Back to home page

Sikit-sikit Bida'ah

01 Mac 2007 • 70 Komen Cetak Chenta!
Nak tak nak, kita kena akui bahawa golongan Wahhabi hari ini suka sangat bawa isu bida'ah. Itu bida'ah. Ini tidak ikut sunnah, masuk neraka. Bida'ah memang ada dalam syariat. Tak siapa yang mahu menafikan. Dan bukanlah pula setiap orang yang membawa isu bida'ah itu Wahhabi. Yang Wahhabi ni adalah dari jenis golongan yang menakrifkan isu bida'ah pada tahap yang sangat ekstrem dan membimbangkan.

Nak cakap mandi bunga untuk cari jodoh sebagai bida'ah tidak mengapa. Nak cakap mandi tolak bala bulan Safar sebagai bid'aah tak siapa kisah pun. Nak tuduh konsep wang hantaran dalam perkahwinan sebagai bida'ah, lagi lah ramai lelaki suka. Bida'ah yang sesat itu memang wujud. Tapi jika kamu tuduh bida'ah pada sesuatu perkara yang hukumnya tidak qat'i atau mutlak, di sinilah timbulnya masalah.

  • Jadi masalah besar apabila kamu kata doa qunut Subuh itu bida'ah.
  • Jadi masalah besar apabila kamu kata berzikir beramai-ramai itu bida'ah.
  • Jadi masalah besar apabila kamu kata talqin untuk si mayat itu bida'ah.
  • Jadi masalah besar apabila kamu kata berzikir guna biji tasbih itu bida'ah.
  • Jadi masalah besar apabila kamu kata talaffuz niyyat ketika permulaan solat sebagai bida'ah.

Dan macam-macam lagi le kome ni punya perangai, lagi-lagi yang baru berjinak-jinak dalam manhaj yang kononnya mengikut Al-Quran dan Sunnah yang tulen lagi asli lagi ori lagi tiada cetak rompak.

Baru baca tulisan al-Protaz Hafiz Firdaus dalam buku ringkas Panduan Ibadah Musafir dalam Penerbangan, yang mengatakan tiada konsep air musta'mal dalam bab bersuci, terus kamu kata mazhab Shafi'i punya fiqh sudah buat bida'ah dalam bab taharah. Baru baca sikit artikel kontot oleh Mufti Cyber THTL tentang bab menggerakkan jari telunjuk ketika tasyaahud (iaitu tahrik) terus nak tibai yang cara mazhab Hanafi dan Shafi'i tertolak kerana tiada nas dan dalil. THTL sendiri pun kata yang cara mazhab Hanafi dan Shafi'i tertolak dan tidak mengikut sunnah (bida'ah le tu = kena humban ke neraka).

Saudaraku, selagi mana yang buat ijtihad itu adalah dari ahlinya yang benar-benar layak, maka ketahuilah bahawa sesuatu ijtihad tidak membatalkan ijtihad yang lain. Kome ni hamba rasa memang ada banyak masa terluang untuk bincang isu-isu yang sudah selesai. Fahaman Wahhabi adalah satu ideologi yang mendakwa mereka mengiktiraf 4 mazhab fiqh muktabar, dan mahu berlapang dada pada perkara-perkara khilaf, tetapi pada akhirnya mereka hanya mahu pandangan dari mereka sahaja yang betul dan diterima oleh umat Islam. Apa kes?

Berhati-hatilah dengan mereka yang berfahaman Wahhabi ni, lagi-lagi yang baru sahaja terkena penangannya. Yang baru kena ni, biasanya mereka akan bawa isu-isu berkaitan qunut, talqin, tahlil, kenduri arwah, dan sebagainya. Biasalah..enjin masih panas. Tapi bagi yang dah lama, mereka tak akan berani sangat nak bawa isu-isu itu sebab mereka tahu hujah mereka akan dipatahkan dengan mudah apabila buku bertemu ruas.

Kalau mereka nak teruskan berkeras dalam isu-isu kecil seperti itu, tak akan ke mana perginya perjuangan tu. Wahhabism ni satu manhaj yang pada permulannya keras, tetapi menjadi kurang tegas pada hujung-hujungnya. Ini seperti mana yang Imam Muhammad Abu Zahra, iaitu bekas ulama usul di al-Azhar, menerangkan bahawa pada permulaan era Wahhabism ni, mereka hingga sampai mengharamkan minuman kopi dan yang serupanya. Tapi akhirnya, fatwa yang sangat keras ini berubah menjadi semakin lembut mengikut peredaran masa. Fatwa mereka yang lain, mengatakan bahawa penghisap rokok sebagai musyrik. Tapi ini dulu la. Sekarang tak pernah dengar pun lagi ada puak-puak ini yang bawa isu tersebut.

Biarkan puak Wahhabi ini berkeras dengan definisi bida'ah tegar mereka. Definisi bida'ah dari 4 mazhab muktabar sebenarnya bertentangan dengan apa yang mereka fahami. Nak ikut yang mana? Definisi bida'ah yang sudah survive beratus-ratus tahun, yang telah disemak dan ditarjih pula oleh ribuan para ulama yang warak lagi alim, atau nak ikut definisi bida'ah puak Wahhabi yang baru setahun jagung sahaja usianya?

Jangan umat Islam di Malaysia jadi macam Arab Saudi sudahlah. Seperti mana yang sudah saya ceritakan dahulu, pakai tali pinggang keledar ketika memandu pun dianggap bida'ah! Apa sudah jadi? Ini jumud atau tajdid?


BACA:
Memahami Bida'ah oleh Sheikh Gibril F. Haddad, diterjemahkan oleh Ustaz Nik Roskiman. [Format PDF]

---
Entri berkaitan bida'ah ini dibuat khusus demi menunjukkan betapa teruknya pemahaman fiqh tentang bida'ah yang melanda sebahagian umat Islam. Tengoklah sendiri pending comments tu. Saya dah banyak kali buang komen-komen macam tu. Tapi ada sahaja insan-insan yang rajin nak berdebat di YouTube. Ini screenshot dari video ini. Tapi kalian tak akan jumpa komen yang dalam screenshot ni sebab saya tak approve komen-komen si luncai itu.


Klik gambar untuk lihat paparan penuh. Tengok video tu sendiri dan cari di mana bida'ah sesatnya. Yang kata sesat tu, cuma 'mereka' sahaja.

70 Komen Tambah Komen↴

Sidi Tawel

Kadang-kadang takde kata dah

Melainkan

Ya Salam

Allah, Allah..

Sebab dah ma'lum dan ma'ruf sgt.


Sabtu ini Ust. Zamihan dan Syeikh Uthman Muhammady ke UIA. InshAllah akan membincangkan akan permasalahan2 begini.

The point penting perlu disedari oleh ikhwah-akhwat yg bergerak dlm harakah yg lain adalah. Menganjurkan program ini bukan bermakna nak menganggu kerja dakwah atau tidak memandang kepada big picture masalah ummah sekarang. Namun, mencari ilmu sohih adalah pembentukan asa sebuah Ummah cemerlang.

Wallahu'alam

Tanpa Nama

alhamdulillah... insyaAllah nai... ana ada workshop...jgn lupa kongsikan bersama dengan ana ye.

perkara bidaah tak bidaah ini pernah satu masa dulu mengganggu ketenteraman ana, ditambah ana bukanlah tinggi ilmu agama.

alhamdulillah hati sendiri tak dapat menerima apabila perkara yang biasa menjadi kezaliman dikatakan tidak mirip kpd apa yg dilakukan oleh rasulallah dan perlu kepada pendapat dan hadith yg paling rajih (mungkin bidaahlah yg dimaksudkan)

bagaimanapun atas dasar ukhwah dan kasih sayang, kami masih tetap bersatu atas dasar hajat kpd islam dan berjuang cari keredhoan allah, mungkin kerana kami elakkan dr berbincang atau berbual ttg perkara itu.kerana bagi ana yg faqir ini, daripada kita bincangkan perkara yg membawa kpd perpecahan, buruk sangka yg mungkin menyumbang kepada kerenggangan atau keretakan ukhwah. bukanlah ana nak katakan yang masalah wahabi, salafi, syiah dan sebagainya ini bukan masalah ummah. tp pada ana, jgn kita jadikan ia terlalu dominan hingga ia menguasai kemarahan dan tidak puas hati dalam diri kita.ada perkara lain lgi yang lebih awla' iaitu mengajak org kepada islam dan mengenal Allah dalam masa yg sama of course memperbaiki diri sendiri dan memantap hubungan hati dan diri dengan Allah.disamping itu,carilah ilmu yg sohih spt kata nai mencari ilmu sohih adalah pembentukan asas sebuah Ummah cemerlang.

agak kesal bila banyak buka blog dan baca comentar2 ramai sungguh sama ada yg menghentam dan menyalahkan antara satu sama lain. sometime, kita kata kpd org yg berbeza pendapat itu begitu begini, tapi sedar atau tidak, kita pula dah buat tindakan spt mereka. kita patut lebih banyak berdoa agar kita SEMUA sama-sama umat islam dapat bersatu. berada dibawah satu panji yang berjuang untuk mengembalikan daulah islam.

andai kita masih hidup hingga ke zaman pertempuran dahsyat imam mahadi menentang dajjal... takutkan, kalau kita ini tidak terpilih untuk bersama dengan jemaah yg Allah memihak kepadanya-iaitu org2 yang selamat,yg bermujahadah melawan nafsu, syaitan, kezaliman dan kejahilan.

wallahualam, pendapat ana secara general shj ye tuan punya blog. sekadar nak sharing apa yg ana rasa...

ada sedikit persoalan: dalam pada kita nak menentang wahabi... adakah kita patut bersetuju dengan syiah pula?

setelah aku tamat misi aku ke al ahkam beberapa minggu lepas..

aku dah nampak persiapan teliti mereka.

ringkasnya begini,

mula-mula bicara bab bidaah kecil-kecil dalam ibadah.

benda kecil-kecil ni byk nya benda yg orang muda malas buat.

bila kata qunut bidaah maka org muda yg pemalas akan tertarik sbb subuh mereka akan lebih pendek.

bila kata yassin, tahlil bidaah, maka malam jumaat mereka akan lebih free.

bila kata zikir ramai2 bidaah, maka solat mereka akan pantas saja tamat, dan tak payah berlama-lama di surau dan masjid.(psl org muda yg kering jiwa mmg panas duduk rumah Allah)

bila kata korek telinga, korek idung tak batal puasa, dan sapa kata batal adalah bidaah, maka bila puasa dapatlah mereka menjolok lubang idung dan segala lubang lain dengan senang dan suka ati. akhirnya puasa rasa lega dan bebas. bak kata Rasulullah sendiri, ramai org berpuasa hanya dapat lapar dan dahaga saja.

hukum-hukum bidaah di peringkat awal, adalah untuk menarik minat org muda dan ahli masyarakat yg pastinya tertarik dgn pakej hukum yg mudah dan ringkas ini.

lalu beralih ke fasa kedua adalah menghentam ulama dan ahli agama. kita akui mmg ada kelemahan pd para pegawai agama dan penguasa agama, namun menghentam mereka hanya buka peluang pada liberalis seperti SIS utk cucuk jarum dan musuh islam lain tuk bawa lari umat islam jauh dari agama dan ulama.

dgn kumpulan org muda dan ahli masyarakat yg sudah tertarik dgn pakej2 menarik dlm manhaj mereka, lalu usaha menghentam ulama akan membantu manhaj mereka naik. 'ulama' mereka akan menggantikan tempat2 ulama yg sedia ada.

yg hodohnya gerakan fasa kedua adalah apabila mereka menjatuhkan ulama dgn cara sungguh tak beradab. menuduh yg bukan-bukan, mengecop, tujuannya hanya satu supaya masyarakat lain yg sudah jinak2 dgn mereka akan turut sokong.akhirnya fasa kedua ini membantu fasa ketiga berlaku.

