Back to home page

Berkira Dalam Berdakwah

22 Julai 2007 • 17 Komen Cetak Chenta!
Kadang-kadang saya akan membaca semula apa yang pernah saya tulis di blog ini. Baru-baru ini saya membaca Tragedi Kampung Berembang.

Di dalam pos ini, ada 2 video berkaitan yang dapat memberikan gambaran apakah sebenarnya yang berlaku di kampung tersebut - satu adalah video yang dirakamkan oleh salah seorang saksi tragedi tersebut dan satu lagi adalah video yang diambil dari laman MalaysiaKini.tv.

Perkara yang mengejutkan saya adalah apabila video dari MalaysiaKini.tv mengeluarkan mesej "This video is no longer available" dan apabila saya klik video tersebut, keluar pula mesej di laman YouTube, "This video has been removed due to terms of use violation."

Ini membuatkan saya naik pelik.

Saya cuba mengingati kembali isi kandungan video yang panjangnya selama memakan sebatang aiskrim Magnolia. Mengapa YouTube membuang video tersebut? Adakah video tragedi itu ada terselit aksi-aksi ghairah budak remaja berpakaian sekolah yang agak heboh diperkatakan mutakhir ini? Tiada. Atau adakah video itu ada babak-babak mengerikan yang mana jentolak yang merobohkan rumah-rumah di Kampung Berembang itu turut sama melenyek para penduduk yang berdemonstrasi sehingga terburai kepala otak mereka dan darah memancut di sana-sini? Tiada juga. Tiada 18SX dan tiada juga 18SG. Jadi apakah masalahnya?

Saya juga tidak kira YouTube membuang video tersebut setelah menerima surat amaran keras dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). YouTube memiliki polisi yang berani dan tidak akan membuang video yang di upload oleh pengguna dengan begitu sahaja. Keberanian YouTube ini menyebabkan ia pernah kena block di Thailand dan Turki (sudah pun di unblock). Ia disekat di Turki gara-gara video yang menghina Mustafa Kamal Ataturk, disekat di Thailand pula kerana video yang menghina Raja Thailand.

Bukan 18SX, bukan 18SG dan bukan kerana kecut perut dengan MPAJ yang menjadi hero filem Tragedi Kampung Berembang. Oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa video itu dibuang gara-gara masalah akta hakcipta.

Saman dan Hakcipta

Semenjak Google membeli YouTube dengan harga USD1.65 bilion, YouTube telah menjadi sasaran pedagang kapitalis yang semakin galak mahu menyaman YouTube. Selalunya kerana YouTube menyiarkan banyak video-video yang dilindungi oleh akta hakcipta, seperti filem dan rancangan televisyen. Galaknya mereka ini sehingga pernah ada satu syarikat pembekal batang paip yang memiliki domain uTube.com mahu menyaman YouTube gara-gara pelawat yang menggoogle uTube untuk pergi ke YouTube tersalah masuk ke uTube.com. Ini membuatkan uTube.com mengalami masalah kesesakan server yang agak serius.

Walaupun isu uTube mahu menyaman YouTube ini bersifat agak lucu, tetapi ini sebenarnya adalah bayangan kasar bagaimana mentaliti rakyat Amerika berfungsi. Tidak puas hati dengan mana-mana individu atau organisasi, maka saman sahaja. Menang saman boleh dapat duit. Bila dapat duit, rasa sakit hati akan hilang. Di zaman ini, wang dilihat sebagai penyelesai segala masalah. Maaf hanya datang setelah duit masuk ke poket. Tiada duit, maka tiada maaf dan tiada toleransi. Google tidak mahu kena saman, maka mahu tidak mahu, gergasi internet ini akan cuba untuk membuang video-video yang dilindungi oleh akta hakcipta.

