Back to home page

Pedagang Dari Venice - 2

02 Julai 2007 • 15 Komen Cetak Chenta!
Sambungan dari episod 1
---

Gadis Berpipi Kemerah-merahan

Siapakah hamba Allah itu? Biarlah ia menjadi rahsia. Mungkin ada yang tahu siapakah gerangan manusia itu. Bagi mana-mana yang sudah tahu, cukuplah setakat tahu seorang dan tidak perlu dihebohkan kepada yang lain. Saya sendiri memang sudah tidak ambil pusing sangat tentang hamba Allah itu. Saya pun sudah membuat kesimpulan bahawa hamba Allah itu berkemungkinan besar dijangkiti sindrom holier than thou dan tidak mahu mendengar pendapat orang lain yang berbeza dengannya. Mengapa?

Untuk mengelakkan dari berlaku salah faham yang lebih lama, maka saya cuba untuk merapatkan jurang perbezaan di antara saya dan dia. Lalu saya pun membuat komen pada salah satu artikel di blognya yang berkaitan isu wang hantaran perkahwinan yang terlalu tinggi dewasa ini.

Di dalam artikel tersebut, dia ada juga menulis sesuatu tentang kisah kawannya yang berkenalan dengan seorang wanita yang baik peribadinya, cuma kawannya itu masih belum menatap wajah gadis itu lagi. Menurutnya, kawannya itu jenis yang tidak kisah sangat tentang paras rupa. Asal hati baik, itu sudah memadai. Akan tetapi, hamba Allah ini menasihatkan kawannya itu untuk melihat wajah gadis itu terlebih dahulu.

Oleh itu, gadis itu pun memberikanlah gambarnya kepada kawan si hamba Allah itu. Tetapi gambar yang diberikan bukanlah gambar sebenar dirinya, dan wajah gadis yang sebenar adalah jauh lebih rupawan dari gambar palsu itu.

Menurut hamba Allah ini, kawannya itu kacak, manakala gadis di dalam gambar itu tidaklah sepadan dengan dirinya, dengan mendeskripsikan gadis sunti itu sebagai "berkulit gelap dan berjerawat dan memakai tudung dengan menampakkan rambut."

Hamba Allah ini menasihati kawannya supaya melupakan sahaja anak dara itu, dan mencari wanita yang lebih sepadan dan lebih sopan pada pemakaian. Dan kawannya itu bersetuju. Selepas itu, barulah wanita yang ditolak oleh kawannya itu menunjukkan dirinya yang sebenar. Alangkah terkejutnya member itu. Dan hamba Allah ini mengakhiri artikel tersebut dengan menulis:
"Akhirnya setelah menolak perempuan itu atas nasihat saya maka selepas itu barulah perempuan bodoh celaka ini muncul semula pada kawan saya dan mempamirkan dirinya yang sebenar dengan sengaja memperlihatkan dirinya yang memang cantik manis, memakai jubah dan bertudung labuh dengan berkulit putih pipi kemerah-merahan.

Kawan saya merasa menyesal menolak muslimat ini namun saya katakan pada kawan saya bahawa wanita ini hanyalah wanita bodoh yang memiliki wajah dan diri yang cantik tapi jahil dan celaka dan jauh dari pertunjuk sunnah dan bahkan saya doakan pada kawan saya ini mendapat muslimah yang lebih solehah dan semoga wanita ini mendapat lelaki yang sehodoh mungkin sesuai dengan gambar palsu yang diberikan kepada kami.

Sesungguhnya sunnah yang diajar oleh rasulullah ialah bolehnya lelaki melihat wanita dan wanita melihat kepada lelaki dan hal ini sudah ijmak ulama fuqaha ummah namun masih wujud wanita bodoh berwajah cantik dalam masyarakat Melayu konon hendak menguji lelaki. Sesungguhnya baginda rasulullah sendiri menyukai wanita cantik dan menyuruh supaya melihat dahulu wanita yang ingin dinikahi apakah cantik dan menarik hati.

Celakalah wanita bodoh ini yang masih hidup dan bernyawa dalam jasad yang tidak berguna pada agama satu sen pun.

