Saya sedang keluar masuk rumah; dalam proses menangkap gambar gerhana bulan penuh. Gerhana bulan yang berlaku sekarang ini menyebabkan saya berasa begitu excited, sampai nak makan malam pun tak lalu, walaupun di dapur itu ada nasi lemak yang sedap, yang sedia disantap pada bila-bila masa.Sekarang ini, bumi sedang menutup cahaya matahari dari sampai ke bulan, dan menjadikan bulan hilang cahayanya.
Oleh itu, nak tangkap gambar pun dah susah sebab kamera yang saya gunakan bukanlah ultra-profesional, apatah lagi kamera ala-ala Hubble telescope. Jadi bila cahaya bulan dah berkurangan, maka gambar yang terhasil akan menjadi blur apabila ditangkap menggunakan kamera saya itu. Tapi kira bolehlah kalau nak tangkap.
Oleh sebab penutupan total sedang berlaku, dan akan berterusan selama kira-kira 1 jam, dari pukul 2244 hingga 2358 GMT (waktu Malaysia 6.44 - 7.58 pagi) maka saya kenalah berehat sebentar. Dan saya menulis sebentar untuk berkongsi sedikit mutiara dari Imam Ibnu Ata’Allah al-Iskandari dari bukunya yang paling terkenal, iaitu Al-Hikam. Saya dapatnya dari Organ Rasmi American Muslim di Malaysia:
If you want the door of hope opened
For you, then consider what comes
to you from your Lord, but if you want
The door of sadness opened for you,
Then consider what goes to Him
from you.
||
One of the signs of relying on one’s
own deeds is the loss of hope
when a downfall occurs.
||
Sometimes He gives
while depriving you, and sometimes
He deprives you in giving.
||
He who wishes that at a given moment
There appear other than what God
has manifested in it, has not left
ignorance behind at all!
For you, then consider what comes
to you from your Lord, but if you want
The door of sadness opened for you,
Then consider what goes to Him
from you.
||
One of the signs of relying on one’s
own deeds is the loss of hope
when a downfall occurs.
||
Sometimes He gives
while depriving you, and sometimes
He deprives you in giving.
||
He who wishes that at a given moment
There appear other than what God
has manifested in it, has not left
ignorance behind at all!
Excerpted from the presentation by Sister Aisha Gray, Journey to Ihsan 2nd Internation Conference on Islamic Spirituality, Sept. 2, 2006.
---
Alangkah berhikmahnya kata-kata puisi yang dikarang oleh beliau itu, andainya kita memahaminya. Walaupun Imam Ibnu Ata’Allah al-Iskandari lebih dikenali sebagai seorang ulama Sufi, tapi sebenarnya beliau juga seorang ulama yang hebat dalam hadith, Al-Quran, bahasa, syariah, akidah, dan juga fiqh. Anak murid beliau yang paling terkenal ialah Imam Taqiyuddin al-Subki. Menurut Imam Dhahabi pula, apabila beliau berucap di Masjid al-Azhar, beliau akan menggabungkan perkataan orang-orang Sufi dan hadith, kisah-kisah golongan Salaf, dan topik-topik lain yang bersifat akademik.
Carilah hikmah dalam hidup ini. Hikmah hanya boleh dicari melalui jalan tasawwuf, dan fiqh pula bertujuan untuk memastikan hikmah yang dicari itu bukan suatu hikmah yang palsu dan menyesatkan. Lebihkanlah mencari hikam dari ahkam, kerana hidup ini akan menjadi lebih mudah jika kita menguasai hikam.
Dari saya belajar dalam-dalam tentang bab seperti perbincangan inter-mazhab tentang doa qunut, lebih baik saya belajar kitab Al-Hikam ini. Begitulah adanya. ¶ Teruskan membaca entri ini »