Salah satu cara untuk YouTube mengetahui video mana yang ada dan tidak ada akta hakcipta adalah melalui surat atau e-mel yang dihantar oleh pemegang asal hakcipta video tersebut. Dalam kes ini, saya boleh gerenti bahawa MalaysiaKini telah meminta YouTube untuk membuang video Tragedi Kampung Berembang tersebut (Kalau tukang upload sendiri yang buang video itu, akan keluar mesej "This video has been removed by the user").

Hakcipta Dalam Berdakwah

Mari kita buang seketika sifat Islamik dalam konotasi perkataan berdakwah itu. Kita fahami maksud dakwah itu dari segi bahasa sahaja, iaitu mengajak kepada sesuatu.

Kadang-kadang saya pelik dengan polisi dan sikap beberapa individu dan organisasi yang agak berkira dalam hal-hal berdakwah ini. Dahulu, di akaun YouTube saya, saya ada meletakkan video yang menggambarkan kekejaman rejim Zionis di Palestin. Video ini bukan dibuat oleh saya dan saya kira tidak ada masalah untuk saya menguploadnya memandangkan saya sekadar mahu video ini sampai kepada lebih ramai orang. Dan kedua, saya tidak buat duit dengan mengupload video ini. Niat saya cuma dakwah, iaitu berdakwah kepada orang ramai tentang realiti di Palestin.

Beberapa minggu selepas itu, pembikin asal video tersebut - berbangsa Amerika jika tidak silap, bukan Islam dan merupakan seorang aktivis - membuat komen di video tersebut dan mengatakan lebih kurang:
"Ini video saya yang buat, mengapa awak upload tanpa beri sebarang kredit?"
Anda nampak apa yang tidak kena? Kalau kita benar-benar ikhlas dalam berdakwah, maka kita tidak akan begitu kisah dan hirau tentang siapa yang menyebarkan bahan-bahan dakwah yang kita buat itu, asalkan mereka tidak buat keuntungan atas angin. Kita tidak akan kisah kredit itu diberikan atau tidak kepada kita. Saya tidak tahu sama ada si aktivis ini perasan atau tidak bahawa saya letakkan bersama pautan ke laman webnya di bahagian deskripsi video tersebut. (Video kekejaman Zionis itu telah YouTube buang kerana kandungan grafik yang tersangat 18SG).

Begitu juga dalam kes video Kampung Berembang ini. Saya tidak faham mengapa perlu MalaysiaKini mahu video-video milik mereka tidak boleh disiarkan di tempat lain melainkan di MalaysiaKini sahaja? Adakah mereka takut kehilangan pelanggan? Saya tidak mempertikaikan polisi mereka yang mengenakan bayaran kepada pelanggan yang mahu mengakses penuh segala bahan dan berita di MalaysiaKini. Itu hak mereka dan mereka juga memerlukan wang untuk memastikan server berfungsi sempurna. Akan tetapi, mengapa perlu berasa terancam apabila bahan-bahan mereka tersiar di tempat lain? After all, we are in the same boat.

Bayaran langganan yang dikenakan oleh MalaysiaKini.


MalaysiaKini juga berdakwah kepada masyarakat, iaitu berdakwah dalam menyampaikan maklumat penting dan isu semasa kepada orang ramai, yang muuuuuuuuuustahil akan disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama negara seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Saya tidak melanggan MalaysiaKini kerana kebanyakkan beritanya adalah isi-isi politik.

Saya tidak begitu minat politik dan politik juga mungkin tidak minat saya. Kami saling tidak meminati. Jika saya berkahwin dengan politik, maka perkahwinan ini akan gagal dengan cerai talak tiga kerana saya lebih gemar mendalami LAMP architecture dari mengambil tahu dengan mendalam tentang kisah epik dan kontroversi hangat anak menantu Pak Lah, iaitu Khairy Jamaluddin.