Segala puji hanyalah bagi Allah swt."

Walaupun saya tidak ada kena mengena langsung dengan watak-watak yang dikisahkan, tetapi saya berasa tidak selesa apabila membaca tulisan-tulisan yang bersifat terlalu judgemental dan holier than thou, lebih-lebih lagi apabila ia ditulis oleeh seorang individu yang saya kira lebih hebat ilmunya dari orang biasa. Saya tak kisah kalau ada yang cuba pusing isu seperti ini dengan berhujah "Tahukah anda bahawa perkataan bodoh dan celaka dalam bahasa Arab itu boleh membawa pengertian begini dan begitu?"

Apa yang saya kisah, artikel itu ditulis dengan menggunakan laras bahasa Malaysia, dan sasarannya juga adalah orang-orang Malaysia yang kebanyakkannya enggak mengerti sama sekali tentang keajaiban linguistik bahasa Arab, yang mana kadang-kadang satu perkataan Arab itu boleh membawa sampai berpuluh-puluh maksud. Apa yang saya tahu, kalau kita guna perkataan bodoh dan celaka, ia membawa kesan yang mendalam dan mempamerkan konotasi yang sangat menghina dan mengaibkan seseorang jika diukur dari aspek tatabahasa dan norma masyarakat Malaysia.

Respon

Maka sebagai saudara seIslam, saya pun menegur hamba Allah itu dengan membuat komen pada artikel itu:
Assalamualaikum..salam perkenalan.. Idea anta dalam entri ini memang sangat bagus. Sesungguhnya, bida'ah jenis inilah yang patut kita hapuskan dari terus membelenggu umat Islam di serata dunia. Tetapi saya rasa, bahasa yang anta guna agak keras. Kesian wanita tu. Kenapa anta kata: "Celakalah wanita bodoh ini yang masih hidup dan bernyawa dalam jasad yang tidak berguna pada agama satu sen pun."

Mengapa mahu menghukum wanita itu tanpa kita mengetahui terlebih dahulu sebab-musabab dia berbuat demikian. Entah-entah, wanita itu tidak tahu tentang konsep tersebut. Dan bagaimana anta boleh tahu wanita itu tidak berguna pada agama satu sen pun?

Anta tahu ke? Entah-entah dia pernah derma 20 sen (lebih dari 1 sen) kat tabung masjid/surau tempat anta belajar. Bersangka baik saudaraku =)

Oleh kerana berteori bahawa hamba Allah ini jenis yang hanya approve komen-komen yang kena dengan pendirian dan fikrahnya sahaja (dan mengreject komen-komen yang antagonis), maka saya awal-awal lagi berfikir untuk buat back-up komen itu. Komen saya kepada entri yang hamba Allah itu tulis, yang saya letakkan di sini, adalah 100% serupa dengan apa yang saya komen di blognya setahun lebih yang lepas (tetapi kena reject).

Marah

Acapkali, tingkahlaku dan akhlak manusia yang rasa lebih bagus dari orang lain akan buat orang di sekelilingnya berasa gelisah. Dakwah kita pada hari ini banyak dicemari dengan unsur-unsur holier than thou. Bila ada unsur ini, kita rasa segala perbuatan kita are justified. Orang lain semuanya salah.

Toleransi kepada masalah-masalah agama yang bersifat khilaf akhirnya tidak dapat diwujudkan, maka aktiviti-aktiviti menghantar saudara seagama ke dalam neraka semakin bercambah subur ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Mereka lebih memandang hina dan keji saudara sendiri yang melakukan bacaan maulid untuk memperingati Nabi, berbanding orang-orang Islam yang tidak melakukan solat. Syurga adalah milik mereka yang memiliki manhaj A sahaja, manhaj B, C, D hingga Z akan masuk neraka.

Benci dan marah kita pada orang-orang kafir juga sudah tidak lagi kerana Allah. Tetapi kerana holier than thou. Kita sudah tidak tahu membezakan di antara rakyat Amerika dan kerajaan Amerika, di antara Kafir Harbi dan Kafir Dhimmi. Tidak tahu perbezaan ini adalah resepi kepada ekstrimism.

