Back to home page

Hukum Pegang (juga Peluk) Babi & Anjing

27 Ogos 2007 • 51 Komen Cetak Chenta!
Hendak ku diam, mereka bertanya. Hendak ku lari, mereka mengejar. Itu masalah e-mel. Sentiasa ada yang akan bertanya itu dan ini memandangkan kos menghantar sedozen e-mel adalah jauh lebih murah dari menghantar sekeping poskad. Kadang-kadang, mahu sahaja saya bersetuju dengan idea Bill Gates untuk mengenakan bayaran bagi setiap e-mel yang dihantar.

Tapi jika tidak dijawab e-mel, orang ingat kita ini sombong. Hai.. Jika anda dapat menyelesaikan kod tempoh hari, pasti akan sekurang-kurangnya tahu mengapa saya mengeluh. Jadi apa soalan yang mereka tanya itu?

Ia selalunya tentang banyak isu yang berlegar-legar di internet. Tentang ada satu golongan tu yang mendakwa solat hajat sebagai bidaah sesat, boleh ke baca Yasin malam Nisfu Syaaban, dan macam-macam lagi. Soalan-soalan begini memang saya tidak layan sangat. Tapi cuma ada satu soalan sahaja yang saya agak terpanggil untuk memberikan pendapat, iaitu tentang kisah seorang pelajar perempuan, 22 tahun, jurusan vet, yang bergambar sambil peluk-peluk manja dengan anjing dan babi. Dengan menggoogle, saya menjumpai profile MySpace gadis itu. Dia menggunakan nama E-ma.

Reaksi

Lihat gambar ini dulu bagi yang masih belum lihat.
Gambar 1, Gambar 2, Snapshot MySpace

Saya membaca respon ramai orang tentang isu ini. Ada sesetengahnya menghentam habis si E-ma ini. Ada yang lain pula menyebelahi dia. Ada yang lebih alim, memberitahu pula bahawa apa yang dia buat itu tidaklah berdosa. Jadi apa pula reaksi saya?

Saya berpendapat bahawa isu yang dibangkitkan adalah berpunca dari kejahilan kita sendiri yang tidak tahu banyak perkara-perkara asas dalam fardu ain, terutama sekali dalam bab najis. Tidak berdosa jika bergambar sambil berpeluk-pelukan dengan anjing dan babi. Cuma ia perlu disamak sahaja memandangkan ia najis berat. Jadi bagi mereka yang menuduh E-ma telah melakukan sesuatu yang menyalahi syarak, perlulah meminta maaf kepadanya.

Ini pula saya ambil di ruangan profile MySpace beliau. Katanya:
who am i??? im a vet student from UPM, serdang....a Shah Alam girl with a dream to help those suffered animal,to be respected,to skim the cream in this field and to love these kind of cute creatures....i dont want to bring sumone to book ( those senders) but i love to clear the things out and to tell people out there (especially to those who lack in knowledge about halal and haram) what vet is and how we especially Muslim handle any case that involved the "Najis Mughalazah" thing. i dont blame them because this is not their profession....ya, for human being, we just learn deeper about any kind of stuff if only we have to...well, anything that is good came from Allah and anything bad came from ourselves...so people outhere, if you want to judge other people, please full up your mind with knowledge first,k.


Surat Kepada E-ma

Okay okay. Saya tahu saya tidak ambil vet. Tapi saya tahu bagaimana seorang vet berkerja. Dan saya juga tahu awak suka tolong binatang yang sakit. Malah awak juga suka binatang-binatang yang comel.

Saya juga seperti awak. Bahkan, salah satu laman yang selalu saya lawat memaparkan haiwan-haiwan yang comel setiap hari. Pernah dalam hati saya menyimpan keinginan untuk membela anjing setelah melihat begitu banyak anjing-anjing comel yang melata di bumi Ireland ini, terutama sekali jenis Chihuahua seperti Tinkerbell yang dimiliki oleh Paris Hilton. Atau sekurang-kurangnya saya boleh peluk mereka selalu seperti yang awak lakukan. Saya selalu ceritakan ini kepada kawan saya.

Berdekatan dengan rumah saya pula, ada seekor anjing berwarna putih yang sangat comel. Bila saya lalu di situ pasti saya akan menjengok-jengok anjing itu yang saya namakan ia Putih. Jika Putih ada, dia akan menyalak kepada saya. Lalu saya akan berhenti dan bercakap-cakap seketika dengannya. Saya tidak pasti pula jika Putih faham apa yang saya bicarakan memandangkan tuannya sudah pasti bercakap English atau mungkin Gaelic dengannya. Tetapi saya yakin dalam hati bahawa Putih memahami saya.

Maafkan saya kerana tidak tahu nama tepat spesis tersebut. Tetapi jika awak bertanya bagaimana rupanya, saya katakan bahawa fizikalnya seperti Chewbacca dalam filem Star Wars, cuma warna bulunya sahaja yang berbeza. Bulu Chewbacca berwarna coklat keperangan, Putih pula berwarna putih.

Kemudian saya berfikir semula, walaupun tidak haram bagi saya menyentuh dan memeluk mana-mana anjing selalu, dan tidak pula perlu bagi saya untuk melakukan samak jika saya dan anjing berada dalam keadaan yang kering, tetapi sesuatu perkara yang taboo dalam masyarakat tempat saya membesar, perlulah juga saya berikan keutamaan.

Ini kerana saya tidak mahu membawa kekeliruan dan kekacauan jiwa pada teman-teman saya yang mungkin masih kurang arif dalam bab-bab fiqh najis ini. Jadi, jika pun saya mahu memegang dan memeluk anjing, saya pastikan tiada rakan-rakan Muslim yang berdekatan, melainkan rakan saya itu benar-benar faham apa yang saya buat. Walaupun jika kawan saya itu adalah Tok-tok Arab bermazhab Maliki yang memiliki sedikit keringanan dalam berurusan dengan anjing dan babi, saya akan tetap berfikir panjang untuk melakukan satu perkara yang dianggap taboo bagi sesetengah masyarakat. Apatah lagi untuk menangkap gambar saya berpelukan dengan anjing dan babi dan kemudian dijadikan tatapan umum di internet.

Saya tahu awak sudah faham segala isu-isu teknikal dalam masalah najis ringan, pertengahan dan berat. Tapi awak cuma masih belum faham selok-belok taboo dan faux pas.

Faux Pas
Faux pas adalah pelanggaran undang-undang sosial tidak bertulis, tetapi diterima pakai dalam sesebuah masyarakat, yang mana kadang-kala peraturan itu berbeza-beza dari satu budaya ke budaya yang lain. Satu perkara yang dianggap biasa dan tiada celanya dalam Masyarakat A, mungkin dianggap taboo dan buruk dalam konteks masyarakat B, lalu menjadikan faux pas dalam Masyarakat B, tetapi tidak dalam Masyarakat A.