Tetapi bagi sesetengah orang, politik adalah jiwa dan perjuangan hidup mereka. Maka MalaysiaKini mungkin menjadi salah satu sumber rujukan utama. Akan tetapi kalau MalaysiaKini bersifat agak berkira dalam berdakwah, ini boleh membuatkan sesetengah orang berasa tidak seronok berurusan dengan MalaysiaKini. Jika saya adalah orang besar MalaysiaKini, saya akan rasa bersyukur kerana ada orang lain yang upload video tersebut di YouTube. Ini kerana:
  1. MalaysiaKini akan mendapat publisiti yang lebih meluas. Jangan abaikan kuasa marketing YouTube. Jika tidak, masakan Sky News memiliki channel rasmi di situ. Hatta Perdana Menteri Britain juga ada channel yang khas.

  2. Video yang terdapat di MalaysiaKini.tv adalah dalam bentuk streaming dan buat masa ini ia boleh diakses secara percuma. Jadi mengapa gusar melainkan ia sesuatu yang berbayar? Apabila mereka sudah lihat di YouTube dan mereka tahu video itu hasil MalaysiaKini, maka ini meningkatkan kebarangkalian mereka untuk pergi ke MalaysiaKini. Ini meningkatkan jumlah trafik harian, menambahkan jumlah pengiklan yang sudi beriklan di situ, dan dalam masa yang sama jimat bandwidth kerana manusia jarang tonton berita yang sama 2 kali, lebih-lebih lagi artikel dan video bersifat berita mempunyai jangka hayat yang pendek - orang tidak baca berita semalam.


Ilmu Dari Google: Don't Be Evil


Slogan Google: Don't be Evil.


Don't Be Evil adalah slogan korporat tidak formal Google. Slogan ini menyebabkan Google mendapat imej yang baik di mata masyarakat. Dengan slogan ini, Google berjaya naik dari 2 lelaki yang berkerja di garaj kepada sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama NASDAQ dan LSE dalam masa kurang 10 tahun, tanpa memberikan imej yang sangat buruk seperti Microsoft (komuniti komputer sering memandang Micro$oft sebagai evil company). Anda tahu kenapa? Salah satu sebabnya adalah kerana Google memberikan hampir 100% servisnya dengan percuma.

Servis yang diberikan tanpa bayaran ini adalah sangat penting memandangkan Google adalah satu syarikat yang mempunyai pengaruh besar tentang bagaimana orang awam mengakses maklumat di internet. Google boleh sahaja membuat keuntungan singkat dengan mengenakan bayaran kepada beberapa servisnya, namun Google tidak melakukannya. Sebagai contoh, apabila Google membeli Blogger dan Feedburner, kedua-dua servis ini yang pada dahulunya memiliki versi premium telah dijadikan percuma sepenuhnya.

Jika Google agak berkira apabila berurusan dengan orang awam, maka ini akan menimbulkan korupsi dalam syarikat ini, dengan kata lain, maklumat yang diberikan dan teknologi yang dicipta akan dipengaruhi oleh berapa banyak $ yang diterima melalui apa yang dibayar oleh pelanggan. Dalam konteks seorang jurnalis politik pula, apa yang dia tulis akan banyak dipengaruhi dengan banyak mana $ yang diterima.

Walaupun MalaysiaKini boleh mendapat keuntungan dalam jangkamasa singkat dengan mengenakan bayaran kepada pelanggan dan mengenakan hakcipta yang agak ketat pada segala bahan yang disiarkan, tetapi ia memberikan kesan jangkamasa panjang. Sampai satu masa nanti, sama ada esok atau lusa, pelanggan akan tertanya-tanya sama ada mereka benar-benar berjuang dalam misi menyampaikan berita yang ditapis hebat di saluran berita perdana kepada orang awam atau pun atas sebab-sebab yang lain.

Kita semua bersetuju bahawa wang adalah salah satu faktor utama yang menjadikan manusia korup. Kekorupan dalam berdakwah adalah jauh lebih dahsyat dari kekorupan dalam bisnes. Justeru itu, perlu selalu ada reality check dalam apa yang kita perjuangkan supaya orang percaya kepada kita dan ini akan membuatkan dakwah jadi lebih mudah.

