Back to home page

Wahhabi 9 - Ikut Dalil Yang Sahih!

18 Disember 2006 • 21 Komen Cetak Chenta!
Antara hujah para pemuka Wahhabi adalah: "Kita dalam beramal mesti mengikut dalil-dalil yang sahih dari sumber Al-Quran dan hadith". Hujah mereka itu betul 100%. Tetapi apa yang menjadi masalah adalah bagaimana hujah tersebut diaplikasikan dalam kehidupan sehari-hari. Tahu dalil sahaja tanpa punyai ilmu untuk menggunakannya adalah ibarat seseorang yang mengambil ubat sendiri tanpa perlu berjumpa doktor. Kalau ubat Panadol ok lagi, tapi kalau masuk bab Botox, ingat boleh suka-suka sumbat dalam badan?

Saya ambil contoh dalam isu qadha solat fardu. Apabila seseorang itu tidak melakukan solat fardu atas sebab tertidur atau terlupa, maka dia wajib mengqadha solat yang tertinggal itu. Tiada berlaku khilaf ulama dalam hal ini. Ini berdasarkan dalil-dalil dari hadith sahih [1] [2]. Namun demikian, wujud satu permasalahan lain. Adakah wajib atau tidak untuk qadha solat fardu yang sengaja ditinggalkan atas sebab malas, atau sebab-sebab lain yang tidak begitu darurat?

Sebelum itu, biar saya jelaskan terlebih dahulu bahawa meninggalkan solat fardu dengan sengaja adalah berdosa hukumnya. Kamu main bola, dan tiba-tiba azan Asar berkumandang. Lepas selesai azan, kamu teruskan main bola hinggalah tiba waktu Maghrib. Kamu tidak buat solat Asar sebab rasa leceh nak kena bersihkan badan terlebih dahulu. Maka kamu pun berniat untuk qadha sahaja solat Asar itu. Dalam kes ini, memanglah kamu sengaja cari pasal. Dan kalau kamu rasa tidak berdosa kerana meninggalkan solat (untuk diqadhakan pada waktu yang lebih sesuai), maka sebenarnya kamu ada masalah yang besar sebagai seorang umat Islam.

Ijmak Ulama Dalam Isu Qadha Solat

Dimaklumkan bahawa ijmak para ulama dalam isu qadha solat, sama ada solat itu ditinggalkan atas sebab terlupa atau tertidur, ataupun disebabkan kemalasan, adalah wajib qadha [3]. Dan ijmak ini dipegang oleh 4 mazhab muktabar - iaitu mazhab Hanafi, Hanbali, Shafi'i, dan Maliki - yang mana 4 mazhab ini sahajalah yang diiktiraf oleh ahlus sunnah wal jamaah pada hari ini. Dan ketahuilah bahawa Sheikh Muhammad Amin al-Kurdi [4], di dalam kitabnya Tanwirul Qulub fi Mu`amalati 'Allamil-Ghuyub ada menyatakan bahawa "Dan antara yang wajib dipegang ialah bahawasanya para imam itu semuanya `udul, dan sesiapa yang bertaqlid kepada seseorang daripada mereka mendapat kejayaan... dan yang masyhur di antara mereka ialah Abu Hanifah, Malik, asy-Syafi`i dan Ahmad r.'anhum, dan kesemua mereka adalah atas hidayah Allah. Taqlid kepada salah seorang dari mereka adalah fardu/wajib [5].

Dalam kes qadha solat fardhu yang sengaja ditinggalkan, tidak wujud sebarang dalil spesifik yang menyatakan kewajiban qadha. Nah, jadi dalam isu ini, bagaimana kita mahu beramal dengan dalil yang sahih? Kalau kita sekadar merujuk kepada dalil dalam nota kaki [1] [2] itu, memanglah mudah jawapannya. Tiada qadha bagi solat fardu yang sengaja ditinggalkan. Tapi begitukah pemahaman para ulama kita? Maka di sinilah penting bagi kita untuk merujuk kepada mereka yang ahlinya.

