Back to home page

Tweet-tweet

    Tentang Blog Ini

    ...lebih bersifat komentar tentang isu sosial. Blog ini jarang ada entri baru. Ada masa, aku tulis. Tak cukup masa, aku tak tulis.
    Oleh Tawel Sensei • Hubungi

    Hembusan boleh dilanggan secara
    e-mel atau pun RSS. (?)


    Bintang & Gerhana Bulan

    08 Mac 2007 • 3 Komen
    Bumi dan bulan hanya sebahagian kecil dari alam semesta yang sangat luas ini. Berapa keluasan sebenarnya, hanya Allah yang mengetahui.

    Setakat yang para saintis mampu nampak dan kira, di angkasa ini terdapat 70 sextillion buah bintang (iaitu 70 ribu juta juta juta = 7 × 1022). Jumlah ini lebih banyak dari sekalian butiran pasir yang ada di dunia ini.

    Matahari adalah satu dari 70 sextilion itu. Membandingkan saiz bumi dan matahari sudah cukup menunjukkan betapa kecilnya bumi ini, dan betapa kecilnya manusia.

    Dan di angkasa sana, terdapat kira-kira 100 bilion galaksi , dan galaksi tempat kita tinggal ini, iaitu Bimasakti (Milkyway) adalah satu darinya. Dan cahaya memerlukan kira-kira 100,000 tahun untuk merentasi Bimasakti ini.




    Tak mampu nak membayangkannya. Dan tak dapat nak membayangkan bagaimana golongan-golongan Atheist dan free-thinker boleh percaya yang alam ini terjadi dengan sendirinya, tanpa ada 'sesiapa' yang mengawalnya.

    Subhanallah. Tenangkan fikiran. Matikan seketika enjin keegoan yang membawa kepada peperangan dan permusuhan di sana-sini, untuk sama-sama kita memerhati langit, supaya kita menjadi manusia yang mahu berfikir.
    Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berfikir;

    (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.
    Surah ali-'Imran: 190-191


    Baca:
    - Imperfect Estimate Claims Universe Has 70 Sextillion Stars
    - Galaxy - in Wikipedia
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Mutiara al-Hikam

    04 Mac 2007 • 10 Komen
    Saya sedang keluar masuk rumah; dalam proses menangkap gambar gerhana bulan penuh. Gerhana bulan yang berlaku sekarang ini menyebabkan saya berasa begitu excited, sampai nak makan malam pun tak lalu, walaupun di dapur itu ada nasi lemak yang sedap, yang sedia disantap pada bila-bila masa.

    Sekarang ini, bumi sedang menutup cahaya matahari dari sampai ke bulan, dan menjadikan bulan hilang cahayanya.

    Oleh itu, nak tangkap gambar pun dah susah sebab kamera yang saya gunakan bukanlah ultra-profesional, apatah lagi kamera ala-ala Hubble telescope. Jadi bila cahaya bulan dah berkurangan, maka gambar yang terhasil akan menjadi blur apabila ditangkap menggunakan kamera saya itu. Tapi kira bolehlah kalau nak tangkap.

    Oleh sebab penutupan total sedang berlaku, dan akan berterusan selama kira-kira 1 jam, dari pukul 2244 hingga 2358 GMT (waktu Malaysia 6.44 - 7.58 pagi) maka saya kenalah berehat sebentar. Dan saya menulis sebentar untuk berkongsi sedikit mutiara dari Imam Ibnu Ata’Allah al-Iskandari dari bukunya yang paling terkenal, iaitu Al-Hikam. Saya dapatnya dari Organ Rasmi American Muslim di Malaysia:

    If you want the door of hope opened
    For you, then consider what comes
    to you from your Lord, but if you want
    The door of sadness opened for you,
    Then consider what goes to Him
    from you.

    ||

    One of the signs of relying on one’s
    own deeds is the loss of hope
    when a downfall occurs.

    ||

    Sometimes He gives
    while depriving you, and sometimes
    He deprives you in giving.

    ||

    He who wishes that at a given moment
    There appear other than what God
    has manifested in it, has not left
    ignorance behind at all!

