Saya menjangkakan, penulisan saya tentang topik ini mungkin akan berlangsung untuk satu tempoh yang sangat panjang. Bukanlah niat saya untuk berdebat dan menunjuk pandai. Saya hanya ingin membawa kita, umat Islam, melihat keindahan Islam tradisional yang kita warisi selama lebih 1,400 tahun.
Rasanya, elok saya memberikan nama beberapa tokoh-tokoh besar Wahhabi. Saya nasihatkan, agar anda tidak membaca hasil-hasil tulisan mereka kerana ia akan menyebabkan anda bingung atau confuse dengan apa yang telah kita amalan selama ini. Contohnya, pernah sekali saya bingung apabila membaca fatwa oleh Allahyarham Sheikh al-Albani yang terdapat pada papan tazkirah Dublin Mosque. Secara ringkas fatwa itu mengatakan bahawa: "Wanita yang sedang dalam haid tidak ada salahnya membaca Al-Quran."
Tidakkah ia sesuatu yang mengejutkan? Saya tidak akan mengulas panjang kerana entri ini hanya untuk menyenaraikan nama-nama tokoh Wahhabi yang patut kita elak dari membaca hasil-hasil karangan mereka. InsyaAllah, jika saya punya lebih masa, saya akan update bebeberapa nama lagi, berserta biodata mereka:
1) Muhammad Bin Abdul Wahab. Beliau adalah pengasas kepada fahaman ini.
2) Sheikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (biasa ditulis sebagai al-Albani). Meninggal dunia pada 2 Oktober 1999.
3) Sheikh Abdul Aziz Ibnu Baz (biasa ditulis sebagai Bin Baz). Meninggal dunia pada 13 Mei 1999. Bekas Mufti Besar Mekah.
4) Muhammad Ibn Salih Ibnu Uthaymeen. Meninggal dunia pada 10 Januari 2001.
5) Abu Ameenah Bilal Philips. Beliau adalah seorang tokoh Islam yang dikenali di Kanada.
Dan jika anda ingin mencari fatwa, saya nasihatkan jangan lawati fatwa-online.com kerana ia bersifat Wahabbisma. Saya cadangkan pergi ke SunniPath atau IslamOnline untuk mendapatkan fatwa-fatwa masa kini.
Satu perkara yang perlu anda perhatikan. Jika anda pergi ke fatwa-online.com dan melihat bahagian Biografi, anda akan melihat laman ini cuba untuk menyenaraikan tokoh-tokoh besar yang berfahaman sama dengan mereka sejak tahun 1H hinggalah ke hari ini. Tetapi, dari tahun 1H hinggalah tahun 699H, tidak ada satu pun tokoh yang disenaraikan. Saya berpendapat, mungkin tidak wujud tokoh-tokoh yang sama pendirian seperti mereka pada waktu itu.
Kemudian, ada seorang tokoh disenaraikan pada bahagian kurun ke-8 Islam (700-799H), iaitu Ibnu Taimiyyah. Harus ditekankan di sini bahawa Ibnu Taimiyah tidak pernah mengaku dia berfahaman Wahabbi kerana Wahabbisma mula wujud sekitar awal 1200H. Cuma puak Wahhabi sahaja yang mengaku Ibnu Taimiyyah adalah tokoh mereka.
Sebenarnya memang ada perbalahan di antara Ibnu Taimiyyah dengan tokoh-tokoh agung Islam yang sezaman dengannya. Namun demikian, Ibnu Taimiyyah telah mengakui kesilapannya dan akhirnya kontroversi itu diam selama beberapa ratus tahun.
Oleh kerana itulah tiada tokoh-tokoh Islam Wahhabi yang disenaraikan diantara kurun ke-9 dan ke-13H pada laman fatwa-online itu. Namun demikian, pada awal kurun ke-13H, iaitu awal 1200H, fahaman Wahhabi ini mula membiak. Muhammad Bin Abdul Wahab telah 'menghidupkan' semula hal-hal kontroversi oleh Ibnu Taimiyyah itu. Sebab itulah Wahabbi hari ini menganggap Ibnu Taimiyyah itu sebagai tokoh mereka.
Kemudian, barulah pada kurun ke-14 dan ke-15H, bahagian biografi itu penuh diisi oleh ulama-ulama yang cenderung kepada Wahabbisma ini - iaitu setelah fahaman ini berjaya membiak. Dan hari ini mereka mengubah nama fahaman ini dari Wahabbi kepada Salafi. Ia bertujuan untuk reverse psychology minda umat Islam hari ini. Kononnya, ia akan menunjukkan mereka berusaha untuk mencontohi 3 generasi umat Islam yang pertama (Salaf bermaksud tiga yang pertama).