fasa ketiga adalah membidaahkan akidah para ulama besar dan juga majoriti. kita tahu majoriti ulama ahlus sunnah adalah golongan asyariah. dan mereka akan mencucuk jarum sebenar pada fasa ketiga, untuk umat islam menolak semua ulama majoriti yg beraliran asyariah dgn mengatakan asyariah adalah golongan yg melakukan bidaah menakwil sifat Allah.

fasa ketiga hanya akan disokong apabila umat islam dah tak malu nak hina ulama. kalau umat islam masih ada rasa hormat pada ulama, maka fasa ketiga susah untuk dijalankan.

setelah umat islam sudah tak malu nak kata ulama yg sedia ada adalah bodoh, jumud, pekak badak, tak maju, kolot, pondok, tolak pembaharuan, berkepentingan diri dan sbg nya, maka fasa ketiga akan berjaya.

ini antara agenda awal mereka.

begitu hebat orang sekarang yer..apabila sudah khatam 2 page posting di forum seperti al-ah-ah-ye-tak-ye-kan.net dan sebagainya, terus boleh berijtihad dan mentafsir al-quran, lebih pantas daripada kilat...

tapi golongan ini selalu jugak menyerang balik dengan mengatakan orang2 seperti kita ini adalah syiah bertopeng..

any comments?

bismillah hirrohmanirrahim..

assalamualaikum abang tawel.

abang tawel..

abang duk kat tiang mana ni???

tiaag sufi ke, tareqat ke, tabligh ke, HT ke, PAS ke??

benci semacam je sy tgk kat org2 salaf ni...

kot ye pun..nak bg pandangan tu biar lah adil sikit..

ni tak nampak lngsg apa yg baik ada pada diorang tu.

abang kata diorang ni pecah belah msyrakat..yg abang pi hentam diorang tu supaya masyarakat x terima apa yg diorang bawak ni pe cite plk??

jgn jadi paku dulang paku serpih...

sy pun x suka gak khilaf2 ni..
bila ada beza pendapat..kita cari persamaan.tu saya rasa paling baik..

rasanya..yg kat ah-ye-tak-ye-kan sana pun berbahas guna ilmu..mereka x ade hentam ulama..mereka cuma buat perbandingan antara ulama dan bwk ke depan apa yg paling hampir dgn sunnah Rasulullah.

imam mazhab pun x mewajibkan kita ikut mereka bulat2 kalu jmp hadis sahih.

abang..kalo x rajin lepak kat sana, kalo x rajin baca tulisan or dgr ceramah dr asri, maulana asri, ust adhlan, kepten hafiz, thtl dll semua tu..jgn duk hentam..sbb saya bimbang abang x blh nak bersikap adil.

saya rasa org yg kat sana dah come out dgn hujah2 mereka psl bidaah adat melayu semua tu. yg tu tetap salah.yg perkara2 dlm smayang tu..tu khilaf.x usah la pi gadoh sama sendiri. buang masa dan tenaga je.

mmg takm guna sy ckp tentang bidaah n khilaf kat sini.lbh baik sy cuba betulkan sikap abang ni dulu.

sedang Rasulullah sendiri pun meraikan perbezaan pendapat orang yg mentafsirkan secara berbeza apa yg dia ckp.

abang tawel..kita ni sesama umat islam.satu akhidah.tujuan kita sama.nak msk syurga.nak tgk ISlam tegak.

tp, disaat umat dan masyrakat kita tgk longlai, laro' dan kuyu semacam ni memerlukan org2 seperti abang tawel..kita duk berbalh dgn menuding jari antara satu sama lain.mintak maaf jika sy berkasar. tindakan kita nampak bodoh!

abang tawel..anda belajar dah tinggi, pi ovc..

tp anda mcm tak reti nak amalkan fiqh awlayiwwat(betul ke?)/ fiqh keutamaan.

nasihat saya terakhir..tinggalkan je lah perghaduhan yg membuang masa n tenaga ini. pi balik baca buku Yusof Qardawi tentang fiqh keutamaan dulu.

sekian wasallam.

Tanpa Nama

penah baca tulisan ustaz hasrizal "Wahabi:Tingkap yg disangka Pintu"??

baca lah ya supaya abang tawel x msk golongan mcm tu.

kalo x baca lagi..boleh baca jgk artikel tu skli nagn buku yusof qardawi..

again, sekian wasallam.

Tanpa Nama

Kalau mahu saya respond, jangan berselindung di sebalik anonymous. Sekian adanya.

setuju..boeh 'adik' perkenal kan diri adik?

orang yg dok kata suruh adil ni.. dia sendiri tu dah adil ke pada tawel?

dia dah abes baca ke pengalaman tawel dgn salafi di ireland.. sebuah negara tempat ustaz hasrizal bertapak juger.

tak payah suruh tawel.. aku dah pun jalankan kajian setahun perkembangan salafi dan al ahkam.

walaupun aku ni orang hina, tp aku buat analisis bukan sekadar baca sehari dua terus teruja.

orang yang dok kata adil ni.. dah abes buat analisis ke?

dah timbang semua benda?

dari mana zain ys itu datang dgn al ahkamnya, dari mana thtl tu datang dgn fatwa dan syarahnya. dari mana dr maza datang hingga jd mufti sekarang. dari mana ustaz hasrizal datang juga.

ini bukan soal salafi je. ia ada hubungkait dengan macam-macam jenis golongan. setiap golongan ada agenda tersendiri.

ni bukan semudah ABC ,tapi ada hubungkait dengan kisah silam, kisah berpuluh tahun dulu,beribu-ribu tokoh terlibat, bukan sekadar kaum tua kaum muda, bukan sekadar salafi dan tradisionalis, bukan sekadar PAs, umno, Ht, tabligh, kapten MAS, raja saud, bush, zionis dan sebagainya.

bukan sekadar sufi, sunni, syiah, dan sbg nya. ini adalah analisis hidup mati manusia. sudah adilkah kamu?

sudah habiskah analisis kamu tentang semua ini?

bukan semudah baca tulisan ustaz hasrizal "wahabi tingkap yg disangka pintu". bukan. bukan semudah itu.

kalau kamu sendiri tak habis kaji dengan adil, analisis dengan mendalam, kamu tak kan tergamak menyorok dgn nama anonymous dan tulis 'adil' itu dan 'adil' ini.

habiskan dulu analisis dan kajianmu.

akhirnya, kamu sendiri akan merasakan suatu yang tak kena bila gerakan 'bidaah' atau golongan tabdi digerakkan.

macam yg aku tulis sebelum ni, ada fasa ketiga dalam gerakan tabdi ini iaitu, membidaahkan akidah majoriti ulama seterusnya majoriti umat islam.

kalau kamu baca "wahabi tingkap yg disangka pintu", jgn lupa baca juga berpuluh-puluh karangan ulama menerangkan ttg bahaya wahabi.

dan satu lagi.. dalam suasana musuh islam sdg mencari peluang untuk menjatuhkan institusi ulama sunni, dan seterusnya menjatuhkan segala warisan keilmuan mereka, adalah suatu keutamaan (menurut aulawiyyatnya) untuk mempertahankan ulama dan khazanah ilmu mereka.

gerakan tabdi' membuka peluang yang luas untuk musuh menghancurkan ulama dan khazanah ilmu mereka, apabila meletakkan para ulama sebagai pembawa bidaah, padahal ulama yg mereka tuduh dan cop itu bukan calang-calang ulama, maka akan hancurlah institusi ulama, dan musnahlah antara faktor kebangkitan islam iaitu ulama sebagai pewaris nabi.

maka akan naiklah kapten-kapten MAS menjadi ulama baru, dan akan larilah berbondong-bondong umat islam atas kerana kecewa telah ditipu ulama, maka pihak kristian, zionis, liberalis, hedonis, satanis dan pelbagai golongan lagi akan menangkap satu persatu umat islam itu.

zaman bertukar gelap. di saat itu, pihak yg teruja baru nampak, kesilapan mereka. siapakah yg membuka pintu perbalahan khilaf dulu? itulah golongan yg keliru mana satu pintu perbalahan dgn pintu tajdid. mereka sangkakan mereka berjuang membuka pintu tajdid, tetapi apa yg mereka buka adalah pintu perbalahan, kecelaruan, pembidaahan, kesesatan ramai ulama dan umat islam, kecelaruan, dan pintu untuk musuh masuk juga terbuka luas.

aulawiyyat.

Begitulah adanya wahai MFR. Apa pun, cuma tertarik pada salah satu perenggan saudara anonymous kita ni:

"mmg takm guna sy ckp tentang bidaah n khilaf kat sini.lbh baik sy cuba betulkan sikap abang ni dulu."

Dari betulkan aku, baik kamu betulkan puak-puak yang suka cari pasal terlebih dahulu. Dalam apa-apa jua peperangan, perdebatan, perkelahian, konfrontasi, dan sebagainya, akan ada dua pihak:
1) Pihak yang memulakan serangan;
2) Pihak yang mempertahankan diri dari serangan.

Contoh dalam isu Palestin-Israel. Israel sebagai pemula. Palestin hanya mempertahankan diri. Walaupun ada pemula, tapi jika tiada Palestin, perang itu tidak akan terjadi. Nak faham lebih lanjut pasal psikologi peperangan, sila baca The Art of War oleh Sun Tzu.

Dalam isu Wahhabi ini juga, ada yang memulakan. Biar saya tanya kamu, pihak yang manakah yang memulakan dan membangkitkan isu?

Jika kita mahu menghentikan sengketa Palestin-Israel, maka kita kena suruh Israel perbetulkan diri, bukannya Palestin. Jadi dalam isu Wahhabi ini, prioriti untuk membetulkan diri kena ditujukan kepada puak-puak Wahhabi. Kalau tak ada yang menyerang, maka tak akan ada yang mempertahankan diri. Tindakan si penyerang, atau tindakan si yang mempertahankan diri yang nampak lebih bodoh?

Kalau tak mahu umat Islam berdebat tentang perkara-perkara khilaf, maka sila jangan bawa keluar isu itu. Biarkan sahaja ia berlegar-legar di kalangan para ulama sahaja. Kalau nak bawa keluar juga, jangan pula buat orang awam keliru. Dan jangan pula mendaifkan hukum dalam mazhab lain.

"Berbeza pendapat" dan "mendaifkan pendapat yang lain" adalah dua entiti yang berbeza. Ini kena faham.

Contoh dalam salah satu tulisan THTL berkaitan tahrik. Rujuk (http://tinyurl.com/2xpo4h). Pada akhir tulisannya, salah satu rumusan beliau ialah:
Cara madzhab Syafi'iy dan Hanafi adalah tertolak kerana tidak disandarkan kepada nas.

THTL telah mendaifkan hukum dalam mazhab Shafi'i dan Hanafi dalam bab ini. Mendakwa tiada nas, bermakna hukum itu tidak disandarkan pada dalil, dan ini juga bermaksud hukum itu jatuh bid'ah.

THTL tidak mengkaji dan menerangkan bagaimana para ulama Shafi'iyyah dan Hanafiyyah mengistinbatkan hukum yang berlainan daripada mazhab Maliki dan Hanbali. Sekadar belek-belek beberapa kitab, terus mahu mengatakan hukum yang mana lebih rajih, ini sudah cukup hebat. Untuk menentukan hukum mana yang lebih rajih pada khilaf yang berlaku di antara mazhab, ini bermakna kita sendiri kena lebih hebat daripada para ulama dan imam-imam mazhab.

Dalam kes THTL ini, tidak berlaku perbezaan pendapat. Yang ada cuma "mendaifkan pendapat". Ini baru satu bab sahaja. Bab tahrik. Adakah perlu bagi saya untuk buka bab-bab khilaf yang lain?