    Excerpted from the presentation by Sister Aisha Gray, Journey to Ihsan 2nd Internation Conference on Islamic Spirituality, Sept. 2, 2006.
    ---

    Alangkah berhikmahnya kata-kata puisi yang dikarang oleh beliau itu, andainya kita memahaminya. Walaupun Imam Ibnu Ata’Allah al-Iskandari lebih dikenali sebagai seorang ulama Sufi, tapi sebenarnya beliau juga seorang ulama yang hebat dalam hadith, Al-Quran, bahasa, syariah, akidah, dan juga fiqh. Anak murid beliau yang paling terkenal ialah Imam Taqiyuddin al-Subki. Menurut Imam Dhahabi pula, apabila beliau berucap di Masjid al-Azhar, beliau akan menggabungkan perkataan orang-orang Sufi dan hadith, kisah-kisah golongan Salaf, dan topik-topik lain yang bersifat akademik.

    Carilah hikmah dalam hidup ini. Hikmah hanya boleh dicari melalui jalan tasawwuf, dan fiqh pula bertujuan untuk memastikan hikmah yang dicari itu bukan suatu hikmah yang palsu dan menyesatkan. Lebihkanlah mencari hikam dari ahkam, kerana hidup ini akan menjadi lebih mudah jika kita menguasai hikam.

    Dari saya belajar dalam-dalam tentang bab seperti perbincangan inter-mazhab tentang doa qunut, lebih baik saya belajar kitab Al-Hikam ini. Begitulah adanya.
    ¶ Teruskan membaca entri ini »

    Sikit-sikit Bida'ah

    01 Mac 2007 • 70 Komen
    Nak tak nak, kita kena akui bahawa golongan Wahhabi hari ini suka sangat bawa isu bida'ah. Itu bida'ah. Ini tidak ikut sunnah, masuk neraka. Bida'ah memang ada dalam syariat. Tak siapa yang mahu menafikan. Dan bukanlah pula setiap orang yang membawa isu bida'ah itu Wahhabi. Yang Wahhabi ni adalah dari jenis golongan yang menakrifkan isu bida'ah pada tahap yang sangat ekstrem dan membimbangkan.

    Nak cakap mandi bunga untuk cari jodoh sebagai bida'ah tidak mengapa. Nak cakap mandi tolak bala bulan Safar sebagai bid'aah tak siapa kisah pun. Nak tuduh konsep wang hantaran dalam perkahwinan sebagai bida'ah, lagi lah ramai lelaki suka. Bida'ah yang sesat itu memang wujud. Tapi jika kamu tuduh bida'ah pada sesuatu perkara yang hukumnya tidak qat'i atau mutlak, di sinilah timbulnya masalah.

    • Jadi masalah besar apabila kamu kata doa qunut Subuh itu bida'ah.
    • Jadi masalah besar apabila kamu kata berzikir beramai-ramai itu bida'ah.
    • Jadi masalah besar apabila kamu kata talqin untuk si mayat itu bida'ah.
    • Jadi masalah besar apabila kamu kata berzikir guna biji tasbih itu bida'ah.
    • Jadi masalah besar apabila kamu kata talaffuz niyyat ketika permulaan solat sebagai bida'ah.

    Dan macam-macam lagi le kome ni punya perangai, lagi-lagi yang baru berjinak-jinak dalam manhaj yang kononnya mengikut Al-Quran dan Sunnah yang tulen lagi asli lagi ori lagi tiada cetak rompak.

    Baru baca tulisan al-Protaz Hafiz Firdaus dalam buku ringkas Panduan Ibadah Musafir dalam Penerbangan, yang mengatakan tiada konsep air musta'mal dalam bab bersuci, terus kamu kata mazhab Shafi'i punya fiqh sudah buat bida'ah dalam bab taharah. Baru baca sikit artikel kontot oleh Mufti Cyber THTL tentang bab menggerakkan jari telunjuk ketika tasyaahud (iaitu tahrik) terus nak tibai yang cara mazhab Hanafi dan Shafi'i tertolak kerana tiada nas dan dalil. THTL sendiri pun kata yang cara mazhab Hanafi dan Shafi'i tertolak dan tidak mengikut sunnah (bida'ah le tu = kena humban ke neraka).