Maka, kaedah qiyas digunakan oleh para ulama untuk menyelesaikan permasalahan ini. Berkata Imam Nawawi, "Jika mengqadha solat adalah wajib bagi mereka yang terlupa/tertidur, maka sudah pastilah ia menjadi lebih layak ke atas mereka yang meninggalkan solat fardu dengan sengaja". Dan Imam Nawawi berkata lagi dalam al-Majmu', "Para ulama telah pun mencapai ijmak bahawa sesiapa yang tidak melakukan solat fardu dengan sengaja (tanpa sebab) mesti mengqadhanya" [6]. Hanya ada segelintir ulama sahaja yang membuat kesimpulan yang bertentangan dengan ijmak ulama ini, dan mereka antaranya ialah Imam Abu Daud al-Dhahiri, Ibnu Hazm, Ibnu Qayyim, dan Ibnu Taimiyyah.

Kenapa Tidak Berpegang Kepada Ijmak?

Perbincangan kali ini bukannya untuk mengupas secara mendalam tentang perbahasan dalil-dalil yang digunakan dalam mencari hukum menqadha solat fardu yang sengaja ditinggalkan. Apa yang mahu ditekankan ialah bagaimana segelintir umat Islam berurusan dengan sesuatu perkara/isu/hal yang sudah pun menjadi ijmak ulama. Dengan kata lain, pada hal-hal yang sudah pun beres diperbincangkan sedalam-dalamnya oleh para ulama kita.

Dalam kes ini, sudah terang lagi bersuluh bahawa ijmak ulama ialah wajib qadha solat fardu yang sengaja ditinggalkan. Tetapi, mengapakah terdapat umat Islam yang begitu bersungguh-sungguh mahu menekankan hukum yang berlainan daripada ijmak? Mereka menjaja sana-sini bahawa tidak wajib qadha solat fardu yang sengaja ditinggalkan, malah ada yang melabelkan hukum tersebut sebagai bida'ah sesat kerana tidak terdapat dalil tentangnya, dan lain-lain lagi. Mengapa mahu bising-bising tentang perkara yang sudah lama settle?

Ijmak sesuatu hukum dibuat apabila tiada dalil-dalil yang jelas dan nyata dari Al-Quran dan hadith. Bila hukum sudah pun dipersetujui oleh para ulama secara ijmak, maka apakah perlu bagi kita (terutamanya orang awam), untuk memperbahaskan isu itu semula? Apa relevannya? Dan apa pula faedahnya? Dan perkara ini adalah antara sebab mengapa fahaman Wahhabi berbahaya kepada umat Islam, lebih-lebih lagi dalam perkara akidah. Contohnya, ijmak para ulama ahlus sunnah wal jamaah mengatakan bahawa Allah itu sifatnya tidak bertempat [7]. Tetapi malangnya, golongan Wahhabi ini suka buat onar yang menafikan ijmak ulama itu. Dijaja sana-sini bahawa Allah itu tempatnya di langit. Apo kono ni jang oii? Mengapa tak habis-habis mahu menimbulkan masalah yang sebenarnya bukan satu masalah pun?

Bila kami cakap kamu suka bawa isu remeh-temeh, kamu marah. Tapi itulah hakikatnya. Dan bila bidasan ke atas hujah-hujah puak Wahhabi yang dangkal ini dilakukan, dituduhnya kita pula sebagai pemecah-belah umat. Apabila yang si penyerang (iaitu puak Wahhabi) menuduh kita sebagai pemecah-belah umat, bagi saya mereka ini ada sesuatu yang tak kena. Kiasan bagi hal ini adalah seperti kita menuduh rakyat Palestin sebagai bangsa yang jahat apabila mereka mempertahankan diri dari serangan zalim puak Zionis. Tapi saya tak kata Wahhabi itu seperti Zionis. Kamu jangan salah faham. Saya kiaskan hal ini dari aspek respond dan reaksi sahaja.

Apa Itu Ijmak

Sheikh Abdul Wahhab Khallaf (meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1956), adalah seorang ulama fiqh yang pernah memegang jawatan profesor di Fakulti Undang-undang di Universiti Kaherah, dan juga pengarang kitab 'Ilm usul al-Fiqh yang menjadi rujukan meluas dalam dunia Islam moden, telah mendefinisikan maksud ijmak sebagai: "Persetujuan di kalangan semua mujtahid pada sesuatu masa selepas wafatnya Rasulullah sallahu 'alayhi wassalam, tentang sesuatu hukum atau pun keadaan."