Kalau kamu pergi ke Zaytuna Institute di California, kamu akan ketahui bahawa para ulama yang mengajar di situ kebanyakkan hard-core Maliki. Kiranya, mazhab Maliki kuat diamalkan di situ. Tapi tak pernah sekali pun saya tahu ada para ulama di situ yang tak pasal-pasal mendaifkan hukum dari mazhab-mazhab lain.

Dan di Barat, Zaytuna Institute adalah antara tempat menuntut ilmu yang penting dan sering menjadi tempat rujukan masyarakat Islam yang tinggal di Barat. Dan saya sendiri tak ada masalah mahu mengambil ilmu dan dari ulama-ulama yang ada di situ. Inilah yang dinamakan toleransi pada pendapat yang berbeza. Begitu juga dengan ramai lagi rakan saya yang bermazhab Hanafi terutamanya. Inilah apa yang kita mahu.

Sekarang beritahu saya wahai encik anonymous, mengapakah Allahyarham Sheikh Muhammad Alawi al-Maliki, dan ramai lagi ulama-ulama mazhab, telah ditendang keluar dari mengajar di Masjidil Haram satu ketika dahulu? Dan mengapakah sampai sekarang sudah tiada lagi para ulama mazhab yang 4, yang mengajar di tiang-tiang Masjidil Haram, seperti yang sering diamalkan di Masjid al-Azhar?

Siapa sebenarnya yang memulakan peperangan?

walaupun ditujukan kepada tawel, tapi terpanggil juga saya..yg penting, mungkin 'adik' anonymous tak nak perkenalkan diri juga kot. atas asbab 'ikhlas' tak perlu kenalkan diri kan? tapi kami mohon jasa baik adik sebagai sesama Islam.

a)berkenaan adat melayu:

-bukan semua adat adalah bid'ah, dan bukan semua bid'ah adalah sesat. pembahagian bid'ah dholalah atau hasanah, atau dholalah semata2 ini juga KHILAF. jadi hormati perkara ini dulu jika anda menghormati khilaf.

b)al-ah-ye-tak-ye-kan.net:

-eh2, saya guna istilah ni, bukan tawel ye.so, saya harap jika 'adik' tak makan cili, jgnlah berasa pedasnya.

-mengenai tak hentam ulama, betul ke? :D apabila kita mengangkat tinggi'ulama2' yang menghentam jumhur ulama atas dasar khilaf, maka kita turut samalah terjebak kan?siapa yang salah? eh..eh...

c)Mengenai khilaf:

-jika ulama2 di laman web tu ada hujjah, ulama2 mazhab juga ada hujah. so, perbezaan inilah dinamakan khilaf..sebab usul perbezaan bukan dalam perkara2 asas islam. dan jika kita semua mengaku ASWJ, maka kita bukanlah firqah2 selain daripadanya. lainlah kalau ada yang nak gaduh pasal sifat Allah. Tajsim?

-so, 'adik' cakap rasulullah pun mera'ikan perbezaan pendapat. 'adik' boleh buat benda mcm tu tak?

-saya rasa 'adik' boleh baca buku2 pengertian khilaf terlebih dahulu. apakah benda yang ditakrif sebagai asas2 islam dan apakah perkara yang ditakrif sebagai khilaf? dalam perkara tahsinikah? hajjiy kah? saya taklah sedalam ilmu seperti 'adik'..sebab saya tak khatam lagi SEMUA page kat al-ah-ye-tak-ye-kan.net

d)imam mazhab suruh tinggalkan jika jumpa yang hampir

-Imam2 mazhab ni tak buat keputusan sendiri2 tau 'adik' :D beratus malah beribu ulama di bawah mazhab masing2 dah mengkaji dan mengtahkik, menyelidik kembali akan hukum hakamnya. saya ulang, beratus malah beribu ulama.

-mereka berkata begitu atas sifat tawaddhu' mereka. tak mcm sesetengah orang, nak kita ikut SEMUA yang diaorg cakap..adik tau siapa orang2 mcm ni tak?

-berbandinng imam2 mazhab dan kita sekarang, SIAPA YA YANG LAGI HAMPIR DENGAN RASULULLAH? boleh adik bgtau kami yang mungkin jahil semua ni?

e)Bersikap adil
-jadi, saya harap adikpun dapat baca laman2 web selain al-ah-ye-tak-yekan.net dan seangakatannya. dan selain berguru dengan tuan mufti, harap dapat pergi belajar, paling kurang kalau tak pi azhar,belajar di pondok2 seperti pondok tampin, pasir tumbuh dan sebagainya dahulu. InnyaAllah, kami semua dah pernah mendengar tazkirah, ceramah dan apa2 yang adik tulis mengenai beberapa individu yg 'adik' ckp di atas

adik nak anggap tingkap tu pintu, apa kami boleh buat.

f)Nas tak ada, maka tertolaklah hukum itu?

-bercakap mengenai nas yang tak ada maka ianya tertolak, saya pernah cakap kat ukhwah.com dulu, saya tanya, kalau mcm tu, sama ke dgn astora jabat? dia pun cakap tak perlu pakai tudung sebab tak der nas dalam al-quran :P lepas tu saya dituduh menghina mufti perlis..

-Kita kan ada dua lagi sumber,..ke mana hilangnya Ijma' dan QIAS? mcm mana dengan hadis2 sohih mengenai Ijma danQIAS? boleh 'adik' tolong beritahu saya yang jahil ni?


tawel, sori sebab saya respond sgt panjang..mungkin ibarat sebab terkena peha kiri, peha2, tangan2 dan kaki2 lain pun terasa sakit juga :)

oh!

pd mulanya sy ingat bang tawel n swordofdeen dah nak terima apa yg saya bawa....

tp, setelah datang abang fakrul razi..semua kembali mcm dulu.kutujk mengutuk, caci mencaci terus berlaku.

saya ulangi nasihat dan permintaan saya demi kepentingan Islam.

-tolong hentikan pergaduhan salf-khalaf yg tidak bawa apa-apa hasil ni!

fine! if you wanna proceed discussing about all these..go on!

saya bukan nak defend salaf.cuma nak ajak anda semua bersatu.

ok la.sebelum sy akhiri komen ni, sy cabar abang tawel, abang swordofdeen and abang fakrul razi sekali...'fatwakan' yg golongan salaf ni sesat boleh? sy nak tgk sejauh mana pndgn abang2 sekelian kat depa ni. kat akhirat nanti Allah sendiri jgk yg akan nilai...semua pembaca blog ni boleh jd saksi apa yg akan abang perkatakan selepas ini.

sy x suka gado2..lbh baik kita cari titik persamaan dgn salaf...jgn kerana cara mereka yg x sama dgn kita, kita tuduh mareka mcm2...

Tanpa Nama

Kita yang tuduh mereka macam-macam, atau mereka yang tuduh kita macam-macam? Siapakah yang mengatakan al-Ashariah dan al-Maturidiah sesat terlebih dahulu? Kamu tanya fatwa dari saya buat apa? Kamu suka main-main dengan fatwa ya?

Sebab itu saya tanya, siapa yang mula buat onar terlebih dahulu?

PS: Guna nama pendek boleh tak? Dan jangan jadi pengecut berhujah tapi mahu menyorokkan diri.

adik anonymous aka adik tarak nama la wei: -tolong hentikan pergaduhan salf-khalaf yg tidak bawa apa-apa hasil ni!
---

Ko ngarut ape ni? khalaf adlh penyambung salaf..mana ada gaduh. Skg ni,bkn gaduh salaf-khalaf, tp gaduh antara salafi jadian dan khalaf.

Tanpa Nama

ohh.. kamu kononnya nak kata teman ni pencetus perbalahanlah.

biar teman bgtau apa pendirian teman dan perjuangan tulisan teman selama ini.

teman selalu tegur dan nasihat mana-mana blogger, forumer (sbnarnye lebih mengingatkan diri teman sendiri) supaya mementingkan ukhuwwah islamiyah, dan betapa perlu mencari titik persamaan dan penyatuan bagi merealisasikan kuasa politik ummah yg lebih perkasa, dan betapa teman menyanjung usaha dakwah mendidik dan tarbiyah secara hikmah dan berbondong-bondong.

buktinya, teman sebelum aktif bercakap soal wahabi, teman telah cadangkan byk perkara contohnya, kaedah centric pada redha Allah agar dapat realisasikan penyatuan umat, dakwah bil hikmah, agenda remaja gagah, pendidikan pejuang, ekonomi pejuang, dan lain-lain.

NAMUN!

apabila tahap fasa kedua seakan telah berjaya di al ahkam.net dan hampir memasuki fasa ketiga dgn jayanya, maka teman telah ke alahkam.net untuk menjalankan analisis terakhir.

teman telah cadangkan "kerjasama dakwah berbondong-bondong" di sana, tetapi jelas, ahli panel di sana tidak berminat kepada penyatuan umat dan kerjasama dakwah, kerana itu bukan misi mereka.apatah lagi mereka memandang rendah golongan bermazhab kerana menganggap golongan bermazhab atau majoriti umat islam adalah pengamal bidaah. bekerjasama dgn pengamal bidaah apatah lg bidaah akidah mcm yg didakwa ke atas asyariah yg merupakan golongan yg mereka cuba bersihkan dari muka bumi adalah suatu yg bodoh bg mereka.

mereka hanya berminat untuk menjatuhkan semua ulama yg tidak sealiran dgn mereka, samada meletakkan ulama itu lemah, jumud atau tak sarjana, atau terus saja didakwa ulama itu musuh islam, proksi syiah, sesat, pembawa bidaah dan lain-lain.

JELAS!

bahawa barisan pemuda yg mencintai perjuangan kebangkitan islam perlu memainkan peranan mempertahankan para ulama dan khazanah ilmu mereka, dan memberikan kesedaran yg lebih dalam melihat konsep kesatuan ahlus sunnah wal jamaah yg sebenar yg telah diamalkan selama ini, yg jarang diketahui oleh para muda mudi teruja sekalian.ini penting kerana memartabatkan ulama antara faktor penting dalam kebangkitan islam.

gerakan tabdi', al ahkam.net seterusnya gerakan wahhabiyah yg memegang konsep bersatu dengan SATU MANHAJ SAHAJA TANPA RAI KHILAF DAN KESATUAN UMAT SEDIA ADA juga mempromosikan SATU-SATUNYA MANHAJ YANG PALING TEPAT,suatu konsep yg amat bercanggah dgn kesatuan ahlus sunnah yg selama ini mengangkat 4 cabang mazhab yg di raikan dalam kesatuan umat.

lebih jauh dari itu gerakan ini adalah menepati hasrat puak musuh islam spt liberalis, zionis, hedonis dll untuk melihat orang awam islam menjadi terus keliru atas kerana pertentangan gerakan SATU-SATUNYA MANHAJ BERHUKUM PALING TEPAT DALAM DUNIA ini dengan kesatuan ahlus sunnah yang harmoni bermazhab fiqh 4 dan berimam 2 imam akidah yg merupakan penyelarasan untuk membentengi umat dari 72 firqah lain.

sebab itu, encik anonimos sbnarnya keliru antara perjuangan mempertahankan ulama bg melangsungkan perjuangan memartabatkan ulama sebagai reaksi kepada usaha tabdi' dan gerakan wahhabiyah yg ingin men'jajah' kesatuan umat dengan usaha menggalakkan perbalahan atau menyeru kesatuan.

dalam byk entri tawel contohnya dalam blog ini jika diteliti juga banyak meletakkan usaha penyatuan dan usaha mengelakkan perpecahan di kalangan umat, malah tawel juga menulis soal kaedah hikmah bagi menentang kezaliman yg ada dalam entri berkaitan saddam.klik

dan jgn keliru dgn ungkapan pertentangan salaf dan khalaf yg kononnya mendakwa ibn taimiyyah, ibn abd wahab atau albani sbg ulama salaf. ulama salaf adalah saidina abu bakar, saidina umar, saidina uthan, saidina ali dan beribu lagi para sahabat dan tabiin. anda sendiri sudah jadi keliru dan telah termakan hujah dengan istilah salaf.

dgn memandang salaf itu golongan yg tulen salafi mcm thtl, dr maza, zain ys dan seangkatan dgn nya, dan khalaf itu pula dipandang sbg golongan baru yg mencampurkan bidaah dalam ajaran agama macam majoriti umat islam yg bermazhab, ulama nusantara, golongan ashariah dan lain-lain.

jadi, APE KE HEI NYER KAMU NI? hehe

wasalam.

jihadwahabi.blogspot.com
Salam semua

kat uia kuantan tiap tiap 2 minggu ada sahaja kuliah dari puak wahabi ni.
DAn dalam 2 kali sebulan Mufti pilot tu akan datang membuat ceramah,maka berbondong bondonglah student yang jahil datang.Padahal kena tipu bulat2.Kat sini MRC ramai wahabi sebab tu diorang dah dapat kuasai UIA kuantan.Kat musolla penuh dengan buku wahabi ,
kat mana mana ada je tampal bidaahkan orang.
sampaikan berdebat dalam forum member satu kos ,tapi diorang ni ramai yang jahil sebab cuma ikut ikutan je.Tolonglah ana....
harap dapat bagi pendapat apa yang ana perlu buat.