Contohnya, lihat gambar di bawah ini yang berkaitan dengan isu seorang pelajar UIA yang menganggap sekolah agama sebagai sesuatu yang lekeh. Saya tidak ingin membawakan isu tersebut, cuma mahu awak melihat gaya dia ketika bergambar. Perhatikan tangannya yang membuat V dalam keadaan telapak tangannya menghadap ke badan.

gambar nurhayati uia

Sekali pandang, tiada apa masalahnya dengan gambar tersebut. Sekadar memaparkan seorang anak dara sunti yang keriangan setelah mendakwa mendapat 'pencerahan' yang tidak pernah dialaminya sebelum ini. Tetapi sebenarnya, apa yang dia buat itu; membuat V dalam keadaan telapak tangan menghala ke arah badan, adalah satu faux pas bagi masyarakat di Ireland dan UK. Masyarakat Ireland dan UK memandangnya sama sama seperti 'the finger' lebih-lebih lagi jika ia digerak-gerakkan menghala ke arah atas. Tetapi bagi masyarakat Malaysia dan lain-lain, itu cuma gambar biasa yang tidak memberikan sebarang offence kepada sesiapa. Ia tidak faux pas di Malaysia dan kebanyakkan negara-negara lain.

Ketahui di mana kita berada
Apa yang saya ingin tekankan kepada awak, sikap dan tingkahlaku kita memang perlu berpandukan hukum. Tetapi jika pun sesuatu perkara itu halal hukumnya, maka itu tidak bermakna kita boleh buat sesuka hati tanpa memikirkan keadaan orang lain di sekeliling kita. "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Itu ajaran orang tua kita.

Kita orang Melayu yang tinggal di Malaysia. Budaya kita memandang anjing dan babi sebagai haiwan yang jijik. Maka hormati budaya ini. Jangan buat orang lain rasa offended hanya disebabkan hukum mengatakan halal. Awak mahu tangkap gambar dengan apa-apa sahaja haiwan yang cute seperti anjing, babi, hatta biawak dan anakonda sekali pun tidaklah salah dan berdosa. Tetapi, simpan sahaja gambar itu baik-baik dalam komputer dan tidak perlu ditunjukkan secara umum untuk memberitahu secara subconscious, "Kawan-kawan semua, lihatlah aku telah bergambar dengan babi." Dan sekarang awak telah menjadi selebriti internet.

Fahami faux pas dan belajar budaya kita. Ada sesetengah perkara yang halal boleh membuatkan orang lain rasa offended. Saya bagi satu contoh lain. Mari saya tanya awak, apakah batas aurat di antara lelaki dan perempuan yang mahram, sebagai contoh aurat di antara seorang gadis dengan abangnya (bukan abang suami, tetapi abang sedarah sedaging)?

Jawapannya adalah di antara pusat dan lutut sahaja. Tapi itu tidak bermakna kakak saya boleh suka-suka hati dalam rumah dengan memakai seluar sahaja (dan tidak memakai baju dan coli) ketika saya dan ahli keluarga yang lain turut berada dalam rumah. Kalau pun kakak saya buat juga, adakah dia buat sesuatu yang haram? Ia halal, tetapi ia taboo.

Atau juga dalam contoh yang lain, kita memijak duit atau berdiri di atasnya. Sekali pandang, tiada apa yang salahnya, apatah lagi berdosa. Tetapi jika awak duduk di Thailand dan melakukan seperti apa yang saya sebutkan itu, sah anda akan kena pelangkung dengan buku lima orang-orang Siam. Wajah Raja Siam diukir di atas wang kertas dan siling Thailand. Masyarakat Siam memandang tinggi dan sangat memuliakan raja. Memijak duit Thailand bermaksud menghina raja mereka. Akan tetapi, jika anda duduk di UK dan memijak Pound Sterling yang memiliki ukiran Ratu Elizabeth, ia tidaklah begitu menjadi satu isu yang agak besar.

Atau juga adakah berdosa jika saya memijak buku (yang tiada ayat-ayat suci)
? Semua orang tahu tiada dalam hukum fiqh yang mengatakan haram pijak buku. Oleh itu, saya boleh sahaja memijak buku-buku yang saya gunakan waktu SPM dahulu. Tetapi adakah tindakan samberono memijak buku ini boleh diterima dalam budaya dan masyarakat kita, hatta dalam konteks masyarakat global, sedangkan ia bukanlah sesuatu yang berdosa?

Di sinilah pentingnya adab. Oleh itu, fahami taboo dan faux pas betul-betul.

Maka cuba aplikasikan situasi-situasi tersebut dalam persoalan seseorang bergambar berpelukan dengan anjing dan babi, dan kemudian dijadikan tatapan umum dalam ruang lingkup masyarakat yang memandangnya sebagai sesuatu yang taboo.

Semoga awak menjadi vet Muslim yang berjaya. Sampaikan salam saya kepada anjing dan babi itu. Saya mewakili sekalian manusia di atas muka bumi ini ingin meminta maaf kepada mereka kerana kadang-kadang manusia melihat mereka dengan penuh kejijikan dan kehinaan.

Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan syarak,
Syarak mengata, adat menurut.


Yang sentiasa meminati Chihuahua,
Tawel Sensei

51 Komen Tambah Komen↴

Hmm... Tak tau pun pasal kes ni sebenarnya. Maksud saya, pasal gadis yang bergambar dengan anjing dan babi tu. Tak ikut perkembangan sangat, macam ni la. Apa yang Tawel huraikan dalam entri ni, saya sangat sokong dan setuju, terutamanya contoh pasal aurat tu, sangat sesuai untuk dijadikan perbandingan dengan kes gadis tu, dan contoh ini tidak ada hujah untuk disangkal dan ditolak.

PiE: Saya pun sangat suka haiwan-haiwan yang comel, termasuklah anjing. Rasa macam nak je peluk buat tidur, buat macam bantal peluk. ^_^

PiE

aku setuju dengan kau, tawel dengan keperluan menjelaskan prinsip adab pada si e-ma. aku juga melihat isu ini memperlihatkan ada keperluan untuk menjelaskan adab pada pengkritik dan pengomen yang bertebaran di internet ni dgn sifat-sifat sombong, carut marut, maki hamun tanpa hujah beradab dan berasas pada si e-ma. e-ma mungkin salah dalam mengekspresi pandangan dirinya, dan pengkritik bodoh sombong yang mengutuk2 si e-ma dengan ejekan-ejekan juga bersalah kerana telah merendahkan tahap dakwah islam tatkala mereka mendabik dada sebagai pejuang islam namun tak beradab malah hujah tak mencerminkan ilmu.

Assalamu'alaikum..
sejak dua menjak ni, hembusan dah jadi salah satu blog yg saya baca, buat mengisi masa lapang sambil menambah idea dan ilmu.
Dalam kes "peluk2" ni, buat masa ni mmg saya setuju dgn pihak hembusan. Sepanjang ingatan saya, takder lagi jumpa dalil yg mengatakan haram pegang najis. yg saya penah belajar n baca ialah, cara2 nak bersuci dari najis.
Cuma, satu jer yg saya tak berapa setuju dgn cara gadis tu bergambar. sedangkan Doktor manusia pun pakai sarung tangan. saya rasa tak salah jika dia berusaha lebih skit utk mengelakkan org salah faham. Kita nak bgtau org lain sesuatu yg baik, mesti betul caranya... kalo tak, bukan setakat kita dibenci, kebenaran yg kita bawa pun akan ditolak....
just sama2 kita saling ingat-mengingati....
pada sesapa yg terus membabi-buta menjatuhkan hukum kat dia pun salah gak. cemuhan tak sama dgn nasihat. cemuhan hanya akan menyebabkan org yg dicemuh menjauhkan diri dari kita.
nasihatlah dgn cara yg berhemah... belajarlah dari sirah Nabi saw...