Dan apabila sesuatu hukum itu telah menjadi ijmak, maka adalah wajib bagi umat Islam untuk mengikutnya dan haram pula melanggarnya. Dan para mujtahid yang lahir selepas persetujuan ijmak itu dicapai tidak boleh membuat hukum yang berlainan daripadanya kerana ijmak adalah hukum syariat yang qat'i, dan ia tidak boleh diperselisihkan mahupun dimansuhkan [8].

Oleh itu, janganlah kita termakan hujah-hujah puak Wahhabi seperti "Marilah kita berbincang secara ilmiah", "Tak salah kalau tak ikut ijmak sebab kita ada dalil yang sahih" dan lain-lain lagi. Jangan buang masa berdebat dengan mereka dalam hal ini, mahu pun hal-hal khilafiyyah yang lain. Kalau mereka mahu menang, bagi sahaja kemenangan kepada mereka. Mengalah bukan bererti kalah, tetapi mengalah itu adalah strategi terbaik untuk mengurangkan kehampasan umat Islam hari ini.

Sebagai kesimpulan, janganlah kita mengeksploitasi ijmak ulama ini sebagai alasan untuk kita meninggalkan solat sewenang-wenangnya (untuk diqadhakan pada waktu lain). Dan satu lagi kesimpulan, bagi pendakwah yang betul-betul serius di luar sana, tolonglah fahami kehendak zaman ini. Hari ini, ancaman utama kepada umat Islam bukannya pasal kayu kokka dan yang sewaktu dengannya. Jadi, yang Mufti Perlis bising-bising tentang kayu kokka pada awal-awal perlantikannya itu apo kono?

Sollallahu 'alayhi Muhammad.

Nota Kaki

[1] "Sesiapa dari kamu tidak solat kerana tertidur atau terlupa, maka tunaikanlah ia apabila kamu ingat..." (Hadith dari Anas bin Malik r.a. dari Sahih Bukhari dan Muslim).

[2] Tiada kecuaian ketika waktu tidur, kecuaian hanya berlaku pada waktu sedar. Oleh itu sesiapa di antara kamu yang terlupa solat atau tertidur hendaklah menunaikannya apabila dia teringat, kerana Allah telah berfirman: "Dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku." (Hadith dari Qatadah r.a dari Sahih Muslim)

[3] Do we have to make up missed prayers? oleh Sheikh Amjad Rasheed.

[4] Sheikh Muhammad Amin al-Kurdi: Adalah salah seorang ulama Al-Azhar yang masyhur. Juga dikenali sebagai Muhammad Amin bin Fath Allah al-Irbali al-Kurdi. Beliau berbangsa Kurdish yang dilahirkan di Arbil, Iraq. Merupakan seorang ulama Shafi'i dan juga antara ulama besar dalam tarikat Naqshabandi. Di samping itu, beliau juga turut belajar ilmu syariah dan ilmu-ilmu lain di Universiti al-Azhar. Hasil dari pembelajaran itulah, lahirnya kitab Tanwirul Qulub fi Mu`amalati 'Allamil-Ghuyub, satu kitab yang menyentuh tentang pokok-pokok akidah, fiqh Shafi'i, dan tasawwuf. Beliau meninggal dunia di Kaherah pada tahun 1331 Hijrah bersamaan 1914 Masihi. Semoga Allah merahmati ruhnya.

[5] Taqlid - Pandangan Ulama I

[6] Rujuk [3]

[7] Di mana Allah?

[8] 'Ilmu usul al-Fiqh oleh Sheikh Abdul Wahhab Khallaf, dicedok dari The Reliance of Traveller oleh Sheikh Nuh Ha Mim Keller, halaman 23.

---

Jalan-Jalan

1) Kokka... Mengapa Disyirikkan?
2) Sejarah bandar Tarim, Yaman. Ep 1 | Ep 2 | Ep 3



History of Tarim: Part 1

21 Komen Tambah Komen↴

ahaks tawel, kau bab wahhabi slaying ni boleh tahan ;)

aku nak tanya ni. tok syaikh qaradawi pernah cakap ada kes yg dikatakan ijmak tapi biler check balik sebenarnya bukan ijmak. boleh terima ke ni?

saje nak comment. nak jadi 1st commenter. hehe

Tanpa Nama

Uish, den ni kadang-kadang aje slaying orang :). Apa contoh kes yang dikatakan ijmak tetapi bila check balik sebenarnya bukan ijmak?