Baiklah, saya cuba menjawab cabaran saudara 'adik', tetapi bukan seperti mana yang adik mahukan. sila baca sampai habis ye :). saya ingin membuat beberapa kenyataan dan saya harap pada posting adik seterusnya, adik dapat juga menjawab persoalan2 saya dalam posting saya sebelum ini:

1. Adik kata kami terus kutuk mengutuk. nyatakan di part mana saya mengutuk dan mencaci. tolong jelaskan boleh (ini soalan peribadi saya)? saya harap adik dapat bezakan antara komen, nasihat, memeprtahankan diri, kutuk dan mencaci. InsyaAllah, saya rasa perkara itu tidak susah bagi orng yang berilmu seperti adik.

2.Benarkah 'ulama2' di al-ah-ye-tak-ye-kan.net tak megutuk para imam mazhab? saudara tawel ada mengemukakan link perbuatan tersebut, sebagai satu bentuk bukti. apakah refutation adik?

3.saya faham niat murni adik hendak kita semua bersatu. seperti mana saya dan sahabat2 katakan, tidak pernah kami ingin memulakan perdebatan terlebih dahulu. seperti kata tawel, siapakah yang memulakan pergaduhan ini? dan siapa yang bergaduh dengan siapa? ibarat kami sedang makan di dalam rumah kami, tiba2 datang orang luar masuk ke rumah dan mengatakan haram itu ini dan mengabaikan suruhan allah dalam ayat 125 surah an-nahl.

4.jika sekarang pihak 'salaf' ingin berdamai, saya dan sahabt2 okey jer. hanya dengan 1 syarat: jgn menghukum kafir dan bid'ah perkara2 khilafiyyah. boleh tak adik? adik boleh bagi jaminan itu?



Akhirnya mengenai menfatwakan golongan salaf sesat..sebelum itu, saya nak standkan pendirian saya (dan mungkin kami)

1. saya tidak mengiktiraf mereka yang mengaku diri sekarang sebagai 'salaf' itu adalah salaf yang sebenar, golongan salafussoleh atau selepas zaman tabi'tabiien dan khalaf. ini berdasarkan perbuatan2 yang kontra dengan perbuatan salaf.

saya berikan analogi ringkas yang paling mudah. ikhlaskah seseorang itu apabila dia menyatakan kepada orang ramai 'SAYA IALAH ORANG YANG IKHLAS'atau 'SAYA YANG PALING IKHLAS'? boleh adik jawabkan? InsyaAllah :D

2. Jika benar 'salaf' sekarang adalah salaf yang sama dengan dahulu, nescaya pergaduhan ini tidak akan berlaku, kerana sejarah membuktikan bahawa salafussoleh suatu masa dahulu adalah mereka yang bertolak ansur dan mempunyai kepakaran PENUH akan bidang agama dan bidang masing2.

3. saya bukan golongan yang mampu mengeluarkan fatwa. jadi apa yang kami keluarkan di sini ialah padangan2 sebagai orang2 umum, dan pandangan2 para ulama. kerana bagi kami, untuk berijtihad dan berfatwa, perlu lebih daripada setakat belajar dua tiga biji buku dan mengkhatam sebuah dua laman web feqh siber.


Penutupnya untuk kali ini, saya (dan mungkin juga sahabt2 lain) tidak pernah mengkafirkan 'SALAF' sekarang, tetapi mereka yang mengkafirkan kami. It's THE WAY AROUND my dearest brother.



okey, adik mencabar kami mengkafirkan salaf..

kenapa adik nak kami kafirkan 'salaf'? atau adik yang sebenarnya dan selama ini nak mengkafirkan 'salaf'? sebab adik beriya-iya ingin kami kafirkan mereka. jika adik betul2 pencinta kedamaian, saya ingin tegur, bahawasanya perbuatan menyuruh orang lain mengkafirkan orang lain ini adalah perbuatan yang buruk akhlaknya dan ini bukan perbuatan seorang pencinta kedamaian. maaf. betulkan jika saya silap menilai adik.



next, boleh tak adik tolong tunjukkan saya di mana tempat kami mengkafirkan golongan 'salaf'.jika ada?

sebab itu saya kata adik mungkin tidak faham maksud khilafiyyah. perkara2 khilafiyyah adalah perkara2 yang berbeza pendapat dalam perkara2 bukan usul, dan perbezaan ini TIDAK MEMBATALKAN SYAHADAH. jadi tak timbul isu kafir mengkafir. :D


jika saya cabar adik mengkafirkan kami pula, bagaimana? :D


p/s: salaf dan 'salaf' yang ditulis di atas adalah dua benda yang berbeza

p/s2: pendirian (kami) tak semestinya pendirian saya dan tawel dan MFR, tapi sudah pasti pendirian saya.


walahu'alam

orang yg mengenali tulisan saya selama ini pasti akan tahu betapa saya adalah penentang kuat isu kafir mengkafir.

saya sering menulis dengan keras akan suatu perkara yg boleh merosakkan kesatuan dan proses kebangkitan.

contohnya saya tulis perihal remaja underground suatu masa dulu. saya dgn keras menyebut puak mereka boleh menjahanamkan keseluruhan remaja, malah membuka peluang kepada musuh untuk merosakkan para pejuang muda.

atau saya menulis perihal ahli politikusarap yg berbuat sesuatu pada agenda politik semata-mata hingga buat mereka lalai dan terlupa misi sebenar.akhirnya politikusarap juga akan merosakkan kesatuan umat atas kerana mereka mahukan pengaruh dan sokongan atas agenda mereka.

ringkasnya perihal kisah orang-orang yg saya tentang dengan keras ini, bukan orangnya tetapi pengaruh fahamannya supaya ia tak berkembang dan menjadi dokongan para muda mudi terutamanya, kerana saya amat berharap muda mudi berada di barisan perjuangan kebangkitan renassaince hikmah islam.

kelakar, jika meminta saya mengkafirkan kumpulan "wahabi salafi tajdid anti khurafat anti bidaah manhaj berhukum paling tepat dalam dunia ini".kenapa?

kerana saya juga orang yang menolak isu kafir mengkafir dalam arena politik melayu. saya juga tidak tuduh syiah sebagai orang kafir.dan saya juga tidak menganggap kumpulan rufaqa kafir walaupun ramai kawan-kawan saya yg menentang rufaqa memanggil asaari sebagai dajjal.

untuk lebih faham, begini sajalah,ye..

bila syiah kata quran yg kamu pegang atau sunni pegang ini adalah bukan quran sebenar, atau telah ditokok tambah, kamu berasa mahu pertahankan sunni tak? dan mahu menjelaskan kepincangan iktikad syiah tak?

jelasnya, bila syiah berkata begitu, mereka mahu mengatakan sunni ni bidaah kerana mengubah ayat quran. dan syiah mahu kata merekalah SATU-SATUNYA FIRQAH YANG PALING TEPAT DALAM DUNIA.

dan bila wahabi kata golongan asyariah adalah bidaah akidah atau dgn kata lain majoriti sunni adalah pengamal bidaah dalam berakidah kerana majoriti sunni adalah golongan asyariah, maka apa pula tindakan kamu?

bukankah tindakan wahabi ini sama macam syiah...?

jd jika wahabi ini mahu berada dalam kesatuan umat,wahabi ini perlu belajar konsep dalam ahlus sunnah wal jamaah iaitu:

pendirian kita benar tetapi boleh jadi tidak benar, pendirian anda pada kami tidak benar, tapi boleh jadi ada benarnya.

dan bukannya pegangan wahabi yang sekarang:

pegangan kami adalah benar tidak mungkin tersilap pegangan anda tersilap tidak mungkin benar

p/s-ini juga adalah pendirian saya, dan mungkin berlainan dari tawel atau yg lain-lain.

kita perlu proaktif dan tidak reaktif ...

Tanpa Nama

Aku sokong artikel Tawel dan respons2 MFR. Tapi walaupun aku tak kata si "adik" tu betul, idea sintesis salafi-tradisional yang dinyatakannya sedikit sebanyak ada benarnya.

Lihat sahaja perjuangan Shaykh Muhammad al-Hamid, iaitu pemimpin Naqshabandiyya dan bermazhab Hanafi, di Hamah, Syria. Begitu juga anak muridnya, Said Hawwa. Sungguh menakjubkan bagaimana mereka mensintesiskan idea sufi dan salafi menjadi perjuangan Islam murni menentang sekular-sosialis-shiah regim Ba'ath. Mereka menolak amalan2 "khurafat" yang diamalkan sesetengah sufi populis, dan pada masa sama menentang keras fahaman tabdi' segolongan pengikut Ikhwanul Muslimin yang pukul borong terhadap semua tradisionalis sebagai sesat.

Sekitar 2 kurun sebelum ini juga kita dapat lihat sintesis ini dalam perjuangan ulama Naqshabandi iaitu Shaykh Ahmad Sirhindi di India, dan perjuangan ini kemudiannya diwarisi oleh Shah Waliullah al-Dihlawi. Fokus mereka ialah membetulkan konsep wahdatul wujud waktu itu tapi pada masa sama menegaskan kepentingan warisan ilmu khalaf.

2 ini contoh paling nyata bagaimana kita perlu bergerak secara proaktif, bukan reaktif.

nak tahu lebih lanjut bolehla geledah buku-buku sejarah kat perpustakaan universiti masing-masing. Takpun kalau nak gambaran ringkas, boleh research di google scholar.

tapi kan kaki bangku,
yang saya pernah dengar sayyid hawwa ni lebih kepada wahabi,
walllahualam,
kerana kalau kita dapat lihat golongan wahabi ini mengkafirkan ahli sufi dan menagnggap mereka semua ini sesat dan kalau kita pergi ke fatwa online,islam online ker,Sufisme tu dikira sebagai deviant dan termasuk dalam kolum GUARD YOUR FAITH,
tidak terlepas juga kepada golongan tabligh.'

kita sendiri dapat melihat bagaimana orang wahabi ini menghentam mereka sesama sendiri apabila Abu Aminah bergaul dengan golongan tabligh yang mereka kategorikan sesat tu.Alasan:kerana bergaul dengan ahli bidaah.
Kita dapat melihat juga tuduhan yang mereka lemparkan kepad YUSF QARDAWI kerana tidak sealiran dengan mereka .