Kita marah kepada George W Bush kerana kerajaan White House telah berdosa besar kepada saudara seIslam kita di Palestin, Iraq, dan sebagainya. Kita maki Bush. Kita ludah poster Bush. Kita bakar bendera negara Uncle Sam itu. Kita menyumpah-nyumpah dan melaknat Bush. Tetapi berapa ramai di antara kita yang berdoa supaya Allah membuka pintu hidayah kepada George W Bush?

Kita lebih cenderung untuk berdoa supaya Allah humban Bush ke neraka berbanding berdoa supaya beliau diberi hidayah. Mengapa? Holier than thou! Kita rasa kita lebih layak masuk syurga berbanding Bush kerana kita holier than him. Selagi mati kita tidak gerenti di dalam keadaan husnul khatimah atau su'ul khatimah, jangan sekali-kali memandang Kristian, Yahudi, Atheist, dan yang lain-lain sebagai low life creature. Umar al-Khattab yang satu ketika dahulu adalah musuh nombor 1 Islam, tetapi akhirnya menjadi pejuang nombor 1 Islam. Atas dasar apa pula musuh-musuh Islam nombor 1 di zaman moden ini, tidak boleh menjadi seperti apa yang berlaku ketika di zaman Rasulullah?

Ketika dakwah Nabi gagal di Taif, malah Nabi dicederakan oleh para penduduk di situ, Nabi tetap bersabar. Nabi berundur dari Taif dan semasa pulang, Baginda sempat duduk berehat di ladang anggur milik Utbah dan Syaibah bin Rabi'ah yang jaraknya sekitar 3 batu dari Taif. Di situ Nabi berdoa:
Ya Allah Ya Tuhanku, Kepada Mu aku mengadu lemahnya kekuatanku, sedikitnya helahku dan betapa hinanya aku di kalangan manusia. Ya Tuhan yang paling Penyayang di kalangan yang Menyayangi,

Engkaulah Tuhan kepada orang-orang yang lemah tertindas. Engkaulah Tuhan ku. Kepada siapakah Engkau serahkan diriku. Adakah kepada orang jauh yang memandangku dengan muka yang masam atau pun kepada musuh yang engkau berikan kepadanya milik untuk menguasai urusanku?

Jika tidak ada kepada-Mu murka terhadapku, aku tidak peduli , tetapi kemaafan-Mu lebih luas kepada ku. Aku berlindung dengan wajah-Mu yang telah Engkau pancarkan ke arah segala kegelapan, menjadi baiklah di atasnya segala urusan dunia dan akhirat.

Aku berlindung daripada turunnya ke atas ku murka-Mu atau berlakunya ke atas ku murka-Mu. Kepada Mu pengaduan yang sungguh-sungguh sehingga mencapai keredhaanMu. Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan-Mu. [1]

Dalam doa Nabi ini, tiada satu ayat pun yang menunjukkan Baginda berang dan dendam kepada penduduk Taif. Dan apabila malaikat penjaga bukit mahu mengofferkan diri untuk menimpakan bukit-bukit besar yang mengelilingi Mekah ke atas penduduk Taif, Baginda menolaknya kerana Baginda berharap agar keturunan Taif yang lahir satu hari nanti akan menyembah Allah yang Esa. Lihat, Baginda ada kuasa tetapi tidak menggunakannya. Ini cara pendakwah zaman dahulu.

Sekarang bandingkan pada hari ini. Kita lebih sukakan kehancuran kepada orang-orang kafir yang menzalimi kita berbanding hidayah ke atas diri mereka. Saya rasa, jika ada tiba-tiba Malaikat Jibril turun di bumi dan menghulurkan offer untuk menghempap White House, Pentagon dan No 10 Downing Street dengan ketulan-ketulan ais di Kutub Utara, mungkin berebut-rebut umat Islam yang akan bersetuju dengan offer tersebut.