Untuk mengelakkan kesan psikologi yang buruk ini, gunakan etika Don't Be Evil ini. Secara mudah, etika ini tidak memberikan keuntungan jangkamasa pendek, tetapi akan memberikan keuntungan jangka masa panjang yang lebih berbaloi:
Don't Be Evil:
Duit lambat masuk tetapi imej korporat terjaga. Pelanggan sentiasa mempercayai syarikat yang mempunyai imej yang baik.

Do Be Evil:
Duit cepat masuk tetapi mencalarkan imej korporat. Pelanggan akan beralih kepada syarikat yang Don't Be Evil. Kita kehilangan pelanggan.

Berikan servis anda sepercuma yang boleh kerana manusia sentiasa sukakan sesuatu yang percuma. Kalau anda jadi penceramah, sila jangan kenakan bayaran mahal-mahal. Acapkali saya mendengar beberapa penceramah motivasi dan agama terkenal tanahair bertaraf $elebriti yang mengenakan bayaran hingga mencecah beribu RM untuk satu sesi motiva$i yang tidaklah selama mana. Kenapa begini?

Oleh itu, kita sebagai umat Islam pula, apabila mengajak manusia kepada Allah, maka jangan terlalu berkira. Sifat berkira ini berlaku apabila dalam hati ada sifat tamak kepada kebendaan. Mari padamkan sifat tamak ini dengan membersihkan hati kita, mudah-mudahan kita akan tidak terlalu berkira dalam berdakwah, dan apabila sudah tidak berkira lagi, insyaAllah dakwah itu akan menjadi ikhlas kerana Allah. Ini mungkin sesuatu yang susah, tetapi saya tidak suruh anda buang sifat berkira ini dalam masa 1 hari 1 malam. Penyucian hati adalah proses sepanjang hayat.

Kalaupun ganjaran kewangan berdakwah dengan berpandu kepada kod etika Don't Be Evil ini tidak selumayan etika Do Be Evil, tetapi saya rasa kita boleh sahaja claim segala apa yang kita terlepas di dunia ini sewaktu kita sudah selamat di Syurga nanti. Mudah-mudahan. Namun sebelum mahu masuk Syurga, Don't Be Evil.

Kalau ada duit lebih di celah-celah dompet, belanjalah sehelai tudung labuh kepada kawan perempuan kita yang tidak pakai tudung itu. Saya suruh belanja sahaja, bukan mengurat anak dara pingatan orang!

Sekian dimaklumkan.

17 Komen Tambah Komen↴

err... apakah "lesson" artikel ni eh?

rasanya, lesson dari artikel ini adalah, kalau niat nak berdakwah, jangan terlalu banyak berkira. kalau itu nak kira, ini nak kira, jadi niat nak berdakwah tu dah tak jadi ikhlas, mungkin untuk kejar duit, populariti, mahu orang sebut-sebut nama dia, bla bla bla. saya teringat, akaun youtube saya sebelum ni kena suspend sebab dapat banyak complain pasal copyright amende entah, bila saya upload video clip nasyid dari sami yusuf. agaknya complain tu datang dari syarikat rakaman yang terbitkan album2 sami yusuf tu. mungkin takde kaitan pun dengan artikel ni, saja nak mention kat sini. HeHe.

PiE

Ada kaitannya tu PiE...

Hari tu ada seorang hamba Allah ni. Dia kerja part time dengan syarikat rakaman Raihan, tapi lupa pula dia kerja bahagian apa. Dia contact saya dan tahu blog saya ni dari YouTube. Dia kata, Che Am nak jumpa saya. Alamak, terkedu jugak kot2 Raihan nak saman saya sebab dah langgar hak cipta lagu-lagu nasyid Raihan yang saya upload kat YouTube.

Cerita punya cerita, rupa-rupanya Che Am sekadar nak jumpa dan berkenalan dengan saya. Tapi malangnya saya masih di sini dan tak dapat la nak jumpa Che Am :(

Hehe, Che Am kata dia suka bila dapat tahu yang Raihan ni banyak peminat-peminat antarabangsa (melalui komen-komen di YouTube).