    Saudaraku, selagi mana yang buat ijtihad itu adalah dari ahlinya yang benar-benar layak, maka ketahuilah bahawa sesuatu ijtihad tidak membatalkan ijtihad yang lain. Kome ni hamba rasa memang ada banyak masa terluang untuk bincang isu-isu yang sudah selesai. Fahaman Wahhabi adalah satu ideologi yang mendakwa mereka mengiktiraf 4 mazhab fiqh muktabar, dan mahu berlapang dada pada perkara-perkara khilaf, tetapi pada akhirnya mereka hanya mahu pandangan dari mereka sahaja yang betul dan diterima oleh umat Islam. Apa kes?

    Berhati-hatilah dengan mereka yang berfahaman Wahhabi ni, lagi-lagi yang baru sahaja terkena penangannya. Yang baru kena ni, biasanya mereka akan bawa isu-isu berkaitan qunut, talqin, tahlil, kenduri arwah, dan sebagainya. Biasalah..enjin masih panas. Tapi bagi yang dah lama, mereka tak akan berani sangat nak bawa isu-isu itu sebab mereka tahu hujah mereka akan dipatahkan dengan mudah apabila buku bertemu ruas.

    Kalau mereka nak teruskan berkeras dalam isu-isu kecil seperti itu, tak akan ke mana perginya perjuangan tu. Wahhabism ni satu manhaj yang pada permulannya keras, tetapi menjadi kurang tegas pada hujung-hujungnya. Ini seperti mana yang Imam Muhammad Abu Zahra, iaitu bekas ulama usul di al-Azhar, menerangkan bahawa pada permulaan era Wahhabism ni, mereka hingga sampai mengharamkan minuman kopi dan yang serupanya. Tapi akhirnya, fatwa yang sangat keras ini berubah menjadi semakin lembut mengikut peredaran masa. Fatwa mereka yang lain, mengatakan bahawa penghisap rokok sebagai musyrik. Tapi ini dulu la. Sekarang tak pernah dengar pun lagi ada puak-puak ini yang bawa isu tersebut.

    Biarkan puak Wahhabi ini berkeras dengan definisi bida'ah tegar mereka. Definisi bida'ah dari 4 mazhab muktabar sebenarnya bertentangan dengan apa yang mereka fahami. Nak ikut yang mana? Definisi bida'ah yang sudah survive beratus-ratus tahun, yang telah disemak dan ditarjih pula oleh ribuan para ulama yang warak lagi alim, atau nak ikut definisi bida'ah puak Wahhabi yang baru setahun jagung sahaja usianya?

    Jangan umat Islam di Malaysia jadi macam Arab Saudi sudahlah. Seperti mana yang sudah saya ceritakan dahulu, pakai tali pinggang keledar ketika memandu pun dianggap bida'ah! Apa sudah jadi? Ini jumud atau tajdid?


    BACA:
    Memahami Bida'ah oleh Sheikh Gibril F. Haddad, diterjemahkan oleh Ustaz Nik Roskiman. [Format PDF]

    ---
    Entri berkaitan bida'ah ini dibuat khusus demi menunjukkan betapa teruknya pemahaman fiqh tentang bida'ah yang melanda sebahagian umat Islam. Tengoklah sendiri pending comments tu. Saya dah banyak kali buang komen-komen macam tu. Tapi ada sahaja insan-insan yang rajin nak berdebat di YouTube. Ini screenshot dari video ini. Tapi kalian tak akan jumpa komen yang dalam screenshot ni sebab saya tak approve komen-komen si luncai itu.


    Klik gambar untuk lihat paparan penuh. Tengok video tu sendiri dan cari di mana bida'ah sesatnya. Yang kata sesat tu, cuma 'mereka' sahaja.

    ¶ Teruskan membaca entri ini »