Memang kita kena bersikap proaktif bukan reaktif,tapi kita kenalah mempertahankannya kerana kami juga mempunyai dalil naqli bagi setiap yang mereka bidaahkan itu.

Sebagai seorang muslim sunnisyafiiyun,saya amat menyokong usaha tuan blog ini untuk kebaikan seluruh umat di malaysia ini.
kerana mereka cuba mengelirukan masyarakat.Dan dalam masa yang sama masyarakat yang jahil pun sudah tahu membidaahkan orang.
sedihnya..

Maaflah Kaki Bangku.
saya ni kurang pendedahan mengenai Sayyid Hawwa ni.Cuma saya banyak terbaca artikel beliau di website2
wahabi.Cuma saya pelik kengkadang idea beliau pun contradict dengan wahabi,terutamanya pendapat beliautentang isu khilafiah.
Confuse ler mana satu yang betul masa tu.
Saya cuba wat research tentang sayyid hawa lak pasni.Thanks 4 your info.

Rasa-rasa tangan gatal pulak nak comment.

Bangku, aku tak nafikan kata-kata kau betul. Tapi aku kurang setuju sikit. Ini masalah REAL dan IDEAL situation. Aku sendiri sebagai ahli jemaah kampus banyak membaca buku Said Hawwa. Banyak manfaatnya dalam melaksanakan gerak kerja dakwah.

Tapi yang aku nak utarakan, aku rasa Said Hawwa ni memang salafi tapi salafi tulen. Aku masih ingat temubual majalah I dengan MAZA pasal manhaj Salafi ni. Bila pihak majalah I ni persoal betul ke manhaj Salafi ni adalah puak yang suka timbulkan isu khilafiyyah, MAZA bagitau tak sebenarnya. Banyak lagi benda yang lebih penting (contohnya untuk menangani taksub mazhab).

Walaupun aku tak berapa setuju dengan kenyataan MAZA tu, ditambah lagi sikap MAZA tak cakap serupa bikin (isu IMSAK dan lain-lain lagi menyebabkan aku kategorikan MAZA sebagai cakap tak serupa bikin), aku mempunyai pendapat bahawa salafi ni boleh aje sejahtera dengan mazhab empat, tapi cuma keadaan Malaysia ni, ramai sangat tak faham mazhab salafi ni. Sebab tulah terkial-kial nak berdebat isu khilafiyyah, padahal definasi manhaj salafi tu lain dari apa yang diorang pikir.

Aku taklah mengiyakan manhaj salafi tu tapi cukuplah kita bertasamuh dengan perbezaan-perbezaan kecil mereka. Abis boras jah layan mereka nih.

Jadi, pelajaran termodinamik aku di kampus teraplikasi sekali lagi dalam kes ni. Jika IDEAL gas kita gunakan persamaan PV=nRT, dan REAL gas, kita gunakan PV=ZRT (dan banyak lagi equation lain), maka menghadapi salafi yang berada di REAL condition, patutlah kita guna equation REAL, bukan IDEAL. Tak salah kalau kita gunakan equation yang IDEAL tapi jawapan kita takkan jitu, persis dan tepat seperti apabila kita gunakan REAL equation. Jadi, tak berhikmah kalau kita gunakan kaedah IDEAL untuk berdepan dengan salafi yang REAL (yang suka bangkitkan isu khilafiyyah).

Semua setuju kalau aku katakan ramai sangat golongan salafi di negara ni yang berkeadaaan REAL, bukan Salafi yang IDEAL.

Guess what, lebih 60 peratus dari pelajar pengajian Islam di kampus aku bermanhaj Salafi. Ngeri kan? Tapi Salafi pengajian Islam ramai yang IDEAL berbanding yang suka bangkitkan isu khilaf dan mendaifkan pendapat orang lain. Berlainan dengan Salafi Kejuruteraan yang aku kenal yang sibuk sangat dengan debat-mendebat. Ustaz-ustaz aku kat sini pun ramai jugak yang salafi walaupun traditionalist lebih ramai.

Tapi dengan mereka kitorang tak bermasalah. Mereka teruskan aje pelajaran mereka mendidik golongan salafi mereka, tak bid’ahkan kami.

Ramai juga aku dapat klasifikasikan sebagai Salafi atau Wahhabi tulen seperti Yusuf al-Qaradhawi, Ustaz Hasrizal. Mereka mana suka timbulkan isu khilaf dan bid’ah? Apa yang tak betul sikit tu, tasamuh jelaa.

Aku pun kelakar dengan ragam sahabat tradisionalis kat sini. Apabila dengar radio IKIM, ada menyebut pasal Ibn Taimiyyah, Bin Baz dan lain-lain lagi, kawan tradisionalis aku dengan mudah-mudah mengatakan IKIM dah kena penyakit Wahhabi. Aku sebagai tradisionalis pun serba salah nak mengiyakan kata-kata kawan tradisionalis tu. Takkanlah cerita pasal Bin Baz yang dapat menguasai ilmu-ilmu agama walau dalam keadaan buta pun boleh digelar wahhabi? Cerita pasal Ibn Taimiyyah yang dipenjarakan pun Wahhabi?

Aku rasa kita perlu lebih fokus pada subjek, lebih dari objek. Setuju?

Bro Tawel sendiri pun penah nasihatkan aku supaya jangan cepat mewahhabikan orang jika melihat golongan yang tak berzikir jahar atau tak berdoa lepas solat.

Apa-apa pun, aku setuju dengan bangku, kita perlu lebih proaktif daripada reaktif. Kita dah tak boleh menafikan pengaruh manhaj salafi di malaysia dan di mana-mana pun. Tasamuh jelaa rahsia kita. Kalau diorang tak nak tasamuh, barulah kita jadi reaktif. Reaktif bukan kerana suka berdebat, tapi cuma sebagai tindakbalas supaya masyarakat tak keliru dengan manhaj mereka.

Sori tawel, panjang pulak..

Proaktif: Mempertahankan diri dengan cara yang betul apabila kita yang bermazhab ini dituduh jumud, kolot, terkongkong, buat bid'ah, dan sebagainya.

Reaktif: Mereka tuduh kita buat bid'ah, amalan kita menyebabkan kita dihumban ke neraka, cakap ulama Nusantara tak boleh pakai (kalau di India-Pakistan, puak2 Wahhabi ni cakap ulama Indo-Pak tak boleh pakai), mereka tuduh kita yang berpegang kepada Asha'ari dan Maturidi dari segi akidah adalah sesat, dan lain-lain lagi. Dan kemudian, lepas mereka tuduh macam-macam, mereka mengajak kita untuk bersatu.

Proaktif: Tak bincang sangat yang mana lebih kuat; ada imsak atau tak ada imsak, ada air mustakmal atau tiada air mustakmal, ada talqin atau tak ada talqin. Sebaliknya kita faham ini semua berlaku khilaf . Dan memahami bahawa ijtihad yang dibuat oleh para ulama mujtahid yang berkelayakan itu semuanya adalah sama rajih dan tak perlu kita sibuk-sibuk nak buka semula isu ini.

Reaktif: Nak pandangan dia sahaja yang betul. Contoh: Pegang Al-Quran tak ada wudhuk tak mengapa, dan 4 mazhab sudah salah. Solat2 yang ditinggalkan dengan sengaja tak perlu diqadhakan, dan 4 mazhab sudah buat bid'ah sebab kata perlu ganti. Waktu imsak itu bida'ah. Para ulama yang kata ada waktu imsak sebenarnya tak faham hadith.

Sekian adanya.

Saudara/i Anonymous yang budiman

Rasanya sebaiklah saudara kaji dahulu sirah juga makna salaf dan khalaf secara detail dan berguru.

Kita bukan sedang berdebat salaf dan khalf di sini. Itu kita kena jelas. Ibn Taymiyyah Albani dan BinBAz bukan Salaf. Mereka khalaf. Datang selepas fatrah Salafuna Soleh. Apa yang berlaku adalah pemahaman soheh tentanq aqedah Salaf dan Feqh Salaf. Dan kita bersama Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang bersalasilah dari SalafunaSoleh.

Allahua'lam

Peribadi dalam konteks dakwah, ana mengkagumi SaifulIslam, namun bila bercerita tentang perkara ini, bertalaqqi dan mengajilah benar2 dr guru yg muktabar.

Tanpa Nama

AKU RELA…

telah ku benarkan nama dan diri menjadi sasaran

kerana cinta, aku berkorban

telah ku rela tohmahan bermahajalela

kerana cinta, aku terpaksa

kerana cinta jua aku berbicara

dengan nada insan terluka

meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa

semuanya kerana cinta…

biarku tanggung rasa derita..

asalkan agama, selamat akhirnya..

yang membantah, hanya berfalsafah..

kerana bimbang suapan harian

dengan menjual nama tuhan..

lalu kebenaran disingkirkan,

demi hidangan belian pendustaan



namun aku yang sengsara zahirnya

redha telah pun penuhi jiwa

dalam keletihan ini.. aku bahagia

kerna..

pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga
dr maza 2007, Perlis

Tanpa Nama

sedap syair tu
tapi ana rasa macam lebih kepada taktik menarik simpati orang ramai,
cuba tengok bait ini

"lalu kebenaran disingkirkan,

demi hidangan belian pendustaan"

dan
"kerna..

pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga"


kita akan lihat MAZA ini merasakan dirinya yang paling benar dan orang lain salah.Beliau menyatakan beliau berada dijalan kebenaran dan akan masuk syurga dan menyalahkan dan membidaahkan orang lain.

Sajak Pak Lah pn best gak..meh dgr..

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,
Untuk hidup kaya,
Aku cari bukan wang berjuta-juta,
Untuk hidup bergaya,
Aku cari bukan kawan-kawan,
Untuk hidup sekadar berfoya-foya,
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari panduan,
Kita bongkar rahsia sunah Nabi,
Cari pedoman,
Aku hidup kerana Dia Rabbi,
Dialah teman,
Dialah wali,
Dia mencukupi,
Aku hidup bererti,
Menikmati damai abadi.

semoga dr asri bikin serupa cakap. jgn jadi cam sajak pak lah ni..

Tanpa Nama

setahu saya ramai 'salafi' yang tolak tasawwuf, termasuk 'poetry'. Dan penolakan ni bukan samar, dijelaskan dalam kenyataan2 arus perdana sebagai 'bid'ah'

pelik tul

Salam, Saya suka betul cara Tawel menyampaikan ketidak setujuannya tentang wahabi. Barulah jelas. Tak ada langsung unsur2 menunjukkan dia Syiah. Inilah yang patut dicontohi. Sebenarnya sekadar nak menyatakan rasa tak puas hati dgn satu blog ni. Dia kutuk habis2 wahabi dan dlm masa yg sama menjunjung Syiah bersungguh2. Betul2 bukak jalan untuk org fitnah dia. Lepas tu bila ada org tegur, dia melenting pulak. Hihihi.. maaf ya kalau keluar tajuk..

Tanpa Nama

http://tehranifaisal.blogspot.com/

blog ni ke????

ish3x...

wahabi punya isu..smp berpuluh2 komen..

apa yg aku dpt simpulkan..kalo nak jd top blog, post la isu wahabi...

x mcm tu tawel??

blog tawel pun skrg ni apa kurangnya..dah no 5 kat ukhwah.com

tahniah ah tawel..keep it up with your works..
quibble and stab each other while at the same time forget the hard time that Islam is facing across europe and north america.

continue la gado2 korang ni ye..

good luck everybody :)

Tanpa Nama

pasai apa hangpa semua dok marah sangat kat salafi wahhabi?

kalau hang semua "anak jantan tulen", aku cabar hangpa semua ramai2 komen kat sini:


http://jihadwahabi.blogspot.com/

Tanpa Nama

I smell something 'tak puas hati'.