Apapun dakwah dan jihad yang kita mahu lakukan, buat ia kerana Allah. Jangan kerana marah. Hari ini sifat marah adalah minyak yang menghidupkan sebilangan organisasi-organisasi dakwah.

Semasa Saidina Ali hampir sahaja membunuh seorang musuh Islam di dalam Peperangan Khandak yang berlaku pada tahun ke-5 Hijrah, tiba-tiba orang yang mahu dibunuhnya itu meludah kepada mukanya. Secara lumrah, pasti Saidina Ali akan makin bersemangat untuk membunuh orang tersebut. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Saidina Ali tidak membunuh musuh tersebut, malah pergi meninggalkannya. Kenapa?

Apabila Saidina Ali ditanya tentang kejadian tersebut, beliau menjawab:
"Aku berlawan untuk Allah, dan apabila dia meludah ke wajahku, aku bimbang kalau-kalau aku membunuhnya disebabkan dendam dan kebencian." [2]

Perhatikan hari ini. Berapa banyak dakwah dan jihad yang lebih berlandaskan nafsu amarah?

Holier than thou + sifat amarah = The worst dakwah ever.

Nota Kaki

[1] Dipetik dari Perutusan Hijrah 1428 oleh Ustaz Nasrudin Haji Hassan At Tantawi [lawat]

[2] Defending the Transgressed by Censuring the Reckless Against the killing of Civilians oleh Sheikh Sidi Muhammad Afifi al-Akiti

15 Komen Tambah Komen↴

Teringat saya kepada sebahagian kita yang sering menghina sesama saudara Islam dgn menyebut 'indon','mamak' dan 'bangla' dgn nada dan niat utk menghina dan memandang rendah.Another 'holier than thou' I guess.

“La Yu’minu ahadukum hatta yuhibbu li akhihi ma yuhibbu linafishi”
(Rawah Bukhari & Muslim)

concise n precise

ummuMhMd

entri kali ini sangat menginsafkan..
thanx tawel sensei

@amni: Sama-sama :)

@zunnur: Mungkin juga. Kita kutuk-kutuk pendatang Bangla yang cari rezeki di negara kita, kita rasa kita bangsa yang lagi bagus dari mereka, tengok-tengok bangsa Bangladesh juga yang menang Anugerah Nobel terlebih dahulu.

Kadang-kadang kita tidak melihat manusia sebagai manusia, sebaliknya kita melihat bangsa-bangsa yang berlainan itu sebagai spesis yang berbeza. Mungkin ini jadi penyebab mengapa satu ketika dahulu ada ura-ura untuk mengenakan caj kesihatan yang lebih mahal kepada para pekerja asing di Malaysia (Rujuk Menteri Kesihatan didesak hentikan sifat 'ah long', yang semestinya bertentangan dengan Sumpah Hippocrates.

hari ini ramai orang membawa emosi, mereka berperang membawa emosi, dulu orang berperang kerana cinta, Imam abu Hasan asy-Syazuli pernah berperang melawan perancis di kota Mansurah, Mesir, dia pergi berperang bukan dengan emosi, tapi ia berperang kerana cinta, akhirnya dengan cinta mereka menang dan kuat, tapi hari ini dengan emosi, kita tewas.

topic Tawel kali ni byk sungguh kaitannya dgn Chapter 24- Book of Assistance (On Kindness n Charity). Macam Imam Al-Haddad baaru selesai tulis kalamnya semalam, untuk tatapan kita. Shaykh Abdul Aziz baru habis syarahkan chapter ni dan antara firman-Nya yg berkaitan ialah Suratul Hujrat (49:9-12).