Namun kalau demikian, mengapa golongan Wahabbi ini mempetikaikan umat Islam yang mengikut Imam Abu Hanifah (meninggal pada tahun 149H), Imam Malik (meninggal pada tahun 179H), Imam Shafi'e (meninggal pada tahun 204H) dan Imam Ahmad bin Hambal (meninggal pada tahun 240H) sebagai tidak 'Salafi'? Bukankah keempat-empat Imam ini dilahirkan di dalam kurun Salaf??
Jika benar fahaman Wahabbi ini 'Salafi', mengapa pula mereka mengikut Muhammad bin Abdul Wahab yang tidak dilahirkan pada kurun Salaf? Iaitu bukan pada 3 generasi Islam yang pertama? Bukankah beliau dilahirkan pada 1114H? Sekarang, siapa yang Salafi? Wahhabi atau kita yang mengikut mazhab?
Satu perkara yang harus ditekankan. Kita tidak boleh kata ulama-ulama ini Wahabbi ini sesat. Kedudukan mereka mungkin lebih tinggi dari kita di Hari Kiamat kelak. Allah Maha Mengetahui
Wahabbi 2 - Elakkan Membaca Hasil Tulisan Mereka
Label:
wahhabi
Untuk mendapatkan entri-entri terkini pada masa akan datang secara automatik, langgan blog ini secara e-mel atau pun RSS. Atau boleh juga melanggan melalui fungsi Blogspot itu sendiri.
Langgan:
Feed entri ini
14 Komen • Tambah Komen↴
Tawel, Shaikh Nasiruddin al-Abani tu kan, bukankah dia seorang ahli hadith dan dia boleh dikata kan ikon dalam bidang hadis pada masa kini? Kalau kita mengelakkan daripada membaca kitab karangannya, macam mana tu....
saya dah jwb pada pos Wahhabi 3 - Sheikh Albani
Wahabbi is a deviant group among many groups of the Muslim. We consider them as part of the ummah much like we consider the Shiites as such.
References and the basis for this can be read in several anecdotes about them in Sidi Muhammad Afifi's many writings e.g. the one of women leading the prayers.
There are references specifically on Wahabbism available in Malay as well as in English.
[I am currently reading a text by the sympathetic Orientalist Montgomery Watt. There are many eye-opener there too despite it not being directly a work on this movement. However, several of his critics and point of discussion must be taken with a pinch of salt.]
hmmm muhammad al jibali? is he not?
lagi satu... elakkan www.allaahuakbar.net - memang pendekar peluru tabur betul la...
Tak pasti la abadi..yg disenaraikan cuma yang agak famous yang mana fatwa2 mereka selalu digunakan. Terima kasih untuk laman web tu..
jazakallah wa khairan kathira for the courage to discuss and elaborate on this issue.
Yer your guess is right..anda on BSC ker?
"Wanita yang sedang dalam haid tidak ada salahnya membaca Al-Quran"
Dalam fiqh shafiyyah dibolehkan wanita dlm haid membaca Al-Quran jika berniat zikir....diharamkan jika berniat membaca Al-Quran. Terutama kepada Hafizah2 atau yg mempunyai amalan zikir/baca Al Quran secara beristiqamah.....maka boleh baca Al Quran dgn niat zikir.
Wallahualam
Sori kene delete post yg atas sbb ada kesalahan ejaan.
___________________________________
Assalamua'laikum ya akhi.
Satu usaha yang hebat.. tahniah.. cantikla blog, ajar saya buat blog mcm ni..
Saya tak bermaksud nak berdebat ttg isu-isu khilaf mcm ni. Ini semua tak penting, banyak lagi isu lain lebih penting. Apa yang dikatakan sebagai kesalahan wahabi tu bukanlah jumhur ulama', itupun masih khilaf, jadi kita x bleh nak dpt konsensus. Lebih baik kita fokus pada benda lain yang jelas mungkar dan sedang berlaku.
Saya ingin menasihati kita semua, tentang sesuatu yang dititikberatkan oleh para fuqaha', sebelum kita terjun ke dalam perdebatan mazhab fiqh, kita perlulah belajar ilmu fiqh dan usul al-fiqh dahulu. Study dulu ilmu tu betul-betul, barulah pandangan kita tentang soal khilafiyyah ini jadi terang dan taklah akan jadi emosional sangat sampai nak tuduh sesat dan syiah dan sebagainya.