Bila bincang isu Wahhabi, tak bermakna dalam hidup saya ini saya tak fokus pada benda lain. Kalau kamu buat blog yang membincangkan pasal ekonomi, pasal jutawan, tak bermakna orang yang buat blog tu tak kisah tentang politik, sosial, dan sebagainya.

Why are you being judgemental by saying "forget the hard time that Islam is facing across europe and north america." How do you know? You got some kind of magical and divine power?

What do you call a group of people who's trying to defend themselves from a series of blatant accusations? A firestarter or a firefighter? Let me make a crystal clear statement. I'm a firefighter.

And why in the world you try to relate it to blog ranking? Your premises and argumentations do not make any sense.

In the end of the day, we as an ummah will appreciate the efforts of the scholars of ahlus sunnah who's trying to propagate the real teaching of Islam: in aqidah, fiqh, and tassawwuf.

arh ,dah jadi tempat berdebat lak.
Betullah kata ulama yang wahabi ni bijak menggunakan dalil dan nas quran untuk menguatkan lagi keegoan mereka.
Konsep salaf pun ada yang tak paham lagi, tapi dah gelar diri sendiri salap.
tak pon aku panggil" Talafan"
pembinasa.

Kalau kita dapat tengok posting wahabi di kebanyakan forum kebanyakannya berkait dengan bidaah,pastu kafirkan ahli tasauf,
dan yang paling bestnya menyalahkan orang lain mengatakan diri sendiri sahaja yang betul.

Kesian aku tengok mereka yang kena tipu hidup2 dengan wahabi ni.Kebanyakannya yang takde asas agama yang kukuh,
ada beberapa sahabat aku ni yang kuat wahabi asal sekolah convent,
sekolah cina,dan nama sekolah yang pelik pelik.Macam pilot tu gak kot.
Baru sekali dengar ceramah dah pandai bidaahkan orang.Memang diorang ni semua Mujtahid..

Ada lak yang baru baca sahih bukhari dah belagak.Habis semua pendapat ulama mazhab ddaifkannya.

Apa baguska ini macam?

Tanpa Nama

http://www.youtube.com/watch?v=fbwYQD2gIO4

cabaran seorang mufti

Tanpa Nama

kesian Asri ,
dialah satu satunya mufti di malaysia ini yang mengharungi cabaran.Mufti lain semua makan gaji buta dengan jadi tukang baca doa masa majlis rasmi sahaja..hehe.

Tanpa Nama

Tawel, I also smell something fishy about the fishes that's swimming anonymously within the clouds :D

kepada Anonymous-at-3/07/2007, ramainya orang datang ke sini bukan atas dasar membenci wahabi (seperti yang anda claim), tetapi mempertahankan diri daripada serangan yang DIMULAKAN, DITERUSKAN dan MASIH DILAKUKAN oleh wahabi terhadap beratus dan beribu ulama2 fiqh, hadis dan syariah.

Sorry to say, bila asri dikomen, ramai melenting, menyuruh kita menerima 'khilaf' asri..tapi asri sendiri tidak menerima khilaf orang lain..mcm mana pulak ye?

Lepas tengok video ni, antara kenyataan menarik di awalnya (selepas mengesat mata menangis kot):

"Bila kita nak cari redha Allah, maka Allah akan beri kita sesuatu yang orang lain tak dapat"

Kemudian terus citer pengalaman 'apa yang dia dapat'..

so secara tak langsungnya memberitahu 'saya dapat apa orang lain tak dapat' kah?

Kasyaf dan Ilmu Laduni??

Apapun, apabila cakap pasal isu ini, harapnya kita boleh lihat dan sentuh dalam cara yang lebih global, sebab geng2 Wahhabi yang aku kenal, dan yang tak kenal di serata dunia ini, tak kenal pun siapa Dr Asri ini.

Dan jangan kita lupa juga, bahawa dari segi dakwah Islam, Dr Asri telah melakukan lebih banyak perkara dari kita. Apa yang betul, kita sokong beliau. Jangan sekali-kali kita fikir yang kita ini lebih bagus dari beliau.

Tapi once he crosses the line, action must be taken. Kalau tidak kerana suara2 orang awam yang mengkritiknya dek kerana beliau banyak menyentuh perkara2 trivia sewaktu awal2 beliau menjadi mufti; seperti isu kayu kokka, nada dering Al-Quran, dan sebagainya, saya pasti beliau mungkin akan berterusan 'memperjuangkan' benda2 yang agak remeh-temeh, yang tidak patut difokuskan sangat sebagai seorang mufti.

Semoga Allah memberikan petunjuk kepada Dr Asri, sepertimana yang berlaku kepada Dr Burhanuddin al-Helmy satu ketika dahulu.

nak suruh dia masuk politik ke tawel???

Tanpa Nama

"orang baru said...
Salam, Saya suka betul cara Tawel menyampaikan ketidak setujuannya tentang wahabi. Barulah jelas. Tak ada langsung unsur2 menunjukkan dia Syiah. Inilah yang patut dicontohi. Sebenarnya sekadar nak menyatakan rasa tak puas hati dgn satu blog ni. Dia kutuk habis2 wahabi dan dlm masa yg sama menjunjung Syiah bersungguh2. Betul2 bukak jalan untuk org fitnah dia. Lepas tu bila ada org tegur, dia melenting pulak. Hihihi.. maaf ya kalau keluar tajuk..
"
Saya setuju dengan kata² orang baru tu. Memang dia berapi² mengutuk Wahhabi, dan saya memang agak bersetuju dengan itu, tapi pada masa yang sama dia juga terlampau memuja Syi`ah, sehinggakan hampir tiada satu pun badan yang berfahaman Sunni yang betul baginya. Hamas pun dia kutuk. Bila orang tegur (atau tuduh, bergantung pada nada), dia agak melenting. Bukan setakat memuji Syi`ah, malah ada terdapat usaha "menafikan" hadis yang diriwayatkan `ulama' Sunni (contohnya hadis mengenai keutamaan berpuasa `Asyura, yang dikatanya hadis palsu rekaan kerajaan Umayyah). Jadi, bagaimana mungkin seseorang yang mengaku seorang Sunni Syafi`i mengi`tiraf Syi`ah pada masa sama menafikan hadis yang diriwayatkan oleh `ulama' Sunni? Tidakkah itu bermakna individu berkenaan juga seorang Syi`i? Wallahu a`lam.

Namun yang menariknya, dalam berita baru² ini, Ahmadinejad berkunjung ke Arab Saudi dan disambut oleh Raja Abdullah. Nampak cam okey ja mereka berdua ni? Menarik untuk direnungi oleh masing² pendokong Wahhabi dan Syi`i...

Tanpa Nama

Ini ada sajak sikit buat Dr MAZA. Kasar la sikit bunyinyer... sementelah perekanya pun takder kesarjanaan. Mungkin ada sesapa pengunjung kat sini sudi forwardkan kat pehak-pehak tertentu. Kadang-kadang ayat-ayat kasar tuh lagi senang sampai maksudnyer...



Gurindam geramku pada MAZA

Terjunlah Luncai
Bergayut pada labu-labu angkuh mu
Berebut-rebut mereka
Bertenggek atas kepalamu
Gagak liberalis
Katak sekularis
Ular kapitalis
Nanti penuh di kepalamu, najis
Hanyut dalam arus bongkak
Lemas di muara kibr
Ada lagikah harapan?

Tanpa Nama

Allah Allah

Aduhai encik/cik Nony yang mengatakan Good luck di atas tu?

Em, nampaknya antum masih tidak faham lagi point yang ingin distresskan di sini..Bawa2 bersabarlah nah..Dan mengaji biaq habis dulu..Kalau ikhlas dan benar2 mencari kebenaran lama2 bertemulah..Ana pun tak larat nak tulis apa benda dah buat antum...Tapi ana yakin antum adalah pencinta Sunnah yang terkeliru dan perlu memahamkkan lagi banyak benda dalam kaedah dan metodologi Ulama Salaf yg SOHIH

ana pun tak habis mengaji lagi

Tanpa Nama

komen kat atas tu... mcm ada orang jeles dengan blog tawel yg ala-ala dh jadi top blog dan kegemaran ramai.... hurmmmmm...
mudah2an tawel tak cepat alpa dengan pujian dan ujian sbgitu. amin

berbalik pada bloh www.faisaltehrani.com

menentang wahabi...
agungkan syiah....

nak juga dengar komen tawel

Tanpa Nama

Apa nak jadi ye Melayu sekarang ni, semuanya penuh dengan bidaah dan kesesatan.
Taksub dan menanggap ulama maksum.
salam cik tawel ,kalo hang berani ,bawalah member hang reramai gi forum ni
http://forum.cari.com.my/forumdisplay.php?fid=138

jom pi berdebat kat sana
baru hang tau cukup ke dak ilmu tu

Tanpa Nama

Assalamualaikum.

Banyaknya nama saya disebut, sampai bertabur di dalam google.

Apabila akh MFR sebut "dia dah abes baca ke pengalaman tawel dgn salafi di ireland.. sebuah negara tempat ustaz hasrizal bertapak juger.", saya harap ia tidak bermaksud bahawa saya bertapak di Ireland untuk menyebarkan Wahabi dan Salafi.

Apabila ada yang bertanya, saya menjawab. Menjawab seperti yang saya faham dan tahu pada ilmu yang amat sedikit ini. Tidak pernah saya cuba mendoktrinkan sesiapa kerana selama 6 tahun di UK / Ireland saya sentiasa menghormati tahap intelektual pelajar UK / Ireland yang boleh membuat keputusan sendiri.

Saya di Ireland, bukan sebagai pejuang Wahabi atau Salafi

Ambo tak cukup ilmu, jadi ambo tak berani nak sahut cabaran hang utk gi debat kat sana nuu...cuma ambo nak tau, tang mana bahagian blog ni yang ambo ada promote bid'ah dan kesesatan?

Kepada "Hembusan Reader", terima kasih utk peringatan. Ranking cumalah alat dan dakwah sebagai matlamat. Tentang Faisal Tehrani, saya tak rasa saya patut sentuh benda ni sekarang. Tapi of course ada beberapa perkara yang bermain di minda saya sejak setahun yang lepas tentang Faisal Tehrani.

Dan saya sendiri tak pernah membaca walau satu pun novel dia, tetapi sekali sekala ada bertandang ke blognya. Dan selalu juga membaca komentar orang lain terhadap Faisal Tehrani yang dikatakan sebagai Syiah, atau sekurang-kurangnya Syiah sympathizer. Dan saya lebih cenderung memandang beliau sebagai seorang Syiah sympathizer. Dan oleh kerana beliau ini terlalu banyak membaca kitab-kitab Syiah, sekali-sekala idea-idea Syiah itu nampaknya terpalit juga di dalam hasil tulisannya.

Mungkin satu hari nanti saya dapat menulis sesuatu tentang ini. Mungkin... PS: Url Faisal Tehrani tu salah. Yang betulnya, tehranifaisal.blogspot.com

Kepada Ustaz Hasrizal: Oleh sebab saya kenal ustaz sepanjang ustaz berada di Ireland ini (tapi ustaz mungkin tak kenal saya agaknya), maka saya bersetuju bahawa sepanjang ustaz berada di Ireland, ustaz bukanlah pejuang Wahabi atau Salafi. Dan saya sendiri juga tahu bagaimana manhaj ustaz.

Tetapi asalkan pendirian ustaz tidak menuduh perkara yang bukan-bukan kepada mereka yang beraliran tradisional, maka bagi saya ustaz adalah tokoh terbaik yang patut dicontohi oleh umat Islam yang lebih gemarkan cara dan modus operandi sepertimana yang ustaz pilih.

Apapun, sebagai satu hukum universal, perbezaan manhaj itu adalah realiti semasa yang perlu kita semua terima, sama ada suka atau tidak suka. Tetapi realiti yang perlu dibuang ialah apabila sesuatu manhaj itu menyesatkan manhaj yang lain, dan sesudah itu mengajak manhaj yang disesatkan itu untuk bersama-sama melawan musuh-musuh Islam.

