menampilkan Du'a Nasiri - doa yang dibaca bagi mendapatkan pertolongan dan bantuan dari Allah. Insya-Allah dikabulkan permintaan kita jika dibaca dan meminta dengan bersungguh-sungguh dengan hati yang penuh keyakinan kepada Allah. Boleh baca versi PDF doa tersebut DI SINI. Jangan lupa bagi mendapatkan kesemua 16 TRACK tersebut! Siapa cepat dia dapat. Yang lambat pun akan dapat juga :)
Apa-apa pun, sebut dengan lidah, tanamkan dalam hati, kalimah Daku Chenta Kamu Ya Rasulullah! Tapi bukan sekadar cakap sahaja. Amalkan sebanyak mungkin sunnah Baginda dalam kehidupan seharian kita, dan ikutilah segala apa yang Baginda perintah dan larang. Mudah-mudahan kita bakal mendapat syafaat dari Baginda sewaktu kita berada di Padang Masyar kelak - saat di mana kita benar-benar berada dalam kesempitan. Insya-Allah.
Deen Intensive Dublin II
Dublin bakal menerima seorang Sheikh terbilang dari tanah Glasgow di Scotland, iaitu Sidi Abdul Aziz Ahmad Fredericks. Beliau akan mengajar petikan kitab Hidiyatul Siddiq on The Heart (puisi oleh Abdullah bin Hussain bin Tahir mulai 9-11 Jun ini.¶ Teruskan membaca entri ini »