Mungkin ada kes-kes macam tu, tapi kalau betul kata-kata Sh Qardawi tu, kenalah ada persetujuan para ulama lain dengan dakwaannya itu.

PS: Aku jadi slayer sebab ada ke patut sorang Hamba Allah ni tanya aku dengan confident dan agak angkuh: "Mana patut kita ikut, dalil atau pun ijmak ulama?" Taksub sangat mahu berdalil, tapi proses menginstinbatkan hukum-hakam dari dalil langsung tak tahu.

riwayat abdurrahman bin al-'ala' : bahawasanya telah meriwayatkan kepadaku orang yang mendengar Nabi SAW bersabda : Akan terdapat ummat akhir zaman yang baginya pahala seperti ummat yang terdahulu di mana mereka memerintahkan melakukan yang ma'ruf dan mencegah perkara yang mungkar dan memerangi ahlul-fitan (golongan yang membuat fitnah di muka bumi). (Hadis riwayat Imam Al-Baihaqi dalam Dalail An-Nubuwwah)

Syarih bagi kitab Misykat Al-Masabih mensyarahkan pada lafaz "memerangi ahlul fitan" itu dengan menggunakan tangan atau lidah (percakapan).
Manakala "ahlul fitan" di sini disyarahkan dengan wanita penzina,khawarij,rawafidh dan kesemua pengamal bid'ah.

Sepertimana Wahabbi membuka jalan kepada fitnah seperti itu jugalah kito kene perang deme abis abisaaannnn..
Rasonya,kat mesia ni,wahabbi aa fitnah paling besaq pernh ana alami..

P/S : perangi mereka dengan menaip gune komputer bleh ke?gune tgn gak kan?hehe...gurau jaa

Tanpa Nama

Assalamualaikum cd tawel,

nak tanye psal ijma' ulama, adakah sumber yang boleh diruju' untuk mengetahui sesuatu perkara itu telah 'diijma'kan' atau belum? maksudnya, adakah ada kitab yg boleh untuk dirujuk, sbg cth yg tajuknya lebih kurang -himpuan ijma' ulama- ke? so that, klu orang kate sesuatu perkara tuh ijma' ulama, bolehla kita check.. (mcm soklan sms tu)

Tanpa Nama

Salam,

Encik Anon...

Kitab2 yg menghimpunkan perkara2 yg telah menjadi ijma para ulama mmg ada dan byk juga.Namun,saya tak pasti samada kitab2 tersebut ada diterjemah dlm bahasa lain selain bahasa Arab.Semasa mengerjakan umrah summer lepas, saya pernah terjumpa satu kitab yg mempunyai 2 jilid tebal yg ditulis oleh seorang ulama mazhab Maliki dari Fez.Saya tak ingat namanya, tapi dia mengarang tentang perkara2 yg telah menjadi ijma' sekalian ulama mazahib.Kitab itu dan nama pengarangnya saya sudah terlupa.Maafkan saya.Tapi kitab itu dikarang utk tatapan pemerintah Kerajaan Muwahiddun di Maghribi dan Sepanyol ketika itu.

Tanpa Nama

Salam,

Rasanya sistem pendidikan yg dilalui oleh sesetengah umat Islam hari ni sedikit sebanyak mempengaruhi rentak pemikiran sesetengah org. Sbg cthnya, saya sendiri, sejak dr sek menengah, kolej, hinggalah ke skarang, hari2 pun ditekankan betapa pentingnya konsep 'self-learning' dan 'critical thinking'.



1) 'Self-learning'
Di kelas, cikgu akan sentuh sesuatu subjek tu mungkin stakat surface shj, (kalau bernasib baik ada laa dia bekalkan nota), then terpulanglah kat student tu utk buat bacaan lanjutan utk menambah keluasan dan kedalaman ilmu, paling tidak sbg persiapan utk exam. Exam ni pulak fungsinya terbatas kpd utk mengukur secara kuantitatif kefahaman seseorg ttg subjek tu, bukannya utk membetulkan apa2 fahaman yg salah secara kualitatif!