Kudos to Che Am and Raihan! Mereka ikhlas berdakwah dan tak rasa gusar walaupun mereka tengok dengan mata sendiri yang video klip mereka di upload tanpa kebenaran di YouTube. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka dalam meneruskan dakwah.

sesetengah manusia suka penghargaan..
sesetengahnya lagi tidak mengharapkan begitu..
salah satu sifat ALLAH ialah berlebih kurang dengan hambanya, kalau kita berlebih kurang dan bertolak ansur, apatah lagi dalam bab dakwah ini, ALLAH malahan lebih2 lagi murahnya dengan kita di akhirat kelak..
Insya ALLAH

Bagusnye che am tue. err, che am tue one of ahli kumpulan raihan ke?

Biaselah tue, dalam dunia akhir zaman ni, orang yang berdakwah pon belum tentu ikhlas lillahi ta'ala. Macam mane dakwah nak berkesan. Semuanya berbalik kepada tarbiyah hati yang selalu dipandang remeh even oleh mereka yang mendakwa mahu menegakkan syiar Islam.

So, let us all start to learn tasawwuf or even we can start with reading ihya' ulum ad-din, insyaAllah, we can try to revitalize our din...insyaAllah.

p/s: does anyone know where u can learn in depth about tauhid from any syeikh in uk or ireland?

Haa..betul la tu Kak Mardiah. Salah seorang anggota asal Raihan yang masih kekal.

BTW, kalau kat Ireland ni, Ustaz Wan yang duduk kat Waterford tu boleh ajar. Saya pun tak kenal sangat Ustaz Wan ni, cuma selalu member sebut-sebut nama dia :). Kalau kat UK, tanya Anak Alam lagi bagus kot.

Dear Adinda Tawel and sister Mardhiah,

I know very little myself of masyaikh that could teach Aqidah 'in depth.' (OK, honestly, I dont really know how deep is your 'deep').

Popular names like Sidi Afifi, Sidi Abdul Aziz, Syeikh Sa'ad al-Attas could all teach aqidah. But they are high in demand - difficult to get personal atention unless one is lucky to be very close to them.

Hope is not all lost since there are a few undiscovered masyaikh around. There is a well-hidden Syeikh Dabbagh at around Leicestershire area. Then also the very humble, soft-spoken, Shafi'i Syeikh Zubayr of Banbury, the son of the founder of Bury Darul 'Ulum and among first UK-based Darul Ulum graduates. All graduates of his generation are now well-known teachers around the UK, only he remains low-profile and still concentrating on studying further.

Perhaps, you would also like to get in touch with Syeikh Ali, the Malaysian one, at London?

Really, really deep discussion on aqidah is difficult to arrange in the UK. If you do find it so, you really must aim and plan to take a few months off from career, return home to Malaysia and masuk pondok.

Anak Alam

Tanpa Nama

Oh btw, nak tambah sikit. DOnt ever overlook small matan like the Matan Umm al-Barahin. At the hand of good teacher, and only when you are ready for it, deep discussion on aqidah like talk on atomism etc could be derived from the matan.

But one has to debase oneself to reach the higher level so the first step is to be taught the matan in its most basic discussion first before moving up.

Anak Alam

Tanpa Nama

Ikhlas adalah elemen penting dalam memastikan kejayaan dakwah, kadang2 kita lihat banyak usaha dakwah yg tidak berjaya, itu bukan kerana mereka berdakwah dengan kebatilan, tapi kerana hilangnya ikhlas.

ahlul haq tidak berjaya, ahlul batil berjaya dengan dakwah songsang mereka, kerana keikhlasan mereka berdakwah. Harun yahya adalah cth pendakwah yg menyediakan khidmat d/l percuma bagi buku2 dan dokumentari, susah nak cari yg macam tu.

Ibnulfaridh, Harun Yahya memang best. Kadang-kadang tertanya-tanya juga macam mana la dia dapat wang untuk biaya semua filem dan buku yang diberikan download secara percuma tu. May Allah bless him.