Para fuqaha' silam yang keluarkan hukum tersebut telah mencapai tahap muqri, dan ada yg samapi tahap al-hafiz. Ilmu dan ketekunan mereka luar biasa darjatnya, subhanallah. Mereka ada juga berdebat untuk mencari kebenaran, dan ini dilakukan dalam suasana berlapang dada dan bukannya penuh kebencian seperti yg berlaku sekarang. Semoga Allah merahmati mereka semua.
Dalam ilmu fiqh terdapat bermcm-mcm kaedah asas, berpuluh-puluh, semuanya berasal daripada kajian para fuqaha dan muhaddithin terhadap Al-Quran dan As-Sunnah. Kita tidak boleh sewenang-wenangnya meremehkan fatwa-fatwa para fuqaha hanya kerana terbaca daripada suatu sumber. Kajilah dengan teliti apa pegangan mereka, dalil-dalil mereka untuk berfatwa, kemudian rujuklah kepada pakar-pakar dalam bidang fiqh untuk penjelasan lanjut. Mereka lebih tahu asam garam ilmu fiqh daripada orang yg sibuk mengata itu dan ini tapi ilmunya cetek. Malah, ada yg tidak tahu berbahasa arab, tidak boleh membaca kitab-kitab fiqh bahasa arab yang begitu banyak sekali ditulis oleh para fuqaha silam; tetapi memandai-mandai pula hendak berhujah mengkritik ulama itu dan ini.
Jangan terburu-buru ikut apa orang kata tanpa asas ilmu fiqh yang kukuh.
Ruginya kalau asyik berbalah tentu isu yang kecil dan furu'iyyah yang kecil signifikannya utk kemajuan umat Islam. Masa begitu banyak dan tenaga masih kuat, gunakanlah ke arah usaha dakwah dan penyebaran Islam. Itu jauh lebih utama daripada sibuk berbalah sesama saudara seagama.
Dalam hal pegangan fiqh, jalan yang paling selamat tentulah mengikut apa yang diajar Rasulullah s.a.w. Pempraktikan unsur ini banyak terlihat pada turath para salaf, ini diakui oleh para sejarawan. Golongan ulama salaf ini berhujah mengikut Al-Quran dan Al-Hadith. Mereka bermazhab tetapi tahu dalil-dalil imam mereka, bukannya dgn bertaqlid buta. Jika mereka tidak bersetuju dengan sesuatu, mereka tidak pantas melabelkan itu haram. Mereka cenderung menyebut "saya tidak suka" daripada menyebut "ini haram", kecuali jika jelas dalil yang mengharamkannya. Apa yang diajar oleh Al-Quran dan Rasullullah, itulah manhaj mereka dan mereka berpegang teguh padanya. Itulah manhaj fiqh yang patut dicontohi.
Saya ada beberapa soalan:
1)Jelaskan apa anda maksudkan dengan Islam tradisional. Saya baca ianya diasaskan pada 1400 tahun dulu, itu zaman Rasul dan sahabatkan? Adakah mereka amalkan Islam tradisional yang awak maksudkan? Jika ya, tunjukkan dalilnya sebab itukan masih zaman turun wahyu.
2)Apakah kriteria anda untuk menyatakan seseorang itu wahabi atau tidak?
3)Sila rujuk dan kaji balik riwayat hidup ibn Taimiyyah, beliau hidup pada era zaman taqlid, tanyalah pakar sejarah Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah itu serasi dengan pemikiran zaman imam mujtahid tapi tak serasi pada era zaman taqlid, iaitu zaman beliau hidup. Adakah benar riwayat yang mengatakan Ibn Taimiyyah mengakui kesilapannya, bukankah beliau terus menentang kerosakan yg berlaku di zamannya, walaupun dipenjara dan diseksa, akhirnya beliau meninggal dunia?
4)Adakah jika seseorang ulama' itu mengeluarkan fatwanya berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, maka dia sesat atau wahabi? Adakah kalau dia tersalah maka dia sesat? Sedangkan ada hadis menyebut jika seseorang itu berijtihad dan salah dia dapat 1 pahala, jika betul 2 pahala?