Assalamu'alaikum skali lagi..
rupa2nya, saya tak baca habis lagi tadi.. semasa saya post komen yg terdahulu, saya belum membaca surat kepada e-ma..
selepas saya menghabiskan pembacaan keseluruhan posting, saya amat berpuas hati..
hujah yg jitu dan bernas...

posting kod rahsia tu saya rasa derang malas nak cari jer... skali pandang dah tau saudara guna huruf Braille.....

Terima kasih kepada yang memberikan pandangan. Hmm..tapi apa yang dikatakan MFR tu, ada banyak yang betul seperti beberapa komen-komen di sini.

After all, the internet has always had loud dumb people, especially on YouTube.

Salam,
Dari semalam saya google pasal awek peluk babi ni, ramai jugak yg discuss.. sampai ke sini pun ada. Alhamdulillah satu penerangan yang panjang lebar.

Salam'Alaik..

En Tawel..minta izin untuk panjangkan kepada teman² fillah yang lain.Saya macam sependapat dengan awak, cuma mungkin ilmu masih kurang susah nak explain pada yang lain. Alhamdulillah jumpa blog awak..Jazakallah..

najlaa

Wa'alaikumussalam Najlaa.

Sila-sila panjangkan dan lebarkan kepada sesiapa :)

Salam.

Haha, menarik, terima kasih atas penerangan beserta analogi yang sangat best! Boleh kot saya pakai idea² camni jika terpaksa berhujah dengan orang lain.

Pengajaran yang saya dapat dari sini ialah, terdapat orang yang menyangka kononnya dirinya tu berfikiran terbuka dan menganggap orang di sekelilingnya sebagai kolot, padahal dengan bersikap sedemikian, kelihatan betapa tertutupnya fikirannya itu sendiri, sebab dia TAKSUB dengan pandangannya sendiri. Orang yang berfikiran terbuka sepatutnya MEMAHAMI taboo dan faux pas (haha, saya dah lama dengar faux pas, baru sekarang betul² paham artinya, terima kasih sekali lagi!) dan seterusnya MENGHORMATINYA. Jika budaya sesuatu persekitaran TIDAK MENYUKAI sesuatu, mengapa kita suka MELANGGARNYA kemudian menganggap masyarakat itu yang KOLOT? Agaknya inilah kesan "ajaran" penjajah pada kita, supaya bersifat anarki, memberontak...

Unsur "pemberontakan" terhadap hukum agama kita sudah makin merebak (haha, saya sebenarnya lebih tertarik kepada isu siswi UIA yang perlekeh sekolah agama tu!). Saya rasa siswi ni dah terpengaruh aliran LIBERAL. Kesian, dia sangka dirinya tu berfikiran terbuka, tapi nak buat simbol PEACE pada jari pun TAK BETUL! Orang kalau nak buat simbol "peace", tapak tangan kena menghala ke hadapan, bukannya ke arah badan! Kalau simbol "ROCKERS" boleh la tapak tangan menghala ke badan. Tak pernah lagi saya tengok orang buat simbol "peace" macam dia ni. Dia ni betul² melakukan perkara BID`AH, hahaha! Oh ya, terima kasih juga kerana mendedahkan bahawa cara tangan sebegitu juga dianggap sebagai "the finger" oleh masyarakat UK dan Ireland (iya juga, orang buat "the finger", memang tapak tangan akan menghala ke badan!).

P/S: "No! No! This is a chihuahua. We (humans) LOVE chihuahuas." - kata SAM WITWICKY kepada IRONHIDE dalam filem TRANSFORMERS, heh...

Ironhide: Why are we fighting to save the humans? They're a primitive, violent race.

Optimus Prime: Were we so different? They're a young species. They have much to learn. But I've seen goodness in them.

;)

Teringat kembali dengan kisah Bilal Li yang memegang anjing sewaktu subuh hari di dalam cerita Gubra. Agak hangat cerita tersebut dibicarakan.

mohdabdhalim

Em... besar pulak isu ni jadinya. Mula-mula saya ingat dah diam, tapi lepas beberapa hari lepas, banyak emel diberikan mengenai hal-hal ini. Secara umumnya, bagus, Tawel dah huraikan apa yang patut. alhamdulillah, boleh digunakan sebagai hujah.

Cuma, jika kita melihat dari sudut hukum juga, mengapa dikatakan perlu bersamak apabila memegang babi (atau anjing - mengikut mazhab berbeza caranya)?

Jika difikirkan, kenapa Allah menetapkan haram memakan daging babi? Dan huraikan seterusnya oleh hadis2, dan qias2 oleh ulama-ulama muktabar.

Baik, saya nak tambah analogi kepada contoh tawel. harap tak ada yang 'ban' saya sebab guna bahasa yang agak kasar.

Antara najis kita (tahi dan air kencing)dan babi, yang mana lebih besar hukum najisnya? kita jawab...dah jawab? bagus :)

Kemudian, jika disuruh kita memegang najis itu sendiri (bukan najis kita, tetapi kawan punya) dengan tangan kita tanpa berlapik, kita nak pegang tak? alah..bukan harampun...Jawab...Dah jawab? bagus... :)

Next, jika disuruh kita makan najis tadi tuh, sanggupkah kita buat? sila jawab...dah jawab? bagus... :) Ala...kena samak je, bukan haram pun... :)

Tetapi dalam bab menyentuh babi nih, ramai yang erlupa, kadang kala ulama mengqiaskan hukum berdasarkan hadis2 dan nas2 lain.

Sebagai contoh, telah terbukti bahawa babi mempunyai bakteria2 yang boleh membahayakan sistem badan kita, cacing2nya, kuman-kumannya dan sebagainya, yang secara ekslusifnya hanya boleh didapati di kalangan haiwan yang bernama bai (saya panggil bay la..manja sikit)

So, as asource, setahu saya, ada nas yang MENGHARAMKAN kita MEMUDARATKAN diri kita sendiri bukan? :D


sekadar berleter pendek..ada idea lagih, tapi tak nak penuhkan komen tawel pagi2 (waktu malaysia) :)

Tawel,

Saya agak terkejut jugak bila baca topik entri anta kali ini. Sebabnya baru 2 bulan dulu saya telah menimbulkan satu isu semasa bersama sama adik2 ipar saya. Prompted by a TV scene, saya buat statement ini: Pegang anjing kan haram ? And everyone went down against me, hehe, saying it's not haram but since its najis berat, kenalah samak. Tapi saya terus dalam keadaan konfius dan insist it was haram.

Disebabkan lagi kecil saya diberi impression pegang anjing dan babi itu haram, maka hukum itu kekal hingga ke tua!