(the word To'ifa, can be 1-1000, the most encompassing word, not only 2 parties, but 1-1000-ShaykhAAA)

"And if two parties of believers fall to fighting, then make peace between them. And if one party of them doeth wrong to the other, fight ye that which doeth wrong till it return unto the ordinance of Allah; then, if it return, make peace between them justly, and act equitably. Lo! Allah loveth the equitable. (9) The believers are naught else than brothers. Therefore make peace between your brethren and observe your duty to Allah that haply ye may obtain mercy. (10) O ye who believe! Let not a folk deride a folk who may be better than they (are), not let women (deride) women who may be better than they are; neither defame one another, nor insult one another by nicknames. Bad is the name of lewdness after faith. And whoso turneth not in repentance, such are evil-doers. (11) O ye who believe! Shun much suspicion; for lo! some suspicion is a crime. And spy not, neither backbite one another. Would one of you love to eat the flesh of his dead brother? Ye abhor that (so abhor the other)! And keep your duty (to Allah). Lo! Allah is Relenting, Merciful. (12)

btw, sumpah Hippocrates tu..ada versi Islam di UIA, Ktn. (takde ke cerdik pandai sini nak come up with 'sumpah Al-Ghazzalian' ke? :-)

maaf zahir batin kat saya yg maha jahil ini.

ummuMhMd

sekadar nak berkongsi dengan encik tawel,

dulu masa aku kat sekolah rendah, aku masuk bahas. lepas tu kumpulan aku macam dah nak kalah, aku pun mulalah menggulung hujah. lepas tu bila nampak muka pembahas lawan sengih2 ejek kat aku, aku jadi bengang dan amarah. lalu tunggang langgang hujah aku, menjerit2 lah aku dalam keadaan yang mengaibkan.

seperti yang aku sangka, kumpulan aku kalah. kemudian cikgu menenangkan aku yang rasa sedih sebab tak dapat berhujah dengan baik.

kemudian aku terkejut bila cikgu aku cakap kumpulan aku kalah tipis je. sebab hujah penggulungan aku yang beremosi maka salah sorang juri penentu tolak markah kumpulan aku.

lepas tu cikgu aku cakap,"orang beriman sifatnya tenang."

betullah kata faqirdehilir tu.

bila emosi, kita akan tewas.

@UmmuMhMd: Sumpah Hippocrates versi Islam tu camne? Kalau Sumpah Al-Ghazalian kena Imam al-Ghazali le yang buat. Kalau saya yang buat, jadi Sumpah Tawelian ;)

@MFR: Hehe, kecik-kecik biasalah tu. Kalau dah tua bangka pun nak gulung-menggulung dengan penuh emosi, tak dapat den nak tolong.

Minta izin tawel, ana ulang tayang 10 wasiat ni

SEPULUH WASIAT

1)
Apabila mendengar azan, segeralah mendirikan solat walau dalam keadaan apa sekalipun.

2)
Bacalah al-Qur'an, tatapilah buku-buku, pergilah mendengar perkara-perkara yang baik, amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.

3)
Berusahalah sedaya upaya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul kerana bahasa Arab yang betul itu, adalah satu-satunya syiar Islam.

4)
Janganlah banyak bertengkar kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan kebaikan.

5)
Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6)
Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7)
Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang diperlukan oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring adalah resmi yang sia-sia dan boleh menyakiti hati orang.

9)
Jauhilah daripada mengumpat dan mengecam orang, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9)
Berkenal-kenalanlah dengan setiap ikhwan muslimin yang ditemui walaupun dia tidak meminta saudara berkenalan dengannya … asas gerakan dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10)
Kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada; oleh itu tolonglah saudaramu agar mereka dapat menggunakan masa dengan berfaedah; dan jika anda mempunyai tugas sendiri, ringkaskanlah pelaksanaannya.

Salam,

Satu artikel yang sangat baik. Namun saya ingin komen tentang mendoakan musuh Islam i.e GWBush.

Allah maha mengetahui. Dalam sirah banyak perkara yang "similar" dihadapi oleh Rasul s.a.w baik dalam bentuk soalan para sahabat, situasi, peristiwa dan bermacam lagi. Namun kita perhatikan bagaimana fenomena, peristiwa atau soalan ini mempunyai reaksi atau jawapan yang berbeza dari Rasul s.a.w yang diwahyukan Allah sebagai pedoman dan pilihan bagi umatnya.