5)Jika ada hadis yang sahih yg qat'i ttg satu-satu amalan yang bertentangan dengan amalan awak dalam suatu mazhab, adakah awak akan pilih hadith tersebut atau pegangan mazhab awak?
6)Jika jumhur ulama' sepakat ttg suatu hukum bertentangan betul-betul dengan hukum dalam mazhab anda, adakah awak akan pilih pendapat jumhur atau mazhab awak?
Sebenarnya banyak lagi kemusykilan saya dan isu-isu yang ingin saya kemukakan. Tapi takpelah, lain kali saya tanya lagi. Harap dapat jelaskan pada saya ye... Harap jawablah dengan penuh ilmiah, penuh dengan dalil, dan nyatakan pendapat ulama' mana yang awak ambil. Tanpa dalil yang sahih dan pentafsirannya yang tepat, pendapat yg akan diutarakan masih boleh diragui dan didebatkan. Inilah dia epistemology Islam sepertimana yang disepakati para Ulama'.
Maafkan saya kerana comment yg panjang jiddan... :P
Wallahu a'lam
Wassalam :)
boleh saya tahu dalam kitab mana ibnu taimiyyah taraaju' pendapat beliau..kalau imam ghazali kitab munqiz mina al-dholal adalah kitab taraaju' dia berkenaan keterlibatan beliau dalam ilmu falsafah...jadi saya nak tahu apa kitab ibnu taimiyyah yang mengisytiharkan taraju' dia tu..
Salam, jangan tuduh wahabi atau sesat...anda tuduh tanpa hujjah. semua manhaj yang anda katakan wahabi tu sebenarnya mereka salaf. mereka ada hujjah.
Assalamualikum....
ana melihat tulisan diatas di ilmiah sama sekali.
kerana anta mengajak untuk menjauhi sesuatu tapi tidak menjelaskan alasan sebenarnya.
atau anta kononnya mengenal salafi tapi daripada apa yang anta tulis anta tidak tahu langsung salafi dari manhaj dan asal usulnya dan juga para ulama salaf.
contoh yang anta bagi.....misalnya ni pendapat ulama:
Membaca Al-Quran ketika uzur bagi perempuan.
Diriwayatkan bahwa Nabi Saw. pernah bersabda, “Orang yang sedang junub dan perempuan yang sedang haid, tidak membaca Al-Qur’an. Namun hadis tersebut dinilai dhaif oleh kedua perawinya sendiri: Tirmidzi dab Baihaqi. Karenanya, sebagian kalangan mazhab Syafi’i (dari kelompok Iraq) mengharamkan pembacaan Al-Qur’an oleh perempuan yang sedang mengalami haid (dan ini pemdapat paling masyhur dan paling sahih dalam mazhab Syafi’i); sedangkan kalangan mazhab Syafi’i lainnya (dari kelompok Khurusan) mengikuti pendapat Imam Syafi’I dalam mazhabnya yang lama –sebagimana dikutip oleh Abu Tsaur- bahwa perempuan yang sedang haid tidak terlarang membaca Al-Qur’an.
Demikian pula terdapat dua riwayat dari Maliki, Abu Hanafiah dan Ahmad; yang satu mengharamkan dan yang satunya lagi membolehkan. Mereka yang membolehkan berpegang pada ucapan Aisyah r.a. bahwa ia tetap membaca Al-Qur’an dalam keadaan haid. Mereka ini juga beralasan bahwa masa haid biasanya berlangsung cukup lama sehingga jangan sampai ia melupakan apa yang telah dihafalnya, atau merasa ‘terasing’ dari Al-Qur’an. Dan adakalanya ia seorang guru ngaji; sehingga jangan sampai ia terhambat dalam menjalankan profesinya
Apakah mereka semua wahabi pengikut muahammad bin Abdul wahab?
mungkin anta dulu sekedar curi2 dengar je dari ceramah orang salafi.
tu yang tak paham dan kononnya pernah menjadi salafi.
jangan marah sekedar nak mengingatkan je. wallahu a'lam.
@Tanpa Nama, wa'alaikumussalam.
"kerana anta mengajak untuk menjauhi sesuatu tapi tidak menjelaskan alasan sebenarnya."
Kalau hang malas cari, memang la tak jumpa alasan sebenarnya. Gunakan teknologi Google supaya tidak kelihatan jumud. Sekian adanya.
Nah saya tolong. Lain kali juga kalau nak ajak debat, bagi la nama. Jadi boleh pembaca lain tahu sanad komen.
Ada komen atau soalan?
Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.