Cara Tawel menghuraikan tentang taboo dan faux pas memang releven sekali.

merujuk pada tulisan swordofdeen, analogi anda tidak tepat dengan apa yang dilakukan oleh e-ma, sebab babi dan anjing hanya dikategori najis dipegang bila basah sahaja, adapun jika kering dengan kering, ia dikategorikan sbg tidak najis. ini disepakati ulama kita sunni syafiiyun.

biar aku bagi analogi kat anda tentang pegang babi anjing ni untuk ditukar dalam kes najis kita tu. pisang tidak najis sebelum dimakan,dan kita boleh pegang pisang itu. akan tetapi bila dah kunyah masuk dalam perut dan keluar sbg tahi, kemudian kita pegang tahi pisang itu, maka kini pisang itu najis.

e-ma dipercayai memegang dengan cara kering dgn kering, maka kita tak boleh kata dia pegang najis.

Tawel, izinkan saya mebalas sedikit lagi ye..just untuk ilmiahnya..hehe

Jadi saya nak reply kpd MFR..inilah yang dirujuk kembali pada tulisan si Tawel..Faux Pas...dan dari gambar si ema tu, mana kita tau si anjing@babi (sebenarnya nampak dia pegang babi je) adalah tidak basah dan kering? dan mengenai tuisan saya pula, mana anda tau najis itu kering atau basah? Jadi berbalik kepada Faux Pas dan taboo...

Disengajakan saya menulis dalam bentuk ini adalah untuk memberikan gambaran bagaimana kebanyakan ulama syafi'iyyah mengeluarkan pendapat mereka yang lebih ke arah
selamat' dan berhati-hati. Namun begitu, tidaklah salah pendapat mazhab yang lain.

Ulama-ulama kita ada yang berpegang pada kaedah 'keluar daripada khilaf' iaitu jika tidak disamak, maka ada yang komplen...tetapi bila disamak, tak akan ada yang komplen. Lagipun ijtihad asy-syafi'e bukanlah dikategorikan sebagai 'ijtihad yang ganjil' dalam hal ini :D

Mengenai analogi pisang dan najis, dua benda itu sudah tidak lagi serupa :D berapa peratus pisang itu masih pisang masa ianya keluar daripada badan kita? :D dapat jamin ia tak bercampur dengan sebarang benda lain? ala..macam air kopi jugak..cuba letak tahi cicak dalam tu..boleh minum? :D komposisi dah berbeza.

Sama seperti arak. Dalam keadaan anggur biasa ianya tidak haram, tetapi dalam keadaan diperam menjadi ianya juga najis (arak).

Analogi yang saya bicarakan dari segi status 'najis'. perbezaan pendapat ulama mengenai najis babi ialah sama ada ianya mugahllazah atau mutawasstitoh. Jika ianya mughollazoh, sudah tentu samaklah. tetapi hatta ianya mutawasitoh sekalipun, maka ianya sama taraf dengan najis kita. So, berbalik kepada persoalan yang asal, kenapa ya takder siapa nak bergambar dengan ajis sendiri? bukannya haram..najis aje tu :D

allahu'alam..cuit2 dengan MFR :D

p/s: tak silap saya ada buku keluaran saba' islamic media pasal bahaya kuman2 dalam babi nih..boleh cuba rujuk buku tuh..tentang kuman2 yang hanya babi jer ada.

Salam Tawel,
Penjelasan yang amat menarik, faux pas adalah terminology baru bagi saya, thanks for sharing.
"Dan sekarang awak telah menjadi selebriti internet.", salah satu cara untuk jadi glamour dengan cepat adalah dengan mencetuskan satu kontroversi, pasti website kita akan dihujani traffic tak henti2!

merujuk pada respon swordofdeen yang baru, jelas apa yang anda sedang usahakan dalam tulisan analogi najis tahi anda itu adalah purbasangka yang merosakkan kelompok sunni syafiiyun dengan tidak berlaku adil kepada e-ma. sunni syafiiyun bukan jenis yang tidak berlaku adil pada mana-mana manusia walaupun manusia itu dibenci.

anda menyamakan bergambar dengan anjing dan babi sebagai bergambar dengan najis tahi. jika anda perasan, encik tawel sendiri menyimpan hasrat untuk bergambar dengan anjing-anjing comel, bererti analogi anda juga jatuh pada kehinaan impian tawel.seolah-olah tawel menyimpan hasrat untuk bergambar dengan najis kawannya.

berlaku adillah dalam keilmuan anda mengenai najisnya babi dan anjing ini. menyentuhnya dalam keadaan kering-kering tidak jatuh najis dalam hukum kita.

kemudian walaupun anda akui anda TIDAK TAHU anjing dan babi yang dipegang e-ma itu basah atau kering, cukup mudah malah bangga anda membawa analogi yang lebih kepada prejudis dengan menyamakan bergambar dengan anjing dan babi serupa bergambar dengan najis.Itu tidak adil namanya. berlaku adillah walau benci macam mana anda pada e-ma atau babi dan anjingnya itu. bila sudah diingatkan, masih tak insaf, merupakan perbuatan yang sombong lagi angkuh. ambil masa anda untuk berjumpa si e-ma tanya hal pada dia atau kontek saja dengan emel, baru itu anak jantan.

anjing yang kering serupa pisang yang belum dimakan, halal disentuh dan tidak najis. anjing yang basah barulah seperti analogi najis yang anda bawa, samada ia 100% najis pisang atau dah campur bahan lain, ia kekal najis.sebab itu jika ada anjing yang basah meluru kepada anda, sebolehnya elakkanlah, ia umpama najis yang terbang ke arah anda.

p/s- kuman yang dikesan pada babi hanya didapati apabila ahli santis telah bergelumang dengan babi. saintis yang menganggap babi itu kering atau basah adalah umpama najis kawan mereka, tentu tak sanggup mengkaji babi dan menemui kumannnya. hanya orang yang sombong yang suka prejudis, hanya tahu mengaut hasil titik peluh ilmu orang yang usaha sesuatu yang dibencinya.

wslm.

Hmm.. Untuk mengelakkan ada pembaca lain yang mungkin terkeliru, apa kata kita tutup sahaja perbincangan halal/haram, boleh/tak boleh, tentang isu memegang babi dan anjing.

Lagipun, tak semua antara kita akan pegang anjing dan babi selalu. Seumur hidup saya, baru sekali sahaja pegang anak anjing. Itu pun dalam keadaan kering. Anjing tu terbiar. Baru beberapa hari lahir. Lepas tu kakak saya kutip dan bagi minum susu sebab takut anjing tu mati. Sebab comel dan kesian, saya pun tumpang la usap kepala anak anjing tu. Mak anjing tu pergi mana entah. Dan lepas tu bagi anak anjing tu kat member Cina kakak saya.

Hukum-hukum fiqh yang tidak selalu/tak akan kita berurusan dengannya, tak perlu belajar dalam-dalam.