Anak Alam, thank you for your swift answer. BTW, do you mean Sheikh Ali of London is Sheikh Ali al-Toherey? Is he Malaysian?

Yes, he is.

Anak Alam.

Tanpa Nama

Jazakallah khairan kathiran tawel n anak alam for the information. i've heard a lot about sheikh afifi n really would like to listen to his talk one day insyaAllah. But i heard that he's in morocco. i'll try my best now to find out how i can learn from sheikh ali. jazakallah khairan.

motto mfr studio-" DI SINI SEMUANYA PERCUMA"

Surah as-syuara:109,127,145,164,180; "Dan aku sekali-kali tidak minta upah kepadamu atas ajakan-ajakan itu; upahku tidak lain hanyalah dari Tuhan semesta alam"

ayat ini diulang sebanyak 5 kali dlm surah As-syuara.

Jika satu ketika dahulu rasullullah
berkira (menghitung2) dlm menyampaikan dakwahnya,mgkin kita pada hari ini tidak dipanggil muslim.

Persoalannya dakwah itu niat kerana apa?

sri-kandee

oh lupa nak bagitau... internet yg berbayar ni boleh juga akses benda2 percuma selain google dan youtube, byk lagi laman menyediakan video percuma.stage6,veoh,toudo, dll

http://www.tv-links.co.uk/index.do/4

link atas tu utk tgk beratus-ratus filem2 percuma, dokumentari, kartun, anime dll

Laman TV-links tu confirm kena take down dengan MPAA tak lama lagi, macam yang berlaku kat PeekVid.

Bagi sayalah, untuk berkira ataupun tidak dalam berdakwah, tak boleh juga 'tak berkira' langsung. Tapi kena definisikan dulu secara jelas erti 'berkira' itu dan 'apa yang hendak dikirakan'.

Sebab ibarat seseorang yang berubat dan mengambil upah untuk berubat. Nabi tak larang buat sedemikian. Jadi kita tak kisah kalau ada orang nak 'berkira' dalam berubat atau 'tak berkira' dalam berubat.Tapi yang penting dalam berubat, 'perkiraan' nak 'berkira' atau 'tidak berkira' bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak.

Sama juga seperti dalam keadaan kita berniaga, dan sebagainya. Ada orang nak bagi barang-barang free ke?

Tapi saya faham maksud Tawel. bukan 'berkira' dari segi ini :D Sebab tajuk berdakwah dan berkira ni banyak berlingkar mengenai benda2 dalam internet, atau digital media copyrights.

Saya dulu suka tengok buku Harun Yahya kat kedai-kedai. nak beli tapi mencecah hampir RM100, ada yang lebih. jadi tak mampu.

Lepas itu saya tengok dlam internet, dia bagi 'FREE' full version buku-buku itu. Pastu video high-qualitypun free jugak. Alhamdulillah.

Sama juga dengan yayasan yang ditubuhkan oleh Ahmad Deedat. Pernah sekali seorang sahabat saya pos surat cakap kat tempat dia dah tak ada jual lagi buku 'The Choice'... tup-tup sebulan dua, sampai buku itu dari sana ke alamat rumahnya, free of charge.

Dan pasal video uyang disiarkan mengenai 'the truth' pasal kejadian2 yang berlaku, saya part ni tak setujulah kalau berkira sangat. Sebab ia melibatkan KEPENTINGAN AWAM, MARUAH, dan dah jadi benda yang bertaraf DHARURIYYAT. Di mana jika kita 'berkira', maka akan sebabkan ada orang lain teraniya. Kalau benda tahsini takper la jugak.


So, in my point of view, kena tengok jugalah apa 'yang nak dikira' dalam isu 'berkira atau tidak berkira' ini.

p/s: ari tu (lama dah) Raihan pernah buat show kat sebuah sekolah tu. Dia mintak sediakan tempat tinggal je. Tak mintak bayaran pun.

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.