Back to home page

Mutiara al-Hikam

04 Mac 2007 • 11 Komen Cetak Chenta!
Saya sedang keluar masuk rumah; dalam proses menangkap gambar gerhana bulan penuh. Gerhana bulan yang berlaku sekarang ini menyebabkan saya berasa begitu excited, sampai nak makan malam pun tak lalu, walaupun di dapur itu ada nasi lemak yang sedap, yang sedia disantap pada bila-bila masa.

Sekarang ini, bumi sedang menutup cahaya matahari dari sampai ke bulan, dan menjadikan bulan hilang cahayanya.

Oleh itu, nak tangkap gambar pun dah susah sebab kamera yang saya gunakan bukanlah ultra-profesional, apatah lagi kamera ala-ala Hubble telescope. Jadi bila cahaya bulan dah berkurangan, maka gambar yang terhasil akan menjadi blur apabila ditangkap menggunakan kamera saya itu. Tapi kira bolehlah kalau nak tangkap.

Oleh sebab penutupan total sedang berlaku, dan akan berterusan selama kira-kira 1 jam, dari pukul 2244 hingga 2358 GMT (waktu Malaysia 6.44 - 7.58 pagi) maka saya kenalah berehat sebentar. Dan saya menulis sebentar untuk berkongsi sedikit mutiara dari Imam Ibnu Ata’Allah al-Iskandari dari bukunya yang paling terkenal, iaitu Al-Hikam. Saya dapatnya dari Organ Rasmi American Muslim di Malaysia:

If you want the door of hope opened
For you, then consider what comes
to you from your Lord, but if you want
The door of sadness opened for you,
Then consider what goes to Him
from you.

||

One of the signs of relying on one’s
own deeds is the loss of hope
when a downfall occurs.

||

Sometimes He gives
while depriving you, and sometimes
He deprives you in giving.

||

He who wishes that at a given moment
There appear other than what God
has manifested in it, has not left
ignorance behind at all!

Excerpted from the presentation by Sister Aisha Gray, Journey to Ihsan 2nd Internation Conference on Islamic Spirituality, Sept. 2, 2006.
---

Alangkah berhikmahnya kata-kata puisi yang dikarang oleh beliau itu, andainya kita memahaminya. Walaupun Imam Ibnu Ata’Allah al-Iskandari lebih dikenali sebagai seorang ulama Sufi, tapi sebenarnya beliau juga seorang ulama yang hebat dalam hadith, Al-Quran, bahasa, syariah, akidah, dan juga fiqh. Anak murid beliau yang paling terkenal ialah Imam Taqiyuddin al-Subki. Menurut Imam Dhahabi pula, apabila beliau berucap di Masjid al-Azhar, beliau akan menggabungkan perkataan orang-orang Sufi dan hadith, kisah-kisah golongan Salaf, dan topik-topik lain yang bersifat akademik.

Carilah hikmah dalam hidup ini. Hikmah hanya boleh dicari melalui jalan tasawwuf, dan fiqh pula bertujuan untuk memastikan hikmah yang dicari itu bukan suatu hikmah yang palsu dan menyesatkan. Lebihkanlah mencari hikam dari ahkam, kerana hidup ini akan menjadi lebih mudah jika kita menguasai hikam.

Dari saya belajar dalam-dalam tentang bab seperti perbincangan inter-mazhab tentang doa qunut, lebih baik saya belajar kitab Al-Hikam ini. Begitulah adanya.

11 Komen Tambah Komen↴

Seperti yang ramai katakan, jika Ahkam tidak disertakan dengan Hikam, maka jadilah orang itu ibarat The PUNISHER ataupun GHOST RIDER ataupun JUDGE DREDD di mana menghukum adalah SEGALANYAnya..

Supposedly kita lebih mengutamakan MENGHUKUM untuk MENGAJAR, bukan MENGAJAR untuk MENGHUKUM

"We are Preachers, not Punishers. We Punish to Preach, not Preach to Punish"

kau banyak tengok movie adaptasi marvel comic ke swordofdeen.. haha

boleh terangkan pada aku.. apakah makna ahkam dan hikam itu?

Kau ni buat aku teringat kat V for Vendetta pulak le. Satu quote yang aku tak boleh lupa dari cerita tu ialah: "Beneath this mask there is more than flesh. Beneath this mask there is an idea, Mr. Creedy, and ideas are bulletproof."

MFR, ahkam adalah jamak (plural) bagi hukum. Hikam adalah jamak bagi hikmah.