Moga kita semua tidak "meningkapkan seseorang dan memintukan seseorang yang lain", heheh...

Teringat saya pada seorang sahabat saya ketika di USM. Orang Jordan, umur 40an. Dialah yang memperkenalkan saya kepada Ibnu Taymiyyah. Menurut fahaman saya yang agak cetek ketika itu (masih cetek sekarang ni, cumanya tidak secetek dulu), saya memahami bahawa Ibnu Taymiyyah membawa ajaran yang "sesat". Saya tidak faham kenapa beliau bertindak "melawan arus" berkata demikian, walhal kebanyakan sumber rujukan yang saya baca (pada ketika itu, saya nyaris terpengaruh), Ibnu Taymiyyah digelar "Syeikh Al-Islam". Dia mempertikaikan gelaran itu, sambil memberitahu hujahnya kepada saya. Dan setiap kali pihak masjid USM menjemput seorang "Syeikh" dari Arab Saudi, sahabat saya ini sering bangun dan mempersoalkan aqidah "Syeikh" berkenaan. Dan kini saya faham apakah yang berlaku sebenarnya.

Alhamdulillah, saya masih kekal bermazhab Syafi`i, setelah beberapa ketika hampir keliru antara mana yang benar, Syi`ah atau Sunni (yang sebenarnya adalah acuan Ahyatakyakan.net), dan akhirnya, saya menemui beberapa jawapan di beberapa blog (seperti blog Sensei, domo!) mengenai hakikat Ahli Assunnah Wa Aljama`ah.

Harapan saya, bak kata yang selalu diungkapkan oleh orang Al-Yabani (tapi saya terlupa bagaimana kalimah asalnya) bila diterjemah ke BM akan berbunyi "Sila beri tunjuk ajar!"... :D

Tanpa Nama

salam.baru terbaca artikel dan perdebatan ttg isu ini.agak terlambat.hihi.

sy sekadar nk beri penjelasan ttg komen saudara tawel yg lpas.sy quote apa yg tawel tulis "beliau(dr maza) banyak menyentuh perkara2 trivia(remeh-temeh) sewaktu awal2 beliau menjadi mufti; seperti isu kayu kokka, nada dering Al-Quran, dan sebagainya, saya pasti beliau mungkin akan berterusan 'memperjuangkan' benda2 yang agak remeh-temeh, yang tidak patut difokuskan sangat sebagai seorang mufti".

isunya ialah kayu kokka dan nada dering alQuran. kedua2nya adalah isu besar dan bknnya perkara remeh-temeh. tp, di sini sy sekadar nk menyentuh ttg kayu kokka.mungkin isu kayu kokka ini kelihatan kecil jika dilihat pada kayu itu shj.ttp ianya menjadi perkara besar apb kita lihat kpd iqtikad org ramai terhadap kayu tersebut.malah member sy sendiri pun pernah mengesyorkan sy membeli kayu kokka kerana pada pandangannya kayu tersebut ada keistimewaan; spt boleh mengelakkan dan mghalang gangguan jin ketika masuk hutan.ini bukan perkara kecil.ini masalah akidah.iqtikad sebegini telah melepaskan pergantungan seseorg kpd Tuhan dgn hanya bergantung kpd 'keajaiban' kayu shj.iqtikad sebegini boleh mnjadikan kita syirik.

Apb ada mufti atau golongan agama mgeluarkan fatwa atau pendapat.cubalah selidik dulu krn mereka tdk akan keluarkan pendapat melainkan utk kebaikan umat shj.

tajuk panas bila didebatkan gini la jadinya.
ia semua kembali kepada sikap. org yg amatur [mubtadiin dlm belajar],'semangat sunnah' tinggi tapi hanya ikut2 saja biasanya terjebak dlm masalah ini. kedua org yg dah mengaji pun, dah tau benda itu khilaf tetapi punya sikap yang tak mahu menerima wujudnya khilaf memang org itu yg bermasalah.
jadi kesimpulannya, marilah kita mengaji dan terus mengaji. jgn terasa maghrur[tertipu] hanya sekadar membaca satu dua kita sudah boleh berfatwa dan berijtihad. wallahi inilah musibah yg menimpa umat kita akhir zaman ini. tak ada fitnah yg lebih besar apabila hukum agama dibincangkan oleh yang bukan ahlinya. NAbi dah pesan; إذا ضيعت الأمانة فاتظر الساعةpastu ditanya كيف إضاعتها؟ jawab nabi lg إذا وسدالأمر الى غير أهلها فانتظر الساعة
kalau yg dok ajak bace feqh awlawiyat tu cuba praktik apa sebnarnya yg lebih awla; mengikut sunnah [maz'umah?] atau khilafiyah atau menjaga yg wajib terlebih dahulu?
sbbtu kalau kita tgk fatwa2 ulama'besar skrg dia pasti akan mencelah pasal hal ini. sbg contoh dia akan sebut:
إن مما ابتليت به الأمة المسلمة في زماننا هذا كثرة المتسورين على حمى العلم الشرعي من أشباه طلبة العلم الذين يظنون أنهم بلغوا رتبة الاجتهاد وصاروا كأبي حنيفة ومالك والشافعي وأحمد رحمهم الله تعالى، بل إنهم قد يخطئون هؤلاء الأئمة الكبار بعض هؤلاء المتعالمين لا يحسن ألف باء العلم الشرعي !!
وإن من مصائب الأمة الإسلامية في هذا الزمان أن يتكلم في مسائل العلم الشرعي أشباه طلبة العلم الذين إن قرأ الواحد منهم كتاباً أو كتابين ظن نفسه من كبار العلماء ومن أهل الاجتهاد المطلق فيجعل من نفسه حكماً يحكم بين العلماء فيرد عليهم ويصحح ويخطيء كما يشاء ويهوى من دون سند ولا أثارة من علم، وهذا مع الأسف نشاهده ونسمعه باستمرار .قال الحافظ ابن عساكر يرحمه الله مخاطباً رجلاً تجرأ على العلماء:[ إنما نحترمك ما احترمت الأئمة ] . أيها الناس تأدبوا مع العلماء، واعرفوا لهم مكانتهم، فما فاز من فاز إلا بالأدب، وما سقط من سقط إلا بسوء الأدب. واعلموا أن الأمة لا تحترم ولا تقدر إلا من يحترم العلماء والأئمة
wallahuaklam

Tanpa Nama

Kalau mahu cerita pasal kayu kokka, boleh pergi ke sini. Fahami betul-betul konsep majaz.

Antara 'Ajwah dan Kokka:
http://bahrusshofa.blogspot.com/2006/12/antara-awjah-kokka.html

Kokka.. Mengapa Disyirikkan:
http://alexandaricairo.blogspot.com/2006/10/kokka-mengapa-disyirikkan.html

Dan saya tak nampak isu nada dering Al-Quran itu sebagai isu yang sangat besar yang boleh mengancam kepentingan umat Islam di seantero dunia. Ia cuma perkara khilaf.

Dan kalau nak faham apa yang kecil, dan apa yang besar dengan lebih dalam lagi, boleh juga baca ini:

Ulama Footnote atau Ulama Haraki:
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/2006/11/ulama-footnote-atau-ulama-hakari.html

Hanya petik sikit aje dari situ:
"Mereka dilantik menjadi mufti, tetapi kemuftian mereka sekadar membincangkan sesuatu yang penting, tanpa menilai kepada sesuatu yang lebih penting.

Mereka mampu bercakap tentang keharaman dan ketahyulan kayu kokka, tetapi mereka tidak pernah membincangkan tentang keharaman dan ketahyulan pemerintahan sekular yang merosakan aqidah umat Islam."

terima kasih diatas link yg diberikan ttg kayu kokka.sy telah pun membacanya.

cuma sy nk mengajak kita melihat kembali apa kenyataan asal mufti tersebut mengenai kayu kokka.
http://al-qayyim.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=10233

cuba fahamkan kenyataannya.adakah dia mgharamkan penjualan dan pggunaan kayu kokka? atau sbenarnya dia mgharamkan iqtikad dan kepercayaan berlebihan terhadap kuasa kayu tersebut? atau sebenarnya dia mgharamkan dakwaan-dakwaan batil yg digunakan penjual ketika berkempen utk kayu tersebut?

cuba fahamkan dari sudut mana mufti tersebut membantah ttg kayu kokka ini.dan kalau ada peluang, cubalah dgr pula apa syarah beliau dlm memfatwakan ttg kayu kokka ini terutama dlm kuliah2nya.

jika selepas drp itu pun, kita masih belum dpt bersatu.maka anggap sajalah kita telah berbeza pendapat dlm hal ini.kembali kpd adab berbeza pendapat dan kita berlapang dada dlm hal sebegini.saudara yakin dgn manhaj pegangan saudara, dan yang lain pun yakin dgn manhaj pegangan mereka.masing2 akan berdepan dan ditanya Tuhan ttg pegangan, kepercayaan dan amalan masing2.semoga kita semua selamat.

apa boleh buat, kita telah berbeza dlm hal ini =)

Champ: Benarlah itu. Uwafiq ma'ak.

Cik Nony: Allah, bila pula kita berkata Ulama' itu maksum. Tiada yang maksum melainkan Nabi s.a.w. Apa bukti antum mengatakan begitu? Seperti biasa, akan keluar kata-kata yang sama dari org yg berbeza-beza yg sangat yakin akan kebenaran jalannya tanpa merasakan bahawa masih banyak yg kita tidak tahu dan belum belajar.

Namun, cukuplah ingin ana naqalkan di sini apa yg telah Imam Muhathabi telah tulis di dalam kitabnya "Risalah Mustarsyidin" yg ditahqiq oleh Syeikh Abu Ghuddah. " Kesilapan dan kekurangan para Ulama' tidak menghalang kita mengambil ilmu daripada mereka atau mengurangkan darajah mereka"

Kezuhudan, kewaraqan, ketinggian ilmu Ulama'2 khalaf sedikit pun tidak dapat menandingi ketaqwaan para ulama'-ulama' kita yang lepas. Sesuai dengan mereka yang terdahulu lebih dekat dengan kebenaran dan ulama' itu kita tahu pewaris Nabi.

Sama-sama kita ngaji sampai bila2.

Allahua'lam

Tanpa Nama

Bertalaqqi dan mengambil sanadlah dr para ulama'2 muktabar. Seperti pesan Al-hafidz Ad-Dzahabi " Diambil ilmu itu dari mulut-mulut para Ulama'.

Tanpa Nama

Hari ni mufti termuda mengeluarkan "fatwa" terbaru pulak. Dia kata sesiapa yang bukan Muslim yang baru masuk Islam, tak perlu tukar nama mereka, tak perlu bin/binti `Abdullah.

Tanpa Nama

kpd ustaz hasrizal.. mungkin ustaz salah faham dengan ayat saya. saya ada tulis tentang pandangan saya terhadap diri ustaz di sini

isu bin abdullah ini sudah tentunya akan membuatkan umat islam yg selama ini diajar oleh para ulama dan mufti kita yang telah menetapkan peraturan sebegitu melenting dan akan menganggap para ulama dan mufti melakukan bidaah atau menipu mereka berkenaan dengan hukum agama.

apa-apa pun dr asri sudah katakan dia menyiapkan kertas kerja, maka sewajarnya kita serahkan saja pada para ulama menilai hujah dr asri nanti.

namun, dari sudut analisis aku yang awam lagi hina ini, aku banyak melihat kenyataan dan tindakan dr asri dalam fasa awal menjadi mufti ini banyaknya perkara atau hal yang boleh diperbincangkan secara tertutup dgn muzakarah ulama atau jabatan agama namun sering saja membuka isu untuk tatapan umum yang akhirnya akan menghasilkan laluan mudah para sekularis, liberalis, anti hadis, hedonis dan lain-lain menghentam institusi ulama yang ada.akhirnya cengkaman mereka ke atas remaja islam lalai akan terus mengakar kukuh.

saya ada sebut dr asri ini lain sedikit dari salafi biasa dalam blog saya, dan saya percaya jika dr asri terus berjuang dgn ikhlas akhirnya beliau akan nampak tindakan beliau yang tidak membawa untung. imam al ghazali sendiri mendapat hidayah setelah naik mulia dimartabatkan sebagai ulama yang tinggi ilmu.