Contohnya, kalau kita tidak buat pengkhususan dalam bidang fiqh, maka tidak perlu belajar dalam-dalam tentang isu hukum lelaki yang ingin berkahwin dengan perempuan ahli kitab pada zaman moden ini. Melainkan anak dara yang kita ingin tackle itu berambut blonde dan bermata biru, yang mana ayahnya pula adalah seorang paderi di sebuah gereja di Britain.

P.S. Ini gambar si Putih. Tangkap petang tadi.

Merujuk kepada komen Zunnur pula:
"salah satu cara untuk jadi glamour dengan cepat adalah dengan mencetuskan satu kontroversi, pasti website kita akan dihujani traffic tak henti2!"

Building a successful blog/website based on controversial issues can be very very tricky. It is a double-edged katana.

Kalau blog kita bawa isu kontroversi (tapi bukan fitnah dan maki hamun), maka kita kena bersedia untuk bentangkan hujah-hujah yang bernas. Kalau tidak memang cari nahas.

Mungkin masa mula-mula, memang trafik akan datang bertimbun-timbun dan ramai orang akan beri respon. Tapi itu sahajalah yang kita boleh dapat. A fairly good amount of traffic, yet very short half-life, and you probably won't find a long-lasting readership.

The price does not include a long series of blackmail that gonna invade your inbox!

Heheh..saya taak der masalah tawel..just mencuit-cuit sahaja dengan MFR..kalau MFR tak boleh nak terima, saya no hal. kepelbagaian minda inilah yang menambahkan idea :)

Cuma, dalam beberapa perkara, elakkan menjadi judge dredd kepada saya, boleh MFR? :D

Saya tidaklah prejudis, cuma membangkitkan kemungkinan sahaja.

Jika kita tidak boleh menganggap anjing itu basah, pada masa sama juga kita tidak boleh menganggap ianya kering. As simple as that. Hanya berdasarkan sekeping gambar.

Ya, kita tak boleh prejudis kepada ema. tetapi pada masa yang sama kita juga tidak boleh prejudis kepada mereka yang mengkomen ema.
Apabila ema meletakkan dirinya di dalam jurang untuk dikomen, maka seharusnya dia sudahlah berseida untuk dikomen sama ada positif atau negatif. Jika tidak, tak perlulah siar gambar itu, kan?

Pada masa sama anda tidak boleh juga prejudis kepada mereka yang menganggap anjing itu najis pertengahan yang tetap kotor.

Kesimpulannya? As-saff ayat 2 untuk saya sendiri :)

p/s: Tawel, mohon siar komen last saya ni.lepas ni tak komen lagi dah bab fiqh ni...:) kalu nak komen terus dengan MFR, kami komen kat tempat lain supaya tak keliru.

p/s2: kawan2 saya ramai je yang jadi dokotr pegang najis dengan tangan untuk dibuat kajian :)

Pegang itu tidaklah mengapa.

Yang ku musykilkan adalah kenapa tersenyum girang tatkala bergambar dengan khinzir?

p/s:Anijing putih tu macam 'Snowy' komik Tin-Tin.

Saya nak tanya, apakah hukumnya anjing bergambar sambil menggigit plushies berbentuk babi? Hehehehe...

Oh ya, teringat suatu ketika saya nak membeli DVD-R kosong. Pekedai itu, seorang gadis keturunan Cina, bertanya pada saya "Di DVD ni ada gambar anjing, tak apa kah?". Saya nak tergelak mengenangkan betapa concernnya dia dengan "pantang" orang Melayu terhadap anjing... =)

Rasanya, mungkin sebab mereka baru pertama kali dapat pergi ladang ternakan babi.

Macam juga beberapa pelajar medic yang tersenyum riang bergambar dengan cadaver di tahun pertama kelas anatomi dan kemudian upload gambar tu di internet.

Baru belajar, semua nak tunjuk. Cuma kadang-kadang terlebih menunjuk.

P.S. Baca komik Tin-tin ke bang Ahmad?

Convoy, hukumnya batal puasa anjing tu kalau plushies tu ditelan. (Okay, ini bukan hukum fiqh. Cuma sekadar satira).

sy bleh trima kalo nak pegang anjing babi(B&A),KAlo nak kaji/bljr/nak tlg kalo hewan tu cdera/...mcm seorng doktor laki nak check pesakit wanita, haram kan pgg laki pmpn, tp sbb nak rawat kena ar pegang, tp ada tak dktor tu, siap begmbr peluk2 dgn pesakit pmpn tu? tak da kan...sbb nanti jd isu...tp kalo saje2 or dlm kata lain jakun or saje nak menunjuk2 bhw islam bg pegang B&A, tak yah ar...kita bukan pemikiran sempit,, siape mrk, nak tunjuk2 benda2 tu, kalo Mufti2 or ulama2 terkemuka dunia wat camtu, sy beres je..tp mrk tak wat, krn ada sbb2 tertentu...
n kalo benar mrk nak tunjuk hal camtu, pergi jiran yg ada bela anjing, ambik gmbr, upload ar...sng...tak da sbb kt nak bljr...
sbnrnye, mrk2 yg buat itulah yg sempit pemikiran...n tak sensitif..tu je...hal remeh temeh , nak diperbesarkan,,,tp hal sentuh laki pmpn ,couple, tak da mslh sdgkan itu dah ternyata haram n tiada bantahan..mmg Allah dah kt begitu dlm a-quran tak spt hal B&A yg ada khilaf..jd, fikir2kanlah...
sy hanya meluahkan berdasarkan, kajian sy tentg hal ni...w'hualam..

akmal

merujuk pada mesej akmal, maka terpalitlah beratus artis malaysia yang bergambar berpegang-pegang dengan bangga di dada-dada akhbar dan majalah, juga dalam drama, filem mahupun iklan. berbanding e-ma yang memegang babi dengan beratus artis kita yang berpeluk lelaki-perempuan dengan bangga dalam foto mereka, adalah wajar untuk kita renungkan usaha dakwah kita. sudah berapa banyak kecaman, carut marut, maki hamun, ejek-ejek dapat mengembalikan semua artis kita dan remaja awam untuk mengangkat budaya sopan dan batasan ikhtilat? jawapannya tidak langsung membantu. kerana apa? kerana adalah mustahil pendakwah yang ingin mendakwahkan akhlak sendiri menyebarkan dakwah secara tak berakhlak. semakin ramai perosak dakwah datang dari kelompok yang mendabik dada sebagai pendakwah dan pejuang moral itu sendiri. perjuangan akhlak kini bukan lagi dituju kepada mangsa keruntuhan moral semata-mata, malah kepada barisan pendakwah yang tak kenal perjuangan.
semua anak jantan yang ada di malaysia terutama di universiti e-ma itu sendiri yang berdegar-degar maki hamun, tapi takut untuk bertemu e-ma sendiri adalah pendakwah bacul lagi tak berakhlak.

babi,babi...polis malaysia pun takut babi...

Petani

ini jwpn email dia pd saya...

From:
eMameiOw

Date:
Friday, 14 September, 2007 9:33 PM

Subject:
Re: u hv to cease this sis...