Sbg contohnya dlm konteks seorg pelajar, katakan A, yg dah terlalu biasa dgn konsep 'self-learning' dlm bidang jurusannya dan hanya refer kepada buku tanpa merujuk semula kpd cikgu dia, seterusnya rasa selesa dan 'syok sendiri' sbb dia rasakan yg kononnya dia dah faham ttg apa yg dibaca. X heranlah kalau A juga berkecenderungan utk lakukan kaedah yg sama dlm lapangan ilmu lain. Bukannya susah, nak blajar buat Ayam Percik, bukak je Buku Resepi Masak-Memasak. Nak tau pasal hukum menutup aurat, kita bukak pulak index dlm tafsir Al-Quran dan Sahih Bukhari & Muslim, baca & buat, dan syukuuuuur sbb aku telah mengikuti Al-Quran dan Sunnah!

Ia tidak semudah itu...

Apa yg sy nak katakan ialah 'self learning' mmg x salah. Mencari ilmu melalui pembacaan dan analisa sendiri sememangnya bermanfaat dan patut dipuji. Yg salah ialah diri kita sendiri, kalau tidak buat follow-up. 'Self learning' perlu disusuli dgn perbincangan dgn org yg benar2 faham dlm ilmu itu, sbg satu 'counter check' (mekanisme suap balik negatif) trhadap fahaman seseorg, dan akhir skali utk mencapai satu kesimpulan yg benar dan tidak terpesong. Manalah tau, resipi dr Buku Resipi Masak-Memasak kata guna lengkuas, tapi sbb rupa halia seakan-akan lengkuas, kita guna halia... kalau rasa kuah ayam percik tu x sedap nak salahkan siapa?



2) 'Critical Thinking'
Sy x pasti dlm bidang lain mcm mana, tp kalau belajar dlm bidang sains & teknologi ni salah satu element yg penting dlm pembelajaran ialah 'critical thinking' yg mmg x dpt lari dari 'questioning'. Mcm lecturer dan project supervisor sy ckp, "The more you question and argue about the previous methods and works that have been done, the better you are. It shows tht u r thinking". Dalam erti kata lain, tidak terima bulat-bulat saja. Question and improve the previous work would be the best thing to do.

At one point, this made me think does this apply to all knowledge? Dlm persoalan hukum hakam ni pulak mcm mana? How far can i think better thn the 'ulama? So does it mean tht i should 'taklid' and accept everything without even asking why?

Dlm hal ni, Imam 'Abdallah Ibn 'Alawi al-Haddad ada kata spt mana kunci diperlukan utk membuka peti yg menyimpan mcm2 khazanah, begitu jugalah soalan2. Questions are the key to knowledge. Dia juga ada mention dlm bukunya yg mana ada seorg ulama dari Kufan, bernama Sufyan al-Thawri yg akan meninggalkan mana2 pekan yg dia pergi apabila xde seorg pun yg bertanyakan kpd dia apa2 soalan ttg ilmu, dgn berkata "This is a town where knowledge dies".

Another point to note is that questioning to understand is different from questioning to argue.




Kesimpulannya, pd pandangan sy kita perlu berhati2 dgn diri sendiri berkenaan dgn 'self-learning' dan 'critical thinking'. 'Self-learning' dan 'critical thinking' mmg x salah, dgn syarat, perlu ada guru. Berguru itu sgtlah penting. At one point i realized tht the traditional Islamic education system is so unique & beautiful, which stresses the importance of a teacher, masyaAllah! :)

Next question, nak carik cikgu yg valid pun, susah jugak ye? Sy masih x clear psl ni. Anyone has any thoughts? :)

WAllahu'alam

Tanpa Nama

Self-learning bagi saya perlu ada batas-batas yang perlu dijaga. Kadang-kadang perlu juga self-learning. Tapi kadang2, dengan self-learning ni kita mudah tersilap. Tu pasal ramai yang baru baca satu dua artikel, terus buat kesimpulan yang kononnya selama ni para ulama telah silap, para ulama telah salah buat kesimpulan. Maka di sinilah perlunya guru. Kalau takde guru, kita tak boleh buat check-and-balance.

Seperti mana juga para ulama yang tulis kitab. Bila lepas mereka tulis kitab, mereka akan ajarkan kitab itu kepada anak-anak muridnya. Kalau kitab tu tak kena radd, maka kitab itu tiadalah celanya. Ini juga konsep check-and-balance.

Apa pun self-learning pada perkara-perkara yang kita ada asasnya sahaja. Kalau tiada asas, kena cari asas dulu.