MFR: saya tengok movie2 yg ada efek2 grafik :D (tu pun kalu sempat mencari VCD2 tidak asli)

Tawel: thanks for explaining :) talking about beneath-beneath ni mcm naruto lak..look underneath the underneath..

kekadang malu saya tgk manusia, ninja katun pun pandai hikmah ni.. :D

orang yahudi, eropah , jepun malah korea tahu betapa penggunaan filem dan animasi atau komik amat 'hikmah' untuk sebarkan nilai-nilai masyarakat mereka.

sebab tu, aku tak rasa rugi berkecimpung dalam bidang-bidang katun-katun ni. walopun aku belum berjaya jd pro.

jgn biar umat islam bergantung pada gelagat naruto untuk bangkitkan semangat.. parahlah... huhu kita kena kuasai bidang komik, animasi dan filem..yeah..

apa2 pun, nampak ke bulannya tawel?

salam, memang best bace buku al-hikam karangan syeikh ibn-'Athaillah ni, kata-kata hikam di dalamnya sangat menyentuh kalbu. Ini kerana, beliau sudah pun mencapai kefahaman tawhid peringkat kedua dan ketiga iaitulah ilmu hakikat dan ladunni(ilmu ma'rifat). Ada hadith qudsi yang menyebut: 'Man A'rafa rabbahu faqad a'rafa nafsahu'- 'siapa yang mengenal tuhannya maka akan mengenal dirinya', dan inilah matlamat kitaa dalam hidup ini, iaitu untuk mengenal Allah dan sekaligus dapat mengenal diri(dan tujuan kita diciptakan) insyaAllah.

Saya ade yang melayu-indon punye, rase lebih faham lah kot. Terpulanglah, sama ada sesorang itu lebih menguasai bahasa yg mana.

Ada penemuan menarik nak dikongsi, hehe(terkeluar topik sikit);

Andersen-Tawil syndrome is an autosomal dominant form of LQTS associated with skeletal deformities. It involves mutation in the gene KCNJ2 which encodes for the potassium channel protein Kir 2.1. The syndrome is characterized by Long QT syndrome with ventricular arrhythmias, periodic paralysis and skeletal developmental abnormalities as clinodactyly, low-set ears and micrognathia. The manifestations are highly variable.[1]

hehe, tengah cari pasal Long QT Syndrome (LQTS) kat wikipedia sebenarnye.

Baguslah, sama-sama kita telaah kitab Hikam bagi spiritual jouney kita selalu haus ini. Perkara-perkara zohir selalu kita sibukkan hingga lupa pd makanan jiwa. Kitab ini mukatabar dari Ibn Athaillah salah seorang ulama Syadziliah. Telah diterjemah ke sekian bahasa dan ianya satu pembacaan ke arah memahami tasawwuf Tazkiyatun Nafs. Kitab asal tanpa syarah bahasanya agak tinggi. Bagi memudahkan syarah oleh Sayyid Hawa bagus di baca. Ada juga diterjemahkan kepada bahasa Melayu. Syeikh Fahmi Zam-Zam juga ada mengadakan Kulliyah Ruhaniyyah pada setiap bulan di Anjung Rahmat. Yang terbaru pada 9hb Mac ni. Selepas maghrib. Jemputlah datang.

nai

If you want the door of hope opened
For you, then consider what comes
to you from your Lord, but if you want
The door of sadness opened for you,
Then consider what goes to Him
from you.

its so easy to forget this sometimes...

Ada2 aje la Kak Mardiah ni. Hari tu bangku bawak cerita pasal sorang Sheikh ni yg guna nama Tawel. Hehe :D Btw, Kitab al-Hikam ni ada versi Melayu tulen ke?

Terima kasih kpd yg memberi komen. I read it all! Jazakallah :)

Kepada semua, Untuk Kitab HIKAM:

http://i5.photobucket.com/albums/y187/swordofdeen/syarah_hikam.jpg

Kalau sesiapa berminat untuk order, boleh contact no telefon 09-6225419
atau H/P: 019-9417586. bgtau nak tahu pasal kitab Hikam

p/s: Tawel, sorry for using this post to 'advertise'. actually, not advertising, just sharing

saya baru nak belajar mencari semula sesuatu yang hilang dalam diri. Saya cuba mencari kitab Al Hikam ini tetapi tidak ditemui... dalam waktu yang semakin singkat, saya jadi takut untuk pulang bertemu denganNya... tolonglah saya...

Tanpa Nama

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.