Message: Wa'alaikumsalam kak...terima kasih atas nasihat akak tu..saya memang tak berniat langsung nak timbulkan masalah ni...takde niat nak mengelirukan atau menimbulkkan sensitivi masyarakat apetah lagi mengaibkan dri sndiri...saya bukan berbangga bergambar dgn haiwan tu...saya cuma jadikan gmbar2 tu sebagai koleksi peribadi...sebagai kenangan...sebab tak mungkin saya akan terjerumus dgn haiwan tu bila da berkerja kelak...peluang saya belajar,saya gunakan sebaik2nye...tak semua orang berpeluang mendapat pengalaman sebegitu.tapi saya sangat sedih bila ade pihak yg tak bertanggungjawab menyebarkan gmbr2 tu..tanpa usul periksa...dan tanpa bertanya terlebih dahulu...apakah yg sedang saya lakukan..cuba akak bayangkan...macammana saya nak mengambil gmbr semasa sedang membuat rawatan n kajian pada masa itu?sudah tentu masa tu saya sedang sibuk...kawan2 saya yang lain pn sedang sibuk menjalankan tugas...'kami hanya pelajar yg ingin belajar sesuatu yang baru..kami hanya berpeluang bergambar setelah selesai tugas kami...itu pun tak banyak yang dapat kami rakamkan...mungkin salah saya bergambar begitu...tapi percayalah...saya tak sangka langsung semua ini berakhir begini...akhir kata...saya meminta maaf atas perkara ini...saya hanya insan biasa..tak lari dari melakukan kesalahan...terima kasih juga kerana memahami..wassalam..

Tanpa Nama

Sebagai respon kepada surat yang anonymous letak di atas, ini nasihat saya pada E-ma dan sesiapa sahaja:

Think before you post anything on the web.

e-ma,

memang terkejut mase sy dan rakan-rakan lain tgk gmbr tuh..sy sbnrnye senior anda yg tlh bekerja (wpun mengambil jurusan lain) terase jgk bile ade yg membabitkan nama universiti saya.
Jadi lepas nih harap e-ma lebih berhati-hati wpun hukum menetapkan tidak haram...tp perlu ingat adab, adat & sensitiviti sesebuah masyarakat lebih2 lg msykt Melayu yg seharusnya kaya dengan tatatertib & adab sopan.
Utk pengetauhan e-ma,,org2 di luar sana marah bkn disebabkan belajar vet. tp cara anda bergambar begitu...byk cara sebenarnye kite blh lakukan utk avoid direct contact dgn haiwan spt khinzir & anjing kan...
Utk pengetahuan e-ma, hausemate saye juga seorang bekas pelajar vet. tetapi saye tidak pernah melihat die brgambar dengan care sebegitu semasa menjalankan tugasnye..
Akhir sekali semoga anda menjalankan tugas dg penuh tggjwb & dpt merealisasikan impian utk menjadi dr. vet yg berkualiti satu hari nanti. Dan saye juga mohon maaf bg pihak saye & rakan2 yg mungkin tlh tersilap faham dgn tindakan anda itu...
Sesungghnya Allah jua yg lebih mengetahui..Moga kite mendapat rahmat & petunjuk dariNYA..amin
from: annisa & frens

Tanpa Nama

Ada kalanya Faux Pas perlu dilanggar untuk membuka ruang kepada percambahan idea dan maklumat disamping pengkayaan ilmu pengetahuan. Setiap perkara itu pasti ada halanganya dan dugaannya. Tak perlu kita terlalu menumpukan kepada isu-isu sampingan yang digembar-gemburkan oleh manusia yang hanya tau menghukum orang lain dan mempersoalkan Iman seseorang tanpa cuba mendalami dan mengetahui perkara yang digembar-gemburkan itu dengan baik!

P/S - Islam bukan sekadar hukum sahaja, tapi moral dan sifat pekerti juga dititik beratkan.
Tak bermakna segala Ilmu yang dipelajari sekiranya kita menunjukkan moral yang rendah dan pekerti yang buruk!

People talk loud when they want to sound smart, right?" "CORRECT!!!
-Squidward and Plankton

Talk is cheap, action is expensive. If you can't afford the action, don't talk too loud. - Tawel Sensei

Bagi saya.. pendapat dari Dr Dzulhamka adalah pendapat peribadi dari seorang yang berkecimpung dalam arena vet itu sendiri..

Mungkin apa yang dikata itu betul tapi mungkin juga kurang lengkap.. Tapi utk mengatakan beliau mengharamkan yang halal, dan menghalalkan yang haram agak keterlaluan lah...

Apa yang penting kita sebagai manusia menerima keterbukaan sesiapa sahaja utk memberi dan menerima pendapat…

Melayu penuh dengan ‘do and dont’ yang kadang-kadang melangkaui agama Islam itu sendiri… (Rasanya bersanding tu, adat atau ibadah) haram atau halal)---- Bersanding pun antara Faux Pas gak kan

Mungkin wanita itu melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh masyarakat kita tapi apa yang penting binatang yang mereka pegang itu hanyalah najis dan boleh disamak.. Bagi setengah orang ia mungkin giler dan geli, mungkin juga tidak..


Tapi bagaimana pula dengan artis-artis kita yang sewenangnya-wenangnya ‘cium-mulut’, atas tiket pasangan kekasih berpeluk-peluk atas dasr shooting majalah.
(tangg nier nk minta pendapat JAKIM atau Jabatan Agama gak ker)


SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN

Mohd Ikhmal bin Mohd Iskandar
a.k.a Cousin to Dr Dzulhamka Kamaludin

BBA (HONS) TRANSPORT
KISAS SPM 2000

Terima kasih Ikhmal atas komen tersebut. Tetapi bagi saya, mana-mana bangsa pun ada 'do and dont' masing-masing.

Bangsa Amerika pun ada juga 'do and dont'. Sebelum 'Me Decade' melanda Amerika pada tahun 1970, banyak dont yang ada pada bangsa mereka.

Don't do premarital sex, don't remain single, don't do abortion, dan sebagainya. Ini semua nilai-nilai tradisional bangsa Amerika yang wujud pada era 60-an dan ke bawah. Kalau buat benda-benda yang dilarang tu, mereka akan dicop sebagai heretic.

Tetapi hari ini benda-benda macam tu dah jadi biasa bagi bangsa Barat. Sesuatu yang dianggap Faux Pas sebelum ini sudah menjadi adat seharian. Tetapi, dalam tahun 1968 di Amerika, berita seorang pelajar perempuan yang dibuang universiti sebab melakukan hubungan seks luar nikah, pernah menjadi berita hangat di sana.

Moral has changed so quickly. Siapa tahu kalau child pornography yang dianggap begitu taboo pada bangsa Barat di zaman sekarang, akan menjadi sesuatu yang biasa pada mereka dalam tempoh beberapa dekad lagi.

hum, saya dulu sekolah agama, ustaz tak cakap plak haram sentuh babi atau anjing... yang haramnya ialah makan babi, anjing dan kacukan keturunan babi dan anjing. maksudnya, makan or minum bahan dari binatang ni adalah haram... tapi tak berapa sure plak hukum pakai pakaian yang diperbuat daripada kulit binatang2 ni..

mengikut islam, benda2 ni adalah najis mughallazah, so bila sentuh kena la samak/sertu. jadi, itu je la hukumnya.. haram di makan, tak berdosa disentuh, tapi bila sentuh kita berada dalam keadaan tidak bersuci, dan pakaian dari kulit babi dan anjing plak, tak pasti hukumnya... tapi 'tak boleh' kot... dah namanya najis kan...