Tentang 'critical thinking' pula, semua cabang ilmu memerlukannya. Kita perlu menyoal dan menyoal supaya ilmu itu makin bertambah. Tapi soallah pada tempatnya sahaja. Dan kalau yang bukan ahlinya, jangan pula banyak soal.

Para pelajar SPM yang belajar Fizik, jangan pula mengada2 untuk menyoal kebenaran Teori Relativiti yang dibuat oleh Einstein. Cukuplah bagi mereka dengan sekadar bertaqlid kepada Einstein.

Begitu juga dengan ilmu-ilmu Islam. Yang baru sahaja belajar sikit-sikit ilmu hadith, jangan pula tak tentu pasal untuk masuk campur dalam urusan mentarjih hukum-hakam. Itu namanya syok sendiri!!

Bagi mereka yang benar-benar serius untuk mendalami ilmu-ilmu Islam (saya tekankan perkataan serius), maka silalah cari guru. Inilah sunnah para ulama salaf dan khalaf dalam mencari ilmu.

Konsep taqlid kepada yang lebih alim wujud dalam semua cabang ilmu - Islam, biologi, fizik, sastera, ekonomi, engineering, dan macam-macam lagi. Critical thinking adalah khusus bagi mereka yang di dalam bidangnya sahaja (you don't expect a biologist to have a critical thinking in computer programming!).

Er, radd tu apa?

Tanpa Nama

Radd = bangkang, nafi, denial.

Begitulah. Saya pun buta Arab sebenarnya. Sket2 tu bolehlah untuk cari makan :)

Tanpa Nama

anta jgn mudah guna istilah "ijma' ulama'"

terkenal Imam Ahmad dgn kata2 nya : sesiapa yg dakwa dgn ijma' maka dia penipu !!! (ruju' musnad imam ahmad)

Imam Ahmad kata camni sbb nak cari satu2 benda yg ijma' adalah amat susah..

Tanpa Nama

Kepada anonymous di atas, jadi apa yang anda cuba untuk nyatakan? Adakah isu qadha solat bukan ijma'? Dan di mana pula saya dengan semudah-mudahnya menggunakan istilah ijma' pada satu-satu perkara?

Baca nota kaki no 3. Lawat laman tu. Sedikit petikan dari artikel tersebut:

Imam al-Nawawi, may Allah have mercy on him, said in the Majmu`, “The scholars who are relied upon have reached unanimous consensus that whoever misses a prayer intentionally must make it up,”

Unanimous concensus = ijma'

Kalau mahu berhujah, jangan berselindung di sebalik anonymous. Sila bertanggung-jawab di atas apa yang diperkatakan.

Banyak betul ustaz anonymous di ruang maya internet ni. Hasil tulisan kita bukan main dicubanya cari kesalahan, kelemahan pun jaaadilah. Tapi untuk menunjukkan hasil tulisan mereka (blog sendiri contohnya), tak berani pula. Agaknya takut orang terjumpa sekian banyak kesalahan dan kelemahan... agaknya... : )

Biasalah tu Tuan Alexanderwathern. Bila saya tulis tak ada letak nota kaki, mereka tanya, mana hujah, mana sumber!?

Bila letak nota kaki, tak dibaca pula. Pelik pelik..

Tumpang tanya: kata seorang ustaz bacaan sayidina dalam selawat sewaktu solat tidak ada dalam kitab fekah Imam 4 dalam bab mengajar solat sedangkan ia dikatakan boleh dari org yg mengaku sunnah. tolong jelaskan kpd saya

haikal

Tanpa Nama

@Haikal, saya tak tahu ada atau tidak dalam kitab fiqh Imam 4. Tapi jangan lupa juga bahawa mazhab fiqh bukannya mengikut pendapat imam yang mengasaskannya semata-mata. Jadi kena pertimbangkan juga pendapat para syeikh besar yang lain dalam mazhab tersebut.

Hal tambahan bacaan 'Saidina' dalam selawat cumalah satu perkara khilaf. Tapi kalau ikut hujah golongan yang terpengaruh dengan Wahhabi, mereka akan jawab bidaah.

bende baik dalam islam takkan nak kata bidaah..ikut sunnah.diakhir zaman ini ulama pun dah tak pakai serban yang tinggal adalah ulama yang memakai blue turban...hanya dia yang tinggal dan mengamalkan sunnah yang dikatakan bidaah.ulama sufi akan hilang sama hilang syeikh - syeikh di smks16.