Memang Rasul s.a.w tidak mendoakan penduduk Thaif, tetapi sirah ada menceritakan Rasul s.a.w juga pernah mendoakan kebinasaan kepada 3 musuh Islam (tak ingat, but one of them was Abu Jahal) dan Baginda menyebut nama2 tersebut dengan terang and precise.

Wallahu'alam

Dari hamba yang dhaif

Sani

@Sani: Saya setuju. Mungkin saya tak tulis terang-terang agaknya yg dalam masa yang sama, tidaklah salah untuk mendoakan kehancuran dan kebinasaan kepada orang-orang kafir (dan semestinya kafir Harbi). Dengan kata lain, harus bagi kita mendoakan kemusnahan bagi rejim Zionis (tetapi bukan orang-orang Yahudi yang tidak memusuhi kita).

Cuma dalam masa yang sama, jangan lupa mendoakan hidayah kepada mereka. Nabi pun pernah berdoa agar Allah memberikan hidayah kepada dua Umar (iaitu Umar Al-Khattab dan Abu Jahal), tetapi hanya satu Umar sahaja yang masuk Islam.

salam. wah, rase dah lame sungguh x mengupdate kat blog ni. rase hilang punca plak dgn tajuk2 nye.

selesai bace bahagian ke-2..erm, setuju dengan 'holier than thou'..

artikel pencerahan yang bagus. tak sempat baca semua komen..ambil masa lepas habis paper harini..

kita kurang idealisme dalam jiwa yang bersifat tegas pada prinsip dan anjal pada kaedah..agaknya 'buah akhlak' dari 'pokok ilmu' masih lagi 'putik dan masam'..bilakahkan ranum?

"Holier than thou" dalam bahasa inggerisnya.. "sayalah yang paling alim dan TERSUNNAH" adalah dalam bahasa melayunya :D

Salam Tawel. Saja baca entri-entri lama anta.

Memang anta blogawan tegar. Haha. Bila baca entri ini, teringat saya ada tulis entri untuk menjawab tohmahan yang ditujukan kepada saya di blog seseorang. Ini entrinya.

Tapi sayang bila diperiksa dalam Kamus Dewan edisi ke-4 (yang ketika itu belum sampai ke tangan) barulah perkataan bahana diguna maksudnya untuk bencana atau malapetaka. Masa yang edisi ke-3 tak digunakan pula untuk maksud berkenaan. Betullah maksud bahasa di dalam Bahasa Arab “Bahasa itu sesuatu yang hidup”. Poinnya, Tuan Tawel dah lama lalui sesuatu yang baru saya lalui. Kiranya Tuan Tawel makan garam dulu lah dalam dunia blog ini.

Tetapi berapa ramai di antara kita yang berdoa supaya Allah membuka pintu hidayah kepada George W Bush?

Hindun apabila ditanya tentang keIslamannya menjawab, bahawa “Pada suatu malam aku keluar dan terdengar orang-orang Islam menangis-nangis meminta agar Allah menurunkan Hidayah-Nya kepadaku. Aku tersentuh kerana selepas apa yang aku lakukan kepada mereka, mereka tetap mendoakkanku.” Sampaikan beliau kata lagi pada keesokkan harinya, “Semalam Ya Rasulullah, khemahmu adalah tempat yang paling aku benci namun pagi ini khemahmulah tempat yang hati aku paling sukai”.

Memang kita perlu belajar melalui sirah Nabi S.A.W dan kisah-kisah para sahabat R.A.

Namun Bush dah diganti dengan Obama ketika saya menulis komen ini. Haha.

Saya juga sentiasa buat back-up untuk semua komen-komen saya. All my writings are precious (betulke grammarnya. Huhu.)

Namun pelik juga, bila baca entri-entri lama anta, banyak antaranya dikomen selepas tahun kemudian. Ini semangat jugalah untuk saya sebenarnya. Jadi buat masa sekarang, eloklah saya teruskan sahaja menghasilkan entri-entri yang bagus –bagus. Komennya kita nantikan saja pada bila-bila. Jangan kisah sangat! Kan?
Eh, terpanjang pula.

p/s: Ayat Hindun itu hanyalah ditulis berdasarkan maksudnya.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.