Tanpa Nama

"Maka hormati budaya ini. Jangan buat orang lain rasa offended hanya disebabkan hukum mengatakan halal"

Tuan Tawel,
Sy hanya nk kepastian,bila hukum mengatakan halal apa perlu kita melihat kepada pandangan manusia yg kebanyakannya tak tahu/cetek akal pasal hukum hakam ni?
bukan ker patut kita yg punya ilmu ni membuka minda masyarakat melayu yg sempit terkurung kepada satu fasa baru dalam memahami konsep islam yg syumul. Saya agak pasti yang rata-rata masyarakat melayu malaysia hanya memahami islam secara "insufficient".
Berapa ramai orang islam malaysia tahu cara bagaimana untuk melakukan samak bila terkena/terpegang/tersentuh/termakan najis mughalazah ni. Orang kata tak kenal maka tak cinta.
Satu soalan untuk Tuan Tawel...apakah sikap Nabi Muhammad SAW terhadap haiwan² ini?
terima kasih-Redcircle

Tanpa Nama

@Tanpa Nama aka Redcirle, soalan tu sebenarnya sangatlah memerlukan kupasan yang panjang, yang mana saya tak mampu untuk lakukan pada masa ni.

Tapi secara asasnya, pandangan masyarakat dibentuk oleh adat setempat. Dan dalam Islam pula, adat setempat (uruf) kadang-kala boleh dijadikan hukum. Semestinya ini hanya melibatkan hukum-hukum yang terdapat khilaf padanya.

Jika ditakdirkan Islam dianuti oleh majoriti masyarakat British yang terang-terang amat mencintai anjing, maka saya tidak rasa ada mana-mana ulama yang akan menyanggah perbuatan mereka memeluk anjing; kerana ia sudah terlalu sinonim dengan budaya mereka.

Tentang sikap Rasulullah tu, saya tak tahu.

Selamat sejahtera,

Satu soalan disini.Apakah hukumnya kalau terpegang@memegang kasut/tali pinggang/brg2 lain yg dibuat daripada kulit babi(dalam keadaan kering)?Adakah perlu disamak?

Terima kasih.

Tanpa Nama

Soal remaja yang berminat dengan anjing, sepatutnya memikirkan tentang larangan Rasulullah Saw berkaitan anjing. Manalah rujukan mengenai Islam, agama yang kita anuti selain Al-Quran dan Sunnah...hadith-hadith Nabi? Komen kembali mengenai remaja yang bergambar dengan anjing, khinzir, mereka ini adalah orang yang tidak beragama, sebenarnya. Tiada alasan yang boleh diterima dari kesalahan mereka ini. Manakan "Tidak tahu," jawapan mereka sedangkan di bangku sekolah diajarkan tentang perkara haram dan halal. Sebenarnya minda mereka menjadi terlalu terbuka...terlalu openminded... Dan terlalu enjoy sehinggakan tidak menyedari bahawa apa yang mereka buat itu, adalah perkara yang besar. Saya pernah membaca satu blog milik pelajar perempuan Unisel yang ingin membela anjing, ya- sehingga ini keadaan jiwanya- terlalu berfikiran terbuka sehingga anjing itu tiada apa-apa baginya. Walaubagaimanapun, jika kita terjumpa anjing yang luka parah atau accident di tengah jalan, tiada kesalahan malah dianjurkan dalam Islam untuk menolong anjing tersebut (malah jika boleh tolong haiwan tersebut relieve pain) But to touch it without any proper reason, haram.. Dalam kering, betullah juga..tapi jika kita sengaja membuat kecoh atau confused? Mana boleh begitu, kan remaja Islam sekalian? Nanti ramai pula pergi sentuh anjing.

Hijrah Mentari

saya rasa tak salah untuk E-ma bergambar dgn babi dan anjing dan kemudiannya memaparkan untuk tatapan masyarakat di internet. walaupun ia melanggar adat (taboo) atau faux pas hingga mendatangkan banyak kutukan dan hinaan dari masyarakat yg jahil tentang hukum namun ada baiknya segelintir dari mereka dapat belajar dari gambar tersebut bawaha memegang babi dan anjing itu tidak berdosa tetapi wajib disamak(yang haram ialah memakan babi).
kerana saya hairan bila jelas perbuatan bersentuhan sesama lelaki dan perempuan bukan muhrim malah berpelukan tidak pula dikutuk dan dihina oleh masyarakat yg jahil tadi sedangkan perbuatan tersebut jelas hukumnya berdosa dan haram.
inikah taboo yg perlu di hormati atau hukum Allah yang kurang dipelajari?
syabas kepada E-ma yang tersenyum bangga sambil bergambar dengan binatang tersebut kerana Islam memang agama yang mengutamakan akhlak yang baik bukan sahaja kepada Allah dan sesama manusia tetapi juga kepada seluruh makhluk yang yang lainnya termasuk anjing dan babi.
perbuatan anda jauh lebih murni dari perbuatan golongan banyak yang berbangga bergambar dan bersentuhan dgn yg bukan muhrim dan kemudian
memaparkannya di internet.
wallahualam.

Tanpa Nama

Hukum melumurkan badan dengan najis tanpa sebab adalah haram. Jadi, hukum memegang najis mughallazah tanpa sebab yang dibenarkan syara' adalah haram dan berdosa. Wajib taubat. Sila rujuk kepada alim ulama atau kitab-kitab mu'tabar sebelum memberi komen.

Tanpa Nama

saya pon nak tahu jugalah... mana dalil yang mengatakan saja saja peluk anjing atau babai itu tidak haram

Tanpa Nama

Why are we fixated at the level of hukum when we talk about dogs? We learned it in childhood. Can't we move on to adult issues? Like how to love, train a dog? Different species of dogs and their characteristics? Dogs in the service of mankind? Every time an average Muslim opens his mouth to talk about dogs the words najis and haram are inescapable. Why highlight only dogs and that the negative too? Why not say cats are haram (to eat) and najis (its fecal matter)? Why not say it is haram to treat all animals cruelly? Why not say it is haram to fitnah/bad-mouth god's creatures/creations including dogs? This kind of fixation reflects our total fixation with rules that have outlived its purpose and usefulness and as a result we are saddled with cultural excess baggage that weighs us down in our march to progress (in a positive manner)resulting in us being left behind by other cultures who are not burdened with extraneous baggage and thus able to move forward produing goods and services for the betterment of mankind including us but the most illogical thing is we condemned them as being damned for being unbelievers but this is hypocrisy as we depend on them for the said goods and services for how can you claim to be superior to people on whom you depend?

@Zaharan Razak, just because we discuss about the hukum related to dogs, it does not mean it will slow down our march to progress. In the same way, when Westerners write loads of book about Bigfoot, Alien, UFO, does that mean it will make them any less progressive?