Tanpa Nama

Assalamualaikum.

Saya ada soalan yang hendak ditanya dan saya harap sensei boleh berikan pendapat sekali pun soalan saya mungkin tak kena tempat dan waktu.

Saya lihat ada segelintir umat Islam yang gemar menyebarkan khabar angin terutamanya berkaitan makanan haram dan halal. Selalu sangat saya dengar roti Gardenia, ubat gigi Colgate dan macam-macam lagi produk kononnya dicampur dengan bahan yang haram (lemak babi dll). Anehnya produk tersebut biasanya telah mendapat sijil halal JAKIM.

Sebagai umat Islam, tentulah saya mahukan yang halal dari segi syara'. Maka ada rasa sangsi dalam hati apakah khabar angin itu bukan khabar angin semata-mata sebaliknya ada realiti. Tapi lama-lama makin banyak pula khabar angin yang seumpama itu bertiup. Senarai produk yang dikatakan haram sekali pun ada sijil JAKIM jadi semakin panjang sampaikan saya sendiri tidak tahu apa yang boleh digunakan dan apa yang tidak.

Datuk saya pernah mengajar saya yang Islam tidak menyuruh kita menyiasat perkara sebegini sampai dalam-dalam. Dia memberi contoh jika orang Cina (kafir) memberi kita duit, kita tidak perlu sama' duit itu hanya kerana kita fikir Cina itu pegang anjing kemudian pegang duit tersebut, maka duit itu najis. Tetapi kalau benar kita nampak Cina itu memegang anjingnya kemudian menyentuh duit itu seterusnya memberikan duit itu kepada kita, maka kita perlu sama' duit tersebut.

Pensyarah saya pula ada berkata, "Jika kamu nampak ayam KFC tu memang disembelih oleh mesin (contohnya), maka kamu haram makan KFC. Tapi orang lain boleh makan sebab mereka tak nampak." Saya bukan pelajar bidang agama tapi pensyarah saya memang bidang agama.

Seperkara lagi adalah e-mail-e-mail layang seperti logo Coca Cola yang diterbalikkan dan diubah begitu begini maka jadi 'la Muhammad la Makkah' (atau apa-apa sahajalah, saya dah lupa). Perlukah saya sebagai orang Islam percaya akan apa yang disampaikan?

Saya rasa rimas dengan perkara sebegini. Saya juga rimas jika terpaksa 'forward' e-mail atau SMS khabar angin sebegini tapi kadang-kala ada ugutan "Jika kamu tidak forward e-mail/SMS ini, maka kamu tidak sayangkan Islam." maka saya rasa takut. Tapi saya rasa sayangnya kita pada Islam dinilai oleh Allah dan bukannya oleh pengirim e-mail/SMS yang tidak kenal pun kita siapa.

Apakah pendapat saya ini salah, Sensei?

@Qudwatun Hassanah, saya juga akan berpendapat begitu.

Berita-berita dari emel forward tu, tak payahlah ambil peduli sangat. Kurangkan melanggan mana-mana Yahoo Mailing List. Buang masa dan terlalu banyak faktanya yang diragui. Baik pergi baca buku.

ada udang disebalik penubuhan fahaman wahhabi nie.elok kita baca sejarah macam mana wahhabi ni muncul..

Tanpa Nama

Salam, i've been reading quite a lot reacently and alhamdulillah Al-quran and sunah is the best solution to the way of islam.Klu dah okay 2 kalimah syahadat x perlu worried risau x tahu mana nak ikut...Allah akan bantu InshaAllah asal kite iklas buat kerana Allah.I just started learning about islam and was very confused which to follow but i realize that onces you understand and built your foundation (aqidah-which is not being stressed in Msia dat much) InshaAllah you will not be swayed.Tho born a muslim i was never i true one because my Aqidah was very weak, and it was not norm to questions about your faith to your Ustaz or ustazah or even your parent coz you will be frown upon, now you have online ustaz, online hadith and sometimes neighbaourhood majlis Ilmu, syukur Alhamdulillah.
I hope all of you know how fortunate you are given knowledge but comes with it dogaan frm syaitaan 2....may Allah forgive us for our sins

Ada komen atau soalan?

Setiap komen insya-Allah dibaca kesemuanya. Dibalas jika perlu. Dibuang jika tak berkaitan. Sekian adanya.