Back to home page

Radio IKIM, Nur Islam & Radio MISG

23 Ogos 2007 • 13 Komen Cetak Chenta!
Kepada para pelawat yang selalu berkunjung ke radio-ikim.blogspot.com, ini satu berita baik. Saya telah menjadikan laman itu lebih ringkas dan mesra pengguna. Laman itu kini hanya memfokuskan kepada 3 stesen radio sahaja, iaitu seperti tajuk di atas.

Radio Ikim - Front

Radio Ikim - play
Selamat mendengar! Klik untuk melawat.

13 Komen Tambah Komen↴

Tentang radio IKIM tu, saya sangat setuju. Mereka sepatutnya buat sesuatu untuk menambahbaik (betul ke perkataan ni? huhu) kualiti streaming radio. Dulu selalu juga dengar IKIM, tetapi sejak kualiti merosot, dah sangat jarang dengar, sakit telinga je (jangan pula ada yang salah faham, maksud saya sakit telinga sebab kualiti rendah, bukan sakit telinga sebab dengar IKIM). Baik dengar nasyid2 yang dah ada dalam komputer ni, bunyi lagi elok, ditambah lagi kalau ada speaker power, lagi masyuk. ^_^

PiE

I'm just too impress with the articles in your blog as well as the design..design cam pakai web 2.0 pnyer type...btw..sy dh lame jadi silent reader..ehek3..

http://www.hafreze.com

salam ya tawel,

alhamdulillah dan jazakallahu khairan krn mendatangkan something yang insyaAllah bermanfaat, semoga diberkati Allah sentiasa.

al-haqirah

Tanpa Nama

Salam bro. Tawel,
Kepada para pelawat yang tak pernah berkunjung ke situ pun, ini satu berita baik juga, pasal saya pun belum pernah try lagi station2 ni online, dan tak tahu kewujudan Rangkaian Nur Islam, dan radio IKIM memang kena improve lagi.
Thanks for the info.

Tanpa Nama

Salam saudara Tawel,

Jika tidak keberatan, tambahkan YM id: misg_informasi dalam YM anda. Ada beberapa perkara yang ana hendak bincangkan bersama.

Seperkara lagi, Radio MISG pada awalnya pun ditubuhkan kerana kualiti Radio IKIM yang kurang memuaskan untuk didengar. Sikit-sikit terputus. Jadi, bersumberkan MP3-MP3 yang dibawa dari Malaysia, tertubuhlah Radio MISG. :D

Wallahualam. Semoga maju jaya

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam saudara MISG,

Jika ada keringanan, insyaAllah akan saya add dalam YM saya. Semoga Radio MISG akan kekal sampai hari kiamat dengan mendendangkan banyak lagu-lagu nasyid yang tak pernah ku dengar langsung sebelum ini.

P.S. Kerana kualiti streaming Radio IKIM yang tak memuaskan, saya juga dah jarang-jarang dengar IKIM. Sekarang selalu dengar MISG & Nur Islam saja :)

Salam Tawel,

bleh tnya mcm mana buat blog "radio-ikim" ni..maksud saya, dgn tidak menggunakan template dari blogger..nampak mcm saudara Tawel buat sendiri html ni..bleh tahu caranya?

Thanks

Wa'alaikumussalam.

Macam mana? Mantapkan HTML, CSS, dan JavaScript, serta sentiasa ikuti perkembangan terkini web development ;)

assalamualaikum..
skang anda bleh dengar radio nasyid.fm

http://72.20.51.101:8000/listen.pls

slamat beramal~.. ;D

Tanpa Nama

Wa'alaikumussalam Plankton. TQ untuk info. NasyidFM telah ditambahkan ke situ.

PS: Nasyidfm.net, bukan nasyid.fm.

NasyidFM ni, kalau tak salah hamba, dahulunya memang dikenali sebagai Nasyid.fm. Maknanya betullah kata si plankton tu kalau dia merujuk pada nama asal stesen tu. Hamba pernah la join dia punya channel IRC sekali dulu. Sekali dengar DJ² mereka ni, memang nampak sangat macam "tak profesional" (bukan dari sudut negatif). Tapi kira hebat jugak la geng² ni. Seronok jugak melayan stesen tu sekali-sekala, tak adalah sentiasa down macam IKIM.fm... ish, mereka patut MALU dengan geng² NasyidFM niii...

Oh ya, hamba baru sedar kewujudan radio SUARA ISLAM. Rupanya radio RTM ni dah lama dah beroperasi (sejak 1995???), lebih kurang macam RTB punya NUR ISLAM kot. Laman utamanya ialah http://www.rtm.gov.my/vois/. Hamba juga baru perasan mereka "berkongsi" (agaknyalah) saluran dengan AsyikFM. Kalau kita bukak http://bkj-station1.jaring.my/asyikfm pada jam 10 malam hingga 1 pagi (waktu Malaysia)setiap hari, maka kita akan mendengar SUARA ISLAM pada waktu itu, dan bukannya ASYIKFM.

Saja nak berkongsi... ;)

Assalamualaikum dan Salam Muamalah kepada semua!!!!

Alhamdulillah, wujud kesedaran khasnya di Malaysia dalam menubuhkan siaran media alternatif selain IKIM.fm. Bagi saya, mungkin ada masalah yang menyebabkan IKIM.fm tidak menaiktaraf kualiti streaming mereka (mungkin la kot), kita doakan agar semua radio dakwah ini berkembang dengan sinar dakwah yang menyinar. Saya juga ingin mengambil inisiatif untuk mengwar-warkan pelancaran radio MuamalahFM (http://radio.muamalah.com) sebagai alternatif media dakwah kepada Muslim dan Non-Muslim. Maklumbalas dan sokongan anda semua amat diperlukan.

Tanpa Nama

as salam
alahai, tumpang tanya, auntie ni tak reti sangat pasal it terkini ni, dulu belajo masih floppy disk lagi ... macamana nak dengar radio online nih? bila click, kena download plugin, dah download tapi masih tak boleh dengar, asyik keluar download plugin lagi n lagi. minta bantuan. err tolong send reply to mnormazzuin@yahoo.com.my ya, yg naqhuhines tu dah lupa pw la, terima kasih :) i like to hear nurislam!

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.