Macam ustaz saya cakap dulu, "Setiap perkara ni ada hak dan tempatnya untuk dibicarakan".

Memegang Anjing & babi itu adalah lebih baik dari Memakai bulu mata palsu & memakai contact lence bewarna dan memantis kening.

Faux Pas? "Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak". Itu ajaran orang tua kita.

Jika anak gadis terpaksa ke Amerika dan budaya di sana menganggap pemakaian hijab adalah satu yang melanggar konsep mereka, adakah anda menghalalkan hijabnya dilondehkan?

Inilah bangsa kita, melebihkan 'pandangan setempat' berbanding berdiri teguh pada yang lebih jelas haram halalnya. Pada saya tidak ada masalah dengan gambar tersebut. Anjing lebih suci dari manusia, sekurangnya dia tidak perlu dihakimi di Padang Mahsyar kelak.

"Seorang Ulama dalam perjalanan ke Masjid. Alim ini melalui sebatang jalan berair. Tiba-tiba seekor Anjing muncul disebelahnya.
Spontan Alim ini mengangkat jubahnya kerana risau akan tersentuh Si Anjing.

Dengan kuasa Allah Anjing berkata2, " Wahai manusia, Najis dibadan ku boleh disucikan seandainya menyentuh jubahmu. Akan tetapi mampukah engkau menyucikan hati mu yang sombong kerana memandang hina Anjing sepertiku".

Kerana terkejut dan sedar akan kesilapannya si Alim menangis teresak2 lalu segera bertaubat."

Arissa

Assaamualaikum, sekalian...
Pada mulanya saya memang jijik pada anjing sebab tahu apa hukumnya jika terkena sama ada semasa kering atau basah. Tapi saya terfikir bila teringat kisah pemuda2 yang terkurung di dalam gua, ditemani anjing mereka, dan dalam al-Quran sudah tertulis bahawa itulah anjing as-habul kahfi itulah binatang yang dijanjikan syurga... Tapi konsep taboo juga betul. Bayangkanlah diri anda, seorang terpelajar atau berstatus Muslim, tetapi membela atau memegang anjing apa pula pandangan masyarakat, terutama non-Muslim? Pendek kata, jika melakukan sesuatu biar kena tempat dan caranya, serta fikir-fikirkanlah kesan kepada orang lain sebab yang boleh berfikir di sini, kita manusia... Itulah yang membezakan kita dengan anjing, adanya akal. Jangan salahkan anjing.

Tanpa Nama

apakah hukum puji anjing n babi itu cOmel??sdngkn ianya haram..tlg explain..

Tanpa Nama

salam.. kita kena ingat sesuatu ... budaya merosakkan agama. agama membentuk budaya. budaya mengharamkan sesuatu yg ALLAH x cakap haram. brtul ke budaya tuh? budaya tu tuhan ke? Islam bukan budaya tapi Islam yg membentuk budaya. Budaya memandang anjing dan babi adalah jijik. suapa budaya tu? tuhan ke? ALLAH x pernah kata anjing dan babi tu jijik. ini lah masalah klu kt lebih terikut budaya dari agama. Hukum ALLAH lg sempurna dari faux pas. mmg kn hormat budaya tapi sebagai khalifah dan beragama ISLAM, tugas kita utk menyampaikan kebenaran berpandukan Alquran dan Hadis, bukan faux pas. wasalam dan sama sama kt renungkan

Tanpa Nama

betul tu, sy suka komen yg terakhir oleh Tanpa nama pada 23rd May.. budaya telah mengharamkan sesuatu yg Allah n Sunnah tak pernah cakap haram.

Sudah sampai masanya utk masyarakat melayu keluar dari fikiran lama. Mereka kena benar2 tau apa yg halal n haram. Apa itu Haram Makan, Haram Sentuh n yg terbaru ni Haram Budaya.. hehe

Hukum memakan babi memang disebut dlm Quran Haram Dimakan, tp takde satu pun ayat quran n Sunnah nabi yg menyebut Haram Sentuh. Sila bg nas n dalil yg mengharamkan sentuh babi n anjing ni??

Namun jgnla kita pelihara pulak anjing n babi sebagai pet. Ia tetap najis. Cuma sentuh tetap tak haram..

Yg Haram Sentuh, cth mcm sentuh laki n pompuan bukan mahram memg jelas dlm Quran, tak pula jd isu besar.. sudah2 la tu.

Buangkanla budaya sempit ni jauh2.. masyarakat Melayu kita ni jijik sgt dgn anjing n babi sehinggakan kita jijik nak pergi rumah kawan2 bukan Muslim yg pelihara binatang ni. Walaupun mereka faham dan dah kurung binatang tu, tapi tetap ada masyarakat Melayu kita yg taksub jijik dgn rumah mereka. Sehinggkan mereka hidangkan minuman n makanan yg halal mcm kuih pun mereka tak makan sebab tak yakin dgn pinggan, mangkuk n cawan yg dihidang. Adakah Islam melarang kita sehingga begitu??

Islam itu Mudah. Tp masyarakat kita telah menyusahkannya sehingga terlebih2. Budaya telah menambah lg kesusahannya. Itulah sebabnya orang bukan Islam takut anak mereka masuk Islam. Sedangkan Islam tidak bg kita memutuskan silaturrahim antara anak dan keluarga. Tp kalau keluarganya makan babi n bela anjing macamana? Takkan si anak yg dah memeluk Islam tak boleh datang melawat, makan minum atau tinggal di rumah ibu bapanya yg tidak memeluk Islam.

Bayangkan ibu bapa si anak yg Islam merasa jijik dtg ke rumah besannya yg tidak berugama Islam.. Sampai ada yg bawak pinggan mangkuk n kuali sendiri. Itukan menghina tuan rumah namanya. Benda ni da pernah terjadi sehingga tuan rumah berkecil hati. Walaupun da diterangkan pasal hukum agama, tp kes ni menghancurkan hatinya. Maka bertambah bencilah mereka dgn Islam. Ni semua sebab budaya.

Nah.. aku malas nak cakap lg.. korang tengoklah video2 ni. bg aku, aku setuju dgn cerama agama ni. Agama kita Islam ni sgt Mudah. Jd jgnlah kita menyempitkannya.

http://www.youtube.com/watch?v=yMDTwSpwNPkk

http://www.youtube.com/watch?v=t5FYhoYxlqQ

http://www.youtube.com/watch?v=M08o_JLj9y8&feature=related

Nah.. bg aku, aku setuju dgn ceramah di atas.. korang punya pendapat aku tak tau.. tapi marilah kita sama2 belajar.

thx. Zul.

Tanpa Nama

Aku dengar ceramah ustaz ckp sentuh babi haram bagi mazhab syafie,mazhab lain xtau lak,hadis quran xckp,tapi pakai qisas,blh ker kita xnk pakai qisas atau qias ni ek,atau ambik mazhab syafie ckit,mazhab lain ckit,campur2,senang ckit kan..kompius ni...

Tanpa Nama

pada zaman nabi mereka pernah berburu menggunakan anjing,jika ini diamalkan dimalaysia adakah ia dikira melanggar budaya melayu,

kuceng

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.