Back to home page

Dajjal Tidak Lahir Di Russia

29 November 2005 • 11 Komen Cetak Chenta!
Saya kadang-kadang pelik membaca berita-berita dalam akhbar tempatan kita. Pertama, sebab ia banyak memuji dan mengampu. Kedua, berita yang dilaporkan kadang-kala boleh dipertikaikan. Contohnya, kes yang dilaporkan tentang kelahiran Dajjal di Rusia tahun lepas oleh Berita Harian. Masing-masing heboh, lebih-lebih lagi di web forum tempatan. Ini artikel asal yang diterjemahkan oleh akhbar kita:

MOSCOW: Seorang wanita Russia dilaporkan melahirkan anak perempuan yang hanya mempunyai satu mata. Bayi ganjil itu melihat dunia dengan hanya satu mata biru besar, bernafas menggunakan belalai yang tumbuh pada dahi sebelum mati, lapor akhbar Komsomolskaya Pravda, kelmarin.

Salah seorang doktor di Hospital St Petersburg memberitahu akhbar itu, bayi ganjil yang dianggap dajal oleh penduduk setempat dilahirkan oleh seorang ibu normal. Bayi pelik itu mempunyai rambut dan bulu roma tebal, mempunyai satu mata di tengah muka selain satu belalai yang tumbuh di atas matanya.

Ibu yang berusia lingkungan 30-an itu dilaporkan melahirkan bayi yang dikandungnya selama tujuh bulan di rumah kerana tidak sempat ke hospital. Pada awalnya doktor menyangka, belalai pada bahagian atas mata bayi berkenaan adalah zakar tetapi akhirnya mendapati ia adalah alat pernafasan untuk bayi berkenaan.

Mayat bayi berkenaan dihantar ke sebuah rumah mayat dan pakar forensik melakukan pemeriksaan rapi terhadap mayat berkenan. Menerusi pemeriksaan, doktor mendapati bayi berkenaan mempunyai banyak kecacatan lain yang tidak memungkinkan ia hidup. Ibu bapa bayi berkenaan dilaporkan tidak sanggup melihat bayi berkenaan menyebabkan doktor terpaksa mengawetnya dan menempatkannya di dalam botol yang dipenuhi cecair bahan pengawet.

"Ia satu kejadian pelik," kata pakar bidan, Ivan Rylchikov.

Apa sebenarnya yang berlaku pada bayi itu, yang dianggap 'dajjal' oleh akhbar kita? Saya suspek, bayi itu mengalami sindrom Synophthalmia (fusion of the eyes) atau lebih dikenali di bidang perubatan sebagai Cyclopia (single eye). Ini kerana bayi itu memiliki: Satu mata yang besar (mata dah bercantum), ada belalai (sebenarnya hidung) yang tumbuh di bahagian atas mata, dan mati selepas dilahirkan (bayi Cyclopia tidak dapat hidup lama).

Anda bertanya: Macam mana bayi tu boleh dapat kecacatan ni?
Jawapan: Kecacatan ni berlaku ketika bayi dalam kandungan, iaitu kira-kira minggu ke-19 hingga ke-21 selepas berlakunya persenyawaan. Faktor-faktor yang membawa kepada kecacatan ini ialah pengambilan alkohol ketika mengandung, mutasi pada gene sonic hedgehog (SHH) dan keganjilan pada metabolisma kolestrol yang menganggu perjalanan aktiviti gene SHH tersebut.

Anda bertanya: Jadi, kenapa doktor tu macam bingung pula bila tengok kecacatan tu?
Jawapan: Saya rasa doktor tu mungkin dah lupa penyakit tu wujud di dunia ini. Mana taknya, synophthalmia ni adalah kecacatan yang sangat jarang berlaku di muka bumi ini. Boleh dikatakan hanya beberapa orang doktor sahaja di muka bumi ini yang akan menyambut kelahiran bayi yang mempunyai kecacatan tersebut. Tidak semua doktor akan jumpa kes begini. Doktor itu mungkin pernah belajar tentang kecacatan ini sewaktu belajar, dan mungkin dia sudah lupa.

Kesimpulan: Bayi perempuan itu bukanlah dajjal (Macam mana nak jadi dajjal kalau lahir terus mati??). Berdasarkan laporan versi Inggeris, ia ditulis sebagai Cyclopia. Entah macam mana istilah dajjal wujud bila diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia. Ini semua bukan masalah jahil ilmu perubatan tapi kurang ilmu linguistik! Boleh baca artikel asal kelahiran bayi itu di sini:

Walau bagaimanapun, saya tidak dapat memastikan sama ada gambar bayi dalam laporan itu adalah bayi yang dikisahkan. Sila tanya mereka.

11 Komen Tambah Komen↴

atau mungkin doktor tersebut tertidur didalam kelas ketika pensyarah beliau menerangkan tentang penyakit tersebut.......hi.....hi

Tanpa Nama

mmm...good point...

your artikel regarding Andalusia is interesting...I always wanted to go to Spain....

Salam perkenalan

Tanpa Nama

assalamualaikum.bagus kamu punya cerita.i like it.salam kenal dari aceh

Haha..benar apa yg sensei katakan.
Saya seorang pelajar perubatan tahun pertama, dan memang ada baca dalam buku teks saya mengenai penyakit ini...(skema tak saya? :P)

AID

Orang-orang bicara tentang siapa Dajjal, kapan munculnya, dimana, bagaimana. Sementara yang lain bicara pengaruh negatif televisi. Mereka berani membicarakannya, tetapi takut menerima kenyataan. Dengan lantang disini akan saya katakan bahwa TV itulah Dajjal sesungguhnya. TV itulah yang dimaksud dengan tulisa Ka Fa Ra. Begitu mudah dilihat meskipun oleh yang buta huruf. Tidak percaya?
Silakan lihat di artikel saya :
http://iwansyamsumin.wordpress.com/

Tanpa Nama

kemungkinan besar,memang itu adalah dajjal..mungkin amaran pada kita,akan kedatangannya..al-quran sendiri menjelaskan sifat-sifat dajal..tapi kita manusia masih leka dengan duniawi,sehingga takut utk menerima kenyataan nya..bersedialah hari hampir kiamat..wallahualam..

macam2 cerita psl Dajjal ni. Aku tak tau mana satu nak percaya Dajjal tu org ke atau perumpamaan utk sesuatu benda.

Tp setakat ni aku tgh sibuk check satu blog yg discus pandangan2 Muhammad Isa Dawud. Boleh tahan gak artikelnya. Ramai yg setuju dgn blogger ni. Ade jugak yg tak setuju.

Cuba check blog ni http://dajjal.wordpress.com

Tanpa Nama

aku pun tak paham cam manala orang sekarang.... hai takutkan orang je...

Tanpa Nama

Saya rasa tidak percaya.Tetapi memang betul pun.Saya pernah baca surat khabar tentang bayi tersbut.

Blaunsky-Habbo boy!

betul ke yg dajjal akan muncul di hari kiamat nanti .

Tanpa Nama

Salah seorang doktor di Hospital St Petersburg memberitahu akhbar itu, bayi ganjil yang dianggap dajal oleh penduduk setempat dilahirkan oleh seorang ibu normal. Bayi pelik itu mempunyai rambut dan bulu roma tebal, mempunyai satu mata di tengah muka selain satu belalai yang tumbuh di atas matanya.



saya tak rasapon akhbar tu ckp itu dajjal, tapi penduduk stmpt yg ckp, mksdnya pduduk rusia sdri yg ckp... ataupon sy yg slh baca?

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.