Perlis wajibkan mualaf kekal nama bapa tanpa ‘Abdullah’

Oleh: JOHARI SHAWAL

KANGAR 10 Mac - “Dilarang menukar nama kepada bin atau binti Abdullah. Mereka wajib mengekalkan nama bapa atau keturunan mereka.”

Itulah fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis hari ini bagi orang bukan Islam yang memeluk agama Islam.

Ini bermakna pada masa akan datang, orang bukan Islam yang mahu memeluk agama Islam wajib mengekalkan nama bapa atau nama keturunannya pada dokumen pengenalan masing-masing apabila memeluk agama Islam.

Bagi saudara baru Islam pula yang telah mengubah nama kepada bin atau binti Abdullah, mereka hendaklah menukarkannya semula kepada nama asal bapa atau keturunan masing-masing.

Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mengumumkan perkara itu berkata, fatwa tersebut dikeluarkan bagi menangani masalah orang bukan Islam yang sebelum ini sering merungut dinafikan hak untuk mengekalkan nama bapa atau keturunan mereka apabila memeluk agama Islam.

“Lazimnya apabila orang bukan Islam memeluk agama Islam, nama mereka dibinkan atau dibintikan dengan Abdullah.

‘‘Ini tidak boleh kerana mereka sebenarnya dinafikan sifat keadilan dan hak selain menjejaskan apa yang dipertahankan oleh Islam iaitu nasab (keturunan).

“Ini (menukar nama kepada bin Abdullah) sebenarnya adalah perkara pelik. Ia tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam. Pada zaman nabi dulu pun, mereka yang memeluk agama Islam tidak mengubah nama bapa atau keturunan mereka. Tentulah ini ada kaitan dengan nasab.

“Dengan itu, Majlis Fatwa Negeri Perlis sebulat suara bersetuju dengan keputusan tidak membenarkan mereka mengubah nama bapa atau keturunan mereka apabila memeluk agama Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabatnya disini hari ini selepas mempengerusikan perbincangan khusus mengenai perkara itu bersama 13 ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis.

Mengulas lanjut, Mohd. Asri berkata, mengubah nama kepada bin atau binti Abdullah apabila seseorang bukan Islam itu memeluk agama Islam hanyalah tradisi, bukan budaya dan syariat serta tidak pula diwajibkan dalam Islam.

“Ia juga adalah bagi menghormati keturunan seseorang itu. Banyak hadis melarang kita menipu nama keturunan. Oleh itu Majlis Fatwa Negeri Perlis membuat keputusan mengubah nama seperti itu adalah dilarang dan dalam erti kata lain, ia adalah sesuatu yang haram,” katanya.

Beliau memberi contoh, jika seseorang itu bernama Sami anak lelaki Raju, apabila memeluk agama Islam dia hendaklah mengekalkan namanya kepada Sami bin Raju dan bukan Sami bin Abdullah.

“Satu lagi sebab lain ialah untuk menangani masalah salah sangka di kalangan orang bukan Islam. Dengan fatwa ini, kita dapatlah terangkan bahawa Islam adalah agama adil,” katanya.

Bagi yang telah memeluk Islam dan berbinkan atau berbintikan Abdullah, Mohd. Asri berkata, mereka mesti menukar semula nama asal bapa atau keturunan mereka jika tiada apa-apa halangan termasuk unsur-unsur perundangan seperti kad pengenalan.

Mohd. Asri bagaimanapun berkata, buat masa ini fatwa itu hanya berkuat kuasa di Perlis tetapi ia akan dibincangkan pada Majlis Agama Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk diputuskan.

“Kita akan buat satu kertas kerja untuk dibentangkan kepada Majlis Agama Islam yang dijangka bersidang pada 1 April ini di Selangor,” katanya.

Tanpa Nama

assalamualaikum..

Soalan :

pihak universiti ada menganjurkan majlis khatam al-quran.

beberapa pelajar membantah majlis tersebut kerana perkara ini tidak dicontohkan oleh Rasul. minta penjelasan berserta dalil.

jazakallah


Jawapan :

Mengadakan majlis khatam al-Quran dengan tujuan memberi galakan kepada para pelajar lain adalah suatu yang baik. Ia termasuk dalam perkara memberi galakan melakukan kebaikan. Lebih baik jika majlis itu dipenuhi dengan kata-kata nasihat dan kepentingan untuk memahami dan mendalami al-Quran, demikian juga nasihat mengamalkan isi kandungan al-Quran. Sudah tentu ini suatu yang dibenarkan di dalam syariat.

Cuma, dicadangkan majlis itu tidak dilakukan secara berterusan, bimbang difahami oleh sebahagian orang, majlis khatam al-Quran itu adalah sebahagian daripada agama yang disunnahkan, lalu mereka menganggap sesiapa sahaja yang khatam al-Quran disunnahkan untuk mengadakan majlis seumpama itu.

Lebih malang apabila terdapat sebahagian yang lain menganggap majlis khatam al-Quran itu sebagai majlis pengiklanan yang ia telah khatam al-Quran dan tidak perlu lagi dia belajar dan mengulanginya.

Jika hendak diadakan, majlis tersebut hendaklah berlegar sekitar tujuan memberi galakan dan kesedaran kepada kepentingan mendalami al-Quran. Penganjur juga perlu memikirkan supaya majlis itu tidak dianggap suatu yang disunnahkan.

wallahu a'lam. Abdul Kadir

Tanpa Nama

walopun saya dah banyak kali melihat segolongan manusia bernama anonimos ini di blog-blog lain, namun ini kali pertama saya ingin mengingatkan saudara saudari pelawat dan pembikin blog:

AWAS ANONIMOS! MEREKA INI BANYAK SEBAB UNTUK MENJADI ANONIMOS, ANTARANYA

1)MEREKA MEMANG TAK TAHU MENJADI ANONIMOS MENIMBULKAN SYAK. MEREKA INI DIMAAFKAN MUNGKIN SEBAB BARU BERJINAK-JINAK MENJADI PEMBERI KOMEN.

2)MEREKA INGIN LAKUKAN PROVOKASI. ATAU TAKUT DIJEJAKI ATAS SEBAB AYAT-AYAT YANG MELAMPAU DALAM KOMEN, DAN TAHU ITU SUATU MAKSIAT DAN AIB.

3)MEREKA SUKA MELIHAT PERLAGAAN DAN PERSENGKETAAN. ATAU DENGAN NAMA LAIN MEREKA MUSUH YANG MENJADI BETU API. CORAK KOMEN MEREKA MUDAH IAITU KOPI PASTA.(COPY PASTE)

4)MEREKA MEMANG NAMA ANONIMOS, ATAU ANONYMOUS SEJAK LAHIR. JANGAN SALAHKAN IBU MENGANDUNG.

sekian.

jaga ukhuwwah, jaga kematangan, jaga keilmuan dan analisis.

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di
dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan
teman hidup.

Sebelum kita mengeluh & memarahi ibu dan bapa kita yang masih hidup
Fikirkan tentang seseorang yang merintih pilu memerlukan kasih sayang
ibu dan bapa

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi
dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak
mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka
mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !


*BELAJARLAH BERSYUKUR SEBELUM TERLAMBAT !!!!*

Tanpa Nama

[b] "kpd ustaz hasrizal.. mungkin ustaz salah faham dengan ayat saya. saya ada tulis tentang pandangan saya terhadap diri ustaz di sini"[/b]

Tak apa... teruskan aje mana-mana yang baik Yop...

Eh eh, mufti termuda berpuisi? Tapi kan ke berpuisi ni bid`ah lagi membawa ke neraka?

Oh ya tak ya, dalam Al-Kuliyyah dulu, mufti termuda ada menyatakan ketidak senangannya dengan kumpulan nasyid di Malaysia. Dia kata tak semestinya lagu daripada kumpulan nasyid saja yang bawak mesej baik, lagu bukan nasyid yang tak disampaikan oleh penasyid pun ada yang bagus, malah ada yang LAGI BAGUS daripada lagu² nasyid sendiri, sungguhpun penasyid berkopiah dan sebagainya. Last² saya jadi tak paham apa kebenda yang cuba disampaikan. Pastu dia pi cerita bahawa di zaman Rasulullah SAW dulu pun baginda menyukai seorang penyair Yahudi kerna sungguhpun dia Yahudi tapi isi syairnya baik. Akhirnya barulah saya paham, mufti termuda ni menganggap penyair Yahudi tu lebih BAIK daripada penasyid Malaysia zaman sekarang kot....

Oh ya, fatwa terbaru mufti termuda: Perlis WAJIB(bukan HARUS, tapi WAJIB)kan mualaf kekal nama bapa tanpa 'Abdullah'. Maknanya MELARANG sesiapa yang nak tukar nama bapa kepada Abdullah. Maknanya sapa yang nak tukar juga, bererti dia membuat kesalahan dan dosa. Wallahu a`lam...

Tanpa Nama

komen2 ni9 susu decending order boleh tak?

ummu-waheedah

Tanpa Nama

Susunan memang dah dalam decending order, cuma tak berapa jelas siapa respon kepada siapa. Tapi kalau baca satu-satu komen, boleh la tau.

Aslmlkm smua..

Pertama sekali -teruskan usaha mu sdr tawel untuk membuka minda para bloger.

About Wahabi/salafi..? renungkan disini diakhir zaman nanti ulama dikalangan ku sendiri akan membantah terhadap ku--- pikir keyataan ini.. dan lihat cara wahabi atau yg mengaku salafi buat statment...


Ulama/mujadid--- lihat cnth imam Ghazali adakah dia fokus untuk membidaah ulama yg lain.. sedangkan dia boleh membuat mahzab sendiri.... ulama/mujadid wahabi yg mengaku wahabi.. sdg sibuk focus isu khilaf yang telah selesai utk menampakan ulama nusantara dahulu ada silap... nak wat chaos ka apa ka...shoyk sendiri


akhir sekali jgn layan orang yang tengah mabuk... kerana org yang mabuk tak akan mengaku dia mabuk...

so nasihat hanya boleh diberi kepada yang menerima nasihat, tak mau dengar....tepulang pada dia.

Tanpa Nama

apa2 pun yang jelas wahabi ni pembawa kehancuran dan kerosakan aqidah sunni, x payah la nak membahas sampai panjang lebar, dari pelopor sampai ke pengikut wahabi sesat dan menyesatkan, buang masa je bahas dengan mereka kalo dah hati2 mereka penuh dengan titik2 hitam....

anti wahabi

wahabi sesat n menyesatkan....

Tanpa Nama

wahabi?? wahabi adalah label... memang ada sesetengah golongan yg mendalami agama agk ekstrimis dlm hal bidaah. golongan tu mngkin xpaham agama. hentikan membicara soal wahabi.. hanya akn menimbulkan fitnah. apa yg penting adalah menilai kembali amalan dlm ibadah seharian samada benar2 merujuk kepada syara' atau sekadar ikutan melulu. ada perbuatan bidaah (yg mnjadi kebiasaan ) yg sehingga mengenepikan syara'. dan ada yg langsung menyimpang dari agama. jngn kerana ia nya menjadi perbuatan ramai org, maka ianya betul... sama2 kita semak..

kalekatu

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.